Memaparkan catatan dengan label Kebesaran ALLAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kebesaran ALLAH. Papar semua catatan

Bayi Mati Hidup Semula Dalam Pelukan Ibu

SYDNEY – Seorang bayi lelaki pramatang yang telah disahkan meninggal dunia di Australia hidup kembali selepas dia dipeluk oleh ibunya selama dua jam. Dalam kejadian pada Mac lalu yang disifatkan sebagai keajaiban Tuhan, doktor-doktor memberitahu, bayi berkenaan yang diberi nama Jamie Ogg, tidak berpeluang untuk hidup setelah dia dilahirkan pada minggu ke-27 dengan berat badannya hanya 600 gram di sebuah hospital di sini.

Bagaimanapun, kembar Jamie iaitu Emily berjaya diselamatkan selepas dia diberikan bantuan pernafasan selama 20 minit. Doktor kemudian menyerahkan Jamie yang disahkan telah meninggal dunia kepada ibunya Kate dan pasangannya David untuk penghormatan terakhir. Sedih dan sukar menerima hakikat bahawa anaknya telah mati, Kate meletakkan Jamie di atas dadanya dan mengusap-usap anakya sambil menceritakan mengenai apa yang mereka ingin lakukan bersama jika dia dapat membesar bersama adik kembarnya, Emily.

Selepas dua jam dipeluk, tubuh Jamie kembali hangat dan dia mula menunjukkan tanda-tanda bernafas.Kate kemudian memberikannya susu dengan menggunakan jari. “Saya berasa sangat sedih apabila doktor memberitahu dia tidak dapat diselamatkan. Tanpa berfikir panjang saya terus memeluknya. Dia kemudian mula bernafas dan membuka mata. Sungguh ajaib,” kata Kate. Seorang doktor yang dipanggil untuk memeriksa Jamie mengesahkan bahawa bayi itu hidup, tetapi tidak dapat menerangkan bagaimana fenomena itu berlaku. – Agensi

kredit : kosmo.com.my

Lagu Maher Zain - Lirik & Terjemahan Open Your Eyes

Maher Zain, artis Sweden  keturunan Lubnan berusia 28 tahun, telah berjaya mendapat tempat di persada muzik dunia khususnya di kalangan peminat lagu-lagu nasyid. Album sulung 'Thank You Allah' mengandungi 13 track dan 2 bonus yang dilancarkan pada 1 November 2009 lalu sehingga kini sering kedengaran di internet, mungkin juga di radio. 

Pernah tercatat di kedudukan no 1 carta Amazon's World Music dan no 9 carta R&B, muzik videonya dilihat hampir sejuta pengunjung di laman Youtube, manakala mendapat sambutan 'soldout' pada konsert di Algeria, Australia, Belgium, Canada, Egypt, England, France, Holland, Sweden dan USA. Dengar khabar, dari sumber FB Maher Zain sendiri, beliau ada bercadang ke Malaysia...tungguu..

Gabungan pelbagai rentak seperti R&B, Soul, World Music dan Acoustic berserta bait-bait lirik indah penuh makna dengan alunan suara merdu menjadikan lagu-lagu Maher Zain tidak jemu untuk didengar.  Antara lagu yang mendapat tempat di hati peminat ialah 'Open Your Eyes'. Menurut Maher Zain ketika ditemuramah di La Taverna Cafe di Kaherah (sumber:myMetro), 'Open Your Eyes' bertujuan mengingatkan orang ramai supaya melihat sekeliling, memerhatikan dan mencari tanda kebesaran Tuhan yang ada di sekitar mereka. Berikut lirik dan terjemahan lagu tersebut:

Look around yourselves
lihatlah disekelilingmu
Can’t you see this wonder
tidakkah kau lihat keajaiban ini
Spreaded infront of you
bertebaran di depanmu
The clouds floating by
awan berarakan
The skies are clear and blue
langit biru dan cerah
Planets in the orbits
planet-planet pada orbitnya
The moon and the sun
bulan dan mentari
Such perfect harmony
harmoni dan sempurna

Let’s start question in ourselves
ayuh tanya pada diri kita
Isn’t this proof enough for us
apakah bukti ini tak cukup?
Or are we so blind
Atau kita buta?
To push it all aside..
untuk singkirkan itu semua?
No..
Tidak!
We just have to
Kita harus



Open our eyes, our hearts, and minds
buka mata, hati dan minda kita
If we just look bright to see the signs
Jika telah jelas melihat tanda-tanda (kebesaran Allah)
We can’t keep hiding from the truth
Kita takkan bisa sembunyikan kebenaran
Let it take us by surprise
Atau biarkan semua buat kita terkejut

 Take us in the best way
Bimbinglah kami jalan yang lurus
Allah.
.
Guide us every single day..
Bimbinglah kami setiap saat
Allah..

Keep us close to You
untuk dekat padaMu
Until the end of time..
Hingga akhir waktu
~o0o~
Look inside yourselves
lihat dalam diri kita
Such a perfect order
Betapa sempurnanya
Hiding in yourselves
Tersembunyi dalam dirimu
Running in your veins
Bergerak dalam urat-nadimu
What about anger love and pain
bagiamana dengan cinta dan rasa sakit?
And all the things you’re feeling
Dan semua yang kau rasakan
Can you touch them with your hand?
Bisakah kau sentuh dengan tanganmu?
So are they really there?
Apakah semua itu ada (kau rasakan)
~o0o~
When a baby’s born
Ketika bayi lahir
So helpless and weak
tak berdaya dan lemah
And you’re watching him growing..
dan kau lihat dia membesar
So why deny
kenapa kau ingkar? 
Whats in front of your eyes
apa yang ada didepanmu
The biggest miracle of life..
Keajaiban besar dalam hidup

You created everything
Kau ciptakan semuanya
We belong to You
Kami milikMu
Ya Robb we raise our hands
Ya Robb, kami mengadahkan tangan
Forever we thank You..
Terima kasih selamanya
Alhamdulillah..


Tamadun Manusia Musnah 2182?

tanda kiamat
LONDON – Saintis-saintis memberi amaran bahawa ombak tsunami setinggi beberapa ribu meter mungkin memusnahkan tamadun manusia pada tahun 2182 kesan daripada hentaman sebuah asteroid gergasi, lapor sebuah akhbar semalam.

Kebarangkalian asteroid atau planet kecil yang dinamakan 1999 RQ36 itu menghentam bumi pada tahun berkenaan adalah satu nisbah 500 yang dianggap mungkin boleh berlaku.

Asteroid berdiameter kira-kira 548.6 meter itu yang pertama kali ditemui pada tahun 1999 merupakan sebahagian kumpulan Asteroid Berpotensi Merbahaya (PHA).

Menurut beberapa saintis, sebarang usaha termasuk letupan nuklear, untuk mengubah haluan asteroid itu perlu dilakukan 100 tahun lebih awal dari tarikh pelanggarannya sekiranya bumi ingin diselamatkan. – Agensi

kredit : kosmo.com.my


Air Terjun Api

Menakjubkan. Hanya itu kata-kata yang dapat diucapkan bila melihat gambar air terjun di bawah ini. Perubahan musim pada bulan Februari menjadikan lokasi air terjun tersebut sibuk dengan kunjungan pelancong-pelancong. Masing-masing akan menghalakan lensa kamera untuk merakamkan pemadangan Air Terjun Ekor Kuda (Horsetail Falls) di Taman Negara Yosemite, California, US. Apabila musim sejuk berakhir, salji akan cair dan mengalir turun sebagai air terjun. Simbahan cahaya matahari di waktu petang menjadikan air yang mengalir deras kelihatan seperti nyalaan api yang berkilauan.

keajaiban alam air terjun api
air terjun api


Saksikan juga video air terjun Horsetail Falls di bawah ini:




Tentang Keunikan Manusia.

tahukah anda
Saintis kata semakin tinggi IQ seseorang, semakin kerap ia bermimpi.


tahukah anda
Untuk setiap 1 langkah, kita menggunakan 200 pergerakan otot.


tahukah anda
Asid dalam perut cukup kuat untuk menghancurkan sebilah pisau cukur.


tahukah anda
Badan kita menghasilkan haba yang boleh memanaskan  segelen air dalam jangkamasa 30 minit.


tahukah anda
Terdapat 1 trillion bakteria melekat di kaki kita.


tahukah anda
Anak mata anda akan membesar bila melihat seseorang yang anda cintai. Begitu juga halnya bila melihat seseorang yang anda benci.


tahukah anda
Otak manusia boleh menyimpan 5 kali ganda maklumat yang terdapat dalam ensiklopedia Britannica.


tahukah anda
Ibu jari tangan kita sama panjang dengan hidung kita. Tak pecaya, cuba check tengok..



Mengejutkan - Siput Separuh Haiwan Separuh Tumbuhan.


Para saintis telah menemui siput laut Elysia chlorotica yang dapat mensintesis klorofil seperti tanaman sebagai haiwan pertama dengan karakteristik herba. Ianya adalah makhluk pertama yang ditemui dapat menghasilkan pigmen klorofil tumbuhan.

Haiwan ini mempunyai gen-gen yang memungkinkan untuk menjadi haiwan pertama dikenalpasti menunjukkan ciri-ciri tumbuhan. Gen-gen tersebut membantu siput laut ini membuat klorofil, berbanding dengan kemampuan seperti itu, warnanya yang hijau tidak lagi dilihat sebagai aneh.

Para saintis dari University of South Florida telah mengenalpasti siput laut hijau ini sebagai haiwan pertama yang diketahui mampu melakukan ciri-ciri itu.

"Ianya mungkin gabungan dari tumbuhan dan binatang - ianya sangat menarik," kata John Sardis zoologi invertebrata dari Citadel di Charleston.

Siput laut Elysia chlorotica menyimpan kloroplas dari mangsa alganya dan akan dilihat sama seperti daun hijau gelap. Mangsa kepada siput laut itu, Vaucheria litorea, memerangkap kloroplas dalam sel-sel lapisan dalam saluran pencernaan.

Siput-siput laut ini hidup di paya-paya garam di New England dan Kanada. Sebagai tambahan setelah mencuri gen yang diperlukan untuk membuat klorofil pigmen hijau, siput-siput ini juga mencuri bahagian sel kecil yang disebut kloroplas, yang mereka gunakan untuk melakukan fotosintesis.

Kloroplas menggunakan klorofil untuk menukarkan cahaya matahari menjadi tenaga, sama seperti yang dilakukan oleh tumbuhan, menghilangkan keperluan untuk makan makanan untuk mendapatkan tenaga.

"Mereka boleh membuat molekul yang mengandungi tenaga tanpa harus makan apa-apa," kata Sidney Pierce, ahli biologi di University of South Florida di Tampa.

sumber:  livescience.com



Kalimah Dan Tulisan Jawi Pada Kijing.

KUANTAN - Seorang ahli perniagaan yang memiliki kijing unik yang tertera kalimah serta tulisan jawi pada cangkerangnya me nawarkan kepada sesiapa yang berminat melakukan penyelidikan ke atas spesies siput dalam simpanannya itu.

Kijing adalah sejenis haiwan yang menyerupai kupang atau kepah.

Abdul Jabar Abdul Hamid, 48, berkata, beliau terpanggil berbuat demikian kerana percaya tulisan jawi pada cengkerang kijing yang ditemui olehnya sejak lapan tahun lalu itu adalah semula jadi dan bukan sengaja diukir oleh manusia.

"Mulanya saya dan seorang rakan menemui dua siput kijing, satu besar satu kecil di celah batu semasa berjalan dekat sebatang sungai di Indera Mahkota ketika banjir besar melanda pada tahun 2001.

"Bila dibelek, saya amat terkejut apabila mendapati tertera tulisan jawi pada cengkerang dua haiwan yang masih hidup itu," ceritanya ketika ditemui di sini semalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Real Time Web Analytics