Showing posts with label beras. Show all posts
Showing posts with label beras. Show all posts

Friday, May 7, 2010

Apam Tapai Beras

masih panas lagi apam nie..baru keluar dari kukusan.meh jemput semua datang rumah akak.kita jamu sama-sama..akak bancuh tengahari tadi semasa masak lauk tuk makan tengahari merangkap kemalam.petang ni tengok dah elok kembang akak terus masukkan eno dan kukus..

Apam Tapai Beras
Bahan-bahan:
  • 1 kampit tepung beras(akak guna cap teratai)
  • 4 cawan air
  • 1 1/2 cawan gula
  • 1 cawan tapai(nasi dan dibubuh ragi...simpan dua hari-akak buat semlm)
  • 1 peket eno (yang warna biru)
cara nya:
  1. Blend kesemua bahan bahan kecuali eno.
  2. tapiskan 3x.masukkan kedalam mangkuk dan tutup adunan.
  3. biarkan kembang.setelah kembang masukkan eno dan kacau rata.
  4. kalau nak bubuh warna berlainan asingkan dan bubuh pewarna.
  5. sediakkan kukusan.masukkan adunan kedalam acuan dan kukus dengan api kuat selama 15 minit.
  6. siap untuk dihidang bersama parutan kelapa yg telah digaulkan dengan garam..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails