Sekarang kau bayangkan aku memandu Golf GTI ke tempat kerja dan pada masa sama bersepah pelajar memarkir Polo GTI di kawasan kampus. Makcik dan pakcik meniaga pasar pula sibuk memunggah barang dari bonet Mercedes B Class, dan brader burger selamba masak burger terus dari bonet Land Rover Discovery 4.
Mamat-mamat kilang kalut bersembang kat kedai mapley pasal nak berlumba drag Ford Focus STI di Sepang sana. Tukwan kat kampung bawa nenek pergi masjid naik Bentley Continental GT, semuanya berkat duit simpanan ASB dan Tabung Haji.
Ya, memang ada bagus harga kereta murah, supaya kita, rakyat Malaysia sampai kepada satu tahap yang orang sudah tidak peduli kau beli kereta apa.
Kemudian kau jadi fed-up pasal apa saja tentang kereta dan mula keluar mencari erti hidup dan bangga diri dalam bentuk baru seperti mencipta hukum sains atau menghasilkan karya seni baru. Supaya manusia akhirnya sedar betapa intelektual itulah yang abadi dan tidak pernah menjemukan. Bukan materi.
Ataupun kebanggaan kau beralih kepada aksi luar biasa kau bermain gasing menggunakan lidah dan hidung, atau berakit merentas Rajang menaiki biawak komodo.
Begitulah kitaran kebodohan manusia yang berulang-ulang.
Showing posts with label kereta. Show all posts
Menakluk Belum
Lokasi: Trek off-road, Hutan Belum, Gerik, Perak
Jarak perjalanan: 18km
Kenderaan: Isuzu D-Max 3.0L Diesel
Jenis Kamera: Lumix GF1; pancake lens; f/3.5, 1/3200sec; ISO-100
Tema: Menakluk Belum
Pengalaman sukar dilupakan: Naik rakit buluh, naik cerun 70 darjah, hampir jatuh gaung dan melihat tahi gajah.
.
.
*Entri paling mudah ketika anda kontang idea ialah letakkan gambar.
Apabila minyak habis...
Ceritanya begini,
Kalau kau sedang bawa kereta dan tiba-tiba bar meter minyak berkelip-kelip atau keluar lampu pam minyak atau jarum tunjuk takah E, tolong rileks. Dalam kejuruteraan automotif, E di sini bukanlah membawa maksud 'Empty', tetapi 'Enough-for-60km'.
Dalam erti kata lain, kereta kau boleh dipandu sejauh 60 kilometer dengan kelajuan di bawah 80kmj. Lagi perlahan dibawa lagi jauh kereta kau boleh pergi, dan kalau laju lagi sekejap minyak habis. Di sini, logik yang suruh kau bawa kereta perlahan bila meter minyak berkelip memang munasabah, bukan mitos.
Hukum 'Enough-for-60km' ini tertakluk kepada kereta standard kilang, bukan ubah suai taruk rim besar, enjin besar, spoiler besar, bamper besar atau segala mak nenek besar yang lain.
Amacam?
Pasal kereta dan orientasi
Satu hari aku ada intebiu Along, pemilik Mira Gino original dari Jepun yang punya bengkel di Meru. Seperti biasa, sebelum hari intebiu tiba, aku akan ambil masa untuk studi serba sedikit pasal perihal tugasan aku dengan berguru kepada Lebai Google dan Prof Wiki.
Mira adalah kereta kelas kompak keluaran syarikat Daihatsu yang menjadi model rebadging kepada model Kancil, Kelisa dan Viva yang dihasilkan syarikat pembuat kereta nasional, Perodua.
Apa yang membuatkan Gino menjadi buruan peminat kereta kompak tempatan ialah faktor rare dan eksklusif model ini melalui reka bentuknya yang berkonsepkan Mini klasik. Dalam erti kata lain, Gino adalah alternatif terbaik bagi peminat Mini yang tak berapa cukup duit mau sambar kereta buatan Britain itu.
Apa yang menambahkan lagi faktor rare Gino ialah model ini sudah dihentikan pengeluarannya setakat generasi kedua iaitu pada 2009.
Di sini, jika kita melihat kembali kronologi sejarah reka cipta Jepun, kita akan menyedari betapa orientasi asal pereka dan industrialis di Negara Matahari Terbit itu ialah menghasilkan produk counter-culture kepada produk buatan Barat.
Beza Jepun dan Malaysia ialah Jepun bukan hanya bercakap mengenai serangan iluminati, penjajahan Barat atau bahana pasaran bebas di pentas ceramah dan e-mail forward, sebaliknya mengorak langkah menyerang semula serangan budaya Barat itu.
"Kau buat Superman, aku buat Ultraman," mungkin itulah yang dilaungkan Katsuhiko Okumura dan Koichi Ina, dua individu penting di sebalik Daihatsu.
Hasilnya, Gino dijual pada harga yang berkali ganda lebih murah berbanding Mini yang bukan saja menjajah Barat, malah negara-negara dunia ketiga yang suatu masa dulu pernah terpesona dengan propaganda 'Asia untuk Asia'.
Dan tiba-tiba aku terfikir, syarikat automotif kita sekarang ni orientasinya di mana? Mahu lawan siapa? Samurai atau koboi? Atau Batman?
.
.
"Aiseh bro, enjin tak cun sangatlah. Itu banana sudah tarik keluar?"
Sudah.. apa jadah pula banana dengan Gino?
Powered by Blogger.