-->
Memaparkan catatan dengan label MAKANAN SIHAT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MAKANAN SIHAT. Papar semua catatan
Assalamualaikum,

Jarang saya update blog pada waktu malam kerana waktu begini masa saya selalunya dengan keluarga ataupun selesaikan semua kerja dapur. Maklumlah saya tidak mempunyai pembantu rumah, jadi waktu malam memang terlarut dengan kerja kemas mengemas setelah sibuk ditempat kerja pada waktu siang. 

Tetapi malam ini anak bujang yang baru pulang dari asrama untuk bercuti hujung minggu demam selsema dan sekarang sudah nyenyak tidur selepas menghirup rasam telur yang digandingkan dengan nasi panas dan makan ubat selsema juga.

Jadi alang-alang ada kesempatan dan kelapangan, ada baiknya saya update blog yang sekian lama terbiar tanpa perhatian ni :) 

Perkongsian malam ini adalah rasam telur, sejenis masakan India yang berempah dan memanaskan badan dan baik untuk orang demam khususnya demam selsema.  Resipi asal dari zaliedana dan saya skodeng resipinya di blog Teratak Mutiara Kasih. Terima kasih LinaPg, akak kongsikan resipi di blog ini pula ye. Cuma resipinya saya ubah sikit-sikit, tapi bahannya tetap sama kecuali saya tambah biji sawi.

RASAM TELUR
Bahan-bahan
2 biji Telur 
½ sudu teh biji sawi
2 pelepah daun kari 
3 tangkai cili kering - dipotong dalam 1inci
½ cawan jus asam jawa 
3 cawan air
½ kiub pati ayam
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Bahan ditumbuk
1 sudu teh Jintan putih 
½ sudu teh lada hitam
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah

Cara membuatnya : 

1. Panaskan 2 sudu besar minyak masak, tumis bahan yang ditumbuk dan masukkan daun kari serta biji sawi.


2. Kacau hingga pecah minyak dan naik bau, masukkan jus asam jawa, air dan serbuk kunyit.
 

3. Setelah kuah mendidih, pecahkan telur sebiji demi sebiji kedalam periuk dan renih hingga telur masak.

4. Perasakan dengan garam dan kiub ayam dan bolehlah matikan api dapur. Hidangkan dengan nasi panas.
Assalamualaikum,

Kunci sajian lazat adalah bahan-bahan yang tepat dan seimbang. Masakan yang ringkas pun akan menjadi enak jika kena cara memasak. Sejak menggunakan Maggi® CukupRasa™ didalam masakan harian, saya tidak perlu lagi merasa berkali-kali untuk mendapatkan rasa yang ideal kerana sedikit sahaja taburan sudah mencukupi dan melazatkan masakan. Kini Maggi® CukupRasa™ menjadi rakan baik saya didapur.

Maggi® CukupRasa™ dihasilkan dengan sukatan bahan-bahan terpilih yang sempurna seperti bawang merah, bawang putih segar bersama garam dan seasoning, jadi anda tidak perlu lagi menambah garam serta serbuk perasa kedalam masakan. Ini ternyata lebih menyihatkan. Ianya juga sesuai untuk semua jenis menu. Saya selalu gunakan dalam masakan bergoreng, sayur, lauk pauk, bubur nasi dan juga sup. Oleh kerana penggunaannya yang mudah serta sukatan bahan-bahannya tepat, anda boleh mencipta resipi baru dan membuatkan masakan harian menjadi lebih unik serta menarik.

Hari ini saya ingin berkongsi menu sihat iaitu dimsum isi ikan. Penyediaannya yang tidak menggunakan minyak dan cili sudah pasti sesuai untuk dinikmati bersama keluarga serta anak-anak kecil. Kombinasi sayuran seperti sengkuang, lobak merah, daun bawang, bawang holland serta isi ikan yang dikisar serta ditambah dengan Maggi® CukupRasa™ amat sesuai sekali dan melazatkan dimsum isi ikan ini.

Ingin tahu cara membuatnya? Mari kita lihat langkah-langkah penyediaan dan resipi yang telah saya sediakan dibawah ini.

DIMSUM ISI IKAN 
Bahan A
500gm isi ikan - dikisar halus
1 batang lobak merah - dipotong dadu
1 biji sengkuang - dipotong dadu
1 labu bawang holland - dicincang 
3 tangkai daun bawang - dicincang
1 sudu besar sos tiram Maggi
1/2 sudu teh minyak bijan
secubit lada sulah

Bahan B
1/2 sudu besar Maggi® CukupRasa™
200gm tepung ubi

Bahan C
Kulit dimsum
kulit wantan secukupnya
1/2 batang lobak merah
1 biji putih telur

Sos : Dicampur
5 sudu besar sos cili
1/2 sudu teh cuka
secubit garam dan gula
1/4 cawan air panas

Cara membuatnya:

1. Kisar halus isi ikan dan ketepikan seketika.


2. Cuci, kupas dan potong lobak merah, bawang holland, sengkuang dan daun bawang.

3. Campurkan semua bahan A didalam mangkuk besar dan gaul rata.

4. Setelah itu taburkan Maggi® CukupRasa™ kedalam adunan tersebut dan kacau lagi hingga sebati. 
5. Masukkan pula tepung ubi, dan kacau lagi semua bahan.

6. Ambil kulit wantan, sapu dengan putih telur dan masukkan campuran isi ikan tadi dan bentukkan. Tabur dengan lobak merah parut dan ulangi langkah tersebut hingga habis.


7. Masukkan dimsum yang telah siap dibentuk tadi kedalam pengukus dan kukus dengan api sederhana sehingga masak.

8. Angkat dimsum dan bolehlah dihidangkan dengan sos.

Assalamualaikum. 

Anda biasa sarapan dengan oats? Selalunya orang melayu ni jarang bersarapan dengan oats tapi kalau dah lekat penyakit kolestrol tinggi mulalah belajar mengambil oats dalam hidangan harian, terutama sarapan pagi. Hee...hee...bunyinya seperti pengalaman diri saya sendiri je :). Sebenarnya oats amat baik untuk kesihatan jantung  dan pengawal kadar kolestrol dalam darah, tapi sesetengah orang amat payah untuk makan oats kerana rasanya yang agak berserat.

Selain dari di makan dengan mencampurkan susu dan buah-buahan terutamanya pisang dan  di buat biskut, oats juga boleh di pelbagaikan dalam hidangan dan saya ada mencuba membuat inti dadar dengan oats untuk di hidangkan sebagai sarapan pagi

Jom kita lihat resepinya :)

DADAR JAGUNG OATS 
Bahan Dadar:
150 gram tepung gandum 
3/4 sudu teh garam 
400 ml susu cair 
1 butir telur 
1 sudu teh serbuk koko 

Bahan:
75 gram oats segera 
350 ml susu cair 
60 gram gula pasir 
1/4 sudu teh garam 
30gm jagung cream - dalam tin
4 sudu makan serbuk koko

Cara membuat :

1. Dadar: Campurkan tepung gandum, garam, susu cair, dan telur. Ambil 1/4 dari adunan campurkan dengan . Kacau rata. Masukkan dalam plastik segitiga.

2. Picit adunan coklat ke atas kuali leper dan tuangkan adunan putih dan angkat selepas masak.



3. Inti : Masak oats, susu cair, serbuk koko, dan garam sampai pekat.Tambahkan jagung krim. Kacau rata.


4. Ambil satu keping dadar. letakkan inti. Lipat kanan dan kiri. Gulung.





Assalamualaikum :)

Salam pagi jumaat. Semoga kita semua di berikan kesihatan yang baik, tapi jika ada antara kita yang mengidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan kolestrol tinggi tu, berhati-hatilah dalam pengambilan makanan harian. Agak sukar untuk kita memilih menu diet makanan sihat di luar sana dan cara yang paling baik adalah memasak sendiri di rumah.

Oats adalah baik untuk kesihatan jantung dan menurunkan kadar kolestrol dalam darah.kita hanya perlu makan sekurang-kurangnya 70gm oats setiap hari untuk memastikan jantung sentiasa sihat kerana ia mengandungi serat larut yang secara aktif menyerap dan membantu menghapuskan kolestrol berlebihan yang boleh menyumbat arteri dan menyebabkan penyakit jantung.

Tapi, tak semua orang boleh sering makan oats kerana tidak boleh di terima tekak. Apa kata kita pelbagaikan dalam menu masakan terutama sekali bagi pengidap kolestrol tinggi.

Jom lihat menu sihat... 


DADAR OATS SAYURAN 
Bahan-bahan
8 sudu makan quaker oats instant
200ml air panas
4 putih telur - di pukul
1/2 kiub ayam maggi
2 ulas bawang putih - di cincang
1/4 sudu teh garam
50 gram lobak merah- di potong seperti mancis api
100gram brokoli di potong halus
beberapa keping daun pisang.


Cara memuatnya

1. Campuran Quaker Oats Instant dengan air panas, kacau rata.
2. Tambahkan putih, kiub ayam maggi, bawang putih dan garam dan kacau rata
3. Masukkan lobak merah dan brokoli, kacau hingga semua bahan tercampur rata.


4. Panaskan kuali dengan api kecil, letakkan sekeping daun pisang di atasnya.
5. Tuang adunan oats, ratakan. Masak hingga setengah masak. Tutup atasnya dengan sekeping daun pisang lagi. Balikkan dan tunggu sehingga masak bolehlah di angkat dan hidangkan.





Assalamualaikum... :)

Salam pagi jumaat. Selagi di beri kesihatan yang baik, IsyaAllah macam-macam jenis masakan boleh kita nikmati, tapi harus berjaga-jaga juga. Baiknya kita buat 'check-up' kesihatan secara berkala di klinik. Maklum saja sekarang ni, di usia muda dah hinggap berbagai-bagai jenis penyakit. Salah satu darinya adalah paras kolestrol tinggi. Bukan kata pada orang lain, saya sendiri baru-baru ini terkejut bila buat 'check-up' rupanya kolestrol tinggi. kalau tak check darah, kita sendiri tak tau tahap kesihatan kita.

Di sini saya ada buat satu resepi menu sihat, untuk kita kongsi bersama. Setengah orang susah benar nak makan oats. Saya olah menjadi pais dan rasanya, eh...enak juga ya. jom kita cuba...


PAIS OATS MACKEREL
Bahan-bahan
70gm Quaqer Oats Instant
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
6 biji cili merah, 3 biji cili padi
1 biji tomato
1 tangkai daun bawang, hiris serong
garam secukup rasa
200gm ikan mackerel dalam tin - di basuh dan ambil isinya sahaja
i ikat pucuk ubi kayu
daun pisang untuk membungkus














Cara membuatnya:-

1. Tumbuk bawang merah , bawang putih, cili , tomato dan garam
2. Campur isi mackerel dengan bahan yang di tumbuk tadi dan hirisan daun bawang.
3. masukkan quaqer oats dan kacau rata
4. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian, bentukkan bulat panjang
5. Ambil sehelai daun pisang, letakkan beberapa tangkai pucuk ubi di atasnya.
6. Letakkan adunan oats di atas pucuk ubi tadi, dan bungkus dengan daun pisang
7. Kukus hingga masak (15-20minit)