Rakan2 Yang Dihargai...

Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Wednesday, May 8, 2013

ReSePi KeK PiSaNG



bengkang ubi kayu resepi MamaSaraNur...dah byk kali fiza buat...sedapppp...

Assalamualaikum….hari ni fiza nak tayang gambar kek pisang yg fiza buat pd hari mengundi yg lepaih…saja buat kenduri untuk petugas2 PRU13  di Bayan Lepas N38…buat kerana Allah….lagi pun pisang yg mentua fiza bg banyak sgt sampai x tahu nak buat apa ngan pisang ni….kalau belah utara panggil pisang masam…tapi yg peliknya pisang tu x masam pun manis ja…ntah la sbb apa org panggil pisang masam…=)




Masa hari mengundi tu suami fiza ada menolong petugas2 di N38 Bayan Lepas....suami fiza orang Bayan Lepas…fiza pun saja la buat makan2… sengaja nak habiskan pisang yg mentua fiza bg…fiza buat 4 biji kek pisang…sedap…lemak2 gitu…alhamdulillah semua habih…ada yg bungkus bawa balik…wah…rasa seronok sgt…he he he…yer la kat umah fiza ni kurang sikit peminat apam2 n kek2 ni…tapi kalau cis kek ke moist coklat kek ke mmg laju ja….memilih sungguh diaorg ni yer….

 mee goreng sikit utk makan pagi....

x mo la taip panjang2…meh kita belek2 resepi ni…nak kopi pes pun boleh…bg fiza resepi ni paling simple n senang nak buat….sbbnya fiza ni jenis manusia yg x suka buat benda2 yg renyah…atau kata lain menyusahkan…ha ha ha…pastu pulak bahan2nya senang nak cari kat dapur….so mai kita pakat2 salin resepinya…=)




Kek @ Apam Pisang Kukus

Resepi :- fiza-sham.blogspot.com
Sumber :- shw.ulampegaga /diana

Bahan-bahannya:-


  • 2 cawan tepung gandum
  • 8 biji pisang emas (sederhana besar)
  • 3/4 cawan mentega, dicairkan dan disejukkan (boleh digantikan dengan minyak) 
  • 4 biji telur 
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1 cawan gula 
  • secubit garam
Cara-caranya :-

1. Tepung gandum diayak dengan baking powder. Ketepikan.
2. Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam.
3. Pukul telur bersama gula, masukkan mentega cair/ minyak.
4. Kemudian masukkan tepung gaul rata dan kemudian tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Kukus selama 45 minit menggunakan api yang sederhana.

Nota: Kukusan hendaklah dipanaskan terlebih dahulu dan tutup kukusan perlu dibungkus dengan kain supaya wap tidak jatuh keatas permukaan kuih. Selamat mencuba ya kawan2...=)







Sunday, June 19, 2011

Cis Kek Simple Dan Apom Mekar Untuk Hari Guru

Sebenarnya cis kek ni fiza buat hari khamis yang lepas…untuk sambutan hari guru kat sekolah kak long…resepi dia simple sgt…terima kasih buat MAS dari ohresepi...senang nak buat…fiza buat cis kek ni sebijik dengan apom…boleh berbangga juga  la kali ni fiza buat apom mekar ni menjadi…mekar sejambak…he he he…selalunya fiza buat x mau mekar tapi kali ni mekar n cantik sekali…he he he…sodap…wah puji sendiri pulak…hurm apa pun terima kasih buat penyumbang resepi…mmg sodap n senang lah nak buat cis kek dan apom ni…Apom ni dah pernah buat…fiza letak juga lah resepinya kat sini k…so layanzzz….

Sumber :  Mas

Bahan2 =)

250g cream cheese
200cc/ml fresh cream/plain yogurt
2 sudu besar jus lemon
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
90g gula




Cara2nya =)
 
1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.


Cis kek yang simple...he he he 
Sumber : wan normaliza

Bahan-bahan =)
  • 250 gm gula
  • 2 biji telur
  • 200 ml susu cair
  • 300 gm tepung gandum
  • 1 sudu overlate
  • pewarna hijau atau merah
    

Cara-cara 

1.    pukul telur +gula hingga gebu.
2.    masukkan overlate susu cair dan tepung gandum dan esen vanila
3.    bahagi kepada 2 warna . kukus selama 7 minit

Selamat mencuba....


Wednesday, May 18, 2011

Moist Chocolate Cake

Semalam fiza buat moist chocolate cake…anak fiza yang kecik tu tanya la… “mommy buat kek tu untuk sapa” fiza cakap la “mommy buat untuk adik”…punyalah dia hepi gila…siap melompat lagi…saip cakap nak sambut besday adik…fiza cuma iakan jew…bukan apa x mau dia kacau fiza buat kek tu…ha ha ha…pastu dia sibuk cari lilin…nasib baik lilin berlambak masa sambut besday dia ngan kak long last year…hurm kami pun pakat la pi sambut kat rumah mentua fiza kat Bayan Lepas…siap suruh fiza nyanyi hepi besday lagi untuk dia…ha ha ha…hurm dah nama pun budak2kan layan jer la…so layanzzz….

Sampai bersembur air liur...ha ha ha



Tahun ni baby sambut besday awal…ha ha ha
 
 
 
Moist chocolate caake...sempoi...he  he he
 
 
 
Silalah jamu mata yer kengkawan...
 
 
 
Lepas ni sapa nak ode kol la...he he he
 
 
 
Dah makin kurang dah....
 
 
 







Friday, March 18, 2011

Kek Pisang...



Pisang yang mak bawa….

X planning pun nak buat kek pisang ni….sebenaqnya apam pisang…baru2 ni mak mai dari kampung…bawa pisang tapi x dak ada orang makan pun…dari biarkan  busuk baik aku buat apam pisang ni…first time buat Alhamdulillah menjadi…gembiranya dalam hati bila first time buat menjadi….he he he...so layanzzz..



Sebelum kena potong….



Tadaa…sesudah dipotong….sedap…lembut…gebu…