Demokrasi Baju Raya
Raya tahun ni abah bercekak musang rona ungu biji remia. Mama berkurung hijau tahi ayam bercorak bunga merah cerah dan gelap. Adik perempuan seorang itu berkebarung biru dan bertudung koko. Yang adik lelakinya bercekak musang rona kuning duku masak. Abang dan kakak ipar aku selesa sedondon dalam sut kurung merah hati. Aku pula berteluk belanga rona krim yogurt.
"Awat baju semua tak samaa..?" renung Mak Su dengan dulang ketupat masih di telapak tangan.
"Laa.. Takkan tak tau. Inilah fesyen terbaru sekarang. Fesyen baju semua tak sama."
Hmm. Boleh tahan mantap juga jawapan abah.
Persamaan Monyet dan Manusia
Aksi Pendekar di Tengah Hari
matinya seekor patriot
MATINYA SEEKOR PATRIOTSatu hari abah beli burung tekukur. Kiranya nak buat pet. Nak ikut jejak langkah arwah uwan. Hobi warisan namanya.
Masa tu aku kanak-kanak girang lagi. Seronok gila dapat tengok burung. Pegang burung. Suapkan burung. Burung tu tak dapat lari sebab abah tambat dengan tali.
Malam tu sebelum nak tidur aku terfikir, nanti malam siapa nak jaga burung? Mahunya dia lari nanti.
Jadi otak jenius aku beri arahan, kurungkan burung! Aku tanggalkan tali kat kaki burung. Aku kurungkan dia dalam sangkar. Eh, bukan sangkar. Tapi perangkap tikus. Betul-betul muat dengan badan burung tu. Lepas tu aku tidur dengan nyenyak.
Esok pagi burung tu mati.
Masalahnya sebab apa abah tak marah aku? Tapi dia suruh aku pergi tanam.
Aku tanam burung tepi rumah. Longgok dua tiga ketul batu buat nesan dan bacakan Al-Fatihah. Dua minggu lepas tu aku korek balik kubur burung dan aku jumpa fosil. Aku baca Al-Fatihah lagi.
.
.
.
Sejak burung tu mati, abah dah tak bela burung dah.
Maka diciptakanNya perempuan
MAKA DICIPTAKANNYA PEREMPUAN
Nota: Al-Fatihah buat adik Nurin.
kucing rumah sya yg ekornya sgt kembang
KUCING RUMAH SAYA YANG EKORNYA SANGAT KEMBANG
Ada kucing baru lagi di rumah aku. Biasalah. Rumah aku selalu saja jadi sentral kucing-kucing terbiar meneruskan survival hidup. Boleh jadi juga destinasi menghembus sisa-sisa tua.
Tapi kali ni ada kucing terbuang menjadi warga baru kami. Terbuang tapi cantik. Bulu lebat dan ekor kembang dan warna cokelat oren bersulam hitam seindah warna. Ah, terasa begitu fiil setiap kali mengusap mungil perutnya. Serius!
"Sekarang kat rumah ni yang suka makan ikan ada tiga. Mama. Abah. Kucing. Hihihi!" Ketawa mama kecil sedang tangan membelah-belah dada ayam kampung [kata mama ayam kampung kurang kolesterol].
Hahaha. Gelak aku sambil menyumbat roti canai ke lohong mulut. Waktu itu jam masih pagi. Dan pastinya pagi terasa begitu nikmat dapat bersarapan bersama ibu.
"Ma, kucing ni nama apa?"
"Nama? Nama dia Kembang!!"
Huukk!! Tiba-tiba aku rasa laju saja kari masuk ke ruang bronkus aku.
abah yg tdk percayakan atm
ABAH YANG TIDAK PERCAYAKAN ATM
Baru aku tau. Abah tak pernah ada kad atm. Kata mama, selama ni abah memang keluarkan duit secara manual. Masuk bank. Tekan nombor giliran. Isi borang. Tunggu. Kting!! Nombor dua puluh empat!! [contoh]. Abah pun pergilah ke kaunter. Dan keluarkan duit. Sekali keluar maka berkepuklah dompet abah. Untuk belanja sebulan mungkin.
Baru aku percaya ada benarnya cerita tentang masih ada segelintir orang-orang yang masih takut menyimpan di bank. Gila ke apa bagi orang simpan duit kita? Nasib baiklah abah tak sampai tahap macam tu. Kalau tak aku dah boleh bayangkan rumah aku ada bilik kebal.
.
.
"Kalau pakai kad adik.. Boleh keluarkan duit abah dak?"
"Oiihh, mana boleh. Kena guna kad sendiri. Tapi boleh keluaq kat mana-mana mesin dah sekarang. Kalau keluar duit ikut mesin lain nanti depa cajlah sikit. Seringgit ka. Dua ringgit ka."
"Ooooo.."
.
.
.
Baru aku tau. Abah tak pernah ada kad atm.
rahsia menjadi kcak 2, sya bkn llaki yg baik lg, my sweet home, sri negeri
RAHSIA MENJADI KACAK II
Jawapannya:
Duduklah bersama orang yang tak kacak!! Hahaha.
Ya, jawapan yang sama juga untuk rahsia menjadi cantik, muda, tinggi, kaya, gagah, bijak dan lain-lain. Cuma perlu kontrakan kata sifat di hujungnya.
[Kawan, bersyukurkan lebih bagus?]
SAYA BUKAN LELAKI YANG BAIK LAGILAH
[DAN SESEKALI LELAKI PERLU HIDUP DENGAN EGONYA]
Ada tiga sebab tiba-tiba satu hari dia mesej aku.
Pertama. Dia sunyi.
Kedua. Dia rindu mungkin.
Ketiga. Dia tengah konflik dengan boyfriend.
Biasalah. Lelaki-lelaki mulia macam aku ni selalu jadi dahan tempat bertenggek.
Dan aku takkan lupa kata-katanya, aku ni spesis manusia yang terlalu baik untuk dia. Apa neraka?
Perempuan. Kalaulah aku tak pernah memikirkan bahawa aku punya ibu dan saudara perempuan sepertimu. Mahu saja aku menghamunmu!
Dan terima kasih. Setidak-tidaknya apa yang telah dia beri buat aku sangat dekat dan takut dengan Tuhanku.
MY SWEET HOME, SRI NEGERI
Aku balik Kedah. Sri Negeri da Garden. Mama dan Abah besarkan bilik bawah. Ewah, bukan main lagi diorang.
"Ye lah. Nanti-nanti nak dapat menantu," mama berseloroh.
Ahah.. Aku gelak tak habis.
anak buah kami
ANAK BUAH KAMI
Isteri Aslam sudah beranak. Lelaki.
Jadi kami, bekas budak-budak rumah sewa seksyen 8 dulu-dulu sudah ada anak buah.
Lalbi cerita, dia cadangkan nama anak Aslam tu, Mohamad Yusof. Nanti orang akan baca, Mohamad Yusof Mohamad Aslam. Atau pun nama pendeknya Yusof Aslam.
Hmm. Boleh jadi pengarah filem juta-juta.
SIS, JANGANLAH FIIL SEMACAM OK!
Haha.
Adik aku sorang tu dah rasa serba salah dan fiil semacam. Itu baru aku tulis tajuk 'tak hormat'. Kalau aku tulis tajuk derhaka mahunya dia menangis sebaldi merah gamaknya. Macamlah dia tak kenal aku yang girang ni. Haha.
Susah juga kalau entri-entri aku ni diterjemahkan secara harfiah. Bukannya secara literasi. Mahunya ramai orang salah faham dengan aku. Macam Pian dan Ayie yang katakan aku seorang free thinker. Entah apa-apa.
Tapi.. Eh eh, sejak bila pula adik mula ikut blog aku? Mampus. Aku rasa sudah hilang privasi.
.
.
Dan pesanan ringkas untuk adik. Nak pujuk aku belanja Mc'Donald!! Haha.
SOALAN MAUT YANG AKU TERIMA
Aku ikut Why dan awek dia, Pyos ke Wangsa Maju. Pyos ada interviu kerja. Secara santai di Mc'Donald. Pyos diinterviu. Aku dan Why telan naget, kentang dan sedut air berkarbonat. Haha.
Tiba-tiba encik interviu tanya aku [aku tak tau nama dia].
"Bila habis praktikal?"
"Seminggu lagi encik." Sambil mulut menggilis naget.
"Cita-cita nak jadi apa nanti?"
Cita-cita?
Cita-cita?
Cita-cita?
"Err.. Nak cari kerja. Apa-apa pun boleh.."
Serius itu pertanyaan yang paling sukar untuk aku jawab selain pertanyaan seorang awek yang tanya kau bila nak kahwin tapi kau duit tak ada. Dan soalan tu buat aku termenung panjang. Sampai ke tidur. Dan tak berjawab.
KALAU ITU YANG DIKATAKAN REAL
Ya, hidup akan lebih real dalam seminggu lagi.
cuti 1 hari saya
CUTI SATU HARI SAYA
Kak Caq, sepupu aku masuk Universiti Kerajaan Swasta. Aku rasa pengaruh Dunia Baru boleh tahan juga. Haha.
Jadi aku jadi pemandu pelancong [baca: tukang angkat barang sebenarnya] untuk diorang. Mak Njang. Abah. Pak Su. Kak Caq.
Aku bawa kereta Ayie. Ayie bawa motor aku. Dia pergi kerja. Aku cuti. Lalala.
Universiti Kerajaan Swasta tak banyak berubah. Yang berubah cuma ada tambah bonggol jalan. Aku rasa gejala rempit sudah menular ke universiti.
Kedai runcit Good Luck dah tak ada. Ganti dengan kedai runcit apa entah aku tak ingat. Pemiliknya anak Datuk apa entah. Kronisme! Huh!!
Tapi peti sejuk pun tak ada. Tak dapat aku beli air minuman. Aiskrim adalah. Segan pula nak beli aiskrim pelangi kegemaran aku sebab aku rasa tak berbaloi berhimpit dengan junior-junior yang nak beli penyapu, berus jamban, penyangkut baju, baldi, berus gigi, ubat gigi, pen, buku nota, biskut, maggi, syampu, sabun dan ubat ketiak.
Jadi aku duduk kat luar dewan PKP sambil tengok junior-junior cantik.
KISAH ADIK YANG TAK HORMAT ABANGNYA
Adik Mahfuzah telefon aku. Bukan main 'eksyen' dia dapat pergi Jepun minggu depan ikut rombongan apa entah di universiti dia.
Bukan dia nak tanya kot aku nak kirim apa-apa. Tapi dia jerit, "Uwekkk... Jangan jeles!!"
Hmm.. Adik-adik sekarang memang tak hormat perasaan saudara-saudaranya yang lebih tua. Ceh..
saya nk blk kg jmpa adik
SAYA NAK BALIK KAMPUNG JUMPA ADIK
Satu hari abah tanya Majidah, sepupu aku yang 12 tahun itu.
Nak balik kampung tak?
Majidah angguk.
Sebab apa?
Sebab nak jumpa adik-adik.
Ok. Pak Njang bilang sampai 10. Beri 3 sebab nak jumpa adik-adik? Kalau tak. Tak boleh balik. Satu.. Dua.. Tiga..
Er.. Sebab dah lama tak jumpa depa.
Lagi?! Empat.. Lima.. Enam..
Errr.. Sebab.. Err.. Sebab nak tarik kambing!!
.
.
Hahahahaha. Aku bantai gelak dengan abah.
mama, berikan aku hak asasi
MAMA, BERIKAN AKU HAK ASASI
Pukul berapa dah niiiiiiiiiiiii. Bangunnnnnn!!! Seperti ibu-ibu lain yang punya fundamental keibuan yang kental, mama akan menjerit mengejutkan abang.
Ma, biarlah dia nak lambat pun. Itu kerja dia. Taulah nak pi kerja pukul berapa pun. Kalau lambat dia kena buang kerja. Janganlah dok kacau hak asasi manusia. Nanti boleh stres. Aku sedikit protes.
Depan mata kena la tegur. Kalau tak nampak depan mata tak apalah. - Mama
Dia bukan sekolah lagikan. - Aku
Siapa cakap? Diakan masuk sekolah balik. Hihihihi!! - Mama
Heh..
.
.
.
.
Pukul berapa dah niiiiiiiiiiiii. Bangunnnnnn... Seperti ibu-ibu lain yang punya fundamental keibuan yang kental, mama akan menjerit mengejutkan abang.
Nota: Abang - baru dapat kerja jadi guru bahasa Arab.
nama saya ialah..
NAMA SAYA IALAH..
Majidah. Dia sepupu aku. 12 tahun. Dia anak Mak Andak dan Pak Andak. Dia anak yatim selepas Pak Andak meninggal 3 tahun dulu. Tinggal bersama kami. Sudah setahun.
Suatu petang. Ngah datang. Dengan Mak Ngah yang baru.
Duduk mana ni? - Mak Ngah.
Duduk sini - Majidah.
Memang la duduk sini. Asal mana? Hah, bagitau sikit. - Abah
Asal Kampung Gelam - Majidah
Laa. Tu saja? Hah, lagi? Bagitau la saya ni siapa. Cepat bagitau, nama saya ialah sapa.. Anak sapa.. - Abah.
Nama saya ialah Majidah. Anak Tipah. - Majidah
Hahahaha.
lelaki pendera
LELAKI PENDERA
Adik Mahfuzah masuk bilik. Dia baring-baring atas katil aku. Masa tu aku bad mood sikit.
Woi, blah blah blah!
Rileks la. Best la katil hang.
Woi, cepatlah blah! Aku nak tidoq ni. Aku bilang sampai sepuloh. Kalau tak...
Ekekekekkekke. Wekkkk!!
Satu. Dua. Tiga. Sepuloh!!
Aku karate bahu dia. Aku tarik rambut dia yang macam pontianak tu. Kiri. Kanan. Kanan. Kiri. Belakang. Belakang. Belakang.
Sakittlah.. Eii.., jahatnya hang ni. Malangnya sapa jadi bini hang. LELAKI PENDERA!!
Hahahaha. Akulah LELAKI PENDERA. Hahaha!!
Gelak aku sesungguh hati.
Dia bengang. Dia keluar bilik. Mendengus.
Jahatkan aku ni. Malangnya siapa jadi bini aku nanti. Tapi tarik rambut perlahan-perlahan tak sakitkan. :P
KUIH RAYA
Aku bawa balik sedikit kuih raya sebagai bekalan pulang ke kampus. Aku suka tat nenas sebab boleh kemam lama-lama dalam mulut. Sedap.
mesej suara, duit raya, raya
MESEJ SUARA
Aku tak berkesempatan nak kirim kad raya. Malas pula mahu mengirim sms yang di-forward-kan. Balik-balik pantun. Pantun-pantun balik.
Jadi ucapan raya tahun ni aku duduk di depan cermin dan aku guna khidmat funtalk dari Celcom. Khidmat mesej suara.
*0191234567*
Dail..
..
.. Toing Toing!!
-Hai. Raya tahun aku bagi specialnye ucapan kat kau. Juz nak wish selamat hari raya. Maaf zahir batin.. bla.. bla..-
Ada yang berbalas. Ada yang tidak.
Lalbi happy sakan balas mesej suara. Tapi dengar suara Jarul. Tersekat-sekat. Tersangkut-sangkut. Aku rasa dia tengah baca skrip nak jawab mesej suara aku kot. Tak pun dia tersentuh dengan cara aku yang sentimental ni. Hahahaha. Auww..
Tapi mendengar suara rakan-rakan yang bercakap seorang diri untuk meninggalkan pesanan suara masing-masing agak melucukan.
Aku terhibur. Kadang-kadang sedikit suara yang kita luahkan akan buat seseorang itu rasa dihargai. Disayangi. Diingati.
Bawa-bawalah hubungi seseorang yang lama kita tinggalkan biar pun sekejap. Maaf-maafkanlah. :)
DUIT RAYA
Mama bagi 5 ringgit. Duit polimer. Hmm. Cantik. Al-maklumlah pelajar melayu terakhir.
RAYA
Beraya rumah kawan-kawan [jantan]. Dan menumpang kasih rumah kawan-kawan punya kawan [awek].
Ye lah. Dulu kat kelas aku ada 4 orang saja perempuan. Jenuh semua nak tunjuk macho. Ceh.
Jeles pula tengok diorang. Mesra dan sporting. Bila beraya boleh buat onar di rumah masing-masing.
Teringat aku kat geng-geng Institut Teknikal Johor masa ambil Industrial Design dulu. Jun, Zila, Yat, Izawati, Mas, Yong, Sha, Fiza, Kak Fad, Kak Wati.
Diorang memang kepala gila sampai soal dalam kain pun selamba saja diorang cerita. Sampai aku pula yang malu-malu dengan diorang [secara jujurnya aku pemalu].
Rasa-rasanya mana diorang eh. Dah kahwin kot.
langsir baru saya
LANGSIR BARU SAYA
Balik kampung.
Mama mesej.
-bilik sudah make-up. 3 bintang punya!!-
Hmm.. Ada permaidani baru. Warna cokelat. Gebu-gebu. Cantik!
Cadar pun warna cokelat juga. Pun gebu-gebu. Cantik! :)
Ahaaa.. Langsir!!
Alahai, dah 3 tahun. Masih warna jingga gelap.
Aku buka beg. Aku ambil banner IT Career Week yang aku reka sendiri. Warna hijau pucuk pisang. Aku gantung bersama langsir warna jingga gelap. Begitu kontra.
Hmm.. Raya ni aku ada langsir baru. Warna hijau. Cantik! :)
24 september 1955
24 SEPTEMBER 1955
Mama,
Tiada aku lupa
Kusyen yang engkau tadah
Ketika aku dirotan abah
Dulu
Mama,
Selamat hari lahir.
RAMADHAN
Kalaupun ada gerak dan kata
yang terlanjur dan melukakan
biarlah Ramadhan memberi ruang harap dan ampun
untuk aku dan kamu melihat diri
pada dosa-dosa yang masih berbaki
Ya, boleh copy dan forward puisi di atas ni secara sms ok. :)
selamat hari mama
SELAMAT HARI MAMA
Mama datang ke Universiti Kerajaan Swasta. Buat pertama kali. Menjenguk aku. Barangkali sempena Hari Ibu yang aku tak pernah memberi ucap apa-apa pun kepadanya.
Aku bawanya menghirup dingin perpustakaan separa colloseum. Ye lah. Aku tiada alternatif lain untuk membawanya menikmati bekas lombong yang serba kontang ini. Sebelum itu aku bawanya bersarapan di kampung. Menaiki Suzuki rongak aku yang uzur. Yang catnya banyak tertanggal dan bahagian kiri enjin yang berlompong. Ceh.
Mama beri buah tangan. Buku motivasi. Vitamin C. Tuala Muka. Sabun mandi hotel. Juga pen. Dan lampu suluh.
Lampu suluh?
Buat apa lampu suluh? - aku
Manalah tau black-out - mama
Tak naklah. Bukannya masuk hutan pun. Kalau black-out pun cerah kat sini - aku
Bukan hutan ke sini? Hihihi - mama
.
.
.
.
Dan mama pun pulang. Menaiki trooper. Bersama kawan-kawannya. Meninggalkan aku. Bersama Suzuki rongakku. Dan hari pun menjauh.
main futsal
MAIN FUTSAL
Aku main futsal. Dengan kawan-kawan Abang Kit. Adik Najib ikut juga.
Tahun lepas. Paling akhir aku main bola. Di padang Universiti Kerajaan Swasta. Itu pun sekali. Lepas tu aku gantung but. Malas. Bosan. Aku bergiat main Pro Evolution Soccer. Farhan, member aku cakap main game pun boleh bakar kalori. Tau.
Masa main. Aku gelecek bola sikit sangkut. Tolak tepi sikit sangkut. Passing bola pun sangkut. 15 minit. 30 minit. 45 minit. 1 jam. Habis.
"Hmm.. ni adik Kit eh?" - Kawan Abang Aku
"Ha'ah" - Aku
"Ooo. Sekolah lagi eh?" - Kawan Abang Aku
"Ha'ah :)" - Aku
Kami balik. Aku cerita kat Adik Najib yang kawan Abang Kit ingat aku masih bersekolah lagi. Hmm. Awet muda. Aku rasa sangat kacak.
"Hensem apa. Dah main macam budak sekolah. Memang la dia ingat sekolah lagi." - Adik Najib
Oooooiiiiiiiiiiii!!!
Pelangkungggg!!!