rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Make money in affiliate program BackLinks Genius
Showing posts with label dessert. Show all posts
Showing posts with label dessert. Show all posts

Saturday, October 13, 2012

Mango Crepe


 
 Assalammualaikummm... pekabar semua, lama tak ngupdate resepi kat blog ni kan... dek tergoda ngan crepe di sana sini... hati berbunga2 nak mencuba, tapi ramai yg wat guna durian, akak memang alah ngan raja buah ni, bau pun leh wat pening apa lagi bila makan memang muntah punya... bukan sombong tapi tekak memang tak boleh terima... maafkan akak yea.. tulah pasal akak guna mangga. Alhamdulillah En Suami belikan mangga yg manis dan sedap, kalau yg masam memang akak makan cicah kicap n gula hehe.
Terima kasih juga wat Hidayah dari Kulai yg sudi bagi link resepi ni kat akak... Resepi akak cnp dari Kongsi  Resepi-from blog Dapur Mamasya, resepinya simple so semua orang boleh try... kalau nak yg lagi terperinci uolss gi blog Azlita- Masam Manis, memang cantik sangat crepenya.. terima kasih kepada semua penyumbang resepi yea...
CREPES
Resepi: Joayee@MYR
oleh:Dapurmamasya

Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum
3/4 cwn susu segar
1/2 cwn air
2 biji telur
3 sudu besar minyak masak atau butter cair
1/2 sudu teh garam

Filling:
Whipping cream secukupnya dan buah mangga masak.

Cara-cara
Masuk semua bahan crepe dalam blender, blend sampai rata semua, tapis. perap 30- 1jam (tapi akak perap 15minit je dah tak sabor nak makan hehe)
Panaskan pan leper (guna non stick pan lagi senang) sapu sikit minyak, masak crepe hingga masak, (macam wat dadar gulung). Dah sejuk sapu whip cream yg dah dipukul kental, letak pulak buah mangga n cream lagi, lipat masuk peti sejuk... makan sejuk2 sedap!!!

1


Tuesday, May 31, 2011

Puding Laici Dangdut

Assalammualaikum dan jumpa lagi.... cuti sekolah ni ke mana? Mesti dah buat macam2 rancangan bersama anak2 kan... Saya pun akan ke KL hari Khamis ni, sempena majlis pernikahan anak saudara hujung minggu nanti... semoga semuanya berjalan lancar insyaAllah...
Hari ni jom layan puding laici dangdut yang sejuk lembuttt je bila lalu kat tekak.... Resepi dah lama sekodeng kat rumah Yatiememories, memang sedap2 n cantik2 resepi di rumah Yatie ni, kalau tak caya pegilah singgah...memang tak nak balik hehehe... Dan jemput jugak makan sate....tapi sate beli je...

Bahan-bahan
* 10 gm agar-agar serbuk/1 paket agar2 biasa (28 gm) lebihkan agar2 kalau nak senang kuarkan dari acuan.
* 2 liter air
* 2 cawan gula (saya letak 1 1/2 cawan je)
* 2 tin laici (asingkan airnya)
* 1 tin susu cair

Cara-Cara
  1. Masak agar-agar hingga mendidih.
  2. Masukkan gula. Biar mendidih lagi. Tutup api. (jika guna agar-agar biasa, tapis dulu.)
  3. Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
  4. Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
  5. Kemudian sejukkan dalam fridge.
  6. Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi.

Wednesday, February 16, 2011

Puding roti bersos kastard...simple resepi

Salam berjumpa lagi... hari ni dari pagi hingga petang tak de air... aahh tak suka betul... malaslah nak citer masalah bila tak de air kan...mesti semua pun tau hehe...
Pagi tadi wat puding roti+sos kastad, tuk minum petang.... tapi bab sos tu, ubahsuai sikit...guna susu dutch lady perisa strawberry, coz susu tu je yg ada dalam stok... nak tau apa jadi bila campur ngan tepung kastard... kaler pink tu bertukar oren lah pulak...tapi rasa tetap sedap hehe...
Bahan-Bahan
1 buku roti
1/2 tin susu pekat (krimer)- kalau nak lebih manis boleh tmbh lg susu.
2 sudu besar kismis hitam
3 biji telur
2 sudu besar mentega (sapu kat loyang tebal2 sikit)
sikit garam
Bahan Sos Kastad
2 cawan susu perisa strawberry dutch lady)
2 sudu besar gula (ikut suka nak manis boleh tambah lagi)
1 1/2 sudu besar tepung kastad

Cara Memasak1. Griskan mentega pada tin/loyang pembakar. (panaskan )
2. Roti disiat-siat dan rendam dengan air panas selama setengah jam. Kemudian lecek roti itu.
3. Sementara itu pukul telur dan garam hingga berbuih.
4. Tuang susu pekat ke dalam adunan roti dan kacau sebati. Kemudian masuk telur, kacau rata.
5. Setelah itu, tuangkan adunan tadi ke dalam loyang (yang dah dipanaskan), tabur kismis diatasnya.
6. Kemudian bakar di dalam oven bersuhu 200C selama 30 minit.
7. Untuk membuat sos kastad pula, satukan tepung kastad, susu dan gula di dalam periuk dan didihkan sehingga larut sambil dikacau selalu.
8. Akhir sekali, hidangkan puding roti tadi bersama sos kastad. Sedap dinikmati sejuk-sejuk.

Sunday, June 13, 2010

Blueberry Cheese Cake

Salam dan selamat pagi semua...hari ni ada jemputan kawin di Tanjung Gemuk Rompin, so gantung periuk lagi...
Hari ni nak share blueberry cheese cake, jangan ada yg muntah pulak, dok tayang resepi yg ada cheese jer, febret Su hehe...kalau beli kat Seceret Resepi sepotong dah rm6.90, mana tahan poket weeeii...
So try wat malam Sabtu, pagi Ahad semalam baru boleh makan, kononnya nak share makan ngan Budiman n Zulfikar yang datang sini, malangnya jadualnya padat ngan jemputan sana-sini, tak sempat nak singgah umah Su. Terima kasih banyak bagi 'keju melaka'..banyak tu...
Resepi amik kat buku Kompilasi Hidangan Kek oleh Chef Nor Aini Zakaria..best buku ni banyak resepi sedap2..Kek Span Vanilla
Bahan:
* 5 biji telor (A)
* 150 gm gula halus
* 1 sudu besar ovallete* 80 ml minyak (Su tukar butter cair)
* 80 ml susu segar
* 1 sudu kecil baking powder** 150 gm tepung gandum* di ayak
* 1 sudu kecil perisa vanilla nak perisa lain tukarlah ye..
Cara-cara
  1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan ketepikan.
  2. Pukul telur bersama gula hingga kembang. Setelah kembang masukkan ovallete dan pukul lagi hingga benar2 kembang.
  3. Masukkan susu segar dan minyak berselang seli dengan tepung yg di ayak bersama b.powder.
  4. Masukkan vanilla/perisa strawberry atau pewarna dan gaul sebati guna senduk je.
  5. Sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak.
  6. Tuangkan adunan dan bakar selama 35 minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah C.
  7. - Saya bahagikan pada 2 bahagian dan bakar berasingan supaya kek kelihatan rata bila masak dan tidak perlu di belah 2.
  8. Bila dah masak keluarkan dari oven dan biarkan lebih kurang 5 minit.. lepas tu terbalikkan di redai kek bagi mengelakkan kek kita kempis.
  9. Kek dimasak mengunakan api bawah dan atas. Biarkan kek benar2 sejuk, barulah di hias ikut selera masing2.
Bahan tuk Cream cheese:

Sebiji kek span (resepi kat atas) bahagi dua, guna separuh jer
250 cheese cream
200ml whipping Cream
80gm gula kastor
60ml air panas mendidih
13gm serbuk gelatin halal (Halagel) (satukan ngan air panas)
inti blueberry secukupnya

Caranya
Lapik acuan(ikutlah berapa besar kek tu) Su guna 7"x7" ngan plastik wrap supaya senang bila nak keluarkan nanti.. masukkan kek n ratakan dasarnya.
Pukul whipping cream hingga kembang dan pekat. ketepikan.
Pukul pulak cream cheese dan gula kastor hingga kembang n berkrim
Masukkan whipping cream tadi, kacau rata.
Tuang larutan gelatin yang sudah sejuk ke dalam adunan cheese. Kacau sebati.
Tuang adunan ni ke atas kek tadi, Simpan dalam ais box selama 5-6 jam sebelum dipotong.
Hias ngan inti blueberry..sedappp!!!

Wednesday, June 2, 2010

Puding Triffle yang Sejukkkk Nyaman...

Salam dan selamat malam semua...semakin nak cuti sekolah semakin banyak kerja nak dibereskan.. hehe rezeki... ada yang nak biskut raya, macam dah nak raya pulak rasanya.. puasa pun lum lagi hehe... so watlah tat dan biskut cip coklat..
Hari ni pun rasa happy jer...nampak tak tengah senyum memanjang ni... tengahari tadi dah dapat confirm pakej percutian kami lulus...cuti free sape tak nak kan hehe...alhamdulillah..
Hari ni wat triffle lagi...buat sejukkan tekak.. kalau nak tengok resepi gi sini jerlah yek.. lebih fruit coktail tu makan ngan susu memang nyaman..

Wednesday, February 10, 2010

Puding kopi

Selamat bertemu kembali ibuk2 dan temen2 di alam siber sekalian kihkih, side effect tengok sinetron Tasbih Cinta kat TV3 lah ni. Ikut sempat jer tengok citer tu, tau2 jelah citer indon ni makan berbulan-bulan nak habis. Citer ni pun rasanya sejak bulan 12 aritu dah ada kat TV3 tu kann. Sihat semuanya, mesti dah makan malam kan... Hari ni Su buat menu ringkas jer, just nasi goreng ayam, request Izz Thaqif... dengan arahan jangan letak sayur lagi.... ahhh budak ni payah no nak makan sayur... Tadi buat puding kopi, tapi guna serbuk agar-agar segera jer... kes malas nak mengodeh lama2 kat dapur, pastu curah sikit sos cekelat. Rasanya ok gak, asalkan sejuk jer lalu kat tekak sedaplah tu... Oklah layan jelah pics ni yer, resepi tak yah tepeklah, benda biasa2 ni semua dah biasa buat kan..... Selamat malam semua...

Saturday, January 30, 2010

Aiskrim??? Buat sendiri...


Selamat berhari minggu semua... semalam buat projek ni... hari ni baru leh tayang. Coz kena tunggu semalaman, tapi anak2 dah ngap gak malam tadi tak tahan tengok kihkih. Sedappp comen mereka... berbunga-bungalah mama dia bangga hahaha... Resepi ni cnp dari umah dak Hana nun kat Jepon tu, dia lak amik dari umah Cik Mat Gebu. Resepi ni dah jalan serata dunia kot hehehe.. moga tuan punya resepi terus mendapat rahmatnya, wahhh gitu kann.. Kalau nak perasa lain ikutlah kata tekak memasing, Su try wat rasa stoberi, tu yang ingat nak mintak sikit stoberi lebih2 yang ada kat dalam esbok kak Rosaliza. Ok kalau cam teringin tu baik try buat memang sodaappp, pas ni takyah lah kita beli eskrim nestle ke walls lagi.. Boikot depa hahaha..
Tapi pics pagi ni blurr lah pulak.. layan jelah..Bahan-bahan

  • 270 g coffemate (creamer tepung)
  • 500 ml susu segar perisa strawberry
  • 30-50g gula - bergantung tahap kemanisan susu berperisa
  • beberapa biji strawberry (hukhuk kat mersing tak de pokok stoberi ganti ngan buah sawit lehh??)
Cara-cara
  1. Bancuh coffemate, gula halus dan susu segar. Kacau dgn wisk hingga semua larut dan sebati. Simpan dalam peti sejuk (bahagian beku) 4 - 5 jam (sehingga 3/4 beku).
  2. Potong strawberry kecil2 n lecek/blend hingga hancur/separa hancur dan ketepikan. Keluarkan adunan ais krim dan masukkan ke dalam mixing bowl. Putar dgn kelajuan tinggi 10 minit hingga pekat dan gebu. (tak menitis bila di angkat pemutar tu)
  3. Perlahankan speed. Masukkan strawberry dan putar 1 - 2 minit hingga sebati. Alihkan ke dalam bekas plastik (seperti tupperware) dan dingin beku sekurang2nya 8 jam atau semalaman.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails