Followers

Showing posts with label Pencuci Mulut. Show all posts
Showing posts with label Pencuci Mulut. Show all posts

Wednesday, October 19, 2011

Jelly Kelapa


Sedang cuaca panas ni... mmg syiok dapat makan benda2 sejuk camneh... wallah!

Ni kali kedua kite buat jelly kelapa. Ingat lagi, kali pertama dulu buat masa tinggal kat rumah Puchong - Pangsapuri Angsana. Dan ingin dinyatakan, kite lebih puas hati dengan kejadian jelly kelapa yang kite buat kali pertama dulu berbanding dengan yang ni...

Ok, yang ni kite buat guna serbuk ready made keluar jenama Happy Grass. Sebab 1st time buat guna serbuk tu, kite ikutlah bulat2 berpandukan resipi yang ada dinyatakan di belakang pembungkus tu. Resipinya seperti dibawah ni...

Bahan2
Air kelapa (dari 2 biji kelapa muda)
Air secukupnya
200g gula
225g serbuk jelly kelapa

Cara2
> Dalam periuk, isi air kelapa dan air hingga 3000ml. 
> Masak sehingga mendidih.
> Masukkan 200g gula (1 cawan), isi kelapa muda dan serbuk jelly.
Kacau hingga rata dan larut.
> Padamkan api. Tuang dalam acuan. Bekukan dalam peti sejuk.


Masa kita buat jelly kelapa yang pertama kali dulu, kita cuma guna serbuk agar2. Dan mungkin kita terlebih air, jadi jellynye lembut sangat. Dan kite lebih prefer yang lembut2 gitu rather than yang kita buat kali kedua ni. Memang lembut juga (taklah keras macam agar) tapi kite lebih prefer lembut macam yang pertama kali dulu hihihiii

Macam2lah, kan... ape2pun, ikut tekak dan selera masing2lah kan....

Wednesday, October 05, 2011

Tiramisu



1st time buat tiramisu guna biskut batang2 tiramisu ni... hehehee... Suke jugaklah dengan gandingan rasa coklat, rasa kopi dan krim cheese yang lemak2 berkrim ni... takleh buat selalu ni. Muak dan boleh erkkkk, paham2 ajelah hihiii

Terinspirasi dengan resipi Kak Umi-E kat MyR. Terima kasih ye kak... tapi kita edit sedikit sebanyak ikut kesesuaian dan cara kita sendiri. Apapun sangat2 menghargai hasil share akak ni...

 

Jom jengah2 resipi kite... dan boleh juga jengah resipi kak Umi-e kat MyR (klik SINI ye...). Tak banyak beza sangatlah tapi mmg ada ubah2...

Bahan2
> Biskut tiramisu/Sponge Finger
> 250g cream cheese
> 200g whiping krim
> 100g gula halus (ikut kemanisan masing2)
> 1 cawan bancuhan nescafe 
> serbuk koko 


Cara2
> Pukul cream cheese, whiping krim dan gula hingga kembang.
> Celup biskut tiramisu dalam bancuhan air nescafe. Susun dalam bekas yang sesuai.
> Ratakan adunan krim cheese yang dipukul tadi di atas susunan biskut tiramisu. 
> Ayak rata serbuk coklat diatasnya adunan krim cheese.
> Ulang mencelup biskut tiramisu dan susun atas krim cheese tadi. Ulang meratakan krim cheese dan ayah serbuk coklat. Buat 2 lapis atau 3 lapis (terpulang).
> Simpan dalam peti sejuk sekurangnya2 2jam atau lebih sebelum dihidangkan.

Tuesday, October 04, 2011

Portugese Egg Tart

 
Kite dan anak sulong kite (Boy) adalah penggemar egg tart di KFC tu. Suke sangat. Sooooo creamy!!! Kelmarin godek2 kat MyR, web rujukan sejak mula menjinak2kan diri dengan internet (hingga kini, tak jemu2). Dapatlah resipi ni. 

Actually sebelum ni ada juga try buat egg tart menggunakan kulit puff pastry tapi kite tak letak whiping krim. Mungkin kehabisan whiping krim atau apa, tak ingatlah pula. Kali ni buat letak whiping krim, amat2 berpuas hati dengan hasilnya. Makan sejuk2, adeh..... tak terkata syedapnye. 

Dan... kita tak buat kecik2. Terus buat besar punya. Masa terhad... tak kuasa nak layan seketui2 dalam acuan. Terus terap puff pastry dalam loyang rendah saiz 6inci dan tuang adunan terus. Terus masuk oven yang terlebih dulu dipanaskan. Pastu dah boleh buat menda lain sementara tunggu dia masak.

Kalau ada yang tercari2 resipi egg tart ala KFC tu, haruslah korang cuba resipi ni. Harus!!!!

Terima kasih pada Skyblue yang kongsikan resipi ni. Kita mohon sharekan resipinya kat sini ye. Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi...

Bahan2
  • 1 keping Puff Pastry
  • *Bahan-bahan A*
  • 1/4 cawan Gula Halus
  • 1/4 cawan Susu Cair atau Susu Segar
  • 1/4 cawan whiping krim
  • 3 biji Telur Kuning
  • 1/4 sudu kecil Vanilla Extract

Cara2

  1. Panaskan oven, 200ÂșC.
  2. Masukkan semua bahan-bahan A dalam mangkuk dan pukul sampai sebati. Ditapis dan diketepikan.
  3. Potongkan puff pastry kepada 6 keping bentuk bulat. Cucuk permukaan puff pastry yg telah dipotong dgn garpu.
  4. Masukkan puff pastry yg dipotong ke dalam tin muffin.
  5. Isilkan campuran telur ke dalam setiap puff pastry 3/4 penuh.
  6. Bakar selama 20 minit. Biar sejuk dalam tin muffin selama 5-10 minit sebelum dikeluarkan. 

Monday, August 01, 2011

Bubur Jagung


Insya Allah sekejap lagi kita akan berbuka puasa. Sementara menunggu waktunya, ayoh layan mata dengan menu simple ni... resipi simple dimple kat Mesra.Net. Terima kasih kepada tuan punye resipi. Actually, klu x google pun, mmg aku akan buat bubur cemni... sajalah aku kongsikan resipinya lebih details kat sini hokey...

Buat bubur jagung ni untuk berbuka puasa nanti... untuk pemanis mulut lepas makan nasi. Anak2 & en hubby memang suka makan bubur jagung asalkan tak letak sagu. Telur katak, panggil en hubby. Mulut mamanya ok aje... ade sagu ok, takde sagu pun ok jugek.

Bahan2
300 ml santan cair

150 ml santan pekat
150 gm biji jagung (direbus)
100 gm gula melaka
30 gm sagu biji
50 gm gula pasir
1 helai daun pandan

Cara2
Didihkan santan cair, gula melaka, sagu biji dan daun pandan. Apabila sagu masak, masukkan pula gula pasir, jagung dan santan pekat ke dalamnya. Biarkan ia mendidih selama 3 minit dan angkat, bolehlah dihidangkan.



Thursday, July 21, 2011

Puding Jelly Oren


Orang buat, aku pun nak buat jugak, kan... tambah2 biler orang kate sedap... lagilah berkobar2 semangat ni! ehehehee... Alhamdulillah memang sedap kat tekak aku. Tak ralat mencuba.

Terima kasih banyak2 pada cik adik cantik molek, Juwita yang nun jauh kat Jepun tu... juga pada Kak Nor yang menginspirasi. Tak pula pada Kak Sheila, Kak Yani & Kak Rose yang membakar semangat membara. Semalam 3 orang sekali tayang puding ni (seingat aku...). Mane tak terbakar semangat aku, hahahaaa. Dan alhamdulillah, hari ini di sini pula - di 'rumah' sendiri.

Walaupun rupanya taklah secantik dan tak cun mcm akak2 punye sekalian, tapi oklah tu ek. Pada aku, buat puding ni, memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Kena ada masa yang cukup. Kalau dalam keadaan tergesa-gesa dan sedang dikejar waktu, jangan buat. Boleh highblood dok atas kapla kehkehkehhh


Okeh2, hentikan kalutan, jom layan resepi. Kopipes dari rumah Kak Sheila dan Kak Sheila ambil dr rumah Kak Nor. Thanks akak2 sekalian!

Lapisan Jernih
4 g serbuk agar-agar

500 ml air

5 sudu besar gula (mengikut kemanisan masing-masing)

sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)

sedikit pewarna kuning


cara-cara
Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
Setelah sebati masukan perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning. ketepikan

Lapisan Puding

4 g serbuk agar-agar

200 ml air

300 ml susu

5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing)

sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)

sedikit pewarna kuning


Cara-cara

Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
Setelah sebati masukan, susu, perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning. Masak sebentar dan ketepikan cara-cara untuk melapis. sediakan bekas yang sesuai. masukkan lapisan puding dahulu biarkan sejuk hingga lapisan tersebut keras kemudian masukkan lapisan jernih buat kaedah yang sama sehingga habis. Boleh la disimpan didalam peti sejuk sehingga benar2 keras
Jika ingin dipotong sila kurangkan kandungan air bagi jelly ini kerana jelly ini agak lembik.

Tips dr K. Nor, terima kasih :D
** Cara yg K.Nor buat, letakkan gelas yg nak digunakan dlm loyang besar yg berisi air dan ketulan ais. Dgn cara ni, boleh mempercepatkan puding tu mengeras dan tak perlu masukkan dlm peti ais. Masa menuang layer seterusnya, guna belakang sudu kecil dan letakkan di dinding bahagian dalam gelas dan tuang slow2 supaya adunan tak terjerlus ke dalam adunan sebelumnya.
** Bila adunan puding yg belum dilayerkan (balance dlm periuk) nampak cam mengeras, panaskan sekejap tp jgn sampai terlalu panas. cukup sekadar nak mencairkan balik adunan supaya mudah dituang. (biasanya bila tinggal 2 layer terakhir adunan akan mula mengeras, boleh la dipanaskan sekejap ya)


Tuesday, July 19, 2011

Pulut Mangga


Perghhhhh lame sungguh aku simpan hasrat nak buat & makan pulut mangga ni... alhamdulillah merasa jugak. Terima kasih, Allah swt :D


Lama dulu ada tengok kat 'rumah' Hana, Kak Nor, Ijah... dan beberapa 'rumah' blogger yg lain dok tayang pulut mangga ni. Tapi masa tu teringin2 pun tak kuat semangat nak usaha mendapatkan. Jadi setelah masa berlalu, barulah diizinkan olehNYA, merasa juga. Alhamdulillah!


Resipinya aku rasa biasa2 saja. Pulut tu aku kukus dengan santan dan sedikit garam. Buah mangga tu potong2 cube saja. Kuahnya aku takde sukatan. Main tuang dan tonggeng je, huhuhuuu.... - santan, gula, garam dan sedikit tepung jagung. Masak atas api perlahan hingga agak2 pekat sikit. Tutup api dan sejukkan sikit sebelum dituang atas pulut.

Wallah heaven!


*terima kasih banyak2 kepada Noorsha sbb bg tunjuk ajar camne nak edit gambar jadik camni... jasamu ku kenang, dik :D

Friday, July 08, 2011

Serawa Kuini


Semalam tayang yang pedas... hari ni tayang yang manis plak... huhuhuuu Serawa kuini, fevret nehhhh... ada yang satu sampan tak??

Bila buat menda2 camni teringat kat kedua orang tua yang telah pergi kepada Penciptanya... arwah apak & mak suka beno buat pemanis mulut camni. :( Al-fatihah untuk kedua2nya. Moga tenang di sisiNYA.

Selalu aku buat, aku masak sekejap santan tu dengan garam sikit dan gula. Tapi yang ni aku kaco2 je sampai sebati. Sebab lepas tu terus je minum. Taklah takut santan tengik atau masam. Maaflah, takde sukatan untuk buat serawa ni. Semuanya aku main cempak je... ikut sesedap tekak :D

Tuesday, May 03, 2011

Macarons.... :D


Huh, bersawang!!!! Bukan takde cerite nak dikongsi, tapi pemaleh nak mampuih nak mengahapdet... ape kes???? Truxs!

Amacam, santek tak macs kite.... santek, kan....?

Of coz lah.... sebab tu hanyalah macs kite tp bukan macs air tangan kite. Kwang3! Lepas kali pertama mencuba dan tak berkaki, terus cuak hati (pemalas sebenarnya!) nak cuba buat macs pojaan ramai neh... bila nampak Kak Lea buat promotion, daku terus mengorder! Laju sungguh, selaju speed tenet aku yang selalunya lembap ala siput sedut. Tapi pada masa dan ketika daku nak mengorder macs dari Kak Lea, elok je peginye!!! Aje antoooo.... :P


Sedap? Usah ditanya... sedap ajelah ditekak aku yang memang penggemar tegar benda manis2 ni.... kenyataannya, akulah yang mengulang hingga habis. Ada juga bawa sebagai buah tangan untuk teman2 BFF pada petang penuh peristiwa kami2 ber stimboat di Flaming @ Sunway. Tapi BFF Ogy & Ros yang kengkonon teringin beno cuba makan 2 ketui aje seorang. Malu ke, segan ke, hidakle aku tahu!

Anak2, kurenglah pulak. Padahal masa aku buat tak keluar kaki tu, bukan main lagi deme makan. Ngup ngap, ngup ngap! Huhuhu.....



Thursday, March 24, 2011

Strawbery Crumble Cheesecake


Kelmarin, blogwalking sane sini dan singgah di 'umah' Kak Maz... nampak s'beri crumble cheesecake ni... alahai sangat2lah daku terliur... teringin mengalahkan orang mengidam dah... hohohooo!!!

Tgharinya lepas hantar anak2 ke sekolah agama, aku terus mendapatkan apa2 bahan yang tak ada... yang iyenya, biskutnya aje yg takda hahahahaa cream cheese ada dlm peti ais lebihan tempahan carrot walnut kelmarin2. S'berinya aku guna filling utk cheese tat aje... ngelat tak??? Hahahaa!!!


Dah siap semua... mkn dulu seketui... kan teringin mengalahkan orang mengidam mulanya tu... dan lebihannya aku jadikan model tak berbayarlah, ape lagi... tonggeng sane, panjat sini, jengket sinun.... hadoi, aje benak! Dah 2 kelas photografi yang aku pergi tapi gambar yang terhasil masih tak memuaskan hati. Mencik!!!! Golap dan kabur je pada pandangan mata aku ni... huhuhuuu!!!

Gambar yang terpublish kat sini yang dah dipilih2 antara yang hokey2 (x ok mane pun benonye :()... klu ikutkan banyak lagi aku snap... memacam roper... sbb tukar2 shutter, apperture dan ISO nye...



Kalau tengok kat 'umah' Kak Maz, beliau menggunakan sudu insted gunakan papercup mcm aku punye tu. Tapi aku manele ade sudu2 gitu bagai... papercup banyaklah aku ni. Jadinya gunakanlah apa2 yang ado... hehehee... Di rumah tuan asal punye idea pun gunakan sudu juga tapi sudunya boleh dimakan, kalau tak silap... boleh tgk sini >> Deliah Deli


Jom layan resipi yg aku copy paste dr blog Kak Maz @ Ilham Dapur. Terima kasih Kak Maz, cayang dierlah!!!

Bahan-bahan :-
  • 65g cream cheese - suhu bilik
  • 2 sudu besar yogurt asli
  • 1/4 sudu kecil jus lemon
  • 1/2 sudu kecil lemon zest (parutan kulit lemon)
  • 1 1/2 sudu besar gula halus
  • 4-5 biji buat straberi - didadu kecil, lenyek sikit dan gaul dengan 1 sudu besar gula
  • biskut secukupnya - maz (aku pun) guna biskut Munchys mcm dalam gambar (oat, strawberi & blackcurrent)

Cara

1. Kisar atau ramas biskut untuk base secukupnya, (biskut ni keping kecik je, maz guna dalam 10-12 keping).

2. Dalam bekas, pukul cream cheese seketika, kemudian masukkan gula dan putar sekejap. Kemudian masukkan yogurt, lemon jus dan parutan kulit lemon. Putar hingga sebati dan berkrim (dalam 1-2 minit)

3. Sediakan sudu atau bekas yang sesuai secukupnya. Letakkan biskut sebagai dasar kek, tekan-tekan sikit biar kemas. Kemudian amik cream cheese dan letak atas biskut tadi.

4. Buat sampai habis, kemudian baru letak sedikit buah strawberi diatas cheese tadi. (aku gunakan filling s'beri aje...) Boleh la dihias mengikut citarasa dan sedia untuk dinikmati. Selamat Mencuba.

P/S : Kalau nak buat sebiji terus, kena gandakan sukatan jadi 3 @ 4 sebab sukatan diatas tu memang sikit. Kemudian bila dah siap masukkan dalam petiais sekejap agar cheese keras sikit, kemudian bila nak makan boleh la discoop ke dalam mangkuk atau bekas yang sesuai. Dalam gelas tu, maz lapis antara biskut dan cream cheese. Mula-mula letak biskut dulu, kemudian lapis dengan cream cheese. Buat sampai 3 lapis. Kemudian baru letak buah strawberi.

Sumber : Kak Maz @Ilhamdapur.blogspot

Friday, August 27, 2010

Choc Cream Caramel


Salam semua...

Rupanya mmg buruk... tapi rasanya, wallah!!! Hehehee...

Sebenarnya puding gula hangus ni aku guna resipi Kak Hanieliza. Pepandai je tukar sendiri sebab mengikut resipinya, puding karamel berlapis coklat. Malas aku nak melapis2, tu yang pepandai terus letak choc emulco dalam adunan. Hihik... minta ampun Kak Lieza... untuk resipi, korang selongkar label pencuci mulut ye... resipi yang sgt simple.

Buat pun tak banyak... 1/2 tin susu cair je. Lebihan dari aku buat kuah puding roti kelmarin. Ingatkan stok susu cair masih dalam godok, tapi rupa-rupanya dah abish!!! Biasalah, nak hujung2 bulan ni, semua barang pakat nak habis je...

Selamat berpuasa semua!

Monday, August 23, 2010

Puding Roti Sos Kastad


Salam semua...

Diam2 masa berlalu... hari ni I'Allah dah 13 hari kita ramadhan... sekejap2 lagi dah nak raye... baju anak2 belum beli lagi. Baju mama & papa apetah lagi... huhuhuuuu... tapi idaklah heran sangat. Sebab mama & papa ni memang dah biasa gini. Cari2 baju baju anak2 last2 minit. Apetah lagi sejak2 arwah mak dah takde ni. Sebab dedulu kalau nak p shopping, kat arwah maklah tinggalkan anak2.

Hukhukhukk lagi.... rindu kat arwah mak. Tahun ni merupakan kali kedualah beraya tanpa arwah mak. Terasalah jugak walaupun kebiasaannya sejak arwah mak masih ada pun, aku memang akan beraya di kampung Encik Sofie dulu. Pasai pa...? Pasai kat sane cuma tinggal fil aje. Mil dah lama tak de, sejak sebelum aku kenal dgn Encik Sofie lagi. Jadinya, 'menantu hantu' nilah yang akan jadi tukang masak, tukang kemas umah dan tukang segala tukang sambil2 dibantu kakak ipar yang memang duduk tinggal di rumah itu bersama fil. Lebih2 lagilah sekarang ni fil dah tak sihat. Tak kisahlah beraya di mana pun, kan... asalkan hati sinang, eheheee.... aku sendiri pun suka beraya dengan suasana kampung. Jadinya sedang elok bebenolah tu!

Semalam terasa nak makan puding roti sos kastad. Teringat2 masa makan kat Holiday Villa aritu. Takkanlah pulak nak ke Holiday Villa semata2 nak p makan puding roti dia yg wallah tu, kan... huhuuuu! Jadinya kenalah buat sendiri. Dapat resepi dari MyR. Thanks pada Maya Zakri yang sudi berkongsi resepi ni... Actually aku dah pernah buat puding roti sos kastad ni lama sebelum ni. Resipi yang sama juga.


Aku kongsikan juga resepinya kat sini walaupun dah link. Untuk kemudahan diri sendiri dan korang2 yang terasa nak buat bila2 nanti k...

Bahan-bahan ( 1 happy family )

  • Bahan A
  • 500 ml susu segar/fresh milk
  • 8 keping roti (gardenia/high 5)
  • Bahan B
  • 4 s/b gula halus
  • 2 s/b butter - cairkan sebentar atas api
  • 2 biji telur ayam
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 s/b tepung jagung
  • 1 s/b serbuk kayu manis/cinnamon powder *(optional)
  • 1 s/b buah pala *(optional)
  • Bahan C-kuah
  • 1 tin susu cair
  • 2 s/b tepungkastad
  • 2 s/b gula

Cara-cara

  1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
  2. Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dgn bahan A yg telah direndam.
  3. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dlm fridge.
  4. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
  5. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.

Tuesday, July 06, 2010

Kuah Durian


Salam...

Jom makan roti cicah dengan kuah durian! Sesape yang ngences tengok, bolehlah datang umah den. Den kasik semangkuk yek... nak dua pun boleh... bisa diatur. Nak tiga? Boleh saja.... Hahahaa!!!

Minggu lepas balik kampung, memang banyak rezeki bawak balik. Alhamdulillah. Walaupun balik kampung tu dengan niat sebenar nak mengjenguk abah (fil) yang tak sihat. Ketika n3 ini ditaip, fil masih berada diHospital Slim River untuk menerima rawatan setelah dimasukkan ke hospital itu pada hari Jumaat malam ketika kami dalam perjalanan pulang ke kampung. Semoga fil cepat sembuh.

Aku buat kuah durian ni atas permintaan birthday girl - Baby. Nak makan cicah dengan roti katanya. Since dah buat kuah durian ni, mamanya tak adelah tanak nasi sebab tahu dah mesti tak laku nasi nanti. Membazir aje... Jadinya, inilah makan malam kami semalam.

Pagi ni, masih bersarapan dengan kuah durian. Tapi aku ada kukus pulut tu. Dah lama sangat tak makan kuah durian dengan pulut. Terasa2 pulak kat tekak. Bila makan camni, teringat pula dekat arwah apak yang dah lama sangat meninggal dunia. Al-Fatihah untuk arwah apak - Nordin Bin Alang Gandu. Faveret arwah apak aku ni - makan pulut dengan kuah durian.

Thursday, June 17, 2010

Jelly Kelapa


Salam semua...

4/5 hari ni aku memang berangin sungguh...sejak2 FIFA bermula... bukan sebab En Sofie balik2 kerja terus tukar siaran ke channel bola... sampaikan aku tak dapat tengok rancangan tv yg aku suka... bukan pasal tu... bukan jugak sebab En Sofie sanggup berjaga malam semata2 nak mencanguk depan tv... bukan jugak... tapi sebab line tenet aku lembap, sengal dan kengkadang langsung tak leh tembus. Sakit hati, arghhhh!!! Tapi nak buek camno, kan... hakak terimo ajolah qada' & qadarnya... hisk!!!

Jelly kelapa, buat semalam. First time buat, alhamdulillah kena dengan tekak aku, anak2 dan En. Sofie juga. Tapi disebabkan semalam perut En Sofie kurang enak, dia cuma makan 1 bekas saja. Yang banyak makan, Baby. Lepas 1 ke 1 bekas. Asyik bukak tutup peti ais je kejenye. Makan sejuk2, wallah!!!

Resipi? Sebenarnya aku buat ni main campak2 aje dalam periuk. Beli 2 biji kelapa muda dan aku tambahkan 2 cawan air. Letak 5g agar2 serbuk dan gula secukup manis di tekak masing2. Itu saja...

Tuesday, March 30, 2010

Moist Brownies


Salam...

Memang syedap brownies ni... aku pun merasa sepotong je... Next time terasa nak buat lagilah... Resipinya aku salin dari blog Hana lame dah... tapi baru terasa (sampai seru) nak buat sekarang...

Aku buat brownies ni pada hari Ahad lepas. Bawa buah tangan ke acara pertandingan Futsal/Bola Jaring. Terlupa nak ambil gambar dari rumah. Dah sampai sane barulah sibuk nak snap tonggeng2... hahhahaa!!!

Jom layan resipinya... korang2 cube le... kalau malas nak cube, tadek oven ke kat romah, meh le order dari ambe... ambe sedia menerima tempahan... eheheee promot plak!!!

Bahan2

(A) - Sebatikan
1 cwn susu cair
1 cwn butter yg dicairkan (aku pakai minyak kelapa & kurangkan pada 3/4 cwn)
1 cwn air panas
2 cwn gula perang

(B) - Adun sebati
2 biji telur (gred B)
1 st esen vanila

(C) - ayak
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1 st baking powder
1st soda bikabonat

Cara2
1) Panaskan oven 175c - 10 minit
2) Sebatikan semua bahan A. Tuang bahan B dan sebatikan. Masukkan bahan C. Aku tak gunakan mixer, sekadar guna whisker saje...
3) Alas loyang 10x10cm dengan kertas minyak yg telah digris dengan marjerin.
4) Bakar 40-45 minit (hingga masak).



Tuesday, March 16, 2010

Puding Karamel Lapis Coklat


Salam...

Buat semalam ni... disebabkan semalam tenet menyakitkan hati aku, mood nak upload gambo & update blog pun merundum ke dalam gaung. Kejap ok, kejap ko... bile ok, tak boleh pulak nak masuk blog sendiri. Geram tau... biler aku klik kat add aku, yg keluar 'maxis broadbrand launchpad' tak sudah2... dah 2x jadi macam ni... memang tensen biler tak boleh masuk 'umah' sendiri! Napelah...

Pagi tadi try2 pun gitu gak... bengang gilos! Dalam hati ni dah siap sedia nak tpon maxis tanye apsalnye... tapi biler aku try sekali lagi untuk yg dah ke berapa kalinya, boleh pulaknye... eiiiii tak paham den!

Oklah... sekarang dah ok... aku kongsikan/panjang2kan resipi yg aku amik kat blog chef tersohor Kak Hanieliza. Maceh akak... nak juga ucap dengan mesra mesrinye walaupun aku ni boleh dikategorikan pengunjung senyap blognye... skodeng! Ekekekeee ampun ye kak!!!


Bahan A
1 tin susu cair
5 sb gula pasir
3 biji telur gred A (aku guna telur gred C, jadi aku pakai 4 biji)
1 sk esen vanila

Bahan B
1 tini susu cair
5 sb gula pasir
3 biji telur gred A
1 sk esen vanila
+ 4 sb serbuk koko / 1 sk nescafe + 1 sk coklat emulco (aku cume letak nescafe je...)


Bahan C
2 sb gula (dihanguskan)

Cara-cara :-
1) Kacau semua bahan A dan bahan B dalam bekas yang berlainan.Tapis.
2) Panaskan periuk kukusan.
3) Masak gula hangus. Tuang dalam loyang 8x8.
4) Masuk 1/2 cawan adunan bahan A dan kukus 5 minit.
5) Selang selikan hingga adunan habis.

Aku buat 1/2 adunan aje... pasal yang makannye bukan ramai beno... hb langsung tak pandang le makanan gini. Bukan sebab manis, tapi dia memang tak gemo le... tape, tape... Anak2 suker... lebih2 lagi dak Baby... bertambah2 dia makan...

Monday, March 01, 2010

Homemade Coklat


Salam...

Diam tak diam dah bulan Mac dalam 2010... kejap je masa berlalu erh... gitulah kitaran hidup selagi ade hayat dikandung badan... pejam celik, pejam celik dah berlalu hari demi hari... hah, sudah! Merapu Mat Salleh (Sinar FM) pulak aku...

Thanks Kak Ina doktor... resipi ni aku amik kat umah Kak Ina setelah teruje melihat coklatnye... Kak Ina plak amik kat blog Kak Liza dan resipi itu dah diedit oleh Kak Ina. Aku? Aku ikut bolat2 resipi Kak Ina.... hehehe...

Jom tengok resipinye...

Bahan
300 gm cooking coklat
klu nk sedap beli ler couverture chocolate @ jenama spt beryl's, hersheys ,v/houten atau yg seumpamanye.
Kak Ina guna dark coklat
aku guna coklat masakan
50 gm cocoa butter
2 sudu besar serbuk milo@cadbury
aku guna milo
2 sudu besar milk powder
(nak guna whip cream pun okay gak!)
jadi aku guna whip krim
kekacang [badam/hazel/walnut..kismis] @ any filling spt mint, hazelnut spread dsb.
aku letak filling blueberi yg aku selalu guna utk cheese tart tu...
acuan coklat

Cara
1. Cincangkan semua bahan dan masukkan dalam bekas tahan panas.
2. Letakkan dalam kuali berisi air dan panaskan sehingga coklat cair pastu tambah milo & susu.kacau sehingga bahan2 larut sepenuhnye.
3. Tuangkan coklat dalam acuan coklat.
4. Masukkan beberapa biji kacang , kismis atau filling yg lain. Tekan dengan garfu sampai tenggelam. Sejukkan
5. Keluarkan dari acuan [tekan ditengah bekalang acuan saperti keluarkan air batu]
6. Hidangkan.

Sorry le... dah cuba besarkan tulisan tu tapi tak boleh pulak... korang tak rabun, kan...??? Hakhakhak!!!

Saturday, February 27, 2010

Salad Buah2an



Salam...

Lame betul tak buat salad buah2an... fevret hb & anak2ku ni...

Hari Isnin hari tu... lepas hantar anak2 p sekolah, aku singgah Checkers. Dah terbiase rasenya... walaupun dah pindah Puchong, tapi nak jugak p soping buah2an kat Checkers. Puas hati rasenye... walaupun nampak macam pasaraya (pasaraya kecil) tapi buahnya ade yg dah siap2 potong2. Bolehlah beli buah2 tu ikut bajet beg duit. Hehehe...

Saturday, October 24, 2009

Puding Roti Marble

Salam...

Dah agak lame gak rasenye tak buat puding roti marble ni. Resipi femes dari Hana yang berada di Jepun sane nunnnn... tq Hana...lame tak dengo kabo...moga sihat dan gembira walau berada di perantauan.

Buat ni untuk makan rewang2. Hari ni Kak Ham (akak yg selalu dok jagekan Mierza) buat kenduri tahlil untuk arwah suaminya yang telah pergi menghadap Ilahi seminggu sebelum Aidil Fitri yang lalu. Semoga roh arwah tenang di sisiNYA, amin...

Buat gabungan perisa coklat dan oren. Pastu sesaje pulak melorek atas bawah menimbulkan corak gitu... cantik le plak... ehhhhhh kite perasan ke? Ahahahaaa!!!

Monday, September 14, 2009

Serawa Mangga

Salam...

Serawa mangga... bila buat serawa mangga ni teringat kat arwah apak yang telah lama meninggalkan kami... sejak aku darjah 3... kerana kami belajar makan serawa ni daripada allahyarham. Dan secara tidak langsung tentulah teringatkan allahyarham emak yang juga gembar dengan serawa ni.

Al-Fatihah untuk arwah apak dan emak... semoga rohnya dicucuri rahmat... semoga ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman... amin...

Sedap makan serawa ni sejuk. Bukan letak air ketul, tapi simpan dalam peti ais jek... kuahnya daripada santan dan ditambah sedikit gula dan garam mengikut sukat tekak sendiri... panaskan atas api kecil seketika untuk mengelakkan serawa lekas basi. Kemudian tambahkan saja hirisan halus mangga. Siap....!

Tuesday, August 25, 2009

Rich Chocolate Puding

Salam...

Diam2 dah hari ke 4 kite berpuasa... alhamdulillah... kami sekeluarga dapat menjalani ibadah ini dengan baik. Hari pertama puasa, anak sulong aku si Boy tak puasa. Hari ke 2 sampai hari ni, alhamdulillah... even semalam mamanya terlajak tidur sampai tak bersahur kami, tapi Boy gigih menghabiskan puasanya. Syabas, anakku! Dan yang paling penting, walau pun tak bersahur, aktifnye tetappppp membuatkan darah mama mendidih marahkannya. Adoiiilaaaa anak...! Betul2 menguji kesabaran...

Buat Rich Choc Puding ni... actually bukanlah kali pertama. Cuma pada pertama kali tu macam tak besh jek. Lembik... kene makan dalam mangkuk tu jugak. Bila lembik sangat, anak2 pun tak berape suke. Sudahnya 'pom' masuk tong... ish...

Tapi yang ni alhamdulillah... tak lembik sangat. Bolehlah dipegang dengan tangan. Tapi masa nak keluarkan dari acuan, memang agak payah sikit. Kene jolok sikit dengan hujung sudu supaya dia renggang dan ketuk2 keluar dari acuannya tuh... huhuhuuu tu yang nampak macam cacat sikit satu penjuru puding tu... ke... ada cara lain untuk keluarkan dari acuannye tanpa mencacatkan rupa puding tu... habaq sikit kawan2...
Bahan-bahan
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 1/2 sudu teh garam
  • 4 1/4 cawan air
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 3 sudu besar butter
  • 1 paket serbuk agar2 (10-11gm)
Cara-cara
  1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
  2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
  3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
  4. psssttt! ni akak tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)