-->
Memaparkan catatan dengan label AMBUYAT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AMBUYAT. Papar semua catatan
Assalamualaikum, 

Apa khabar agaknya netizen yang masih sudi masuk ke blog fizalgk ini, Bagi yang masih ingat pasti perasan yang saya dah lama tidak muncul di media sosial. Dalam entry saya sebelum ini ada saya highlight tentang keadaan saya sekarang yang hilang semangat untuk berblogging setelah ibu mengidap kanser dan untuk pengetahuan yang bertanya, ibu saya Halimah Bt Ahmad telah kembali kepada penciptaNya tanggal 17hb Februari 2019. Benarlah janji Allah dan kita juga pasti akan menyusul.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Anbiya, ayat 35:
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۖ وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ
Ertinya: “Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan”.
Setelah dua bulan pemergian ibu barulah saya buka kembali media sosial dan tak sangka masih ada yang sudi email dan menghantar pesanan bertanya tentang perkembangan terkini. Terima Kasih saya ucapkan.

Bila buka kembali blog ini rupanya masih ada beberapa gambar masakan yang dah lama saya hasilkan tetapi terbiar je tidak di publish. Untuk entry hari ini saya nak share resepi ambuyat goreng. Sedap rupanya ambuyat bila digoreng. Rasanya seakan-akan kue Teow tetapi lebih sedap lagi pada pandangan saya. Ambuyat ni tak hancur bila digoreng dan senang cakap memang sedaplah.

Oh ya sebelum itu boleh lihat cara menghasilkan ambuyat dari tepung sagu di entry saya sebelum ini. Sila klik di SINI

AMBUYAT GORENG
Bahan-bahan
Ambuyat secukupnya – di gunting seperti dalam gambar 1 (saya guna 300gm)
2 ulas bawang putih
100gm isi ayam
1 sudu besar cili kisar
Secekak daun bawang – potong pendek (kira-kira 1 inci)
2 cekak taugeh
2 sudu minyak masak untuk menumis

SOS  (satukan dalam mangkuk)
1 sudu besar cili kisar
½ sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap sotong Thai (boleh gantikan dengan kicap cair)
1 sudu besar sos cili

Cara memasak:

1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga berbau wangi dan masukkan cili kisar sambil di kacau.
 2. Masukkan pula sos dalam mangkuk tadi dan isi ayam dikacau lagi.
 
3. Seterusnya masukkan ambuyat dan kacau lagi kira-kira 3 minit. Masukkan pula daun bawang dan taugeh sambil di kaup balik. 
 
4. Saya hanya masak sebentar sahaja mengacau sayuran kerana lebih suka ianya separuh masak dan ranggup.

5. Seperti kue teow juga ambuyat goreng ini sedap di hidangkan dengan cili jeruk.


Inilah ambuyat yang dibiarkan kenyal dan digunting-gunting sebelum digoreng. Saya guna leftover ambuyat yang saya buat sebelum ini. Boleh rujuk entry sebelum ini di SINI.

Assalamualaikum, 

Alangkah terujanya saya mendapat kiriman sagu rumbia dari saudara di Tuaran, baru-baru ini. Sagu rumbia ni boleh didapati di pasar atau tamu dalam bentuk paket dan untuk hasilkan ambuyat yang sedap dan tidak berbau masam, sebaiknya dapatkan stok tepung sagu rumbia yang masih baru. 

AMBUYAT adalah hidangan yang boleh dihasilkan daripada sagu rumbia dan amat terkenal di Sabah, Labuan, Sarawak serta Brunei. Ada yang makan bersama-sama lauk pauk sebagai hidangan makan tengahari bagi menggantikan nasi.Rasanya tawar dan lebih sedap di gandingkan dengan  kuah yang agak masam atau pedas.

Ambuyat ni sedap dimakan masa ia masih panas dan dicicah dengan ikan bakar, ikan rebus, sambal atau ulam-ulaman. 

Selalunya ambuyat dimakan dengan menggunakan buluh penyepit khas yang dikenali sebagai candas. Tapi saya guna chopstik sahaja sebagai pengganti candas.


Cara membuatnya :

 1. Tepung sagu dicampur dengan segelas air di dalam mangkuk besar dan mendapkan selama 10minit. Sambil tu kacau-kacaulah tepung tu agar ia larut. 

 2. Tapis sagu yang mendap tadi kedalam bekas dan kacau dengan senduk agar mudah digaul nanti.


3. Seterusnya tuang air baru mendidih (kena betul-betul panas) kedalam bekas berisi tepung sagu sambil terus dikacau. Kuantiti air ni kita kena pandai agak sendiri dan tuang sedikit demi sedikit ketika mengacau hingga sagu menjadi berkilat.


4. Kacau sehingga sebati dan sagu bertukar menjadi jernih dan likat seperti gam, maka jadilah ambuyat.


4. Inilah sagu rumbia yang dihantar oleh saudara saya dari sabah iaitu siap dipek dan iainya boleh didapati di pasar.