Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa
Showing posts with label Home. Show all posts
Showing posts with label Home. Show all posts

Monday, June 28, 2021

COVID 19 - Apa yang kita pelajari








saya ingin berkongsi cerita dari laman socmed, yang mana menggariskan tips yang sangat berguna bagi saya. Berdasarkan perkongsian seorang hamba Allah yang saya sertakan di bawah, saya amat bersetuju. kerana di kala PKP anak-anak memberi pandangan untuk membaik pulih sendiri rumah.  Seperti selalu Amir anak yang dibesarkan di sekolah sukan Malaysia berasrama penuh mempunyai disiplin yang sangat tinggi. Ketegasan beliau terserlah. Masa dihujung Ramadhan anak-anak menghabiskan masa bersama dengan mengecat dihalaman rumah. Memang tak pernah menduga mereka punyai bakat tersendiri dan cuba mengunakan perabut yang ada.

Dimasa  ini ketika semua berada  di rumah eloklah diisi dengan aktiviti yang berfaedah bersama-sama ahli keluarga yang lain. Antaranya ialah saling bantu-mebantu membersihkan dan mengemas rumah. Rumah yang selesa mewujudkan suasana yang lebih harmoni ketika berada di dalam rumah. Fikiran juga menjadi tenang. Rumah bersih dan kemas, hati juga menjadi lapang.

Jangan menjadikan teknologi moden sebagai batu penghalang untuk kita mencapai keharmonian kekeluargaan.  Pada mulanya keadaan agak tidak terkawal yang mana anak-anak terlalu alpa dengan talifon dan dunia wifi mereka maka disini ibu memainkan peranan yang sangat penting. Saya selalku ibu perlu bertindak tegas dan cuba untuk menjadikan contoh pada anak-anak. I m not a good mom but I dont want to be a BAD mom maka tak salah untuk kita perbaiki kerana kita akan belajar dari kesilapan sendiri. Saya akan cuba elakkan membawa kesibukan luar ke dalam rumah. Komunikasi sangat penting dalam sesebuah hubungan. Jika tidak berkomunikasi, bagaimana perhubungan dapat dijalinkan? Tanyalah  apa sahaja yang boleh memulakan perbualan ketika berada di dalam rumah. Meskipun ia bukanlah pertanyaan yang penting.

Terima kasih pada Amir kerana ketegasan beliau untuk membuang perabot lama yang tidak digunakan dan tak perlu berfikir panjang lagi memang perlu dibuang setelah dibuang perabut tersebut memang terasa amat lapang kerana banyak ruang kami. Syiling rumah yang agak tinggi menjadikan ruang kami lebih selesa.  Memang benar kata Adam, tidak perlu belanja yang besar tetapi cukuplah ada perubahan yang membuat kita merasa selesa bila melangkah ke dalam ruang rumah.







Berikut adalah tips yang boleh dirujuk untuk panduan


1. Kita telah masuk tahun ke dua covid 19 ini berjalan. Ekonomi dunia sedang mengucup, begitu juga kita.

2. Kita bukan negara kaya, maka vaksin kita memang akan lambat terima. Negara Eropah malah mula simpan vaksin lebih 50% buat rakyatnya katanya. Mereka kaya.

3. Pada hari ke 7  PKP 1 dulu saya pernah tulis, pelung untuk kita kembali pulih paling awal mungkin 5 tahun dari sekarang, kini baru masuk tahun kedua.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10216960404865748&id=1335008716

4. Jika kita belajar dari surah Yusof ayat 47-49 kemarau ini akan panjang selama 7 tahun hijrah.

5. Kita baru fasa awal recession, belum sampai tengah apatah lagi penghujungnya . Tapi ramai pekerja telah terkorban kerja mereka.

6. Kali terakhir penjawat awam dipotong gaji adalah tahun 1980an dahulu. Kali ini selepas 40 tahun gaji mereka terpaksa dipotong elaun ya. Apakah ini langkah permulaan?

7. Perlu kita sedari juga, selepas tamat covid 19 ini juga. Bukan bermakna peluang kerja akan kembali cerah, IR4.0 akan mula mengambil alih bidang bidang kerja profesional pula. IR 4.0 akan lebih cepat terlaksana.

Boleh baca disini kawan kawan, saya pernah tuliskan.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10219586432074787&id=1335008716

8. Ramai orang mula cairkan harta yang mereka ada sekarang. Banyak dengar cerita orang mula jual hartanah yang salah beli pada bawah harga pasaran. Jangan juga cepat teruja nak beli, takutnya kita beli 'sampah' orang dan masalah orang lain pula. Kita rasa peluang, tetapi sebenarnya sampah orang.

9. Paling selesa dan selamat sekarang hanya pesara kerajaan dan penjawat awam sahaja nampak gayanya.

10.Memang  dikala wabak menimpa kita Sekarang,  bukan masanya melabur ditempat berisiko tinggi dengan jumlah yang besar.  

10.Namun apa yang kita perlu lakukan perpada pada dalam berbelanjan. Cuba elak untuk berbelanja.

11. Cuba bertahan dan sediakan dana kecemasan setahun kedepan. Makin besar dana kecemasan, makin baik untuk bertahan.

12.Bidang bidangn kerja separa kemahiran akan kekal ada permintaan. Orang tetap perlu repair aircond sebab ramai duduk dirumah.

13. Bagi orang gaji pernah besar, idea downgrade hidup ini terlalu idealistic. Tak mudah untuk dilaksanakan. Mereka dah biasa makan beras mathi susah nak telan beras hancur.

14. Belum nampak satu blueprint yang kukuh oleh kerajaan dan pemerintah apa yang akan dilaksanakan dalam tempoh pandemik ini dan selepas ini buat semua rakyat yang terkesan. Fokus terlalu pada isu politik dan vaksin.

15. Ada bank cadangkan kita struktur kembali hutang kita. Dari bayaran bulanan RM1500 sebulan jadi RM1000 sebulan. Bagi yang tak terkesan, jangan sebok nak ambil peluang. Percayalah apa sahaja cadangan bank, mereka tetap untung dan kita rugi.

16. Ada banyak nama pelaburan baru tumbuh, jika itu sahaja duit yang ada. Baik letak di ASB atau Tabung Haji.

17. Mula rasa bosan duduk kediaman yang ada, ada impian nak beli kediaman mewah. Tangguhkan sahaja dulu. Beli sahaja perabot IKEA dan cantikkan kediaman yang ada. Hutang kediaman baru lebih mahal dari sofa dan bantal IKEA!

18. Jika dah kena berhenti kerja, jangan terlalu berharap  akan diterima kembali kerja. Zaman selepas covid akan sangat berbeza


19. Kita tak akan tahu apa yang akan berlaku dihadapan nanti. 

What's Around The Corner?.

Kekalkan simpanan yang ada, sekarang bukan masanya melabur ditempat berisiko tinggi.

Kepada Tuhan kita berserah, bersedialah dan jangan pernah mengalah 

Tiada siapa boleh jangkakan apa yang akan berlaku selepas ini. 

Selamat malam kawan kawan

Azizul Azli Ahmad








Selain duniawi dan material, faktor emosi dan rohani turut mempengaruhi suasana. Ada orang yang mempunyai rumah mewah yang tersergam indah, tetapi tidak bahagia dan tidak dapat tinggal di dalam rumahnya untuk jangka masa yang panjang. Maka kami terapkan untuk berkumpul bersama keluarga Muar untuk mengadakan bacaan tahlil setipa malam Jumaat

Friday, April 22, 2016

Rindu Pada Jejaka Ini

Terkesan degan teguran seorang insan yang bernama anak. Memang sangat terkesan. Seharian memikirkan kata-kata yang lahir dari mulut yang bernama anak, Menjadikan diri ini muhasabah betapa kerdilnya diri dimata mereka. Ibu yang tidak sempurna yang seperti yang diimpikan.

Wahai anak ibu akur, diri ini bukanlah seorang ibu yang sempurna namun percayalah bahawa semua ibu mahukan anak-anak menjadi hamba yang taat pada NYA

iImam Ghazali rhm pernah menyatakan bahawa cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah “memberontak” kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya. Misalnya,dia perlu bangun awal dari kebiasaannya tidur hingga dinihari...dan banyak lagi namun ingatlah kata Allah

 "Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya”
Surah Al Baqarah : 216 ..

Jadi, kita tidak akan merungut, stres dan tertekan dengan ujian hidup. Bila kita diminta berubah maka tidak perlu melatah dengan menyalahkan orang lain.

Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir Tuhan sentiasa mengatasi tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih “kerja Tuhan” yakni cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita, yakni mengawal pelayaran hidup kita dengan meningkatkan iman dari semasa ke semasa. Kata bijak pandai: “It’s not what happens to you, but it’s what you do about it. It is not how low you fall but how high you bounce back!”

Adam, Alif, Amir Amar dan Aysh izinkan ibu membimbing mu semoga ibu dapat perbaiki kesilapan diri.dalam melayari hidup yang berbaki sebagai seorang ibu, isteri kepada suami tercinta, seorang anak kepada seorang ibu yang tegas dan seorang sahabat kepada anak yang sangat matang.

Untuk mencapai apa yang kita inginkan, kita mesti melakukan perubahan. Kita perlu lebih berusaha, menambah ilmu dan berani melakukan langkah-langkah baru dalam kehidupan. Ringkasnya, kita perlu berubah. Tetapi perubahan itu “awkward”– yakni canggung, kekok dan tidak selesa sifatnya.Oleh itu ramai yang tidak menerima maka lahirlah kata-kata yang angkuh " biarlah aku dengan cara aku". Angkuh dan sombong bunyi, Baiklah teruskan laa dengan caramu moga dengan cara mu itu akan menemui kebahagian.

Adam, Alif, Amir Amar dan Aysh .. yang masih ingin mendengar insyaAllah ayuh usahakan mencari redhonya. Doa ibu senantiasa mengiring kalian....




Tuesday, November 4, 2014

Teruskan Mendaki Wahai Sibujang


SPM.. hanya salah satu tangga..... all the best anakku

Dalam mengejar cita-citanya mungkin tanpa sedar beliau ada mengguris hati-hati kami namun
kejayaan mengubah manusia lain bermula dengan kejayaan mengubah diri kita sendiri. Jangan marah kalau orang lain tidak berubah seperti mana kita kehendaki kalau diri kita sendiri juga tidak berubah mengikut apa yang kita kehendaki. Oleh itu dalam membesarkan anak-anak memang banyak cabaran perlbagai ujian dan setiap anak mempunyai sifat yang berbeza-beza begitulah dengan Adam

Anakku Adam, gunakanlah prinsip ‘ujian dalah satu didikan Tuhan’. Tuhan sedang mendidik manusia melalui manusia. Hakikatnya hidup adalah sebuah sekolah dan orang yang menjadi punca ujian kita adalah guru kita. Ada maksud tersirat yang perlu kita pelajari daripadanya. Hadapilah ujian ini dengan mencari maksud di sebalik takdir Allah ini.

Tegasnya, lihatlah apa yang anda boleh lakukan pada diri sendiri terlebih dahulu untuk menyelesaikan masalah ini kemudian dengan sendirinya pengaruh kita untuk mengubah orang lain akan meningkat. Ingat jangan biarkan dunia mengubah senyuman anda tetapi biar dunia berubah kerana senyuman mu wahai anakku

Jangan mengeluh, kenapa manusia lain jadi begitu, begini … itu selamanya akan melekatkan kaki kita pada anak tangga ujian itu. Jangan memberontak, kerana kita tidak dapat mengubah realiti… dan kita terjun dari anak tangga yang anda berada sekarang. Jalan sebaik-baik, terimalah seadanya.

Kami ibu baba, sidikit pun tidak menyimpan sedikit dendam pada anak-anak. sedaya usaha kami untuk  hapuskan dendam, iri hati, marah yang bersarang dalam jiwa kita. Kerana kami yakin kemaafan akan membuahkan kebaikan… Manakala kebencian akan membuahkan kejahatan. Belajarlah menyayangi, nescaya kita akan semakin jahil tentang kebencian dan permusuhan.

First seek to understand than to be understood’ – pertama carilah jalan untuk memahami kemudian barulah kita difahami. Inilah adalah prinsip dalam mana-mana perhubungan.  Kami akan cuba untuk memahami jiwa anak-anak bagi membantu mereka melayari dan mereka mendaki cita mereka.

Hakikat yang perlu diakui adalah agenda pembelajaran dan pendidikan yang datang ‘direct’ daripada Allah untuk membangunkan diri kita. Manusia berkembang dan berkemajuan dengan melangkah anak tangga masalah demi masalah dalam hidupnya. Ini ‘syllbuss’ pelajaran yang anda tidak boleh mengelakkan diri.

Jadi, Adam  selalu sematkan di hati, bahawa orang-orang yang berjaya dalam hidup sebenarnya telah melalui agenda demi agenda yang sarat dengan dalam episod kehidupan mereka. Malangnya, kita selalu melihat apabila mereka telah sampai ke puncak tetapi ketika mereka mendaki di lurah atau tersembam ke lembah… tidak ada siapa yang tahu, apalagi ingin belajar darinya. Benarnya kata pepatah, cita-cita besar akan mengecilkan masalah.


rujukkan - Genta Rasa

Friday, March 14, 2014

Catuan



Always remember there is someone out there that is more than happy with less than what you have.....

Allah nak lihat muhasabah cinta kita... segala keperitan ujian itu lumrah, mungkin sebaliknya ada bahagia.....jangan mudah mengeluh, pasti ada penyelesaian. 



Monday, February 17, 2014

Kembali Ke Bentuk Asal


Memang menjadi impian kepada semua para ibu yang baru melahirkan untuk kembali kepada bentuk sebelum bersalin. Memang bukan satu tugas mudah namun niat diiring dengan usaha In Sya Allah. Air tersebut merupakan air rebusan akar kayu yang dibawa khas oleh bonda PJ.

Tip berikut boleh dijadikan panduan bagi yang prihatin terhadap bentuk badan selepas bersalin.

Ambil herba tradisional
Umum mengetahui kehebatan khasiat herba tradisional yang membantu menstruktur kembali organ dalaman yang terjejas dalam proses melahirkan anak. Perawatan secara semulajadi ini mengambil masa tetapi meninggalkan kesan berpanjangan. Antara herba terkenal khusus untuk ibu lepas bersalin seperti daun sireh, manjakani, temulawak dan pelbagai lagi.

Menyusukan bayi secara eksklusif
Mudah dan percuma. Satu lagi kaedah mudah membakar kalori dengan pantas dan menurunkan jumlah berat badan dengan banyak sepanjang tempoh berpantang.

Bengkung
Amalan memakai bengkung memang sudah terbukti. Buat perbezaan di antara ibu selepas bersalin yang mengamalkan pemakaian bengkung dan yang tidak langsung berbengkung. Pasti anda dapat melihat bagaimana rampingnya ukuran pinggang dan kempisnya perut mereka. Jadi jangan malas berbengkung sepanjang berpantang!

Makan berkhasiat
Jangan degil untuk berpantang makan. Bukan bermaksud ibu hanya makan ikan kering sepanjang tempoh berpantang tetapi amalkan pemakanan sihat dan berkhasiat yang mampu memberi tenaga tetapi tidak menggemukkan.


Sumber : Majalah Pa & Ma Jan 2014

Kembali bersenam
Rajinkan diri melakukan senaman ringan. Ada beberapa jenis gerakan senaman yang boleh dilakukan bagi membantu proses membakar lemak yang berkumpul. Selepas habis tempoh berpantang, anda boleh buat senaman berjalan di taman reakreasi sambil menolak stroller bayi. Selain dapat menghirup udara segar, ia dapat mengeluarkan peluh dari badan.




Wednesday, January 22, 2014

Tetamu Singgah

 Ini dia tetamu kami yang tanpa kami duga. Tetiba sahaja kelihatan diruang kasut kami terdapat seekor ibu kucing beserta dengan 4 ekor anak kucing yang sangat comel terdampar di situ. Kucing adalah binatang kesayangan Rasulullah. Kami pun dengan redha menerima kehadiran mereka dan membesarkan anak-anak kucing sehingga pandai berdikari.



Ini ibunya, kami gelarnya OGIE.. dan anak-anaknya 3 betina dan seekor jantan. Leo, Dyo, Olga and Lego.

Ini salah seekor yg sgt comel .. emak telah datang merawatnya dan pergi ke kedai PET shoppe berhampiran beli keperluan sikucing ini. Yang tersangat bahagia adalah Kakak dan Amaar yang memang dari dulu minat kucing. Sebelum pergi dan balik sekolah pasti anak-anak kucing ini di jengahnya terlebih dahulu.


Hidungnya yang comot ini perlu dibersihkan ...

Monday, January 6, 2014

Ikatlah Ilmu Dengan Menuliskannya



Ini lah wajah-wajah para ibu yang dahagkan ilmu. Disamping kesibukkan dengan kerja mengajar/pejabat, kami cuba cari ruang untuk mendalami ilmu harfiyyah bagi kami memahami bait-bait yang terkandung dalam Al quran.

Ilmu makanan jiwa dan makan physical juga perlu. Lihatlah betapa meriahnya makanan yang terhidang ...

Friday, January 3, 2014

Senyum Simpul Reaksi si Abah



Beginilah ragam anak-anak remaja.. bersemangat menyediakan pizza dan kentang goreng buat si Abahnya dikala jam 12 malam untuk abah kesayangan mereka.  Abah terdiam dengan dan agak tersenyum simpul sambil mata kearah meja makan...

Semua barang disediakan cuma perancangan diatur oleh si Kakak..

Tuesday, December 17, 2013

Develop a Productive Habit to incrase our Knowledge about Islam



7 Practical Ways to Acquiring Knowledge about Islam
“Seeking knowledge is obligatory upon every muslim” [Sunan Ibn Majah].

1. Time management
- it may be that on Saturday and Sunday after fajar  you have a few hours free. fill that time by attending the kuliah subuh.commonly say in the business world, “If you fail to plan, you plan to fail”. it’s better you fill your time with something beneficial before Shaitaan gets a chance to distract you.

2. Invest in a CD or other electronic device
 This is very useful for those who have little time available Look for a beautiful recitation of the Qur’an to listen to regularly. This should increase your love for the Qur’an, help correct your recitation of Qur’an and help prevent us from sin. Sakeenah and contentment is one of the greatest blessings we can receive through the recitation of the Qur’an.

3. Pick out a small area to focus on
remain consistent in seeking knowledge even by just a little bit on a regular basis

4. Stay connected with the Muslim world
 keep yourself close to Islam through hearing and seeing it in different media .... youtube, facebook etc

5. Dedicate a specific time for acquiring knowledge
This can be done daily or a few selected days in the week, depending on your schedule e.g. the weekend. but try to ensure you are constant with this.

6. Pick an entertaining topic to start with
 learning about the prophets - Not only will you learn about the miracles that they experienced, you will also learn about the great abilities and etc. Insha-Allah, from this, we hope Allah (glorified and exalted be He) will give us a thirst for knowledge which brings us closer to Him and Islam.

7. Keep on making dua to Allah-to help you achieve this objective
 A dua you can constantly recite to help with this is:
“Allahumma inni aoothubika minal hammi wal hazni, wal ajzi wal kasali, wal bukhli, wal Jubni, wa dala’id-dayni wa ghalabatir-rijal”

(‘Ya Allah, I take refuge in You from anxiety and sorrow, weakness and laziness, miserliness and cowardice, the burden of debts and from being overpowered by men’).
“Rabbi Zidni Ilma” (“O my Lord! Increase me in knowledge)
 
 

Saturday, October 5, 2013

Bekalan dari Pasar Borong




Projek hujung minggu ke paar borong. Jenahak, Udang, Ikan pari Ayam dan pelbagai dan perlbagai bahan runcit stok untuk seminggu. Jenahak dan Lala dah selamat masak tadi

Friday, May 24, 2013

Berkatnya Rezeki





Beginilah jadual kami jika di hari cuti mencari kesempatan untuk mencari yang terbaik buat anak-anak kerana  mereka adalah pencen kubur kami. Setiap ringgit yang diberi oleh kanda sangat bernilai.

Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan rezeki tidak berkat. Antaranya kerana
a) ia jelas datang dari sumber pendapatan yang haram seperti berjudi, rasuah, mencuri, menipu, nombor ekor, pelaburan haram dan seumpamanya.

b)Namun, ada yang tidak menyedari bahawa secara halus rezeki itu boleh hilang keberkatan apabila kita yang dibayar untuk memikul sesuatu tugasan tetapi tidak melakukannya dengan bersungguh-sungguh.  Antara fenomena lain  yang sering dilihat jujur tetapi tidak hakikatnya.. contoh: adakah perlu seseorang untuk mendapat wang pendahuluan bagi tujuan bekerja diluar kawasan sedangkan diberi pelbagai kemudahan oleh syarikat. Tanpa sedar kita telah menyalah guna nikmat yang diberi. Tanpa kawalan kita mudah berbelanja dan kemudian kita mereka-reka sesuatu yang tak sepatutnya. Ingat lah pada hakikatnya kita mewah tapi jika bukan hak kita Allah akan tarik tanpa kita sedar. Barang dapur yang sepatunya bernilai seringgit namun kita perlu membayar berlipat kali ganda. Berkatnya rezeki itu kita pasti tahu kemana wang kita dibelanjakan malah menjadi bekalan warisan. Manakala yang tidak berkat gaji berpuluh ribu, namun  ianya hilang umpama debu tak meninggalkan sebarang kesan


Thursday, January 31, 2013

Sempurna...complete



Alhamdulillah setelah hampir sebulan dapur ini di renovasi, maka siap sudahlah impian kami untuk memiliki ruang dapur basah yang sempurna (wet kitchen) dan juga ruang solah yang cukup comel buat kami sekeluarga.

Kami cukup menghargai dan bersyukur kerana didampingi dengan jiran-jiran yang cukup menjaga kebersihannya. Dengan terbinanya ruangan solah ..ibadah berjemaah kami menjadi lebih teratur. Adam, Alif, Amir dan Amaar dengan sendirinya akan pergi ke ruang solah tiap kali masuk waktu.

Next projek adalah renovasi bilik anak dara kami Nur Anis Nabilah. Bilik yang perlu diubah suai....

/fuzidss

Friday, December 14, 2012

Renovation...



Dalam hidup kita perlu ada buat keputusan yang tepat dan yakin. Inlah keputusan kami untuk membuat renovasion rumah.  Walaupun masa ini perlu menjaga Alif dan Amir.. namun kita perlu ada decision dan disiplin. perlu ada decision dan kita buat keputusan yg tepat .  Cepat dan tepat. Pasti boleh sambil menjaga anak-anak berkhatan, disamping kerja dari rumah membantu Tuan Director yang kini berada di Ho Chi Min.. dan juga melayan kehendak sahabat-sahabat di office.

Visi dan misi perlu diteruskan dan kita cipta persekitaran kita dan aura positif ini moga menjadi minda ini jadi sihat......  ni semua berbalik pada ASAS ...kalau nak sihat kita  betulkan aqidah, betul kan ibadah....
/fuzidss

Monday, January 9, 2012

Mencorakkan Suasana Berilmu Di Rumah...



Untuk menghidupkan suasana rumah itu syurgaku, cuba memastikan persekitaran yang terbaik buat anak-anak. Buat masa ini disudut ruang tamu atas, dihiaskan persekitaran ala-ala library dan cuba penuhkan dengan buku-buku rujukkan bagi memudahkan mereka untuk membaca. So far Anis, Adam Amir menampakkan diri mereka untuk minat membaca. Amaar sibuk dengan lappy and IPad manakala Alif agak sedikit payah kerana jiwanya more to outside activities. Kalau sebut bola jeee ha tergambar wajah teruja dimukanya tapi bila sebut buku aduhai muka...

cuma impian ini nak jadi kan taman depan untuk riadah anak-anak masih belum tercapai.Moga hasrat ku ini tercapai





/fuzidss

Tuesday, December 20, 2011

A great assistant


Ini dia telatah anak gadis saya bersama sahabatnya.

Mulai hari ini beliau akan mulakan tugas babysister for his brother Amaar. Soon, we all bibiless so kakak have to play an inportant role. Thank you Kakak



/fuzidss

Thursday, July 29, 2010

Colek Tenggiri

Ingatkan colek betik je ada rupanya ada colek tenggiri. Pi intai dapur En Mat Gebu kita ni memang terliur melihatnya ni. Bila makan memang best dengan nasi panas ni. Hari dah bersih kembali so malam bermula berjemaah dimawaddah dan ada Kuliah oleh Ustaz jemputan.

Balik Kuliah ada Meeting bagi Jamuan 31 Julai 2010. Apa lagi , jadi setiausaha kena laa menyalin segala kepeluan untuk hari tersebut. But enjoy jumpa jiran tetangga maka terpautlah kasih antara kami dan terjalin kemesraan . Nak lihat resepi asal di Sini

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 kepingan ikan tenggiri
1/3 cawan air masak
2 camca besar gula (mat guna 1 camca besar jee)
2 camca teh garam (mat guna 1 camca teh lebih sikit)
5 biji cili padi (mat guna 10 biji),
2 - 3 biji limau nipis, ambil jusnya
1 inci belacan, dibakar sedikit
1 biji tomato, didadu
1 biji bawang besar, didadu
Sedikit daun ketumbar, dihiris

CARA MEMBUATNYA :-)
1. Ikan tenggiri dibersihkan, lumur dengan sedikit garam dan panggang hingga masak.
Susun dalam pinggan sesuai.

2. Tumbuk cili, gula garam dan belacan hingga hancur. Campur dengan semua bahan2 lain dan gaul rata. Tuang atas ikan tadi dan hidangkan

Wednesday, July 28, 2010

Simpati Di Hulur


Sempena Ramadhan yang mulia, AJK muslimat Al-Mawaddah telah merangka kertas kerja untuk ativiti bagi bulan Ramadhan. Salah satunya adalah beramal bersama Anak-anak yatim di Surau Al Mawaddah. Diriku selaku AJK biro dakwah telah ditugaskan untuk mengwar-warkan berita kepada jiran terdekat di Kristal. Dan rakan-rakan blog juga tidak ketinggalan sesiapa yang berminat untuk menghulurkan sumbangan amat dialu-alukan.

Sunday, July 25, 2010

Kuliah Sepanjang Hari

Gambar Ihsan Dari Ray
Subuh kali ini ust, Muzairi dari Gombak telah menekankan nama yg diberi terhadap anak2. Panggillan itu adalah satu doa dan nama yang baik persis menjadi doa yang terbaik buat anak2 . Ustaz menyentuh sedikit tentang Ummu sallai isteri kepada Abdul talhah. Sifat mulia seorang isteri yang seharusnya menjadi contoh terhadap semua isteri2. Khatam la buku yang kami ikuti setelah hampir 1 1/2 pengajaran lamanya.

Setelah kuliah kami bergegas ke pasar meru dan pasar ada kuliah muslimah bersama ust Shahibuddin dan ust menerangkan bahawa jika ingin beriman perlulah berilmu. Setelah selesai AJK surau bermesyuarat untuk aktiviti kami di rumah yang memelukan di Jeram Dengkil. Perangkaan kami lawatan tersebut akan diadakan pada minggu depan 7 Julai 2010.
Seterusnya pergi ke rumah kenduri di rumah puan Maimon, majlis doa selamat untuk rumah baru dan seterusnya puan Rozie untuk menyambut cucu. Sebelah petangnya pada 3.00 pm kuliah dan yasinan di rumah kak Mahani. Lihatlaah gambar diatas betapa cerianya kami. Ya, allah sesungguhnya allah buka kan pintu rezeki kepada rumah yang senantiasa mengadakan aktiviti ilmu seperti ini dan bersama berinteraksi bersama jiran tetangga

Malam, kuliah maghrib bersama ust Idrus menerangkan bahawa dunia akhir zaman ini orang alim akan dipandang asing oleh manusia. Sebagai contohnya last week beliau pergi ke pasar malam dan beliau dan isteri begitu merasa asing kerana dilihat ketinggalan zaman dengan pakaian beliau yang mana dilihat rata2 anak muda sekarang berseluar pendek dan wanitanya tidak menutup aurat. Dan sudah pasti orang memilih jalan untuk berada asing itu akan selamat di jalan Allah

Sunday, January 3, 2010

Baikilah Segala Urusanku

Sebaris meja khas Buat Adam, Alif & Amir
Ruangan Buat Amir
Rurangan Khas Alif
Adam Afiq ketua bagi semua bujang2ku
Ayam Pandan Thai buat Suami tercinta. Hari ni tak sempat nak kemana2

Hadiah buat suamiku

Doa yang menjadi amalan“Ya Haiyyum, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata” (Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani).

Moga Doa ini sering menjadi teman di sepanjang waktu. Di setiap kesempatan yang mulia, akan ku lafazkannya. Menjelang tahu baru, moga Allah memberkati umur kita dan membantu segala urusan kita. Kita tidak boleh menongkah masa. Kita tidak boleh menghalang putaran masa. Kita tidak boleh menghentikan masa. Kita tidak boleh keluar dari sistem masa. Kita tidak boleh mengembalikan masa. Namun kita boleh memohon kepada Allah agar masa kita diberkati. Mago dengan masa yang terhad ni dapat memberi semangat kepada anak-anakku untuk belajar. Anak yang dididik untuk kemas dari rumahnya, teratur pembelajaran akan menjadi anak-anak yang berfikiran positif dan memberi ruang pada ku untuk berbual2 dengan mereka. Sokongan dan dorongan akan menolong dalam mengembangkan rasa percaya pada diri sendiri. Mendidik anak untuk memperbaiki apa yang oleh diguna semula akan membiasakan mereka untuk hidup berdikari dan mendidik mereka agar tidak terus meminta. Terlalu cepat hampir masa berlalu dan jam telah menunjukkan jam 10pm. Hari ni disetiap masaku terluang bersama anak-anak. Memang tak ternilai rasanya namun aku lupa............today...

Today my husband turns 44 and I just wanted to take this opportunity to wish him a Happy Birthday, may Allah bless you with health, luck and wealth. I'm so blessed to have you as my husband and being a great father to our kids. .. sorry yang ... may be next time la kita pi dinner kat luar ya.

Saturday, December 19, 2009

Azam Baru Di Tahun Baru

Hadiah dari jiranku Azidah
Di tahun baru aku tekad ku untuk menguatkan ukhuwah sesama tetangga dan juga mengeratkan lagi hubungan di masjid. as I said earlier Your job won't take care of you when you are sick. Your friends will so stay in touch. InsyaAllah plan nak buat kuliah bulan December sebelum berakhirnya tahun 2009. Semua jiran tetangga ku, diharapkan dapat hadir bagi mengukuhkan lagi hubungan antara sesama kita. Alhamdulillah semalam bertambah lagi warga kristal .