-->
Memaparkan catatan dengan label Media. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Media. Papar semua catatan
Assalamualaikum, 

Pada hari Khamis 12hb Oktober 2017 yang lalu telah berlangsungnya Majlis pelancaran rancangan masakan terbaru Baba's versus 1001 rasa  di Emperial Subang bersama pihak media. Majlis pelancaran turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Dato Ahmad Izham Omar serta Ketua Pengiklanan dan Promosi Baba's Malaysia Sdn Bhd iaitu Encik Claudian Navin Stanislaus.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah mentor-mentor yang terdiri dari chef-chef celebriti, dan saya sendiri terlibat sebagai juri kategori blogger bersama juri-juri lain dari berbagai latarbelakang. Ini adalah satu penghargaan yang besar bagi saya@fizalgk selama berblogging dan saya amat berterima kasih kerana diberi peluang.
Rancangan ini menampilkan dua peserta yang berentap antara satu lain setiap minggu bagi menghasilkan masakan yang sempurna dan di pentas akhir nanti 4 resipi terbaik akan berentap menjadi juara. Peserta-peserta yang mengambil bahagian pula adalah dari berbagai peringkat umur dan latar belakang dan telah melalui proses saringan sebelum ini.

Program realiti 13 episod ini akan menampilkan Chef Dr Kamarul dan Chef Adu Amran sebagai host Baba's Versus 1001 rasa. Chef-chef celebriti tanahair pula akan di ketengahkan sebagai mentor kepada peserta yang bertanding. Yang menariknya, mentor-mentor ini hanya boleh merasa dan arahkan sahaja kepada peserta yang bertanding untuk menghasilkan resipi terbaik dan tidak boleh membantu dalam proses memasak.
Jangan lupa untuk menonton rancangan ini nanti yang akan bermula pada 26 Oktober 2017, jam 5.35 petang di TV3!

Assalamualaikum, 


Dah dapatkan Majalah Saji keluaran Ogos 2016? Ada perkongsian 100++ idea resipi untuk rumah terbuka didalamnya dan pastinya enak-enak belaka. Walaupun syawal hanya tinggal tidak berapa hari lagi namun masih ada yang buat majlis rumah terbuka untuk meraikan sahabat dan keluarga. Sesuai sangatlah miliki koleksi Saji edisi ogos ini sebagai rujukan. 


Saya ada kongsikan 10jenis resipi lebaran dalam majalah ini iaitu resipi ala-ala selera Langkawi iaitu Sarbat Rambutan selasih, Nasi daging & air asam berkerisik, Brownies kacang pistachio, Nasi Karot, Kari ayam berempah, kek oren coklat kukus, mihun sup tulang utara, pulut kacau bergajus, lemang pulut hitam kukus dan kek santan pandan dengan krim keju. 

Sebenarnya menu hari raya di Langkawi ini lebih kurang sama sahaja dengan masakan utara lainnya dan kalau nak tahu hidangan hari raya yang saya paling suka adalah ketupat daun palas berjagung atau berkacang. Tetapi dalam majalah tersebut saya tak masukkan resipi kerana dah ada perkongsian lain. Tapi...cerita tentang pulut ni kan, bila dah berumur ni tak dapatlah nak makan pulut serancak dulu...makannya boleh, telan je kan.. :D.  Tapi lepas tu siaplah sakit badan semua. 


Sebenarnya ini adalah kerjasama saya yang keempat dengan majalah saji dan saya amat selesa berurusan dengan Along serta En Joha sebelum ini. 



Pendapat peribadi saya, walaupun sosial media berkembang pesat dan perkongsian resipi mudah didapati dihujung jari sahaja berbanding dahulu, Majalah resipi seperti Saji ini tetap relevan dan saya lebih suka simpan majalah-majalah resipi begini dan beli setiap bulan sebagai koleksi. Kalau ada masa...buka, belek-belek dan cuba tiap resipi yang berkenan. 

Baiklah kepada yang belum memiliki majalah Saji keluaran Ogos 2016 bolehlah segera dapatkan dipasaran sekarang.
Assalamualaikum,

Alhamdulillah hadiah ulangtahun pertama blog ini yang bagi saya sungguh bermakna sekali iaitu di beri peluang untuk muncul di Majalah Aroma edisi Oktober 2013. 
Terima kasih kepada editor Majalah Aroma, Cik Siti Dimiati kerana sudi menemuramah dan sebagai blogger baru saya berasa amat berbesar hati sekali berkongsi resepi yang selama ini di masak khas untuk keluarga tercinta. Terima kasih juga kepada pembaca blog ini yang sudi mencuba resepi yang saya kongsikan dan memberi komen yang positif.
Majalah ini sudah ada di pasaran dan saya berkongsi 18 resepi mudah iaitu di mukasurat 52 hingga 61. Resepi tersebut ada yang turun-temurun dan ada pula yang saya masak hasil dari perkongsian resepi teman-teman maya di facebook. Terima kasih saya ucapkan kepada pemilik asal resepi-resepi tersebut.


Alhamdulillah..semua ini menjadikan saya lebih bersemangat lagi untuk berblog di masa akan datang.




Terima kasih semua <3