Showing posts with label filem. Show all posts

Paloh - filem patriotik terbaik

Sunday, September 02, 2012 · Posted in , ,

Orang Jepun pun keliru diorang berjuang untuk siapa

Antara sekian banyak filem genre sejarah buatan Malaysia, Paloh arahan Adman Salleh adalah yang terbaik dalam penilaian aku setakat ini. Mujurlah filem itu dirilis pada 2003. Kalau sekarang aku syak mungkin ia akan terperap dalam kabinet Finas dan dicincang sana sini.

Berbanding Bukit Kepong yang bersifat propaganda (tapi berjaya dari segi mengundang simpati), Leftenan Adnan yang terlalu lurus dan Embun yang feminisme, Paloh nyata berbeza.

Filem ini membawa aku membaca sejarah dari kaca mata pelakunya tanpa perlu mengajak aku bersetuju dengan sesiapa. Adman mengajar, ketika perang, apa yang ada dalam diri manusia adalah curiga dan syak wasangka, selain rasa percaya bahawa kebenaran itu milik kita. Sedangkan kita tidak sedar kita sebenarnya adalah mangsa siasah perang, dan kita terperangkap.

Macam kau baca novel Salina dan tak faham kenapa Salina sanggup jadi hamba dan pelacur kepada Abdul Fakar. Logik kau, Salina patut lari jauh ke Semenanjung dan mulakan hidup baru. Atau bunuh saja Abdul Fakar awal-awal. Tapi itulah kesan siasah perang dan melalui Salina, Pak Samad berjaya menyampaikan pengalaman perit zaman perang dilaluinya sebaik mungkin. Itupun kalau kau fahamlah.

Menerusi Paloh pula, kau akan sedar betapa keretakan hubungan kaum di Malaysia sebenarnya bukan bermula akibat insiden 13 Mei 1969, tetapi ketika fasa pendek penjajahan Jepun (awal 40-an).

Seperti dialog bapa Siew Lan, si ketua Komunis, ketika berunding dengan Ahmad (Namron) supaya tak kacau orang Melayu, "Kita tak bunuh Melayu, kita bunuh Melayu sebab Melayu masuk Jepun bunuh Cina. Masa British, lu ada dengar Cina kacau Melayu?"

Ya, ketika Jepun datang, orang Melayu sendiri berpecah kepada dua, antara puak yang mahu bekerjasama (macam zaman British) dan puak penentang radikal (info: Kesatuan Melayu Muda (KMM) asalnya meraikan kedatangan Jepun menentang British sebelum gerakan itu sendiri diharamkan.)

Malah sebelum Mat Sabu bangkitkan cerita pasal Mat Indera, Adman sudah terlebih dulu menulis tentang golongan radikal Melayu (bapa Fatimah) yang digambarkan sebagai nasionalis tulen yang enggan bekerjasama dengan mana-mana penjajah dan pada masa sama seorang warak serta kental jiwa Melayunya (bermain ghazal meski dalam seragam Komunis).

Kalau kau masih keliru mengenai kenapa orang Melayu masuk Komunis, tetapi malas baca buku, Paloh setidak-tidaknya mampu memberikan sedikit gambaran ringkas mengenai perkara itu.

Dalam History Channel pasal penjajahan Jepun ke atas Malaya, ada satu insiden orang Jepun serbu satu kampung dan asingkan Melayu dan Cina. Kemudian, orang Cina dibunuh beramai-ramai dan orang Melayu hanya duduk diam saja.

Ya, pada fikir orang Melayu, orang Cina dibawa British untuk bekerja dan  mereka bukan sebahagian penduduk Malaya. Lagipun, sebagai rakyat biasa, siapa yang tidak goyang bila tengok senapang dan pedang Samurai?

Sebaliknya, dalam fikir orang Cina, orang Melayu memang mahu mereka dibunuh. Ini diburukkan lagi dengan hakikat ada orang Melayu bekerjasama dengan Jepun. Kesannya dapat dilihat melalui pemberontakan Komunis selepas Jepun berundur dengan menyerang kepentingan British yang kebetulan pula dijaga orang Melayu.

Turut dikupas adalah perbezaan dan perpecahan yang juga berlaku dalam parti Komunis antara puak rasional dan puak yang cenderung berpaksi kepada parti Kuomintang China.

Apa yang menarik mengenai Paloh adalah beberapa dialog kontroversi yang aku jamin tak akan lepas jika filem itu dibikin selepas fasa tsunami PRU-12 (siapa kata kita makin terbuka?), misalnya dialog, "British, Jepun dan Komunis semua sama. Tapi, sekurang-kurangnya Komunis lawan untuk bebaskan kita." dan "Tak payahlah nak memuji sangat komunis tu."

Gambaran siasah perang terbaik oleh Adman dan lima bintang untuk Paloh!

Pasal interpretasi dan filem

Thursday, August 09, 2012 · Posted in , , ,



Sama seperti buku untuk kau tahu siapa penulisnya, filem juga sama. Kau perlu tahu siapa si penulis skrip dan pengarahnya, ini membantu kau menyelami ideologi mereka.

Ini kerana sesebuah filem itu adalah tentang interpretasi seorang penulis dan pengarah. Misalnya, aku menulis buku pasal tragedi lima budak lemas dengan gambaran sekian-sekian, tetapi apabila karya aku sampai ke tangan pengarah, gambaran itu mungkin tidak sama kerana ia sekarang diinterpretasi oleh si pengarah.

Sebab itulah kita kerap baca tentang konflik pengarah-penulis skrip. Tambahan lagi kalau filem itu adaptasi buku, selalu timbul situasi tak puas hati penulis terhadap pengarah. Jadi sekarang kau fahamkan kenapa Yusof Haslam tulis dan arah filem sendiri. Dan aku syak, mungkin penulis skrip Malaysia banyak songeh, ataupun daya fikir pengarah kita tak berapa nak boleh pergi. Fahamkan?

Sebabnya, imaginatif kita berbeza-beza. Interpretasi dipengaruhi apa kita lihat, dengar dan rasa yang ada hubungkait emosi, hal politik, jenis bahan bacaan atau tontonan, pengalaman dan macam-macam.

Filem sebagai wadah seni seharusnya tidak ditafsirkan sebagai kau salah, aku betul. Sebaliknya, interpretasi kreatif pengarah. Jadi hal penangguhan 'Tanda Putera' (aku tengok trailer saja), jika kau pertimbangkan dari segi karya seni dan kebebasan berfilem, ia tidak sepatutnya ditangguhkan atas alasan apa pun.

Sejarah itu sendiri ada pelbagai tafsiran oleh sarjana dan umum, inikan pula Shuhaimi Baba. Ia boleh jadi hitam atau putih, setuju atau bantah. Hasilnya, 'Tanda Putera' adalah karya interpretasi beliau tentang Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail, ia masih dalam ruang lingkup fiksi serta imaginatifnya.

Kalau mahu semua lurus semata, bikin saja dokumentari pacak dan jemput orang itu ini untuk kau dapatkan hasil ikut hati kau. Masalahnya, apa seninya?

Rebiu: Ombak Rinduuuuu...

Friday, December 23, 2011 · Posted in

Lama aku nak tulis pasal rebiu filem ni, tapi aku sibuk amat. Sebenarnya, aku dah jarang tengok wayang, tambah-tambah lagi filem Melayu sekarang banyak yang bercerita pasal hantu dan kelakar bodoh.

Masa terluang aku banyak diisi dengan menonton bola sepak Inggeris dan saluran History, rancangan masak-masak serta hiburan suka ramai rakyat Malaysia sebagai cara meraikan kehidupan kapitalisme.

Aku pernah beri rebiu yang agak bagus untuk filem Cun karya Osman Ali, iaitu mengenai pertembungan kapitalis dan sosialis yang disatukan dengan cinta.

Namun, Ombak Rindu bukanlah karya asal Osman, sebaliknya naskhah adaptasi daripada novel popular dengan judul sama. Dalam erti kata lain, Osman sudah terikat pada naratif novel berkenaan yang bersifat cinta popular.

Hasilnya, ada banyak perkara yang membuatkan cerita romantik melankolik itu tidak begitu meninggalkan kesan. Ditambah pula dengan rebiu negatif oleh beberapa blogger yang mana semuanya memainkan peranan menghilangkan fiil aku terhadap filem ni.

Lakonan Maya ok, tetapi wajah pan asian dengan cakap pelat dan kening bercukur semacam tak kena dengan watak Izzah, gadis kampung yang digambarkan sebagai naif gila sampai tak tahu diri akan dilacur di sebuah disko. Walhal, ada satu babak imbas semula menunjukkan dia pernah dirogol pakcik yang sama.

Memang tak logik, tapi kalau kau rasa ok untuk ikut orang yang rogol kau untuk cari kerja di disko, aku tak boleh cakap apa-apa.

Lagi satu, aku semacam tak dapat terima kenapa Izzah merayu Hariz (Aaron) mengahwininya sedangkan mamat tu seorang pelanggan pelacur dan juga pernah main dengan dia.

Dalam novel Salina karya Pak Samad, kita dapat merasakan masalah psikologi dan gangguan mental akibat perang yang dihidapi Siti Salina hingga memaksa dia merelakan tubuhnya dilacurkan suaminya, si Abdul Fakar.

Tapi dalam Ombak Rindu, apa masalah psikologi dan sebab-akibat yang dialami Izzah hingga membuatkan dia merayu Hariz supaya mereka berdua berkahwin? Apakah kerana Hariz hensem? Apakah kerana ada nur di wajah Hariz? Ataupun kerana Hariz berprestasi super di ranjang?

Oklah, anggap saja ini semua sekadar plot fiksi yang mahu menceritakan betapa hebatnya konflik cinta agung antara Izzah-Hariz.

Ada lagi kesilapan Ombak Rindu, iaitu terlalu banyak sangat adegan menangis. Ada satu situasi menunjukkan tiga babak menangis secara berturutan. Bagi aku, apabila sesebuah filem itu terlalu banyak sangat adegan menangis atau sedih secara rali, ia akan jadi potong stim.

Cuba tonton filem Hindustan, setakat aku tengok, belum ada lagi filem yang memaparkan adegan menangis secara berturutan, di mana ia biasanya diselang-seli dengan babak bertumbuk, marah, kena maki atau lawak sebelum kemuncak cerita ditamatkan dengan aksi si hero menangis dengan mata merah menyala sambil melontarkan ayat-ayat puitis di majlis perkahwinan pengantin perempuan.

Ingat lagi Titanic, jangan lupa adegan super sedih hanya berlaku di hujung cerita ketika kapal agam itu karam ditelan laut yang menyaksikan Jack dan Rose bertarung nyawa dengan berpaut di papan hanyut.

Dalam filem tempatan, Sembilu II adalah contoh terbaik sebuah filem yang berjaya memaparkan babak sedih paling emosional dalam sejarah filem tempatan (jika mengambil kira kategori filem cinta komersil dan pop Melayu dan cinta remaja).

Babak ketika Awie melihat Wati (Erra Fazira) bersanding di atas pelamin bersama lelaki lain (nama apa entah mamat ni) sebelum menunggang motor dengan diiringi lagu Ukiran Jiwa adalah babak paling sadis dan paling meracik-racik jiwa (DIULANGI: jika mengambil kira kategori filem cinta komersil dan pop Melayu dan cinta remaja).

Sorry Osman, Ombak Rindu gagal berikan aku sebarang emosi cinta selain kerja kamera yang cantik.

Transformers, pengangguran dan meritokrasi

Monday, July 04, 2011 · Posted in ,


Ada satu pelajaran dalam Transformers 3.

Walaupun Sam Witwicky (Shia LaBeouf) pernah menyelamatkan dunia dalam Transformers 1 dan Transformers 2 serta dikurniakan sijil penghargaan daripada Presiden Barack Obama, tetapi itu semua bukanlah jaminan untuk dia senang mendapat kerja. Sebaliknya, Sam dalam Transformers 3: Dark of The Moon cuma bekerja sebagai ofis boy.

Sekian, terima kasih.

.
.

"You may lose your faith in us, but never in yourselves. From here, the fight will be your own."- Optimus Prime

Rebiu: Menentang kapitalisme dalam Cun

Sunday, April 10, 2011 · Posted in ,

Semalam aku tonton filem Cun, karya pengarah Osman Ali. Kalau korang sebelum ini pernah menonton Anak Halal dan menyukai filem tersebut, Cun adalah karya yang harus ada dalam senarai filem Melayu patut tonton tahun ini. Mari tengok apa yang buatkan Cun menarik dalam kaca mata aku.

Sinopsis ringkas, Cun adalah filem genre komedi romantik antara Atan (Remy) dan Luna Latisya (Maya Karin). Luna yang berkerja sebagai hos program gosip, Meletops (macam Melodi) menyaksikan sendiri balaknya, Rayyan Hidayat (Jehan Miskin) kantoi berkhalwat dengan seorang awek (Marsha). Jadi untuk melepaskan kekecewaannya, dia lari bawa diri mencari tenang di kampung PA-nya, Tom (Faezah Elai) di Kedah. Di situlah dia berkenalan dengan Atan dan keluarganya, lalu detik komedi dan romantik pun bermula.

Plotnya mudah dan ringkas. Tapi, orang jenis aku ni kalau menonton filem cenderung melihat makna kedua yang cuba diselitkan pengarahnya. Mungkin juga pengarahnya tak ada niat mahu menyelit apa-apa makna pun, cuma aku yang suka faham sesuatu makna itu begitu adalah begitu.

Aku juga tak nak ulas pasal sinematografi, apatah lagi runut bunyi sebab aku tak pergi sekolah filem. Asalkan lagu itu sesuai dengan genre filem dan shoot kamera pula nampak cantik, rajin dan sukar, ia cukup baik.

Ok, kita ulas pula pasal plot dan makna filem. Sama seperti filem-filem dulu, Cun mengulangi plot lama dan paling laku dalam sejarah perfileman dunia, iaitu cerita cinta antara dua darjat. Kaya dan miskin. Artis dan orang biasa. Kampung dan bandar. Hodoh dan cantik (senaraikan antonim cinta yang ada).

Tapi, apa yang membuatkan Cun istimewa dan nampak berjiwa besar ialah nilai falsafah dan pertembungan ideologi antara kapitalisme dan sosialisme. Dua faham yang selalu bergaduh, menindas dan ditindas, tidak pernah sebulu serta sering salah faham, tetapi masih hidup bersama.

Dalam filem ini, Atan, keluarga dan kampungnya mewakili sosialisme, manakala Luna, Rayyan, krew Meletops dan dunia artis adalah kapitalisme, berpaksi kepada keuntungan semata-mata.

Dunia Atan adalah kampungnya yang mana dia dan keluarganya meneruskan kelangsungan hidup dengan membanting tulang di bendang. Sesekali kalau mahu berseronok, mereka akan keluar berkaraoke (sampai naik sheikh) di Restoran Bedah, ataupun jalan-jalan ke pekan (bandar Alor Setar). Aset istimewa dimiliki Atan ialah seekor kerbau bernama Kembang dan lori buruk buat mengangkut baja.

Ironinya, dunia Luna pula langsung tidak memerlukan tulang empat kerat untuk dia memiliki sebuah Fairlady. Cukup dengan bekerja menjual gosip artis atau cerita dalam spender orang. Jika dalam skop lebih besar, dunia artis ni boleh juga disamakan dengan dunia politik kita. Cerita ekonomi tak ada, buat kerja tak pandai, tapi banyak cerita pasal seks, sembang merapu pung pang pung pang dalam Parlimen, makan rasuah, jadi pengerusi pacak syarikat GLC atau mana-mana agensi kerajaan dan bila cukup bulan, gaji masyukkkkkkk...

Babak paling sinis adalah ketika Atan membaiki Fairlady Luna selepas disindir hanya mampu membaiki lori buruk. Sebaik saja menghidupkan kereta, lihatlah reaksi bangga Atan (buka dada dan betulkan baju) atas kejayaannya itu. Ia mesej sinikal kepada kaum buruh yang hanya mampu menumpang bangga dengan kekayaan milik si kapitalis. Aku terbayangkan dialog si buruh sedang tersenyum sambil berkata, "Dulu KLCC tu aku yang buat." "Lu tahu kereta YB tu siapa repair, gua beb!" "Baju Datuk Jib aku yang jahit kau tau.." Ironinya, apakah nikmat kemakmuran atas keringat buruh-buruh itu terbayar? Apakah cukup dengan sedikit puji-pujian, sehelai kain pelikat dan duit kopi seminggu dua?

Babak eksploitasi kelompok kapitalis ke atas kaum buruh jelas dipaparkan dalam banyak adegan yang menyebabkan cinta Atan-Luna dilanda konflik. Antaranya, produser Meletops (Ning Baizura) menggunakan kisah cinta Atan-Luna-Rayyan untuk menaikkan rating programnya, sekali gus memaksa Atan melepaskan cintanya terhadap Luna.

Namun, ada satu daya yang menjadi tenaga kepada Atan untuk mengejar semula kekasihnya, Luna. Daya yang berjaya meruntuhkan segala isme-isme di dunia. Ia tidak lain dan tidak bukan ialah cinta..

Cinta mendesak Atan mencari Luna di KL dan siapa sangka dengan bersenjatakan air mata Atan berjaya menyentap emosi kapitalis yang meraih untung atas sengsara orang lain. Babak Atan bawa famili pergi KL naik lori buruk dan sound setepek sambil mata bergenang air mata kepada semua krew program Meletops adalah adegan paling emosional dan penuh semangat penentangan kapitalisme dalam sejarah filem komedi romantik Melayu.

Cun memberitahu betapa materi kuasa material akhirnya ditundukkan daya cinta dan air mata yang akrab dengan kemanusiaan meski ia selalu dilupakan. Chewwah..

.
.

I become a waterwheel, turning and tasting you, as long as water moves - Maulana Rumi

Mengenal Mark Zuckerberg dalam The Social Network

Wednesday, December 08, 2010 · Posted in

Mark bersama jeans dan sandal memang tak dapat dipisahkan.

Aku baru lepas tengok The Social Network (TSN), cerita mengenai pengasas Facebook, Mark Zuckerberg. Tentang sebab musabab mengapa mamat nerd berambut keriting itu tubuhkan Facebook dan beberapa konflik yang dia hadapi sepanjang menghasilkan laman web paling fenomena di planet bumi ini.

Siapa saja yang paranoid dengan Freemason, Illuminati dan agenda Yahudi disarankan tengok cerita ni, yang diadaptasi daripada buku bukan fiksi, The Accidental Billionaires, karya Ben Mezrich.

Walaupun Facebook ditubuhkan selepas insiden 11 September, yang menjadi pencetus kepada sekian banyak teori konspirasi mengenai dajal dan segitiga ada mata, tetapi motivasi Mark untuk mencipta Facebook langsung tidak menyebut perihal Islam dan Osama Laden. Apatah lagi tentang politik Amerika mengenai gerakan pembaharuan atau reformasi melawan George W Bush.

Apa yang dapat aku lihat, jika kita ketepikan faktor genius dalam kepala otaknya, Mark sama saja seperti anak muda lain yang ada perasaan tipikal tentang cinta. Kecewa bila berlaku penolakan.

Secara kebetulan, rasa kecewa menonggeng itu mendorong Mark melakukan godaman super genius ke atas laman web universiti sebelum dia menemukan 'Eureka' melalui idea adik-beradik Cameron dan Tyler Winklevoss.

Satu lagi, Mark ketika melancarkan Facebook pada 2004 baru saja berusia 20 tahun. Dan ada khabar angin mengatakan dia pernah melantak daging koala atas kapal layar. Habis tu, tak reti-reti cari daging koala!

Lagenda Budak Setan (Tak Sempat Siap Sebab Tengok Piala Dunia) Tunggu Nanti Aku Sambung

Wednesday, June 16, 2010 · Posted in

Lama tak rebiu filem. Agak kurang tengok wayang kebelakangan ni. Maklumlah, sibuk. Bila sibuk, lupa. Lupa tengok wayang. Nampak tak kaitan antara sibuk dan lupa. Jadi, tak hairan faktor kesibukan mampu menjejaskan sesuatu hubungan. Antara suami dan isteri. Anak dan ibu bapa. Pakwe dan makwe. Kerajaan dan rakyat. Semuanya kerana sibuk dan lupa. Eh, aku nak rebiu filem kan?

Beberapa hari lalu, aku tengok Lagenda Budak Setan (LBS). Filem adaptasi daripada novel pop agung karya Ahadiat Akashah.

Istimewa tentang novel ini ialah tercetus fenomena baca novel pop kalangan remaja Malaysia sekitar 90-an. LBS berjaya menyelinap menjadi bentuk budaya popular remaja tempatan ketika itu, seiring dengan trend kasut penguin dan seluar straight cut tempah kedai taruk buckle tepi pinggang (poket belakang kasi keluar, kaki seluar lipat, poket kecik tepi).

Memang sudah ada banyak novel pop sebelum LBS. Tetapi, belum ada satu pun novel yang mampu mencetuskan kegilaan seperti LBS. Ahadiat, menerusi LBS berjaya mencipta peraturan baru tentang apa itu novel pop dalam erti kata sebenar.

Malangnya, disebabkan sikap anti-establishment dan anti-popular yang kuat, aku hanya membaca episod pertama LBS (berjudul Budak Setan) walaupun bersungguh-sungguh direkemenkan oleh rakan sekelas.

Sebaliknya, aku memilih membaca novel pop lain keluaran syarikat Ahadiat (Melati Production kalau tak silap).

Selain Budak Setan, seingat aku hanya tiga saja novel pop syarikat Ahadiat yang aku baca.

Pertama, Yo, It's Me (Aznil Nawawi) - Pernah dibuat drama tivi di TV3, lakonan Nico. Mengisahkan seorang mamat skema berubah menjadi hensem selepas di-make over oleh rakan-rakan. Tapi, Nico dalam drama selepas di-make over tak adalah hensem sangat pun.

Kedua, Prince Cinderella (penulis tak ingat) - Langsung tak ingat jalan cerita. Tapi, uniknya tentang novel ini ialah pembaca perlu hantar surat kepada syarikat penerbit untuk dapatkan 'warkah si hero' (kalau tak silap). Warkah tersebut adalah kesimpulan bagi penamat cerita novel itu.

Ketiga, Di Bibirmu Ada Lagu (Shai) - Aku cuma ingat tajuk saja sebab aku anggap penulis tu berjaya mencipta ayat jiwang paling king sepanjang zaman.

Kembali semula mengenai LBS, sebenarnya, aku langsung tak ingat plot dalam novel pertama itu selain nama heronya, Kasyah. Justeru, aku gagal mengingati momen-momen penting yang patut diangkat dalam filem.

Eh, tadi tulis nak rebiu filem kan?

Sabar sabar. Nak tengok Korea Utara lawan Brazil dulu.

Merantau: Falsafah Silat yang Mengujakan

Thursday, January 14, 2010 · Posted in

Ketika melihat trailer Merantau, aksi filem Ong-Bak, lakonan Tony Jaa sudah terlintas dalam fikiran aku.

Secara peribadi, Ong-Bak menjadi benchmark baru bagi filem tempur (martial arts) selepas Hollywood masih gagal mencari aktor tempur sebaik Jean-Claude Van Damme (Bloodsport) dan Mark Dacascos (Only the Strong). Hong Kong pula masih mencari jelmaan wira baru menggantikan Jackie Chan dan Jet Li.

Tony Jaa mengisi kemuraman itu dengan sangat baik. Sehingga aku rasakan mana-mana filem yang tidak dapat menandingi karaeograf sebaik Ong-Bak, filem itu tidak layak dilabelkan sebagai filem tempur yang bagus dan mengujakan.

Berbalik kepada Merantau lakonan brader bergigi siung, Iko Uwois. Terus terang aku katakan filem ini sudah berada sebaris dengan Ong-Bak. Dan pada satu-satu tahap, ia jauh ke hadapan dari segi falfasah dan faktor humanis.

Berbanding Ong-Bak, di mana misi Ting (Tony Jaa) adalah menyelamatkan kepala patung Buddha, Merantau tampil dengan misi yang lebih realis, iaitu menentang kejahatan urban di Jakarta. Tiada unsur misi religius di sini. Mungkin kerana pengarahnya, Gareth Evans, bukan orang tempatan. Mungkin juga dia mengambil jalan selamat (takut timbul perdebatan atau kontroversi). Tetapi itu tidak bermakna Evans gagal menyelami falsafah silat dengan baik.

Apa yang bagus tentang Merantau adalah keupayaan Evans me'lari'kan stereotaip filem tempur yang sudah biasa terakam dalam fikiran penonton seperti: Babak awal dimulai dengan sesi latihan di gelanggang dan khatam sebelum berjumpa orang jahat. Dan ketika hampir kalah, mula si hero terngiang-ngiang pesanan guru atau jurus rahsia lalu bangkit menumpaskan si penjahat.

Namun, dalam Merantau, tiada babak seperti itu. Tiada upacara meditasi/yoga/pertapaan yang selalu kita saksikan dalam filem-filem tempur seperti bertafakur mengadap lembah luas, sesi latihan maha seksa ataupun menurun menyeru kekuatan. Tiada ritual kebatinan atau perkara-perkara mistik lain. Evans tampilkan silat pada paksi yang real, jauh daripada mitos kesombongan (kononnya silat mempunyai kuasa batin paling agung).

Gerak silat (Harimau) dalam Merantau ditonjolkan dengan cantik. Liuk dan lentik Yuda (Iko Uwois) begitu sempurna, tepat dan menakutkan sehingga menampakkkan sisi 'membunuh' seni bela diri nusantara yang sebelum ini disindir terlalu berbunga-bunga (walhal bunga itu adalah apresiasi daripada keindahan silat-sama seperti tai-chi).

Apa yang buat aku sangat menghormati Evans ialah falsafah murni silat dalam Merantau yang dijelaskannya dengan cukup sempurna. Tenang, terkawal dan perikemanusiaan. Evans menjelaskan makna silat itu sendiri, iaitu bela diri atau menyerang apabila diserang. Tidak menyerang apabila lawan sudah jatuh. Ini dapat aku lihat pada dua babak besar. Pertama, ketika Yuda bertempur dengan rakan sendiri (dalam lif). Kedua, semasa berlawan dengan ketua jahat. Yuda memutuskan untuk tidak menamatkan nyawa dua watak tersebut apabila lawannya sudah lunyai dibelasah. Peluang diberi sehingga akhirnya memakan diri sendiri. Tapi, perjuangan kebenaran yang dipegang kuat Yuda tampak hidup dan mengujakan meski berakhir dengan kehilangan nyawa.

Mesej kuat dalam Merantau adalah jangan takut memperjuangkan kebenaran. Walaupun di pengakhiran, kau mungkin sendirian (dalam filem ini digambarkan dengan kematian Yuda), tapi sebenarnya, kau adalah manusia membanggakan. Mati kau tidak pernah sia-sia, biar mati merempuh daripada mati bersimpuh.

Merantau lebih daripada keluar meninggalkan kampung halaman. Ia perjuangan, survival membawa falsafah diri. Five star of course!

Amacam filem Malaysia, masih mahu berempit lagi? Hehe..
.
.
Oh ya, kasut Converse coklat Iko sama dengan kasut aku. Jadi, jaga-jaga!

7 Pounds Sama Dengan 3.2 Kilogram

Monday, March 02, 2009 · Posted in

Layan 7 Pounds.

Sinopsis ringkas. Gara-gara guna henfon ketika memandu, Tim Thomas (Will Smith) terlibat dalam kemalangan dan menyebabkan kematian 7 orang termasuk bininya sendiri.

Dek rasa tertekan dan rasa sungguh berdosa, Thomas ambil keputusan berikan 'nyawa baru' kepada 7 orang sebagai ganti 7 nyawa yang maut kerananya.

Caranya ialah mencuri kad id adiknya yang bekerja kat jabatan cukai (IRS) untuk mendapatkan maklumat 7 orang yang layak terima sumbangannya tu. Antara sumbangannya ialah dalam bentuk derma organ dan hadiahkan rumahnya secara percuma.

Cerita menjadi lebih sensasi apabila dia kemudian jatuh cinta dengan sorang awek yang ada dalam senarai individu yang mahu dibantunya. Ok. Babak akhir Thomas ni mati. Sebab apa dia mati? Ya, sila pergi ke sinema berdekatan atau dapatkan dvd daripada Ah Beng.

Entah kepala otak apa Grant Nieporte ni sampai dapat hasilkan filem yang gila brilian macam ni.

Patut aku katakan filem ni sebenarnya menceritakan tentang dosa. Dosa melanggar orang sehingga mati [atau boleh saja kau tafsirkan itu sebagai dosa yang kau lakukan dengan sesiapa saja atau dengan Tuhan kau sendiri]

Dosa yang sebenarnya boleh saja kau abaikan dan biarkan semuanya let it go seperti tiada hukuman apa-apa pun atau tiada rasa apa-apa pun. Tapi ia tidak bagi Thomas atau sesetengah daripada kau. Dosa-dosa itu begitu memburu. Kau diburu setiap detik. Seperti kata pepatah yang aku tak ingat dari mana, kalau kau mahu merasai perasaan berdosa, kau lakukan saja dosa itu. Dan kemudian kau akan rasa perasaan itu sampai mati.

Menonton 7 Pounds buatkan kau fikirkan macam-macam. Fikirkan apa yang telah kau lakukan. Itu yang aku fikirkan semasa layan filem ni.

Tapi sendawa beraroma durian brader di sebelah memang menjelik dan memualkan aku.

Histeria - Adrenalin Membuak-buak; Cicakman 2 - Sedap Tapi Separuh Masak

Saturday, December 20, 2008 · Posted in

update!!
filem_histeriaSebelum ni aku selalu harap ada pembikin filem tempatan buat filem yang banyak darah. Ala-ala Chainsaw Massacre dan Saw. Tapi, perlu ditegaskan di sini bahawa melihat filem penuh aksi kelar, putus dan darah bersembur itu tidaklah bermakna aku seorang kriminal ok.

Malangnya, selepas Misteri Rumah Tua, tak ada lagi filem seram tempatan yang betul-betul memuaskan nafsu darah aku. Oh ya, ketika ini aku menaip sambil minum sirap dan jilat bibir.

Tapi, kali ni Histeria muncul. Dengan sempurna. Ini filem seram ganas. Dia punya hantu raya memang tarak ampun punya. Sikit-sikit bunuh. Memang pembunuh profesional. Perlu diingatkan, hantu raya ni membunuh bukanlah dengan penuh kasih sayang, tapi semua mangsa [kecuali Liyana Jasmay dan Ainul Aishah] dibunuh tanpa menghiraukan perasaan pihak PIBG dan juga sentimen masyarakat langsung.

Darah merecik. Tubuh dicakar-cakar. Serius sadis. Serius terkejut. Serius kasihan. Semuanya bersatu padu menyerbu sanubari ini tatkala melihat gadis-gadis cantik sering menjadi mangsa ketidakpuasan hantu-hantu seluruh dunia. Seolah kecantikan itu satu dosa.

Sudah. Aku Merepek.

Bagi aku. Histeria sangat bagus. Seribu kali bagus dari Jangan Pandang Belakang. Walaupun aku harap ada banyak twist dalam filem ni, tapi setiap plot dalam Histeria [yang sudah dapat diteka] ini tetap mampu buatkan kau melekat di kerusi panggung dan cuba tidak ke tandas biarpun kau rasa nak kencing.

Cerita yang bagus buatkan kau akan rasa durasi filem sangat sekejap. Tiba-tiba eh, dah habis? Kesimpulannya, aku menggesa kaki-kaki wayang ataupun apa saja kaki supaya turun menonton filem ni. Biarlah laris. Nanti James Lee kaya dia boleh buat filem yang lagi ganas dan lagi bagus. Mungkin lepas ni dia akan keluarkan pula hantu galah, pocong atau apa jadah hantu lagi yang lebih brutal dan semuanya boleh makan orang.

Ok. Bawa bertenang. Selamat menonton. Empat setengah bintang!

*Sampai hati hantu raya bunuh Scha.
.
.
.
.
.

CICAKMAN 2 - SEDAP TAPI SEPARUH MASAK [19 Dis. 2008]

filem_cicakman2Pertama. Bandar Metrofulus dalam Cicakman 2 nampak sungguh hidup. Macam Batman dengan Gotham City, begitulah Bandar Metrofulus dengan Cicakman. Original. Memang tak sama langsung. Ini yang buat aku suka. Kalau aku kanak-kanak, aku dah boleh mimpi tinggal di Metrofulus dengan memakai kostum Cicakman.


Kedua. Yusri kata, jangan bandingkan Cicakman dengan produk luar. Masalahnya, apa cerita Cicakman ada serupa sama itu Spiderman dan Batman?

Ketiga. Serius aku rasa kacau dengan CGI dan aksi stunt zaman Gaban dalam filem ni. Bagi aku, Cicakman 2 patut kurangkan efek CGI yang melibatkan aksi lawan-lawan. Sepatutnya lebihkan aksi real stunt saja. Cukuplah dengan Cicakman beraksi supersonik dan panjat bangunan, termasuk aura tuju-tuju api Ginger Boys. Tak payahlah susah-susah suruh Cicakman jadi Spiderman. Ataupun guna efek bullet time ala Matrix keterlaluan. Aku rasa, lagi bagus Yusry belajar aksi lawan-lawan Pendekar Kundur atau Pendekar Mata Satu. Ataupun aksi terjun berani mati macam Jackie Chan.

Keempat. Yusri nampak gigih untuk jadikan naratif Cicakman 2 kali ini sedikit kompleks. Ada beberapa unsur satira politik dan agama dalam filem ni. Bagus. Tapi aku rasa Yusri macam gopoh, longgokkan semuanya. Sudahnya, naratif dan plot dalam Cicakman 2 jadi separuh masak. Sampai aku cakap, gimme more, gimme more.

Kesimpulan.
Menonton Cicakman 2 tak adalah sampai tahap kau rasa nak baling kerusi macam dalam insiden mesyuarat bahagian Umno mana entah. Aku respek dengan Yusri sebab filemnya kali ni nampak dia macam rajin, walaupun gagal memenuhi piawaian superhero aku.

Sebagai seorang yang pernah berangan nak jadi Masked Rider Black masa kanak-kanak dulu, ini pesan aku kat Yusry, apa yang membuatkan superhero tu berbeza dengan orang lain ialah bukan sekadar kuasa magis yang dimiliki, tapi attitude dan nilai kental yang dipegangnya.

Elemen inilah yang akan buat penonton (kanak-kanak) akan rasa sayang gila dengan superhero tu. Dan rasa sangat tak puas hati kalau superhero tu mati. Dan juga rasa nak jadi penyelamat dunia menewaskan kejahatan. Mahu tak mahu, imaginatif sesebuah filem superhero sepatutnya macam tu.

Naratif filem superhero juga jelas. Ada protoganis dan antagonis. Hitam dan putih. Kebaikan melawan kejahatan. Namun, selagi filem tu tak buatkan aku rasa nak jadi superhero [dalam kotak imaginasi kanak-kanak] masa keluar panggung, ia sebuah filem superhero yang gagal bagi aku.

Aku bagi 3 suku bintang [kedekut]. :P

antoo fighter- geng hero tak berapa nak hero

Thursday, December 04, 2008 · Posted in

ANTOO FIGHTER - GENG HERO TAK BERAPA NAK HERO

antoo_fighterSebagai penonton biasa, sesebuah filem itu boleh dikatakan mantap sekiranya ia bergerak dan 'kena' dengan genre yang hendak dipersembahkan. Kalau filem seram, kenalah seram betul-betul. Kalau filem cinta, biarlah sampai aku hiba. Kalau filem perang biarlah sampai aku keluar panggung rasa macam nak jadi askar. Kalau filem lawak, biarlah sampai aku gelak tak ingat punya. Senang.

Semalam. Aku tengok Antoo Fighter (AF). Secara personalnya, AF ialah filem aksi CGI yang tak berapa nak menjadi. Serba tak kena. Sampai satu tahap, aku naik rimas. Serius wei.

Secara klisenya, naratif filem-filem macam Antoo Fighter ni sama saja. Ada geng baik. Ada geng jahat. Ada aksi-aksi kejar-lawan-letup. Mula-mula geng baik kalah. Kemudian, geng baik ni balik bincang-bincang dan berlatih secukup rasa, maka akhirnya, geng baik pun berjaya mengalahkan geng jahat di hujung cerita. Mudah sajakan. Hollywood pun pakai resepi yang sama. Filem hero berkumpulan memang kena macam ni. Tak boleh twist-twist sangat. Sebabnya, sasaran penonton utama ialah budak-budak. Apa jadah budak-budak nak tengok cerita serius? Baik diorang balik rumah saja belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Jadi, filem jenis macam ni aku sangat berharap dapat menonton aksi-aksi serba mengetarkan, gajet super special, awek cun dan seksi, geng jahat yang brutal lagi kuat.

Oke. Mungkin orang samakan filem ni dengan Ghostbuster. Tapi bagi aku, rancangan paling sesuai sebagai penanda aras untuk AF ialah siri hero 5 keluaran Jepun. Contoh: Power Rangers. Maskman. Flashman.

Ulasan ringkas aku. Aku tak suka AF sebab pembinaan karakter dalam geng baik dan geng jahatnya teruk gila. Karakter dalam AF longgar+separuh masuk+ tak siap+gelabah anak ayam+entah apa-apa+lawak tak jadi = TERUK.

Gajet-gajet menangkap hantunya tak special langsung. Aku tengok AF tanpa perasaan apa-apa dengan dahi penuh kerut. Tak rasa apa-apa. Ya, aku tak terasa ternanti-nanti pun kemunculan geng AF ni untuk menyelamat dunia daripada setan.

Kalau aku budak kecik, aku masih boleh sukakan Cicakman tapi untuk suka kepada AF, ya ampunnn...

Dengan ini aku isytiharkan Antoo Fighter adalah lebih teruk daripada semua man-man Jepun berlima. Sekian, terima kasih.

schap/s: untuk Antoo Fighter aku bagi 2 bintang tapi untuk Scha aku bagi 6 bintang! Muktamad! Heh..

filem sepi:melodrama ketika panggung menjadi sepi

Thursday, July 03, 2008 · Posted in

FILEM SEPI: MELODRAMA KETIKA PANGGUNG MENJADI SEPI

Termasuk aku tak sampai 10 orang pun yang ada dalam sinema. Ke sinema pada bukan hari minggu betul-betul buat aku ber-fiil sepi tatkala menonton Sepi.

Untuk tidak mahu menjadi spoiler aku malas nak tulis reviu panjang.

Secara ringkas. Sepi sebuah muvi melodrama cinta yang menarik. Kabir Bhatia seakan meminjam magis Cinta untuk filemnya yang baru ini. Cuma kali ini skopnya lebih kecil. Lebih fokus agar mud sepi itu menjadi lebih fiil.

Orang yang sepi saja yang akan rasa jiwa filem ini. Atau pun orang yang punya minda subconscious atau fine. Mamat-mamat kental action pack dan CGI Hollywood diharap jangan cuba menonton filem ini ok.

Tapi aku terasa semacam risau juga kalau Kabir masih mahu mengguna ramuan yang sama untuk filemnya yang akan datang. Takut audien kebanyakan akan mula rasa filem-filemnya begitu konstan. Terlalu melo. Dan kesedihan yang terlalu disogok-sogok kadangkala jadi jelik dan memualkan [macam cerita Hindustan dan Yusof Haslam]. Dan aku masih menanti filem cinta yang pelakonnya tanpa air mata. Arghh..

Tabik pada seni kamera yang sangat cantik tatkala Sufi berlari melintasi masjid. Metafora penyerahan dan doa yang selalu ditinggalkan.

Memang banyak subtle line yang boleh kau lihat dan cari dalam Sepi. Dan Kabir melakukan kerja filem yang betul dalam genre yang dipilihnya. Tentang takdir dan penyerahan. Ya, tanpa unsur didaktik terus pun pengarah dari India ini seperti bermuhasabah diri. Bercerita tentang takdir. Perlunya kembali kepada Tuhan. Oii, pengarah-pengarah Melayu kita. Bila lagi mau lepaskan adegan-adegan di dalam disko dan bilik tidur!

Dan tak salah aku tabik senget untuk Sepi!

congkak - filem seram yang gagal

Wednesday, April 23, 2008 · Posted in

CONGKAK - FILEM SERAM YANG GAGAL

filem congkak 180408

Malam Sabtu lepas. Punyalah aku berfiil sensasi untuk menghayati sebuah filem seram tempatan. Congkak. Aku bawa sweater agar dingin panggung tidak akan merosakkan sedikit pun mood tontonan aku nanti. Kebetulan cuaca baru lepas hujan. Kabus keluar sedikit-sedikit sekitar lot parkir di Jaya Jusco Bukit Raja, Klang. Ah, begitu fiil.

Tapi lepas tengok filem ni aku tiba-tiba jadi marah. Aku dah mula berkira-kira untuk ban semua filem Ahmad Idham. Sama seperti yang aku buat pada filem Prof. Razak kita.

Sebab?

Sebab babak CGI dalam Congkak yang kelihatan sangat cacat, hodoh dan bodoh.

Nampaknya penangan CGI bodoh dalam filem Impak Maksima bukannya menyedarkan Ahmad Idham malah buatkan dia syok sendiri pula dalam Congkak.

Babak CGI pada akhir filem seperti babak Nanu terapung, hantu congkak terangkat dan power bomoh yang berjaya meretakkan tanah untuk mengebumikan hantu congkak buatkan Congkak sebuah filem seram yang sangat kartun lagi gagal.

Dan ya, satu lagi! Ini filem seram yang penuh lawak. Aku tak tau apa motif perempuan bermisai di hentian bas. Dan apa misterinya hantu congkak itu memanggil Lisa. Sudahnya pada babak Riezman yang begitu risau sebab Nanu terapung diketawakan sesungguh hati oleh penonton pada dialog yang dituturnya.

Dan macamana aku nak terima ini filem seram yang bagus kalau semua penonton bergelak ketawa dan geleng kepala bila habis cerita.

Em, dan filem ini tak seram langsung bagi aku ok. Aku rasa Finas tipu. Haha!

dunia baru:muvi jalanan yang cantik

Thursday, February 28, 2008 · Posted in

DUNIA BARU : MUVI JALANAN YANG CANTIK

Sebagai mantan pelajar Universiti Kerajaan Swasta yang pernah bergelumang dalam dunia kampus warna-warni dan tak digemari Sultan aku rasa filem ini sangat energetik, real, mengujakan dan penuh riang-ria-remaja-kampus [biarpun slot di kampus berjuntai tu tak sampai 20 minit pun].

Apa pun. Dunia Baru. Sebuah road movie yang cantik.

cinta - dosnya agak cukup

Wednesday, December 06, 2006 · Posted in

CINTA - DOSNYA AGAK CUKUP

memang gambar hiasan

Filem cinta yang baik walaupun mungkin naratifnya agak klise [ada ke filem cinta yang tak klise?] atau pun plotnya berterabur tetapi kalau ada babak yang mampu buatkan aku bercakap "apasal kau tak cakapppp!!" pada babak [contoh] mamat mahu mengorat tapi masih memendam rasa di angin lalu maka itu adalah filem cinta yang bagus.

Ya. Filem cinta tak perlu CGI. Tak perlu aksi lagak ngeri. Atau set filem yang berjuta-juta.

Sebuah filem cinta cuma memerlukan fiil dan soul yang akan disampaikan kepada khalayak penonton umum. Dan fill dan soul ini adalah berbeza mengikut tahap pemikiran, emosi, pengalaman dan pemahaman seseorang individu penonton tersebut.

Aku bariskan kronologi cinta yang paling menyentuh:

1. Rashidi dan Rita - Serius, aku teringat Cikgu Lara di hentian Pudu Raya dulu. Apabila cinta boleh saja memisahkan jiwa-jiwa yang tidak berdosa. Aku rasa babak Rashidi hantar anak ke rumah Rita paling ahhhhh...

2. Rahim dan Fatimah - Action speaks louder than words. Kau hanya perlu lihat mata. Bibir. Kerutan dahi. Senyuman. Ketawa. Sedu. Sebak.

3. Nanu dan Que - Alamak. Kenapa kau kena mati? Kau derma jantung ke? Boleh ke derma organ dan kau mati? Atau operation failed?

4. Eizlan dan Fasha - Aku rasa Fasha bagus kerana dalam 'Cinta' dia tak banyak cakap. Kalau banyak cakap aku rasa loya sikit sebab suara Fasha sama macam dalam iklan ubat gigi Darlie. Dalam 'Cinta' Mata Fasha seolah-olah bersuara. Eizlan sangat bagus. Natural. Adik aku cakap Eizlan gemuk. Eizlan, lepas ni kamu boleh pergi gym ok.

5. Pierre dan Amani - Sama seperti Fasha. Aku tak suka suara Pierre yang lembik. Senada. Tak bermain dengan vokal. Mungkin sebab aku terlalu menonton Dunia Baru. Tapi Pierre yang kewl sangat bagus pada gerak wataknya. Amani? Flirty. Cukup menjadi. Dia bagus cuma masih begitu-begitu juga. Tapi itulah Amani yang aku suka. Hah. Lagi satu aku tak suka bahagian ni sebab happy ending! Yang lain okey.

'Cinta'? Sebuah filem cinta urban yang elegan. Sangat realistik biarpun belum cukup sempurna. Ada setinggan. Komuter. Teksi. Sungai. Sampah. Kedai makan. Kutu. Kolar putih. Kolar biru. Hujan. Angin. Semuanya bersatu dan membentuk kronologi cinta yang menarik. Membuai-buai. Menyentuh rasa. Lagu dan latar seakan menyuntik 'Cinta' agar memberi dos-dos tentang cinta cinta cinta. Cuma aku tertunggu babak penyerahan diri kepada Tuhan sebagai konklusi sebuah cinta. Tapi sayang tiada.

Apa pun 'Cinta' adalah sebuah filem cinta yang terbaik pernah dikaryakan di Malaysia. Sungguh!

buli balik

Friday, February 03, 2006 · Posted in

BULI BALIK



Aku boleh spesifikasikan lawak Afdlin sebagai urbanisasi komedi baru hari ini selepas komedi versi Pi Mai Pi Mai Tang Tu dan Senario.

Ketepikan tentang faktor relevan dalam cerita ini. Tentang relevannya AC Mizal mahu membalas dendam. Tentang watak Nasha yang tiba-tiba tenggelam dan kemunculan Umi Aida yang tak membantu apa-apa walaupun berkaca mata skema. Juga tentang Syanie si kekasih Ako Mustapha sebagai pelakon pembantu yang tidak banyak membantu.

Sebabnya garapan Afdlin punya naratif yang super komedi, komikal dan yang pentingnya multi-kiasan!

Komedinya kurang bercakap. Tapi sekali bercakap ayatnya cukup menusuk dan menerjang-nerjang kepala otak. Situasinya direka-reka. Naratifnya dibiar berkecamuk dan diketemukan begitu saja. Aku dapat rasakan setiap adegan bagaikan pecahan bingkai yang dibuat untuk menyelesaikan bingkai itu sahaja dan kemudiannya dicantum-cantumkan menjadi cerita. Menonton filemnya buat aku terasa bebas.

Seperti filem thriller-psiko, A disangka pembunuh. Kalau tak A mesti B. Tapi rupa-rupanya C. Begitulah komedi cara Afdlin. Komedi versi Afdlin muncul secara drastik dan menunggang terbalikkan pemikiran penonton. Mungkin aku boleh gelarkannya sebagai komedi-psiko.

Lawak slapstik adalah lawak yang dibuat-buat untuk diketawakan. Buli Balik juga tak lepas dari lawak slapstik. Cuma lawaknya bergerak dalam situasi. Dan pastinya itu antara perencah terbaik untuk membuatkan penonton tak kering gusi.

Ya, aku sangat tercuit hati dengan:

1. Afdlin Shauki
- Adegan belasah budak-budak sekolah - basikal melambung, budak melambung.
- "Biarlah aku gemuk. Aku gemuk boleh kurus. Kau kurus sampai matilah kurus!"
- Nasha terima sejambak bunga. Suara Afdlin berkumandang seperti klise filem Melayu dalam babak jiwang. Rupanya Afdlin cuma melutut tak jauh dari situ.

2. Adibah Noor
- Gaya Adibah Noor masa nak kenakan karan kepada peserta tak ubah seperti ahli gusti yang mendamba sorakan penonton sebelum smackdown lawannya. Penuh kekejaman dan energi.
- "Ingat! Peringkat ini voltan akan ditinggikan! Hahaha!"

3. Realiti TV
- 'Siapa Salah Kena Karan'. Penonton bersorak girang bila peserta kena karan. Aku teringat sukan boxing dan wrestling.
- Rambut peserta mengerbang kena karan.

4. Tan Sri Michael
- Klip video 'You Sure or Not'. Aku teringatkan William Hung.
- Mulut Tan Sri Michael kena plaster dengan AC Mizal. Dia cakap, "Ini tape tara kuat punya."

5. AC Mizal
- Versatile! Kejam yang kelakar.
- Kepalanya terhantuk semasa tengah mood suspen menceroboh rumah Afdlin.

6. Tajuk Akhbar
- Gila nama - 'Malaysia Hantar Ketupat Terbesar Ke Antartika'. Hahaha.
- Semua nak tiru omputih - ' Saya Tak Tiru 50 Cents - 60 Cents'. Hahaha.
- Politik saman menyaman dan cabar mencabar - 'Katak Meletup Selepas Cabar Kerbau.'

7. Harun Salim Bachik
- Menangis dan tertekan sebab cita-citanya menjadi akauntan dan ahli matematik ditolak. Mak ayahnya suruh jadi penyanyi dan penari.

8. Aziz M Osman
- Salah seorang pesakit terapi. Akhir cerita dia tiba-tiba mengaku pakar bom untuk matikan bom pada tubuh Ako Mustapha dan Tan Sri Michael.

9. Harith Iskandar
- Kemunculan awal yang disangka Nasha.
- Seorang pakar terapi yang lemah lembut dan penyantun. Auww.

10. Nasha Aziz
- Tergelincir dan tersembam atas kek semasa datang dinner di KL Tower.
- Anggun.

11. 2 Orang Nurse
- Seronok gila dapat jumpa Afdlin yang bakal jutawan. Siap bergambar guna handphone. Orang Malaysia gila selebritikah? :)

12. Adlin
- Anggota beruniform yang tegas dan berdisiplin!

Penggemar komedi Stephen Chow dan Senario pasti suka. Pembaca komedi Gila-Gila, Utopia dan Ujang pasti suka. Penggemar komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu dan Salam Pantai Timur pasti suka. Ya, Afdlin menggabungkan ke semuanya.

castello

Tuesday, January 10, 2006 · Posted in

CASTELLO


imej dari blog mya

Tengok Castello. Di panggung wayang yang tak ada air-cond. Cuma kipas. Seumpamanya. Di Malaysia. Cathay. Alor Star.

Hampir-hampir mood aku spoil sebab ada mamat mana entah nak pau Twisties perasa keju aku. Aku tak layan. Aku cakap kat dia, rileks la beb. Tak start lagi ni. Mungkin sebab kebosanan menunggu aku yang tak buka-buka Twisties maka dia ambil keputusan BLAH! Pau orang lain pula kot.

Tayangan dimulakan dengan kata-kata nasihat, jangan tiru aksi filem ini! Dan juga kata-kata, filem ini mempunyai adegan merokok yang keterlaluan. AMARAN KERAJAAN MALAYSIA: MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN. Tapi aku tak nampak pula adegan merokok yang dikatakan keterlaluan tu. Tak ada pun merokok melalui hidung atau pun melalui punggung?

SINOPSIS

Aku malas nak cerita. Baca FilemKita.

BEST KE?

1. Ada peningkatan dalam filem Bade kali ni. Kau akan rasa ketegangan yang sememangnya perlu untuk sebuah filem aksi. Durasi jam 40 minit dimampatkan secukupnya. Gerak kamera lancar pada setiap babak. Cuma babak kejar mengejar bot di Sungai Golok nampak seakan dipaksa-paksa kelajuannya. Ya, aku masih nampak bot-bot itu bergerak perlahan. Cuma kamera yang laju.

2. Babak gaduh-gaduhan dan kejar-kejaran bagi aku berjaya. Aku dapat rasakan Castello (Rosyam) cukup 'otai'. Muka serius. Cakap serius. Tumbuk pun serius. Semasa menuntut bela kematian isterinya dia gaduh pakai sarung tangan. Wow. Cukup profesional. Ini baru penjenayah pandai! Tengok kepala botak Rosyam dan sarung tangannya aku mula terbayang game Hitman. Hitman versi cokelat!

2. Seperti kata Mat Jan, filem Melayu kita masih mengekalkan babak rogol berjemaah. Cuma babak Phim (Liyana Jasmay), anak Castello yang dirogol ketika khayal tidak disensasikan seperti filem Embun. Nampaknya Bade betul-betul mahu mengetengahkan filem aksi. Bukannya filem aksi plus erotik.

3. Selalunya perlambangan dara ditebuk tupai dalam filem Melayu ialah bunga yang layu di pasu madu, kaca yang terhempas ke batu atau guruh berdentam dentum serta awan berarak mega. Tapi dalam Castello ada frame gambar bumi (syorgaaa!!!), gitar di atas sofa (hoorayyy!!), longgokan baju dan spender (ehem ehem!!) serta akhir sekali Phim menarik coli di celahan badan Que Haidar (Tipah tertipu bang!!!).

4. Ada aksi mat rempit skuter! Siap boleh racing dengan Evo tu. Aku rasa skuter diorang pakai NOS. Ingat nak belasah Castello tapi sekali dia bawa pistol daa..

