Showing posts with label mee.jawa.rebus. Show all posts
Showing posts with label mee.jawa.rebus. Show all posts

Saturday, May 8, 2010

Mee Rebus Jawa

menu istimewa hari ni.sempena hari IBU,tapi ibu yang masak..nampak kat umah Noorma mee rebus dia masak.aduh sedap tul tengok.hari ni akak merajinkan diri membuatnya.pepagi akak dan hb gie pasar tani mencari bahan bahan nak buat mee rebus nie.

Mee Rebus Jawa.
BahanBahan:
  • 1 kilo mee kuning
  • 1/2 kilo daging(rebus hiris nipis2-akak separuh kisar bersama dengan bahan kisar)
  • tauge,daun bawang dan sop,bawang goreng
  • telur rebus,limau kasturi dan lada hijau hiris bulat
Bahan kuah
  • 2 biji keledek yang sedang(rebus empuk ,kisar halus)
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 2 btg serai
  • halia,lengkuas.sedikit udang kering
  • cili kisar,serbuk kari dan sedikit kacang tanah digoreng (ni akak tambah)
  • garam dan gula
cara cara:
  1. kisar halus bahan bahan kuah.asingkan semasa kisar keledek dan kacang tanah.
  2. pijarkan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik wangi.bila dah naik minyak ,masukkan air dan daging .biarkan empuk sebentar.
  3. masikkan keledek dan kacang tanah tadi,tambahkan air dan masukkan garam dan gula.kuah nie mestilah agak manis dan pekat.
  4. bila telah masak,angkat dan boleh laa dihidangkan...seperti dalam gambar ...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails