rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Make money in affiliate program BackLinks Genius
Showing posts with label pastry(cream puff). Show all posts
Showing posts with label pastry(cream puff). Show all posts

Monday, October 25, 2010

Jom buat sendiri CREAM PUFF!!

Salam dan selamat malam selasa, fuhhh hari ni hujan sepanjang petang sejukkk tu...tapi yang ngeri pakej petir ngan angin... alhamdulillah malam ni dah reda, yang tinggal sejuknya jer...tu yang buat mata mengantukkk macam nak tarik selimut jer kihkihkih...
Jom layan cream puff lagi... harap jangan ada yang muak pulak tengok yer. Request dari seorang teman, tak rugi berkongsi ilmu kan...so inilah resipi yang biasa saya guna, inti atau cream tu terpulang pada kita nak perisa apa, begitu jugak ngan hiasan atas cream puff, biasanya saya tabur gula aising jer...kalau ada coklat lebih letak sikit memang sedappp.... Nak tryyy??? resipi kat bawah ni tengoklah yer...

Cream Puff
Bahan2: (untuk pastri)
250 gm butter
500 ml air

1/4 sudu teh garam

300 gm tepung gandum
5 biji telur
(A)
1 sudu teh esen vanila


Bahan-bahan krim oren :3 cawan susu cair/segar
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung gandum
8 sudu besar gula (ikut selera nak manis ke tak)
1/4 cawan oren sunquick (kalau nak rasa lain tukar ikut sukalah yek)

2 sudu
besar butterCara:
puff

1. Rebus butter,air & garam sampai mendidih, kecilkan api.masukkan tepung (yang sudah diayak di atas kertas supaya senang nak tuang dalam periuk) dan kacau cepat sehingga menjadi doh yg x melekat. Matikan api dan kacau rata. Angkat biar suam.
2. Pukul telur dan vanila sekadar sebati, masuk sedikit2 ke dalam adunan tepung sambil dipukul terus.
3.Tekan dgn spuit diloyang yg tlh disapu butter. Sebelum bakar spray air ke atas doh agar cantik. Bakar lebih kurang 20 minit pd suhu 200c @ sehingga kuning keemasan. Pipekan krim kedalamnye!

Cara-cara krim oren:
Masuk semua bahan kecuali butter ke dalam periuk, kacau hingga berkilat, masuk butter dan kacau lagi hingga betul2 pekat dan masak. Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff.

Acuan berwarna coklat tu untuk doh tepung, acuan putih tu pulak tuk 'injek' inti dalam puff yang dah masak, senang kerja...

Air dan butter masak sampai mendidih, baru masuk tepung. Bila tepung dah suam2 kuku baru masuk telur dan pukul rata.

Monday, May 10, 2010

Apple Almond Puff Pie

Salam dan selamat petang semua, petang tadi wat pastry puff pulak...dah lama gak beli kulit pastry ready made ni kat Giant alaaaa jenama Kawan tu.. yang kecik jer 4"x4" dalamnya ada 10 keping. Buatlah ikut suka kawan2 nak bentuk camner...tapi Su wat yang paling senang lipat dua jer kihkih... Buat 2 jenis inti, iaitu inti kentang macam nak wat karipap dan satu lagi wat inti apple and almond, resepi copy dari umah Cik Mat Gebu, sorry Mat main amik jer resepinya, terima kasih banyak yer.. Memang sedap rapuh kulit pastry ni, tapi rasanya lebih kurang jer ngan roti pratha jenama Kawan tu...
BAHAN-BAHANNYA :-)

Pastry Puff secukupnya
2 biji epal hijau
1/3 cawan kismis
1 camca besar serbuk badam
1 batang kayu manis
2 camca besar mentega
1 camca besar gula peerang (brown sugar)
1/4 camca teh garam
1/2 camca teh tepung jagungCARA MEMBUATNYA:-)
  1. UNTUK INTI :- Kupas epal hijau tadi, buang empulur dan dadu kecil2. Dalam periuk, panaskan mentega, masukkan kayu manis, epal dan kismis, goreng hingga harum, masukkan gula peerang dan kacau rata. Kecilkan api dan masak hingga epal lembut. Tambah badam kisar, garam dan tepung jagung. Kacau rata dan biar inti pekat dan kelihatan kering sedikit, tetapi masih lembap. Angkat dan sejukkan.
  2. UNTUK APPLE ALMOND PUFF PIE :- Canai puff pastry setebal 3 mm, terap dengan acuan bulat berukuran 3.5 inci sebanyak 2 keping. Isi 1 1/2 camca teh inti tadi, sapu sedikit kuning telur pada tepi2nya dan tutup dengan 1 keping lagi, kemas2 kan dan tekan dengan garfu sekeliling pastry tadi. Buat hingga siap.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 19oC selama 25 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidang. Menghasilkan kurang lebih 8 - 10 biji, bergantung pada cara u all buatlah..

Sunday, April 25, 2010

Nasi Lemak & Krim Puff

Selamat malam semua, moga sihat selalu.. dah 2 hari tak sempat jenggah blog...bz sikit ngan order..alhamdulillah rezeki.. Pagi Ahad tadi hujan memanjang... sejuk dan nyaman. Pagi tadi masak nasi lemak sempoi jer...ada tetamu datang.. Ustazah Nahijah nak minta HB tunjuk settle kan kerja2 SMM sekolahnya (bandar Mersing). Sambil wat kerja, sambil makan2...Nasi lemak ngan sambal ikan bilis/udang dah pernah n3 so kalau nak tengok resepi ke sini yer. Bakar krim puff makan panas2 kuar oven memang sedap...nak resepi gak ke? tengok kat sini pulak.
Order dari Zun Zaidi (SK Nitar 1), Ustazah Ara (Tenggaroh), Puan Min. Terima kasih semua moga berpuashati dan kalau sudi order lah lagi...

Monday, March 22, 2010

Cream Puff Oren

Salam dan berjumpa lagi di malam Isnin. Selamat kembali ke sekolah tuk hb n anak2 mama semua. Peerrhh lepas ni 2 bulan baru ada cuti panjang lagi...Hujung minggu (hari Ahad) kami menerima kunjungan dari teman lama yang telah berpindah ke Melaka, sape lagi kalau bukan Zulfikar dan Budiman serta anak comelnya Balkis. Hehehe FB yang akrabkan kita kan...
Hari ini buat order krim puff dari Shima, lama gak tak buat so apa lagilah 'gang kuat makan' balik dari sekolah terus menghabiskan baki cream puff yang baunya memang semerbak harum bila dibakar. Resepi ni dah lama Su guna, jumpa kat blog jugak tapi tak ingat rumah sape terima kasihlah yang berkongsi resepi.Bahan2: (untuk pastri)
250 gm butter
500 ml air

1/2 sudu teh garam

300 gm tepung gandum
5 biji telur
(A)
1 sudu teh esen vanila


Bahan-bahan krim oren :3 cawan susu cair/segar
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung gandum
8 sudu besar gula (ikut selera nak manis ke tak)
1/4 cawan oren sunquick

2 sudu
besar butter
Cara:
puff

1. Rebus butter,air & garam sampai mendidih, kecilkan api.masukkan tepung (yang sudah diayak di atas kertas supaya senang nak tuang dalam periuk) dan kacau cepat sehingga menjadi doh yg x melekat. Matikan api dan kacau rata. Angkat biar suam.
2. Pukul telur dan vanila sekadar sebati, masuk sedikit2 ke dalam adunan tepung sambil dipukul terus.
3.Tekan dgn spuit diloyang yg tlh disapu butter. Sebelum bakar spray air ke atas doh agar cantik. Bakar lebih kurang 20 minit pd suhu 200c @ sehingga kuning keemasan. Pipekan krim kedalamnye!

Cara-cara krim oren:
Masuk semua bahan kecuali butter ke dalam periuk, kacau hingga berkilat, masuk butter dan kacau lagi hingga betul2 pekat dan masak. Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff.Gather2 ngan Zul dan Budi di Buluh Wangi Cafe.
Kesian tetamu ku terpaksa bersila jer.... just wat nasi ayam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails