rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Make money in affiliate program BackLinks Genius
Showing posts with label makanan savoury. Show all posts
Showing posts with label makanan savoury. Show all posts

Thursday, January 6, 2011

Karipap Pusing/Pusar

Salam bersiaran, hari ni entah kenapa tetiba teringin nak makan karipap pusing, dah 2 hari tak wat apa2 disebabkan migrain menyerang, sampai rasa nak pitam. Bila dah rasa selesa kepala ni mulalah projek karipap ni. Mr hb yang kelim karipap ni sebab itu memang tugas dia bila buat karipap kihkih. Kalau buat sendiri memang guna acuan jelah.. tapi bila buat karipap pusing susah nak guna acuankan..so kenalah kelim.
Inti karipap ni kentang+daging, masak cam biasalah. Resepi karipap ni jumpa kat My Resipi masa jalan2 pagi tadi... jom layan karipap pusing, sedap n rangup... Terima kasih kepada Lynn penyumbang resipi best nih.. copy bulat2 kat bawah ni kihkih...
Tapi Su buat tak berapa cantik pusarnya, ramai yg buat lagi cantik macam kakak tersayang, sape lagi kalau bukan Kak Anis nun di Sarawak tu.

Karipap Pusing

Bahannya:
  • *Doh berminyak*
  • 150 gm (margerin + shorterning atau2 apa jenis minyak sayur)
  • 300 gm tepung gandum
  • ....................................
  • *Doh biasa*:
  • 700 gm tepung gandum
  • satu sudu kecil garam
  • air (anggaran dlm 2 cawan, klu doh lembik tambah sdkt tepung )

Cara-cara

  1. Sila lihat gambar langkah demi langkah di bawah.
  2. Karipap1
    Step 1 : margerine + shortening, di uli dgn 300 gm tepung .. uli hingga doh licin dan tidak melekat.
  3. Karipap2
    Uli doh sampai seolah2 berminyak. Klu penat nak uli yg doh besar uli yg kecik2 lg cepat. Klu tak uli dgn betul nanti doh seolah2 pecah tu bila goreng nanti doh karipap jd mcm berderai. Jadikan kepada 8 doh.
  4. Karipap3
    Step 2 : 700 gm tepung gandum + air + air garam.
  5. Karipap4
    Uli hingga licin juga ikut spt step 1 dan bhgkan kpd 8 doh.
  6. Karipap5
    Step 3 : Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar.
  7. Karipap8
    Step 4 : Ambil doh yg telah di jadikan satu tersebut dan terap/canai hingga nipis saiz seperti saiz roti canai(lihat gambar dibawah). Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian golong seperti menggulung tikar. Memandangkan saya tak boleh nak upload gambar step seterusnya sila ke link di sini utk penerangan gambar yg lebih jelas http://www.freewebs.com/recipe2u/kuihmuih.htm
  8. Karipap10
    Step 5 : Setelah itu, anda akan dapat 2 doh golongan tikar. Ambil satu doh golong tikar dan canai/terap lagi dalam keadaan melonjong hingga nipis dan berhati2 semasa mencanai ni.. biarkan btknya lonjong )spt gambar dibawah), kemudian golong semula spt gulungan tikar dan ikut langkah seterusnya . (Proses menggolong adalah sbyk 2 kali di sini).
  9. Karipap12
    Step 6 : Doh yg telah di gulung kali kedua kemudian di potong kpd 4 bhgn. Terpulang kepada masing-masing hendak potong berapa bahagian, bergantung kpd saiz doh yg telah di gulung.
  10. Karipap13
    Setelah doh di potong, canaikan semula (seperti cara membuat karipap biasa) dan letakkan inti karipap. Kemudian klim seperti biasa.
  11. Dah siap dan nampaklah jalur gemilang karipap tu. Boleh di simpan di dalam peti sejuk selama seminggu.
  12. # Resepi asal saya ambil dari forum cari.


Tuesday, April 13, 2010

Try kuih pedas pulak..VADAI..

Salam jumpa lagi. Hari ni kita tukar selera hindustan sikit hahaha. Bukan apa kacang dal ni dah lama dok dalam aisbok so wat lah kuih vadai ni... ni resepi dari emak Su, resepi asal ni dia belajar dari kawannya berbangsa India semasa bekerja di Kluang dulu. Memang sedaplah... so pada yang minat dengan makanan savoury leh lah try.. ok ni resepinya. Tapi emak Su ni kalau buat kuih tak de timbang2 dia main bubuh jer... Payah gak nak mengaggak kan... ok selamat mencuba..VADAI

Bahan-bahan:
250gm kacang dal
2 biji lada basah atau lada kering dihiris halus
2 tangkai daun kari, dihiris
1/2 labu bawang besar, dicincang halus
1 camca teh jintan manis biji- tak letak pun tak pe
1/2 camca teh garam, secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Caranya:
Rendam kacang dal yang dah di cuci 4 jam atau semalaman. Toskan kacang dal. Kisar (jangan tambah air coz kacang tu kan dah lembut) kacang 3/4 halus dan lebihnya agak kasar sedikit. Masuk kesemua bahan lain2 ke dalam kacang tadi dan gaul rata. Leperkan bahan ini di atas tapak tangan yang dilapik plastik untuk mengelakkan melekat. Buat sampai habis bolehlah digoreng dengan api sederhana. Angkat tos dan bolehlah dimakan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails