Nuffnang
Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts
Wednesday, October 30, 2013
Perghh : MP Lenggung Kena Sebiji Dengan Tuan Guru Hj Hadi Awang...
Sunday, October 27, 2013
Gambar Terbaik ..Bolasepak Yang Menyatukan Politik Yang Bertelagah
Dengan bola sepak dapat manjalinkan ukhwah antara 2 pemimpin PAS dan UMNO,Politik ada medannya,jadi mengapa kita nak bermasam muka antara sesama muslim..Jredit Dr Mohd Azhar Sharif..
Klilk SINI KALAU NAK LIHAT BERITA YANG ANDA BELUM BACA
Klilk SINI KALAU NAK LIHAT BERITA YANG ANDA BELUM BACA
Tuesday, October 9, 2012
"Cerpen Politik Baru YBJ " : Akhirnya Chamil Wariya, Utusan mohon maaf pada Teresa Kok
Ketua Eksekutif Institut Akhbar Malaysia, Datuk Chamil Wariya danUtusan Malaysia memohon maaf kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok kerana fitnah yang disiarkan dalam artikel bertajuk 'Politik Baru YBJ' yang diterbitkan oleh edisi hujung minggu akhbar harian milik Umno itu pada 12 Oktober 2008.
Sunday, September 9, 2012
Tuesday, July 31, 2012
Awas Semua : Angin Politik Sabah Bakal melanda Semenanjung
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengharapkan angin perubahan yang bermula di Sabah menjadi titik tolak kepada perubahan di Semenanjung dengan penyertaan pemimpin-pemimpin BN ke dalam Pakatan Rakyat.
Sunday, July 29, 2012
Terkini !!! Terhot : Datuk Lajim Ukin Letak Jawatan semasa PM Hj Najib ..tengah Popular di Twitter dan FB kenapa ye..? fikir2 kan lah
Datuk Seri Lajim Ukin hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuatkuasa serta-merta.
Bagaimanapun, beliau masih kekal sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan ahli Umno.
baca lagi
Bagaimanapun, beliau masih kekal sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan ahli Umno.
baca lagi
Thursday, July 26, 2012
Berita Panas [Hot] 'BN mungkin hilang separuh daripada kerusi Sabah'
BN mungkin tewas lebih daripada 60 peratus kerusi parlimennya di Sabah dalam pilihan raya umum akan datang, kata seorang penganalisis politik dari negeri itu.
Pensyarah UiTM Sabah, Arnold Puyok berkata BN mungkin tewas di 14 daripada 22 kerusi yang diwakilinya di negeri tersebut.
Pembangkang mungkin berpeluang mudah di kerusi seperti Kota Kinabalu, Sandakan dan Pensiangan, katanya.
"Saya tidak fikir deposit tetap itu akan kekal" katanya lagi yang merujuk kepada gelaran popular untuk Sabah dan Sarawak yang secara tradisinya menjadi kubu kuat BN.
Beliau bercakap dalam majlis perbincangan meja bulat di Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh kluster politik, keselamatan dan hubungan antarabangsa Majlis Profesor Negara. Malaysiakini

PERINGATAN: Admin Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Wednesday, July 25, 2012
Gambar Tersembunyi !!! Garenti tak masuk Akhbar punya
Lim Guan Eng makan Bersama penduduk Bagan..Heran Awat Cina ni..selalu mai makan dengan orang kampung. Pelik kan , dulu Khoo Su Kun , tak makan pun dengan rakyat..pelik ..
Dato Salleh Man [ Persuruhjaya PAS Negeri ] berbuka puasa bersama AJK PAS negeri dan
Lim Guan Eng Di sebuah restoran..Bukan LGE belanja tapi Orang PAS Yang bayar Tau..Dia Mai Tumpang sekaki je.. Dulu Khoo Su Kun , tak makan pun dengan rakyat..pelik kan..
Dato Salleh Man , Lim Guan eng dan Dato Mujahid Yusuf sedang makan bersama..
Friday, July 20, 2012
Debat : Nasrudin, Anak muda mahukan perubahan bukan pembangunan
Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi
SHAH ALAM - Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, orang muda memainkan peranan sebagai ejen perubahan yang disaksikan pada 1970-an dan juga ketika Pilihan Raya Umum (PRU) empat tahun lalu.
Sehubungan itu kata beliau, anak muda mahukan perubahan dan kebangkitan anak muda telah mencetusksn tsunami politik 2008.
Sehubungan itu kata beliau, anak muda mahukan perubahan dan kebangkitan anak muda telah mencetusksn tsunami politik 2008.
Sunday, July 15, 2012
Terpanas di Blog [ Gambar ] !!! Menunggu Detik Yang Serupa Berlaku Di Negara Kita! ...Takbir...
Rakyat Mesir Melakukan Sujud Syukur Di Mana Mana
Anggota ikhwan Muslimin juga melakukan sujud syukur
Saturday, July 14, 2012
Perghhhh. terkejut aku..setelah 50 Tahun, Pengunjung Padang Kota baru Dapat surau..dulu Pemimpin Amano buat apa..!!!..
Hj Yusuf Ahli MPPP
Padang Kota akan ada surau tidak lama lagi
| Mohd Sabri Said, | 13 Jul 2012 |
GEORGETOWN: Hasil cadangan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dari PAS akhirnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang meluluskan peruntukan RM200,000 untuk membina sebuah surau berhadapan Pusat Peranginan Padang Kota Lama.
Ahli Majlis MPPP, Mohd Yusuf Mohd Noor memberitahu, pembinaan surau tersebut meleraikan kegelisahan Umat Islam untuk menunaikan solat takkala berada di tepian pantai menghirup udara nyaman bersama keluarga.
(Yusof menunjukkan tapak surau yang akan dibina)

Friday, July 13, 2012
Terfikir !!!! Undang undang mana satu yang betul ? pikir sendiri la !!
Pembaca boleh lihat dan nilai sendiri...mana yang betul...bolehka kita simpan klip video..peguam negara kena perhati la...
Thursday, July 12, 2012
Panas!!! Pemuda PAS tuntut Awang Adek jelas cek RM80,000
Awang Adek
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS meminta Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Husein agar menjelaskan dari mana sumber dua cek bernilai RM80,000 yang dimasukkan dalam akaun beliau.
Cek CIMB Bank yang bernilai RM50,000 dan RM30,000 setiap satu itu dimasukkan ke dalam akaun beliau ketika menjadi Pengerusi Skim Jejakjaya Bumiputra pada tahun 2010.
Pemuda PAS juga meminta Awang Adek menjelaskan, kenapa cek-cek itu dimasukkan ke dalam akaun beliau.

Menurut Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohamad Nor nilai RM80,000 yang didepositkan ke akaun Awang Adek ketika itu adalah sangat diragui dan memerlukan penjelasan daripada Timbalan Menteri berkenaan.
Malah katanya, Awang Adek yang juga disebut sebagai pemimpin yang mahu dinobatkan oleh Umno BN sebagai Menteri Besar Kelantan sewajarnya beliau terlebih dahulu mesti dilihat bersih dari sebarang skandal rasuah atau apa jua elemen yang merosakkan integritinya sebagai pemimpin.
"Kami tegas mahukan penjelasan daripada beliau. Apakah terdapat elemen rasuah dan untuk apa jumlah wang ini ditunaikan ke akaun peribadi beliau dalam satu masa?" soalnya kepada wartawan dalam sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini.
Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Kamaruzzaman Mohammad pula berkata Awang Adek mesti jujur dan tampil berani membuat penjelasan jika tiada apa-apa yang bertentangan dengan undang-undang dan etika serta nilai integriti sebagai penjawat awam.
Bagaimanapun, Kamaruzzaman enggan mendedahkan syarikat yang terbabit mengeluarkan cek berkenaan kerana memberi masa kepada Awang Adek menjelaskan perkara ini terlebih dahulu.
"Bagaimana seorang Timbalan Menteri mendapat dua keping cek bertarikh 6 Disember 2012 daripada sebuah syarikat yang berkepentingan," katanya dalam sidang media bersama.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail memberikan tempoh 21 hari kepada Awang Adek untuk menjelaskan hubungan beliau dengan seorang Cina bernama Hong Cheong.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa juga memberi masa 21 kerapa Awang Adek untuk berforum dengan beliau ekoran dakwaan penyelewengan dalam Kelantan Gold Trade (KGT). harakahdaily
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa juga memberi masa 21 kerapa Awang Adek untuk berforum dengan beliau ekoran dakwaan penyelewengan dalam Kelantan Gold Trade (KGT). harakahdaily
Saturday, June 23, 2012
Kejutan Berita : Betuika nie !!! Cikgu Normala nafi Masuk UMNO
Setelah selidik didapati ada blogger fitnah cikgu Normala....
Fitnah melalui blog Penaksj.wordpress.com yang itu bertajuk "PAS Johor punca Cikgu Normala berniat serah keahlian masuk Umno" disebarkan bermula kelmarin.
Tulisan tersebut mendakwa Cikgu Mala mempunyai masalah kewangan selepas tewas pada pilihan raya kecil Dun Tenang pada 2010.
Saturday, June 16, 2012
Terbaik Buat Nizar : Nizar tidak perlu layan isu plat kereta..Buat Kerja untuk PRU 13 je
Mulanya saya malas ulas dan sentuh mengenai isu plat kereta WWW 1 yang membabitkan bekas MB Perak setahun Nizar Jamaluddin dengan Sultan Johor. Kepada saya isu itu remeh temeh dan bukan pun membangun politik negara. Jauh sekali untuk membangun minda rakyat negara ini. Sepatutnya isu seperti itu tidak dimasuk pun dalam kepala.
Apalah sangat dengan isu itu. Sultan Johor pun boleh biarkan begitu saja. Rasanya tidak jatuh martabat sultan itu kalau baginda tidak murka dan ikut terpanggil dengan isu itu. Adalah bijak kalau sultan mendiamkan sahaja. Lebih bijak kalau baginda memaafkan Nizar. Rasanya bagi Nizar masih ada isu lebih besar dan penting dari isu plat kereta itu untuk beliau bercakap dijadikan modal politik.
Isunya Nizar dikatakan menulis dalam twitternya yang plat itu dibida dengan menggunakan wang rakyat. Pihak sultan menjelaskan ia dibida dengan wang sendiri. Nizar minta maaf atas salah tulis dan salah tafsirkan itu. Ia kecil saja. Isu seperti ini tidak menjadi isu pun bagi politik Barat. Tetapi kerana ada penyamun yang hendak menyamun isu menerusi isu itu ia diperpanjangkan.
Bangkitlah rakyat yang angkat sepanduk mempertahankan sultan mereka. Yang mempertahankan sultan mereka. Yang membela sultan mereka. Baguslah. Bersungguhnya seolah-olah maruah sultan mereka sudah tercemar. Tetapi lucunya mereka bangkit begitu sekali kerana isu plat kereta. Masa isu Pulau Batu Putih, isu penjulan pasir ke Singapura, isu Jambatan Bengkok mereka tidak pun bangkit pegang lembing dan kayu untuk mempertahankan sultan mereka, mempertahankan maruah Johor yang melambak ke bumi itu.
Budak kecil pun tahu dan merasa lucu dengan apa yang dilakukan oleh panglima pembela sultan. Dituduh Nizar derhaka kepada sultan mereka. Apa derhakanya? Menterjemahkan erti dan makna perbuatan derhaka pun nampaknya kurang tepat.
Biarlah itu sikap dan pendirian orang Johor yang berani. Cuma saya hendak sebut kepada Nizar lain kali tidak usah gatal mulutlah soal sultan dan raja-raja ini. Zaman ini mana ada lagi zaman Mufti berani tegur sultan. Mufti yang berani kerana benar sudah pun tidak ada lagi. Jadi bila Mufti sendiri menjadi batang pisang kepada raja jangan pula kita pandai-panai hendak jadi batang balak kepada sultan.
Isu lain masih banyak kalau hendak dicakapkan soal pembaziran. Cuba selidik dan kaji. Jangan soal sultan dan raja-raja. Mereka kebal dan zaman ini ramai orang hendak berlindung di sebalik kekebalan. Sejuta kali benar dan betul pun yang Nizar kata ia tidak akan menjadi benar dan betul.
Saya lihat bekas MB Perak setahun ini semacam tidak berapa bijak dalam politik. Kurang bijaksana dan kurang daya politiking. Beliau yuang berada dalam sistem politik sekular harus tahu. Bahawa dalam politik sekular tiada kebenaran, tidak ada kejujuran dan tidak ada ketulusan. Kejujuran, niat baik kita pun akan dieksploitasikan menjadi isu dan dijadikan modal untuk membalun kita.
Dalam hal plat kereta itu Nizar sudah pun merasai di mana kejujuran dan niat baiknya telah memakan dirinya. Semoga beliau insaf dan selepas ini gam terus soal-soal sultan dan raja dari perbicaraan politiknya.
Begitu juga hasrat nak jumpa Sultan Johor dan mohon maaf rasanya tidak perlu. Lagipun raja tidak menjawab surat permohonannya. Kalau sultan tidak hendak jumpa diamkan saja, jangan kita mengada-naga hendak tunjuk berani. Silap hari bulan keberanian dan ketulusan itu akan memarahkan lagi diri kita.
Nizar harus belajar dari kesilapan lalu untuk memulihkan reputasinya dalam politik. Gara-gara telah melakukan sembah derhaka kepada Sultan Perak - walau pun istilah itu ada Nizar dianggap derhaka. Parahnya konotasi dan erti derhaka atau tidak itu bukan ditentukan oleh raja dan sultan tetapi mereka yang mencari perlindungan dari istana. - http://www.msomelayu.blogspot.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Bila tengok pasangan ini mengawan rasa gelinya...takut pun ada. Punyalah asyik mengawan sampai tidak menghiraukan orang ramai merakam aksi...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
Tangkap layar kejadian memaparkan seorang suami yang menampar isterinya di khalayak ramai dalam satu kejadian di Kota Warisan, Sepang, bar...
-
Selambe je...Awek ni..proses Selamber je..dan berposing pulak ye... Awek ni serius lah...macam pelakun Indon pula...
-
Ini yang tak tahan..Banner bergerak pakai lori Konvoi anak muda dari seberang Jaya ke Bagan, Bworth. 1000 biji motosikal seba...