Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Adik Uwais. Show all posts
Showing posts with label Adik Uwais. Show all posts

14 August 2016

Furqan Uqbah Bin Nadzri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Furqan Uqbah Bin Nadzri
13 Mei 2016
6 Syaaban 1437H
1240 pm
2.8kg
Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh Perak


Alhamdulilah selamat dah lahirkan seorang lagi #KhalifahUmmiAbi. Dua anak lelaki tetiba ummi abi rasa tough sangat. Jauh di sudut hati rasa selamat dikelilingi tiga lelaki dalam hidup. Rasa macam special jadi satu2nya perempuan dalam keluarga kecik kami :p



Walau namanya sama anak lelaki tapi berbeza watak dan perangai memasing. Nak handle dari waktu pantang pun berbeza. Yang paling ketara bezanya dulu Fateh Uwais nak tido dalam gelap. Furqan Uqbah kena tido dalam cerah bila tutup lampu dia lemas. Grrrrrr bayangkan kucar kacir malam kami semua bila ada dua budak kecik dengan dua watak yang berbeza. Huuuu baru nak belajar b e r a n a k dua weiiiii kihkihkih.





Tapi buat masa sekarang dapat detect satu perangai yang sama. Bila balik je dari ambik rumah pengasuh merap sungguh2 dengan ummi. Abi pun sama. Tak boleh la nak tinggal sekejap bagi main2 dekat bawah. Kena merap dia je. Tak merap pun asal dapat duduk atas riba sambil tengok Akhi Uwais main pun takpe dah. Ummi nak masak petang kena tunggu abi dorang balik. Kalau tidak memasing tengok jela periuk nasi kosong tu sambil leleh ailio =.= Fateh Uwais dulu macam tula. Tapi takpe la sebab dengan Uwais dulu duduk bujang dengan housemate. PJJ dengan somi. Takde la nak kejar masak ke basuh pinggan lipat kain ke. Cumanya kalut sensorang la bila nak solat mandi. Sekarang walau kalut2 pun still ada ‘kawan’ nak tumpang bersandar. Alhamdulilah J


Furqan Uqbah = Seorang qari alim yang dapat membezakan antara hak dan batil

Rindunya ke blog. Tapi bulan Ogos ni bulan busy. Baru masuk kerja 7hb ritu. Banyak benda kalut nak buat. nak prepare exam. Dan prepare segala dokumen untuk dua benda besar dalam hidup. Moga2 Allah murahkan rezeki kami dan permudahkan urusan kami. Amin amin

07 March 2016

Kisah Khalifah II : Dugaan Bawak Adik Baby

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

DISEMBER 2015

tak ingat dah pernah cerita ke belum. tapi nak cerita jugak. rasa berat pulak dugaan nak bawak adik baby kali ni. lesuuuuuu je manjang. nak kata kurang selera makan. sekarang adik baby dah masuk 4 bulan alhamdulilah. selera makan pun dah mula datang balik. cuma lesu badan je takmau pergi tinggalkan ummi huwaaaaaa

selalunya time dekat ofis memang tak boleh nak aktif sangat. aktif sangat nanti lepas je rehat mula lembik membawak sampai ke malam. tapi selalunya lagi bila dah petang memang dah mula lemau. tak larat. balik pengsan dulu sedas baru mula masak ke ape ke. Fateh Uwais memang banyak dapat perhatian dari abi dia. mujur jugak Allah takdirkan dia ni kembar siam abi. dengan ummi dia takmo kawan, jadi ummi boleh rest banyak sikit. 

pinggan mangkuk dalam sinki, kain dalam mesin, kadang belum berlipat, rumah bersepah memang biasanya suami yang tolong settlekan. selalunya masak pun dia jugak. saya masak time tengah larat je. rasa ada tenaga lebih sikit cepat-cepat settlekan kerja rumah. 

suami pun akui pregnant kali ni lain sangat tak macam masa Fateh Uwais dulu cergas manjang tambah kalau nak pegi makan dekat luar. hihihi. pregnant adik baby ni susah nak tackle selera dia. silap je sikit dia tendang. maka cirit birit la ummi kemudiannya nanti. takde style muntah-muntah ke ape. cirit terus dia bagiiiiiiii >.< paham jela kalau cirit birit ni badan lemahnya macam mana huuu

7 March 2016

sekarang dah 30 weeks pun. Dugaan memang tak kurang hebatnya. orang lain jumpa dokte dua bulan sekali ke tiga bulan sekali ke. kita ni tiap kali check perut tiap kali tula kena jumpa dokte sekali. HB rendah(yang mengakibatkan badan lesu dan lemah). Kuman dalam urine(tiga bintang kooooo). Berat badan cepat naik. Sakit dekat tulang pelvik dengan miss V. Sakit dada. Keputihan yang banyak dan macam-macam lagi. ummi redha je. abi pun redha je bila dengar bini dia mengerang mengadu sakit itu ini nya. kena pegi berulang klinik banyak-banyak kali dan makan itu ini nya nak bagi sihat ummi dan sihat adik baby.
cuma doa ummi moga adik baby sihat sempurna dekat dalam sampai la keluar tengok dunia nanti. dan moga Allah kurniakan ummi kesihatan yang baik dan tenaga yang kuat. amin amin 


post signature

07 February 2016

Kisah Khalifah II : Bawang Putih

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


cuti-cuti takde idea maka marilah kita korek balik entry yang terperak :p yang paling paling paling adik uwais tak suka huuuu. sepanjang mengandung ni memang cukup anti dengan bawang putih. kalau masakan yang guna dia dalam kuantiti banyak memang cukup payah tekak nak terima. dah makan mesti rasa meloya balik. 

abi bersiang bawang putih je pun ummi dah lari pegi depan siap tutup hidung sekali. memang tak mampu walau bau nya saje pun hukhukhuk. punca tak makan sayur yang bertumis sebelum ni pun kerana bawang putih ni jugak. awal dulu masa tatau, abi tumis sayur pakai bawang putih. memang style dia masak jarang guna bawang besar, bawang merah atau bawang holland. jadi tak lalu nak makan sayur. ulam tak pe lagi. try tumis sayur TANPA bawang putih alhamdulilah tekak boleh terima. barulah tau bawang putih puncanya hukhukhuk

sayur pun memang tak berapa lalu nak makan masa mengandung ni. makan pun secara paksa. ganti sayur dengan ulam ulaman tapi kesian dekat abi. kurang kasih sayang sayur huhuhu. bertabah lah abi. tapi alhamdulilah sekarang bila dah 6 bulan lebih ni dah mampu nak makan sayur, bayam ape semua tu. kalau tidak sayur memang takde masuk la stok dalam peti ais tu hewhewhewhew








12 January 2016

Kisah Khalifah II : Beza Akhi dan Adik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

First Trimester : 21 Sept 2015

memang berbeza bawak akhi dan adik ni haaaaa. kalau Fateh Uwais dulu rasanya tak kenal erti penat. buat apa pun takpe tak penat. ke sebab dulu takde budak kecik nak kena kejar? errrrr hihihihi. bawak adik uwais, bila buat kerja rumah kerja dapur. settle je kerja tu kena duduk baring sekejap. bukan tido pun, cuma duduk sekejap ambik nafas. kalau tidak mesti rasa nak pitam, nak pengsan wuwuwuwu. mungkin berpunca dari hb yang rendah itu jugak. 

bab selera makan awal-awal pregnancy sama je. kurang berselera. selera tu ada, cuma nya makan dengan kuantiti yang sedikit. nak kata kerap makan tu tak jugak. cuma syukur alhamdulilah ada jugak selera makan, morning sickness? masa Fateh Uwais dulu abi yang MS hewhewhew. adik uwais ada jugak rasa macam benda tersangkut celah tekak. tapi ummi takmo layan. buat-buat macam takde pape. takmo mulakan muntah uwek uwek. takut nanti hari-hari dia buat perangai pulakkkkkk. huuuuu

adik uwais suka makan manis-manis. pernah rasa tak sedap tekak, kita pun beli la pelam. cicah dengan garam. tapi adik takmo terima. bau pelam yang masam tu pun dah mula rasa meloya. makan dodol, makan kek manis-manis boleh pulak errrrrr. Fateh Uwais dulu pelam telur tu boleh makan gitu aje cicah dengan garam. hari-hari pun sanggup. padahal seorang ummi bukanlah peminat tegar pelam telor. 


post signature

11 January 2016

Kisah Khalifah II : Hb Rendah(Anemia)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


13 Disember 2015

dari mengandungkan Fateh Uwais dulu lagi HB memang semedang rendah nya. ada la sekali HB normal 11.4. check up dua minggu sebelum bersalin kohkohkoh. tapi yang herannya time tak pregnant elok je HB tu normal. siap 13.6 lagi tuuuuu. haihhhh d u g a a n nnnnnnnnn

bila HB rendah mula la kena ambik darah banyak. kalau tidak boleh je ketip2 hujung jari tapi sebab HB rendah gamaknya kena ambik sebotol kecik tu. sakit tau tak sobsssss. 



bahaya ke HB rendah? HB tu ape? HB adalah hemoglobin dalam darah. dalam bahasa pasarnya kepekatan darah seseorang. time pregnant HB rendah adalah bahaya sikit. kalau tumpah darah, bila darah cair takut ibu akan kehilangan darah yang banyak dan mungkin boleh mengakibatkan kehilangan nyawa. anak dalam kandungan pun risau effect apa2 contohnya berat kurang atau gugur atau mati dalam perut. ibu pun boleh jadi lemah dan lesu yang boleh mengakibatkan pitam atau pengsan. tapi alhamdulilah Fateh Uwais dulu sihat selamat bertubuh badan sampai sekarang. alhamdulilah Allah pelihara. moga Allah pelihara adik baby uwais ni jugak serta ummi mereka amin amin. 

jadi apa yang saya amalkan sepanjang HB rendah ni?

Iron Tablets



vitamin ni kaler coklat memang tersangatlah tak sedap. telan pun sambil pejam-pejam mata. yang lagi tak best bila sedawa rasa aura besi keluar erkkkk. time buang air besar bau najis pun bau besi karat tu haaaa. uwekkkkkk. orang lain yang HB rendah tetap kena makan Iron Tablets ni time pregnant cuma sebijik atau dua bijik sehari je. tapi ummi kena makan 4 bijik sehari. sobssssss lagi

Hati Lembu

Hati lembu goreng berempah. resepi dekat sini

tapi orang kata tak berapa elok sangat makan organ dalaman ni. lagi tak elok kalau hati ayam. maka makan la hati lembu. 

Bayam Merah



bayam hijau tak aci. sebab bayam tu warna merah darah kot. kot lah ekekeekkee :p weekend lepas buat masak lemak bayam merah. terus kuah jadi kaler pink. merah bayam tu keluar gamaknya. ke saya yang salah masak? errr errrr

Pegaga




Rupanya pegaga tersangatlah elok untuk orang mengandung yang HB rendah ni ye kawan-kawan. tau pun masa selak-selak dekat belakang buku pink yang baru ni. banyak jugak info dia letak dalam tu. 



dan rupanya bila dah start ambik iron tablets tu ada pantang larangnya. punnn dapat tau masa baca info belakang buku pink yang baru tu. buku pink masa pregnantkan Uwais dulu takde info macam tu.



Air Bikarbonat, air ber kafein, kena elakkan lepas sejam makan iron tablets tu. dan kena makan masa perut kosong. tak boleh makan lepas ko dah kenyang makan macam2 herrrrrrrrrr

10 Januari 2016



berdebar nak tunggu result hb. sekali tengok. drop lagi?????? bulan lepas 10.6 bulan ni 10.0 jerrr padahal telan iron tablets tu sampai habis 60 bijik tu. sehari empat bijik haaaaa. habuan la hari ni kena cucuk ambik darah dua lengan. sekali nak check hb, sekali lagi nak check nutrisi. sobsss sobssss. dan kali ni dokte tukar iberet pulak. tabahlah makkkkkk. tapi makan iberet yang bestnya makan sebijik dah cukup. tak payah nak makan empat jenis vitamin yang biasa ibu mengandung makan tu dah hewhewhew. cumanya kena makan time perut kosong, dua jam sebelum sarapan pagi dan diambil bersama air kosong atau jus buah. 

balik mengadu dekat Fateh Uwais yang dokte(padahal nurse mihmihmih) cucuk lengan ummi sampai lebam dua lengan sambil tunjuk kesan lebam.

"takpe.. nanti adik habaq kat okte"

"adik nak habaq ape dekat dokte?" - ummi

"yelaaa jangan cucuk ummi lagi"

alaaaaa sweetnya awak anak. terus hilang terbang sakit ummi kena cucuk :)

(gambar lama)

1 Februari nanti ada lagi ujian darah nak tengok serasi tak dengan iberet yang baru dokte tukar tu. kalau tak serasi jugak nak beli Vita Lea Shaklee tula. nak makan yang tu pulak. seingatnya dulu lepas makan vita lea yang hb tetiba naik 11.4 tu. takpe la kita cuba la ikut cara apa pun selain makan benda2 lain macam jambu batu, dan lain2 tu. 


post signature

05 January 2016

Precious Moment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Precious moment untuk ummi abi. bila tengok dak kecik yang nak jadi akhi tu eksaited dengan adik baby yang dalam perut. dari mula pregnant memang dah bagitau dia awal-awal. ada adik baby dalam perut ummi. nanti yayang jadi akhi uwais. 

dan sejak bulan lepas kemain lagi aktiviti dia 'sayang' adik baby. duduk saje-saje selak baju cium adik baby dia. tak puas gamaknya bila cium baju je. cakap-cakap depan pusat. ye!!! pusat ummi!!!! adoiiii geram kadang-kadang. dok korek-korek pusat kita kejut adik baby dia. cium-cium dekat pusat "sayangggg adik baby" "sayanggg adik baby" =..=

apa dia ingat adik baby dia intai ikut pusat ummi ke pun ntah grrrr. geli tau dak. jenuh kejang perut tahan geli. selagi dia tak puas jangan harap lah dia nak berhenti grrrr lagi sekali. bila ummi kata dah dah pegi tengok adik baby dalam perut abi pulak (herherher) reti pulak tu mana ada adik baby dalam perut abi. tapi pusat abi jadi sasaran la jugak. habuan menyakat kofkofkof. mujur bersih :p

Fateh Uwais memang suka baby ni haaa. pantang nampak mana-mana baby yang dia rasa boleh jadi mangsa cium dia. memang baby tu kena stand by jela pipi. dok nampak yang nanti adik baby dia keluar hari-hari la pipi kena tonyoh. kihkihkih. takpe la nakkk. asalkan sayang adik baby, paham yang itu adik. ummi abi dah cukup seronok. dan memang kami selalu cakap dekat dia. "ummi abi sayanggggg akhi uwais, sayanggg adik baby. sama je sayang ummi abi untuk dedua"


post signature

28 December 2015

Kisah Khalifah II : Adik Uwais

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

20 Sept 2015

Alhamdulilah doa ummi nak bagi Fateh Uwais adik Allah makbulkan alhamdulilah. 16 sept lepas saje ummi check UPT test tu haaa lepas seminggu lewat period. mulanya takmo mengharap sebab takut nanti kecewa sobssss. tapi lepas dah seminggu hati terus melonjak-lonjak nak test UPT hewhewhew. oh ye satu lagi tips nak check UPT. sila check di waktu pagi lepas bangun tido. sebab air kencing waktu pagi2 tu lebih ber alkali. makanya resultnya lebih cepat, pantas dan diyakini. insyaAllah.




dan Fateh Uwais bila dapat tau ada adik terus berubah sikap dia huhuhu. jadi lebih agresif, manja dan merap. sampai kadang rasa tak boleh nak kawal tapi alhamdulilah masih dalam kawalan. ketahuilah Fateh Uwais walau ape pun awak tetap yang pertama di hati ummi abi. cinta dan kasih kami tak pernah berubah walau sekelumit pun. 

sengaja kami rahsiakan kewujudan adik uwais pada public. dekat family. hanya kami yang simpan sendiri. sebab takut jadi apa-apa sebab masih terlalu awal. dan risau kalau ada kawan-kawan, sedara mara yang belum punya rezeki 'itu' rasa sedih atau rendah diri. keputusan kami. biar dorang tau sendiri nanti samada dari diri kami atau tetiba ternampak adik baby uwais dalam perut ;) 

Doakan kesihatan kami sekeluarga, terima kasih :)

20 Weeks 4 Days


post signature
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...