Memaparkan catatan dengan label Bentuk Muka Bumi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bentuk Muka Bumi. Papar semua catatan

Saintis Temui Sungai Di Bawah Laut

keajaiban alam sungai bawah laut
 Imej radar 3D, menggunakan teknik pemalsuan warna, menunjukkan aliran sungai di bawah laut dari Selat Bosphorus, Turki mengalir ke arah Laut Hitam. Photo: University of Leeds.


LONDON – Sekumpulan saintis Britain menemui sebatang sungai yang keenam terbesar di dunia di bawah Laut Hitam di Mediterranean, lapor sebuah akhbar semalam. Jika sungai itu terdapat di daratan, para saintis menganggarkan ia akan menjadi yang keenam terbesar di dunia berdasarkan jumlah air yang mengalir.

Menurut pasukan penyelidik dari Universiti Leeds, Britain, sungai itu membawa air masin dan enapan. Pasukan penyelidik itu menggunakan sebuah kapal selam robot untuk mengimbas sungai tersebut dekat Turki.

Sungai bawah laut itu yang satu-satunya yang ditemui setakat ini mengalir dari air masin yang melalui Selat Bosphorus dari Laut Mediterranean ke Laut Hitam. Semasa melalui Laut Hitam itu, airnya mengandungi kandungan garam yang kurang.

Penemuan itu akan menjelaskan kenapa kehidupan boleh hidup di laut dalam yang terletak jauh dari air yang kaya dengan khasiat. Ketua pasukan penyelidik itu, Dr. Dan Parsons memberitahu akhbar Sunday Telegraph, pada setiap saat, sungai bawah laut itu membawa 22,000 kubik air yang melalui terowong bawah tanah. Menurutnya, jumlah itu 10 kali ganda lebih besar daripada sungai terbesar di Eropah, Sungai Rhine.

Sungai yang terpanjang di dunia ketika ini ialah Sungai Nil diikuti dengan Amazon, Yangtze, Mississippi-Missouri, Yenisei-Angara Selenga di Rusia dan Mongolia serta Sungai Kuning di China. – Agensi

kredit : kosmo.com.my

Gua Terbesar Dunia Ditemui.

Gua adalah tempat menakutkan, penuh dengan kelawar, lubang tak berdasar, dan misteri alam lain. Di Vietnam, beberapa peneroka berani telah menemui dan memetakan gua terbesar di dunia.

Gua Son Doong mempunyai kelebaran 262 meter di sebahagian besar bahagiannya. Ia mempunyai sebatang sungai mengalir sepanjang 1.6 batu serta stalagmit setinggi 230 kaki. Sepanjang beberapa batu di dalamnya memiliki kelebaran 460 kaki.


Gua ini pertama kali dijumpai oleh seorang petani tempatan dan kemudian telah menunjukkannya kepada kumpulan ekspedisi British dan Vietnam pada bulan April, 2009. Pasukan ini telah mengukur ketinggian gua sehingga 46 kaki sebelum menemui halangan di puncaknya.

"Pasukan kedua yang cuba memasuki gua telah dihalang oleh banjir" kata Adam Spillane, salah seorang ahli ekspedisi British Cave Research Association yang turut menjelajah gua batu kapur tersebut. "Kami akan kembali tahun depan untuk memanjat dinding tersebut dan melakukan penjelajahan dengan lebih mendalam".


Pemegang rekod sebelum ini ialah Gua Rusa, terletak di Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak dengan kelebaran 300 kaki, tetapi kedalamannya pendek sedikit dari Gua Son Doong. Bentuk mukabumi Vietnam juga dipenuhi gua-gua batu kapur serupa di Sarawak, memberi banyak kesukaran buat peneroka gua. Pasukan penyelidik mengamati gua menggunakan teknologi laser tepat untuk mengadar ukurannya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Real Time Web Analytics