Followers

Showing posts with label holiday - kota kinabalu. Show all posts
Showing posts with label holiday - kota kinabalu. Show all posts

Wednesday, September 26, 2012

Kota Kinabalu, Sabah




As salam...

Ok, n3 terakhir untuk cuti2 Kota Kinabalu, Sabah. Mungkin akan agak panjang n3 ni... kalau xde yg sudi baca pun x apa... yang penting kenangan dan memori untuk aku termaktub di sini, di blog sendiri.

Seawal pagi kami dah bangun. Memang dah plan hari terakhir ni nak jalan2 pulau. Takde nak ambil banyak2 pulau - satu saja sebab masa yang agak suntuk. Beg dan semua barang tinggal di hotel Imperial Mutiara. Check out pukul 12 thari. Dari Kg Air, tanye dgn budak reception hotel kat mane Jesselton Jetty. Dia kate dekat saja. Keluar dari pintu hotel, terus saja, katenye. Kalau naik teksi memang tak berbaloilah, katenye sebab dekat sgt dan tambang katenya sekitar rm8. Ok, kami decide untuk bjalan kaki sajalah. 


Bila kita tak tahu jalan, terasa jauh sangatlah perjalanan tu. Berpeluh2 ketiak dibuatnya hihii... apelagi breakfast belum lagi tu. Tanya dengan orang, dia pun kate, terus aje ke depan. Confident sikit. Akhirnya sampailah juga, alhamdulillah...


Snap sikit2 sane sini, terus ke kaunter belian tiket untuk ke pulau dengan bot yang disediakan. Sebetulnya waktu ni aku memang dah lupa berapa caj bot semua tapi aku rujukkan pautan link ke blog Nana. Memang betullah rate tu. B4 nak ke KK ni aku memang 'ulang-alik' masuk blog dia baca n3 perjalanan dia semasa bercuti di sana. Siap dengan kira-kira perbelanjaan. Budak kaunter tu mula2 minta aku RM22 tapi aku kate, "bukan rm17, ke?" ewah2 hahaha
Budak tu pun terus kate, "ok, sy bg akak RM17..." uhuhuuuuu

Boat rate adult : RM17/person x2 = RM34
Terminat fee : RM7.20/person x 2 = RM14.40
Sewa snorkel+mask+life jacket = RM15 
Bayaran masuk kat jeti pulau manukan : RM3/person = RM 6.00


Aku sewa snorkel, mask & life jacket tu 1 set aje. Gilir2 dengan en hubby. Bukan beria pun hihii. Sebelum masuk ke tempat menunggu bot tu, kami beli makanan untuk bawa ke pulau. Yang ni pun aku baca kat blog Nana juga. Tqsm, Nana... for your info :D
Kami berada kat pulau ni sampai pukul 11 pagi. Dah tukar2 baju nak jalan2 sekitar pulau tu mcm tak sanggup pula tengokkan jalan yang mendaki sikit tu hihii kepenatan....





Sangat jernih... suke sangat!!!




see... kan muke kepenatan tu hikhikk...

Ok, lepas tu bergegaslah balik ke hotel. Sampai2 hotel pukul 12.45 tengahari. Terus check-out, masuk bilik, bersih2kan badan dan keluar. Mujurlah budak reception tu agak bertimbang rasa. Walaupun agak lewat, dia tak charge lebih masa, terima kasih :D

Berkelanalah kami... flight pukul 9.25mlm. Masa yang sangat2lah banyak terluang ni, xtau nak p mane. Macam terasa2 juga nak rehat2 kat hotel dulu. Dah petang sikit baru keluar. Tapi rasa macam tak ye pulak... 

Akhirnya kami decide p kompleks 1Borneo. Klu x silap, dpt info dari tenet juga, ade sediakan shuttle perjalanan percuma kalau nak ke 1B tu. Tunggunya di Warisan Square. Pak cik yg jaga tiket tu minta ic aku, tulis nama dalam buku rekod dia. Minta resit aku menginap di hotel. Mula2 cuak jugak sebab resit yg aku ade tu siap tulis dah check out. Rupanya dia cuma nak pengesahan yang aku ni pelancong, bukan orang tempatan. 

Untuk sekali perjalanan klu x silap aku cuma 18 org saja. Dah cukup kenalah tunggu next trip every 1/2 hour (klu x silap) .


tiket shuttle 


shuttle yg bawa kami. bas pendek je, ala2 bas mini gitu tp ade air-condla...

Sampai kat 1B, pertama yang aku cari adelah tempat simpan beg. Nak berjalan dengan tenang, ala2 window shoping gitu, kan... Tapi xde! Menebalkan muka aku p tanye orang sane sini, dorang kate xde khidmat itu. Sampai aku masuk Tune Hotel yg dekat sgt kat situ. Tanye kot2la ade khidmat menyimpan beg. Katenye kena sewa bilik dan harga kalau datang terus ke kaunter x sama mcm booking internet. Itu memang aku tau tu... ape kes la aku sekadar nak letak beg p sewa 1 bilik plak,kan.... tak kuasa! Dan kerana tak kuasa tu, mengusungkan beg pack sepanjang masa huhuhuuuu


en hubby berkenan dengan baju2 yang dijual kat stall ni... tapi takat tanya2 je, belinya tak...


late dinner kat restoran ni, dalam 1B ... not bad la...sambil mengecas hp & tab.


Kalau tak silap, masa aku pergi, kompleks ni baru dibuka. Kedai2 memang banyak tapi pengunjungnya macam kurang sikitlah. Ada juga kedai yang under reno. Aku takde beli ape2 pun melainkan makan kat restoran di tingkat 1 ni - Jaws. 
Tak tau lagi nak ke mana. Aku ajak en hubby ke Pasar Filipina semula. Kalau ikutkan memang shuttle bas akan hantar kami semula ke tempat kami naik mulanya - Warisan Square which is seberang jalan je dgn Pasar Filipina tu. Aku nak beli kudap2 sikit.

ok, dari hari pertama sampai, en hubby dan aku tak berapa senang dengan bau kat pasar filipina yg jual cenderahati tu-yg bahagian dalam kedai tu. Kami memang tak boleh masuklah dalam tu. Hidung aku bau kak t***s. Wallhualam... Even lalu tepi pintu pun hidung aku terhidu juga.

Kat pasar filipina yang jual kuih cincin dan jajan lain2 tu pun ade terbau juga tapi x sekuat yg dalam kedai. Mungkin sebab kawasan terbuka. Aku beli kuih cincin dan jajan2 tu semua. Habis rm50. Lepas tu terus ambil teksi di tepi hotel hari pertama aku menginap. Tambang ke airport rm30. Masa tu jam pukul 6++petang. Memang rase masih awal tapi sebab tak kuasa nak pikul beg pack, rase nak cepat je cari tempat yg boleh relax...

Sampai airport, check in dan elok2 duduk kat kerusi melepas lelah, dpt sms dr Air Asia. Flight delay till 11++ pm. Aduiii menyumpah dalam hati ni tau!!! Kalau dapat sms tu lebih awal, boleh aku repeat p makan udang, sotong, ketam bakar wahahaha en hubby kate boleh kalau nak minta keluar sbb flight lambat lagi,kan... tapi memikirkan nak amik teksi pulak ke pasar filipina tu sehala je rm30. balik semula ke airport nnt? gilo...! 

Jadinye duklah melangut kat air port tu. Dari seramai-ramai orang sampai tinggal beberapa kerat je manusia. Ish2... keluar dari pintu terminal, terkejut aku tengok kapal terbang yang nak bawak kami balik... lain macam da.....
Tapi alhamdulillah, selamat juga sampai...
Berakhir sudah cerita cuti2 KK, Sabah aku. Baru puas hati!


kapal terbang yang bawa kami balik...

Monday, September 24, 2012

Kota Kinabalu, Sabah - Day 3

As salam... 
Yep, cerita ini adalah sangat2 sudah basi. Blan 6 kelmarin aku dan en hubby ke Kota Kinabalu, Sabah untuk bercuti berdua dan baru sekarang ni nak update. Macam-macam hal hingga cerita dan update tpaksa dibiar sepi. Antara sebabnya guna g.tab, payah dan tak puas nak meng'n3'. Sekarang dah ada lappy, duduk2 diam saja mengadapnye, terasa nak sambung semula cerita holiday tu.


us berlatar belakangkan Gunung Kinabalu yang diselimuti kabus...

Hari ke 3 - Happy Birthday to you my hubby! Hari ke 3 ni, kami berada di Kundasang. Cerita di Kundasang ni memang agak menyedihkan sikitla... eh, bukan sikit tapi sedih banyak. Semua yang diplan tak jadi seperti seharusnya. Memang Allah swt tu izinkan kami sampai je ke Kundasang tu, lebih2 tak dapat. 

Seawal subuh terjaga dari tidur tengok dah terang di luar bilik. Merongkas aku bangun ingatkan dah kesiangan. Terus teringat kata kawan2 dan baca2 di google, kalau nak tengok puncak Kinabalu kena awal pagi. Pukul 8++ camtu dah tak nampak. Owhhohohoo dengan tak mandinye tukar2 baju & sarung tudung. Tengok jam pukul 6.15pg. Erk... salah tengok ke? Uiks, terang kat luar tu macam kat sini pukul 7++ huhuhuuu tipah tertipu!!!


Sebab takde kenderaan, makanya perjalanan kami terkandas. Hajat hati nak ke New Zealand Malaysia - Desa Castle. Tengok lembu. Tak dapat ke tempat lain pun x ape, dapat ke situ saja dah cukup. 
Pakat dengan tuan homestay - Niah. Katanya, abang dia Jimmy boleh bawak kami ke situ tapi masa tu abangnye dlm perjalanan ke Ranau. Ada kerja sikit. Niah suruh kami tunggu di Pekan Kundasang sambil breakfast. Macam biasa, kat sini makannya itulah... mee hun sup. Encik suami makan roti bakar. Selera dia dah tumpul bila tengok menu yg sama. Itu, itulah jugak yg dimakan sejak dari hari pertama sampai Sabah ni. hahahaha

Tengah2 menikmati breakfast, sekali hujan turun daaaaa. Lebat juga. Punah harapan nak ke Desa Castle. Bincang2 dgn en hubby. Cancelllah. Kalau bjalan hari hujan camnelah pulak,kan sedangkan gambar2 aku tengok org2 yg g Desa Castle tu bukan ade atap pun. Kawasan terbuka aje... Makanya call Niah. Cancell je cakap kat Jimmy. Elok2 kami duduk2 dgn perasaan sebal, hujan pun berhenti. Matahari pun muncul. Perasaan masa tu... Ya Allah... tak tau nak kate camnelah. Aku call Niah semula minta cakap dgn Jimmy, aku nak on semula sbb hujan dah berhenti. Tapi Niah kate, Jimmy dah ada customer lain. Owhohohooo Redho sajelah,kan... nak buat camne. Memang tak izin olehNya...

Lemas rasanya duduk2 saja xde buat apa2 dengan perasaan sebal x sudah. Akhirnya kami berkemas untuk balik ke Kota Kinabalu. Call Niah lagi minta dia panggilkan teksi. Tunggu di bawah bukit, tepi jalan besar. Pukul 11++ kami dah terpacak tunggu teksi yang dikatakan. Lebih kurang 20 minit dalam teksi, Niah call tanye adakah aku dah selamat dpt teksi yg ditempahkan. Bagus service dia. Nanti kalau ke Kundasang lagi, bolehlah nginap di homestay beliau - 019-809 3992. Ramah juga orangnya.


Gunung Kinabalu di awal pagi... puas hati dapat tengok tersergam depan mata.



aku berlatarbelakangkan gunung kinabalu di awal pagi. Julie homestay ni pun ok juga. betul2 mengadap jalan. 

Sampai KK, minta pemandu teksi hantarkan kami ke Kg Air which is just sebelah je dengan stesen teksi tu. Sebab hujan lebat, aku minta pemandu teksi carikan hotel (x ingat nama hotel). Dia pun macam blur je & minta bayaran lebih rm5. X kisahlah bayar lebih. Yang penting sampai depan hotel tu sbb hujan lebat. Tapi pusing2 kat situ, x nampak hotel yang dicari. Akhirnya kami turun saja. tepi jalan tu. Hempppp bayar lebih for nothing la kan... xpalah....!
Turun aje, terus masuk hotel berdekatan. Tanye rate utk semalam. Rata2 rm80 ke atas. As backpacker (kononnye) nak cari yg lagi murah dari tu hihii dan akhirnya kami menginap di Impiana Mutiara dgn bayaran rm60++. Ok tu, kan... tp bilik xde tingkappunye type. Yg ada tingkap punye type dah penuh. Aku nak yg setingkat dgn reception kaunter sbb nak wifi connection. Tingkat 1 full book & tingkat 2 pulak x dpt wifi connection.

Rehat2, tidor... bangun, bersihkan badan & keluar. Perut lapar da tp nak simpan perut ni untuk makan malam kat pasar filipina tu. Tak boleh tahan kami makan kongsi nasi goreng sepinggan kat Ikan Bakar Station. Hahaha Dan malamnya barulah makan berentam kat pasar filipina yang ramainye orang jual seafoood bakar2. Makan di kedai yang berlainan dari hari pertama sebelumnya. Rasenye lebih best yg kat sini. Sambal dia kena dengan tekak aku.

Habiskan masa jalan2 di pasar malam filipina lagi. Masa untuk beli sourvenir dan buah tangan untuk diri sendiri, kakak dan anak2. Aku beli t-shirt, fridge magnet, dan keronsang set utk kakak2 aku. Aku beli gelang mutiara juga untuk kami 3 beradik :D Sebenarnya dah cakap dengan en hubby, percutian kali ni bukan nak shopping2 sgt tapi lebih pada jalan2 saja. Taknak jadi macam cuti2 Srawak kelmarin. Sampai terlebih kg, kena bayar pulak RM150++ dekat rm200!

** hari inilah kelihatan langit luar biasa di kota kinabalu yg masuk dlm berita dan surat khabar. tapi aku tak tengoklah sbb kejadian tu pagi-thari sedangkan aku sampai KK dah pukul 3 ke atas dan ketika tu ujan lebat **

Itu sajalah cerita di hari ke tiga. Catitan perbelanjaan untuk hari ke 3 tak ingat letak di mana. I;Allah nnt kalau jumpa aku edit di sini...

I' Allah akan menyusul n3 terakhir percutian Kota Kinabalu ni... i'Allah dan terima kasih kerana sudi berkunjung :D 

Friday, June 15, 2012

Sabah - Day 2




As salam, aku sambung cerita cuti2 Sabah kelmarin. Dah balik bcuti ni sibuk memanjang pulak. Hati ni mmbuak2 nak share cerita kat sini tp masa amatlah tidak mengizinkan. Ni pun curi2 masa dan ntah berapa kali bhenti2 menaip.

Plan awal nak ke Kundasang hari 3 di Sabah tp last2 minit ubah fikiran,p hari ke 2. Dan awalnye ingat nak sewa kereta tp fikir2 balik, cancel. Sbb org tu suruh amik kereta pukul 10pg dan mesti pulangkan pukul 10pg esoknya.huhuu awal giler tu nak balik dr Kundasang. Untuk info perjalanan dr KK ke Kundasang mengambil masa 2 jam lebih. Dan2 ke Sabah tu barulah ingat ade sedare. Jadi kami lajak terus ke Ranau. Sepupu aku-abg zie ni OC kat balai polis Kundasang tapi sbb kat Kundasang xde balai,beliau ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Ranau.

Ok,pg tu lepas bf kami check out dr Hotel Sri Borneo. Sblmnye aku dah google,klu nak guna kenderaan awam,kena naik kereta sewa di Stesen Padang Merdeka.Tanye dgn budak hotel tu. Owh dkt je. Jalan kaki je boleh sampai. X perlu amik teksi. Lebih kurang 10min bjln kaki. Tambang kereta sewa rm16 utk 1 kepala menggunakan kereta unser. Muatan 8 org tmasuk pemandu. Cukup penumpang barulah jalan. Kami aritu mujur nasib baik x perlu menunggu. Masa sampai dah ade 2 org, + kami b2, 4.selang beberapa saat je sampai lagi 3 org. Agak selesa jugalah. Kereta ade air-cond & pemandu ramah & bwk kereta pun bhemah. Sepanjang pjalanan rileks je.xde 'brek angin'. Bhenti di Pekan Nabalu utk buang air. Aku betul2 beli sepeket kacang bharga rm1.50. Masuk toilet 30sen. Kualiti tandas biasa2 saja. Tandas kampung... Klu dia ade jual fm & keychain tulis 'Pekan Nabalu' mungkin aku akan beli tp yg biasa aku nampak kat tmpat lain juga. Jadi x payah le... Harga pun boleh tahan mahai... Kereta sewa terus hantar ke dlm perkarangan Ibu Pejabat Polis Ranau. Abg zie duduk kuarters kat blakang balai. Kami mkn tgari di rumah beliau. Hihii save bajet,terima kasih jamu kami dgn gulai asam keladi,sedap!

Abg zie bg pinjam motor. Kami jalan2 ke Poring Hot Spring. Tak pasal2 merempit di Ranau,kan??? Xpa,lesen beso weih... Sepupu OC Kundasang/Ranau tu... Kekeke

Sepanjang jalan ke Poring Hot Spring melalui rumah2 kampung. Deme ni xde juai2 keropok ke,lemang ke,goreng pisang ke... Wehehehe ko ingat ni kampong ko??? Tp klu sah2 jln ke pusat pelancongan,amikla kesempatan ye tak?? Huhuu tp mungkin mereka ade alasan sendiri kenapa. Aku je yg xtau le tu..

PORING HOT SPRING

Aku mmg x bhajat nak mandi-manda kat sini jadinye dtg blenggang kangkung je la.. Dpt celop2 kaki pun dah syiok tu.

Bayaran masuk rm3 seorang dewasa.sbb aku dtg dewasa saja, aku x tgk pulak rege utk bebudak hohohooo

Utk tujuan pelancongan dan komersial, tempat ini telah dibina kolam2 bg kemudahan pengunjung. Boleh berendam juga,campurkan dgn air panas ikut kepanasan yg dikehendaki. Aku celup kaki dalm kolam yg disediakan di peringkat medium. Bila keluarkan kaki rasa lega sgt. Kulit merah. Ada juga cuba celop2 kaki kat kolam ke 3 tp had celop2 je.tak bley tahan wooo... Hangat pijo,mengeletek rasenye!

Kat luar pagar tu adw gerai2 jual cenderahati. Aku x beli pun. Lebih kurang same je dgn yg nampak di mana2 kat Town KK ni... Rege plak mmg xbley blah..

Isteri Abg Zie ade ckp klu nak merasa mkn daging rusa,singgah kedai kat hujong luar hot spring tu. Tp masa tu mgkn sbb perut kenyang jadi aku tlupa. Hihihii

Gerak dari Poring Hot Spring ingatnye nak terus ke Ladang Teh & Luanti tgk ikan besar2. Boleh dibelai2 ikan tu. Klu mak buat fish massage pun boleh. Yg ni aku x brani sbb prnah tbaca kat surat kabar boleh jadi jangkitan penyakit. Hikhukk Tp minyak motor lentok semacam. Berhenti tanya org di mana stesen minyak tdekat. Katenye di Pekan Ranau. Alahai... Klu teruskan pjalanan takut pulak x lepas balik nnt. Lebih menakutkan klu blum sampai destinasi dah kene menuntun motor. Akhirnya amik keputusan patah balik. En hubby tanye jugak nak ulang balik ke...oiiih malasnye! Hari pun dah petang sgt. Kul 4 lebih. Kat sini kul 4 lebih tu mcm 5 lebih. Cepat gelap dan cepat terang di waktu paginye.

Sblm balik saje pusing2 Pekan Ranau. Nampak ade pasar, berhenti. Jalan2. Kat sini pasar dipanggil tamu. Org jual goreng pisang je majoritinye. Elok je sebelah menyebelah menggoreng pisang. Haihhh sepakat sungguhla depa. Yg juai nasi & lauk pauk plak elok je sepakat juai sebelah2.

Ada 1 gerai tu jual murtabak ke ape xtau le...mmg bkerumun org beli.ye la kot sbb dia sorg je yg juai lain dr lain kan..

Kat gerai nasi & lauk tu adelah aku perasan 1 makanan berbungkus dgn daun kale purple2 gitu.aku tanye akak tu,dia kate tu nasi kampong klu x silap.siap akak tu bukak & tunjuk.tp aku x belila.taku x tmakan sbb en hubby klu lain mcm sikit,pandang pun dia xnak.

Balik umah abg zie, sembang2 sekejap pastu abg zie hantar ke homestay. Ade juga dia pelawa tidur rumah dia saje tp nama pun holiday...

NIAH'S HOMESTAY

Ok cerita pasal homestay... Dr kl aku dah reserve dgn J.resident tp x buat apa2 byrn. Mlm tu mase abg zie hantar barulah tau tempatnya tlindung dr tgk gunung. Terus x jadi stay situ. Mujurlah abg zie pernah carikan h/stay utk kwn dia jadi bawak ke tmpt tu. Sebab dah kenal, dr sewa rm80 dpt diskaun rm60 saja.hihihii bilik taklah betul2 Mengadap gunung tp keluar je dr bilik dan jalan 4/5 tapak ke depan dah boleh nampak tsergam gunung kinabalu depan mata.tu pun klu gunung x bselimut kabus la..

Sedikit bad luck bila restoran bdekatan tutup. Nak bjalan ke pekan bdekatan risau pulak.yg lalu lalang lelaju saje lori & pick up.jalan x blampu.gelap gelite.kebulur punye pasal, sanggup aku ketuk pintu tuan rumah minta maggie.klu dia jual pun aku sanggup beli. Rupanye ade kedai runcit kecil2lan dpn h/stay tu.shopingla maggie & biskut. Tuan rumah pun baik hati bg nasi.tp bukan tekak kami mkn nasi bcampur maggie.

Malam tu tidur x berapa lena... Angin di Kundasang siap bersiul... Seremlah pulak....

Kira2 bajet pjalanan kami...

Bf-rm5.40

(2 roti canai kosong + 1 nescafe tarik + 1 teh tarik)

Kereta sewa KK - Kundasang - rm16 x 2=rm32

Toilet @ Pekan Nabalu - 60sen

Kacang - rm1.50

Tiket Poring Hot Spring - rm6 (2org)

Minyak motor - rm4

Mineral water - rm1.50

Air kelapa - rm1

Niah's homestay - rm60

Maggie & biskut - rm5.30

Total - rm117.30

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, June 13, 2012

Cuti2 Sabah - Day 1




As salam...

Masa menulis n3 kite masih di Sabah - Kundasang - Niah's Homestay. Rasa macam tak sabar nak buat n3. Bukan ape, takut lupa. Kalau takde org baca pun sekurang2nya boleh buat kenangan utk diri sendiri kemudian hari nanti...

Seawal jam 5 pagi dah berada di LCCT. Pada mulanya agak confius sbb kite ingatkan kite akan naik flight di KLIA. Ini kali ketiga kite naik kapal terbang dan merupakan kali pertama dengan Air Asia. 2x sebelum ni dengan Firefly. Mujurlah abg ipar kite bertegas kate naik di LCCT. Takpe, pagi masih agak awal sbb penerbangan pukul 6.30 pgi. Kalau silap airport masih sempat nak 'lari' ke KLIA. Kite bertolak dari rumah kakak kite di Bagan Lalang.

Sampai LCCT, pergi info kaunter & katenye mmg di LCCT. Choiiiii!!! Nasib baik. Kite terus print boarding pass sementara en hubby & kak yong amik beg kat kereta. 2 hari sebelumnya kite dah mobile check-in. Phewww settle!!!

Ok, saje nak share 1 xperience masa nak masuk waiting area. Ade sorang cik kak di belakang kami cuit. Katenya nak minta tolong bawakan 1 kotak. Memang terang2 dlm kotak tu helikopter. Mungkin dia beli untuk adik dia ke hape tak taulah. Dia kate minta aku tolong bawakan sebab dia dah ade bawa 1 di tangan. Sorang boleh bawak hand carry 1 saja. Kite dengan senang hatinya la ambik. Tolong menolong kononnya. Tapi en hubby dah jeling2 semacam. Tapi lepas tu cik hubby kate bagi balik kat perempuan tu. Tapi kite buat deek je.. Bila budak tu nampak macam semacam je kami agaknye, lepas cek kaunter tu dia amik brg tu dari kite. Pastu barulah en hubby kate, "u ade fikir tak...klulah masa cek tadi ade dadah ke, ape ke... U yg sangkut tau. Sbb barang di tangan u. Ape2 hal u duduk dalam dulu." erkkkkkkkk!!!! Tapi mujurlah xde ape2... So you all fikir2lah. Huhuhuuu

Tempat duduk kami terpisah jauh sbb masa beli tiket tak beli seat. Tapi dari 3 seat di tempat duduk aku, 2 kosong. Mungkin seat tu dah reserve utk sepupu en hubby. Act aku tempah 4 tiket. Percutian ni 2 couple. Tapi 1 couple (sepupu hubby & isterinya) cancell sbb tak dapat cuti. Sblm kapal terbang bergerak aku call en hubby suruh duduk sebelah aku. Dah tanya dgn cik pramugari dia kate boleh. Tapi tunggu semua org naik dulu. En hubby malas nak bangun sbb tmpat duduk dia tepi tingkap. Sebelah dah ade org.... Huhuhuuu doklah sengsorang. Dah dekat2 nak sampai 3/4 kali jugalah pilot buat announcement kate bad weather & heavy rain. Kecot perot bila plane tu melanggar awan. Agak scary jugaklah....

Dari KKBI kami naik bas... Bas ok... Dok KL pun x naik bas!! Hahahaa ke hentian ape tah... Tambang rm2 seorang x2. Dari stesen tu ke komplek Centre Point dgn tambang 50sen x2. Dari komplek tu kami mencari Garden Hotel, hotel yg aku dah reserve by phone. Tanye punye tanye org2 kat kompleks tu sorang pun tak familiar dgn nama hotel tu. Jalan punye jalan punye jalan akhirnya tak daya sudah. Dah lah sejak jejak kaki hujan memanjang. Sudahnya kami berhenti di Seri Borneo Hotel. Terus cek in hotel tu since dgn Garden Hotel tu aku cuma buat reservation saja tanpa bayaran. Bukan aku yg taknak bayar tp org hotel kate, sampai baru buat bayaran. Ada bagusnye juga sistem tu hihiii

Seri Borneo Hotel - rm77.70. Oklah rates tu pd aku. Berdua aje kot & sekadar nak tumpang tidur & letak beg. Bilik boleh tahan jugaklah. Ade wifi free jugak. Cuma wifi tu slow sipot sedut di tingkat 2 yg mane aku di tingkat tu. Tingkat 1 ok lagi. Jadinye setiap kali turun bawah, barulah dpt on9. Hotel ni  dekat jugak dgn Sinsuran Night Market, depan saja. Selang 1,2 blok bangunan dari Pasar Filipin dan mengadap Le Meridien Hotel.

Pukul 2 ptg siap2 turun.. Jalan2 dan makan dkt sebelah pasar filipin. Masih juga hujan. En hubby minta sup ayam & aku minta soto. Yg datang 2/2 mihun sup. Ate tak payahle senarai menu panjang lebo klu kesudahnnye itu2 juga yg terhasil. Mujurlah walau kuahnye jernih mcm air lalu tapi bila lalu di tekak, ada rasa. Atau mungkin masa tu perot lapo, jadi ape pun masuk mulut sedap sesaje. Huahuahuaa... Mood shoping boping belum mari. Jadi kami hanya window shoping saje dlm pasar filipin tu. Tapi en hubby tak boleh lama dlm tu. Perghhhh baru 'kak ti***'. Tapi dlm tu nampak bersih la...

SINSURAN NIGHT MARKET

50% darinya jual baju bundle. Sukalah en hubby sbb dia mmg penggemar baju bundle. Dan sudahnya aku pun tjebak sama. Beli seluar jeans (rm10) & cardigan rm10. Seluar jeans yg aku beli tu conditionnya ok sgt. Rasa bbaloi sgt beli dgn harga rm10 saja. Klu kat semenanjung maunye rm20++ kat pasar malam. Klu kat chow kit tak taulah sbb tak pernah la pulak jln2 bundle kat chow kit. en hubby pulak beli jaket "Gu Jun Pyo" ferasan!!! - rm15

Keronsang, butang baju melayu, mutiara sabah, kristal, keychain & fm pun ada banyak dijual. Tapi tak beli pun. Nanti2lah... Setakat yg di tengok keychain 7pcs - rm10. Boleh campur 2 fm + 5 keychain = RM10.

MAKAN2 @ FILIFIN MARKET

malamnye mmg dah cakap dgn en hubby nak makan sotong bako. 1 stik - rm15 & en hubby amik ikan pari bakar rm12. Makan dgn nasi kosong + air limau ais = rm33. 16x soal diri sendiri, mahai ke murah tu??? You all tolong jawab sbb sampai ke sudah aku tak dpt jawapan. En hubby kate, "mende makan jgn pertikai sgtlah...." hikhikkk

En hubby tak suka sgt makan sotong jadinya rase nak muntah aku mengabiskan sotong tu. Alhamdulillah, kesudahnya habis jugalah. Ikan pari tu pulak sedap. Aku yg tak berapa gemo boleh makan juga. Manis isinya!

Habis sehari di KK... Kat bawah ni perbelanjaan kami di KK - day 1...

Bas dr airport - stesen bas > rm2 x 2 = rm4

Bas dr stesen - centre point > 50sen x 2 = rm1

2 bihun sup + 2 teh tarik > rm10

payung > rm6

Seri Borneo Hotel > rm77.70

Sotong / pari bakar + 2 limau ais + 2 nasi putih = rm33

Jeans + cardigan + jaket > rm35

Spek itam (en hubby) > rm15

Selipar (aku) = rm4

====>>> RM185.70  

** untuk tgk gambar2 lain, boleh tgk d facebook **

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, June 06, 2012

Jalan2 ke Kota Kinabalu, Sabah


As salam...

Alhamdulillah,i'Allah klu panjang umur,ade rezeki dan diizinkanNya sy dan en suami akan cuti2 KK,Sabah pada 10-13/6/2012 ni... Semoga perjalanan kami selamat pergi dan kembali. Doa2kan ye...

Kami pergi berdua saja...mcm tahun lepas ke Kuching,Sarawak. Lebih kurang honeymoon jugaklah ni...dah lame2 berkahwin ni sesekali nak juga berdua2an...moga ikatan hubungan suami isteri kian utuh, i'Allah... Amin.

Planningnye kami nak jln2 ke Kundasang nnt. Tidur semalam di sana. Ramai juga kawan2 yg suggest harus ke sana. Banyak2 google pun ramai yg ke KUndasang selain jln2 di pasar malam filipina & borong ikan masin di KK.

Harap adelah yg boleh guide kami. Emppp ade ke org KK nak guide kami nnt ni??? Hihiii

Published with Blogger-droid v2.0.4

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)