5. Gaya Sepet (Que Haidar) bercakap macam gaya Adlin dalam PGL. Gaya bercakap Chalita remaja (Nur Emy Nadia) macam Fasha Sandha dalam filem Berlari Ke Langit.

Tn. director Bade: "Que, sebab hang pelakon baru dan tak ada karakter. Aku nak hang tiru sebiji gaya Adlin. Faham! Hang pun sama Nur Emy Nadia. Aku nak hang tiru gaya Fasha. Cakap sebutir-sebutir. Faham!"

Que & Emy: "Faham tuan director Bade!"

Seperti juga penyanyi yang cuba meniru Siti menyanyi. Ya, aku rasa cukup mual. Dibuat-buat.

6. Que Haidar kurus keding. 'Tokan' dadah. Rambut kaler. Banyak duit. Berkarakter. Bermimik muka. Bertindik bibir.

Persoalan:
Kurus pun boleh jadi 'taiko' eh?

Jawapan:
Wei, dia duit banyak. Dia 'tokan' dadah. Bila kita duit banyak semua orang akan ikut kita. Tau.

Apa pun aku akui aksi Que Haidar bagus. Betul-betul macam ketua gangster. Tara tatut punya sama itu Castello! Kasi bunuh sama dia!

7. Castello terbabas. Kereta tak ada. Dia nampak ada lori tunda bawa jet ski. Tiba-tiba terus ke babak Castello berlumba dengan Que Haidar di Sungai Kelang. Que Haidar naik teksi di tepi sungai dan sudah tentu Castello naik jet ski di atas sungai.

Persoalan:
Bagaimana Castello menolak jet ski masuk ke Sungai Kelang?

Jawapan:
i. Dia tahan dan paksa orang ramai tolak jet ski ke Sungai Kelang.
ii. Dia ugut driver lori tunda suruh kejar teksi Que Haidar. Kebetulan sampai Sungai Kelang minyak pula habis. Jadi dia suruh driver lori tunda turunkan jet ski ke Sungai Kelang. "Wang atau nyawa?" Ugut Castello kepada si driver lori tunda.

8. Chalita remaja cantik. Tembam. Comel. Mungil. Genit. Chalita dewasa pun cantik. Tinggi. Putih. Lawa. Bini orang.

Persoalan:
Kenapa hidung Chalita (Nur Emy Nadia) semasa remaja kelihatan pesek. Tapi hidung Chalita semasa dewasa (Erra Fazira) kelihatan agak mancung?

Jawapan:
Chalita ialah bini seorang 'tokan' dadah. Sebelum kena tangkap Castello dah tinggalkan banyak duit. Sudah tentu dia ambil duit tu pi buat plastic surgery. Untuk siapa lagi kalau bukan untuk suami sendiri. Kan. Lihatlah hidung ku. Mancung yaa!!

9. Latar di sekitar Pekan Golok. Sungai Golok. Ada bot sapu. Ada sungai. Ada pekan. Ada warung. Ada orang ramai.

Persoalan:
Kenapa Chalita (remaja) tak cakap loghat Siam@Kelantan langsung? Dia cakap KL. Tapi abang dia pandai pula. Peliknya Castello (remaja) (Zain Ruffedge) yang dibesarkan di Sungai Golok pun tak reti cakap Kelantan. Nasrizal, kawan si Castello lagilah tak retinya. Kenapa?

Jawapan:
Diorang nama sahaja lahir kat Golok tapi mungkin hakikatnya menetap di KL. Jadi loghat tu dah hilang. Masa diorang berkenalan di Golok dalam filem ni umur masing-masing sudah remaja atau belasan tahun. Ye lah, diorang disuruh balik Golok oleh mak bapak masing-masing yang penat bergolok gadai suruh belajar tapi kantoi SPM dan PMR.

10. Erra Fazira jadi hantu lagi. Selepas Potret Mistik dan 7 Perhentian. Kali ini dia muncul dalam halusinasi Castello semasa dia tengah menangis susah hati kat rumah. Hehehe. Ok. Aku rasa Erra boleh berlakon jadi hantu sepenuh masa selepas ini. :)

KESIMPULAN

Apabila kita cuba mengangkat satu persoalan yang besar kita sering mengabaikan persoalan yang kecil. Begitulah sebaliknya. Dan begitulah yang terjadi dalam Castello.

Macam main Internet. Terlalu banyak multi-task telah banyak melengahkan fokus manusia dengan kerja mereka. Bila pensyarah suruh kau cari research. Masa itulah YM nak berbunyi. Nak check friendster lagi. Tulis blog lagi. Myspace lagi. Emel lagi.

Begitulah Castello. Kerana terlalu banyak mahu mengangkat aspek aksi, Bade mungkin sedikit sebanyak telah mengabaikan aspek realiti dan jiwa sesuatu filem.

Tapi aku tak salahkan Bade. Berapa banyak penonton yang faham pasal jiwa sesuatu filem. Dan aku faham Bade cuba memanfaatkan bajet aksinya se-optimum mungkin. Gila kau nak kemekkan Evo dan Subaru sesuka hati! Dua kereta tu saja dah setengah juta lebih.

Bagaimana pun, skrip filem Castello kali ini bagus. Berbeza dari filem Gangster yang sedikit kehilangan originaliti dan banyak unsur nasihat menasihati. Bagi aku, tak perlu elemen mesej di dalam filem kerana visualiti filem itu sendiri secara automatisnya akan menyampaikan kebenaran dan kejahatan itu sendiri kepada khalayak.

Castello tetap bagus kalau mahu dibandingkan dengan aksi Gerak Khas. Pertama kerana mainan kamera dan stunt hasil garapan Bade. Dan kedua kerana olahan skripnya yang tidak terlampau sifar macam Gerak Khas dan Gerak Khas dan Gerak Khas.

Iklan Sejenak: Twisties.. Mesti Mahuuuuuuuuuuu..

Info:
Otai - Orang Lama
Taiko - Abang Besar
Tokan - Pengedar/Mastermind

Jenguk:
- Castello pecah hening Sungai Golok
- Castello paparkan hero macho dan adegan spektakular - A. Wahab Hamzah

war of the world

Monday, July 11, 2005 · Posted in

FILEM - WAR OF THE WORLD

Sebenarnya malas nak ulas pasal filem Hollywood. Biarlah mat saleh saja yang ulas filem diorang. Kita ulas pasal filem kita (ulas ke kutuk?). Tapi aku nak ulaslah sikit pasal filem yang dikatakan bagus ni.

War of The World (WOTW) memang menarik. Aku tersandar pada bangku wayang seawal 30 minit pertama. Menyaksikan ganasnya alien tripod dan betapa bernasib baiknya Tom Cruise dan anaknya.

Jangan nak bangga dengan efek. Itu sudah jadi permainan Hollywood yang dapat mencipta apa saja ke depan mata anda.

WOTW adalah filem anti-klimaks. Nak tahu apa itu anti-klimaks? Kau ingat tak karangan semasa kita bersekolah rendah dulu? Masa tu kita gemarkan cerita tentang pengembaraan atau seram dan akhir ceritanya disudahi dengan 'rupa-rupanya aku bermimpi'. Maksud aku pengakhiran filem yang tiba-tiba. Atau pun dalam bahasa mudahnya orang panggil 'ending asal dah'.

Jangan impikan tentang kebangkitan umat manusia bersatu melawan makhluk asing di dalam WOTW ini. Klimaksnya terhenti begitu sahaja apabila ke semua makhluk asing mati disebabkan virus yang terimun oleh manusia. Akhirnya hanya manusia yang berupaya meneruskan survival hidup mereka di muka bumi ini seperti yang termaktub dalam sejarah evolusi manusia.

Walau bagaimanapun, Steven Spielberg tetap berjaya menjual namanya sebagai pengarah tersohor agar khalayak dunia menonton buah tangan terbarunya ini. 3.5 bintang saja untuk filem ni! :)

Powered by Blogger.