It's You!

Showing posts with label craft project. Show all posts
Showing posts with label craft project. Show all posts

Saturday, October 19, 2013

Projek

Salam,

Malam semalam kami balik ke rumah kami. Oh...rindunya kat rumah sendiri. Untuk pengetahuan, sekarang kami tinggal di rumah MIL yang terletak lebih dekat dengan tempat kerja saya dan Mr Hubby. Paling penting rumah MIL dekat dengan sekolah abang2 dan rumah pengasuh si kembar. Kasihan nak gerak anak2 bangun jam 5.30 pagi setiap hari untuk ke tempat kerja, sekolah dan rumah pengasuh.

Kenapa tak cari sekolah dan pengasuh yang dekat dengan rumah saya? Sebab saya lebih suka mereka dekat dengan tempat kerja so kalau ada apa2 berlaku di sekolah dan rumah pengasuh, saya tak perlu travel jauh untuk sampai.

Berbalik kepada rumah so sekarang kami akan balik ke rumah kami setiap hujung minggu saja. Kalau ada kerja, dua minggu kami tak balik. Bila dah balik rasa seronok dapat tidur di bilik sendiri..memasak di dapur sendiri..semuanya di rumah sendiri.

Dah siap kerja rumah, mulakan projek kraftangan yang lama tertangguh. Harap pelanggan tak marah...tapi saya dah inform mereka yang bulan ni saya sibuk. Minggu depan saya ada lawatan akademik ke KL, Johor dan Negeri Sembilan. Nanti cerita pasal tu...oklah...nak sambung menjahit. Harap sempat siap sebelum Selasa sebab pagi Selasa dah bertolak ke Kuala Lumpur.

Wednesday, July 24, 2013

Hope

Salam,

Selamat menunaikan Ramadhan ke 15
Dalam diam, dah setengah bulan kita berpuasa
Banyak juga berita kurang best kita dengar sepanjang setengah bulan ini
Kes anak lemas dalam kereta yang menghibakan
Kes mati lemas di Melaka
Kes mercun
Ada lagi ke?

Harap-harap
setengah bulan lagi ini
Penuh dengan kegembiraan
Buat mereka yang kehilangan orang tersayang
Diharap banyak-banyak bersabar
Allah sentiasa bersama orang yang sabar
Saya pernah merasainya ketika kehilangan arwah abah
Sehari sebelum hari raya 17 tahun yang lalu

Hari ni, hari berkreatif
Nanti saya BW lagi ya
Teman kreatif saya dah turun dari tingkat 3
tak sabar nak start berkreatif
Daa!


Friday, May 17, 2013

Kisah Hero-hero

Salam,

Kisah hari guru Danish dan Danial.
Mama dah cakap tak payah beli hadiah
Sebab mama akan buat hadiah untuk cikgu-cikgu
Mama suruh kira berapa ramai cikgu
Danish kira kejap je
"Cikgu Danish ada 9 orang, mama...4 orang lelaki"
"Kalau cikgu lelaki takkan nak bagi keychain love mama"
"Mama buat keychain donut ok tak?"
"Emm..boleh juga"

Danial pulak lain kisahnya
"Cikgu Danial ada 10, tambah lagi satu, nak bagi ustazah yang ganti guru kelas"
Mama kata "Ok"
Esoknya tak jadi pula
"Ustazah tu dah pindahlah mama, cikgu ada 10 je"
Mama kata "Ok"
Semalam pulak dia kata "Danial punya 8 je mama, ada cikgu tu dia ajar dua matapelajaran"
Pulak dah!

Mama tanya nak bagi minggu ni ke minggu depan waktu sambut Hari Guru
Abang Danish kata, "Danish bagi minggu depan"
Danial kata, "Hari ni la mama"
Tak lama tu, "Hari ni bagi 4 dulu la"
Lepas tu, "Bagi minggu depan la"
Hish..Danial ni...
Macam-macam!


Mama ni buat kerja serampang dua mata, hadiah ngan promosi hehehe




Friday, May 10, 2013

Verangan Ko Jah V.8

Salam,

Sejak berniaga kecil-kecilan membuat kraftangan ni, angan-angan untuk mempunyai Craft Room di rumah selalu muncul di fikiran. 

Saya bercadang, kalau ada Carft Room di rumah, di sinilah saya akan menjalankan aktiviti menyiapkan tempahan-tempahan daripada pelanggan. Selain itu bilik itu juga akan menjadi tempat saya menjahit dan menseterika baju. So benda yang wajib ada di dalam bilik itu ialah :

     1. Ruang kabinet terbuka dan tertutup untuk menyimpan bahan-bahan kraf
     2. Meja kerja yang luas
     3. Mesin Jahit
     4. Seterika
     5. Banyak plug

Saya berangan-angan nak cat bilik itu dengan warna ceria supaya bilik tu nampak cerah dan selesa diduduki. Kerja kraftangan bukan saja melibatkan tangan yang lembut tetapi juga otak yang sentiasa berfikiran kreatif dan kritis, barulah hasil kerja tangan itu cantik dan kemas. Hehehe...

Kalau kat rumah saya tu, nampak gaya macam boleh buat di bilik belakang tapi sekarang ni bilik tu dah ada katil kelamin satu dan dua almari. Maknanya kalau nak merealisasikan angan-angan saya, saya kena keluarkan almari dan katil, ganti ngan katil single so bilik tu boleh jadi bilik tetamu juga bila saya tak berkraftangan..ok tak...nanti bila senang nak buat pelan perubahan. Hahahaha

Ni beberapa gambar Craft Room yang menjadi inspirasi saya. Kalau terlaksana la impian ini, waduh waduh....bisa mimpi happy-happy gitu..hahaha






Monday, April 15, 2013

The Girls & Project

Salam,

Yani
Suatu malam jam 11 malam

Yani : Mama...pi tido..esok nak pi keja
Mama : Hah? Awat mama kena tido pulak?
Yani : Pi tido..esok kan mama nak pi keja
Mama : Yela..mama tido. Kakak jomla tido
Yani : Kakak takmo tido lagi...kakak nak tengok katun

Suruh kita tidur pulak, padahal hari Jumaat, esok tak keja. Duh!


Yana
Malam tadi jam 9 malam

Yana : Tatak ana? (Kakak mana?)
Dia melilau cari kakaknya dalam bilik.
Yana : Ooo..tatak...mmdo (oo..kakak tido)
Mama : Meh adik..meh ..adik tak mau tido ke?
Yana : Mmmm.....amau...aaaadik...mmmnek fish

Malam semalam, Yana tido jam 12 tengah malam lepas tengok video kucing dalam handphone mama.



Nota kaki : Sejak tak breastfeed ni, diorang susah nak tido. Candu tak ada rasanya, so saya guna pendekatan lain. Peluk macam nak bagi bf tapi gosok-gosok belakang diorang. Kadang jadi, kadang tak menjadi...huhu


In process wat keychain ni untuk member ofis. Tak siap lagi

Thursday, April 4, 2013

Simple but Memorable

Salam,

Pagi ni...ini lah kerja saya...

Cuma buh riben simple je untuk cenderahati Afiq dan Ida, pelajar praktikal yang tamat praktikal hari ni.


Buat kad Good Luck Wishes untuk mereka. Simple je kad untuk mereka...tak sampai sejam pun. ^_^

Nota kaki : Tengahari nanti ada jamuan so makan sedap la kami..hehehe...

Thursday, January 31, 2013

Project X

Salam

Bangun lewat sikit sebab kerja start jam 1 petang hari ni. Lepas solat Subuh teru sapu rumah dan mengemop lantai sementara si kembar tak bangun lagi. Sedang mengemop lantai Mr Hubby balik dari mnghantar Danish ke sekolah. Di tangan ada bungkusan nasi lemak. Saya ingatkan nasi lemak saja..rupa-rupanya ada nasi kerabu dan nasi dagang. Saya pilih nasi kerabu sebab lama tak makan...lagi pun rasa nak makan bila blogger UmmuAidan di Fiji buat nasi kerabu hri tu...hahaha...

Lepas bersarapan nasi dagang, mula sambung project x saya ni. Project apa lagi kalau bukan projek kraf....siapkan tempahan berulang daripada teman FB. Sebelum anak-anak bangun..baik saya start sekarang. Nanti dah bangun baru kita start gi pasar. Hari ni ada Pekan Hari Penaga!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...