Showing posts with label Peribadi. Show all posts
Showing posts with label Peribadi. Show all posts

Tuesday, May 12, 2009

Kek untuk Ibu Tersayang


Untuk mak tersayang, jasamu akan dikenang sehingga ke akhir hayat. Bila ada banyak tempahan semperna hari Ibu, teringat lak mak kat kampung. Asyik buat kek untuk mak orang, mak aku kat kampung.. mcam mana lak.. Tak aci niee..Terus teringat kat Ana Sg. Dua..kebetulan lak Adik Pidi dari Alma nak balik Tikam Batu, suruh dia ambik kat Sg. Dua. Kek carrot walnut surelah sedap....Nanti Ah(nama manja niee)hi..hiii.. order lagi untuk Father's Day lak. Thanks Ana n Pidi..

Tuesday, February 3, 2009

JALAN-JALAN CARI MAKAN DI KL

Kali nie cerita bukan cerita kek.. Jalan-jalan cari makan di KL. Cuti masa CNY.My family semua berkumpul di rumah adik ja di KL. Kami 4 beradik je.. Aku, pidi , ja n Hani. Tinggal Hani je yg. lum kahwin. Bertolak dari Ipoh dalm kul 1 tgh. Singgah jap lunch kt. mee rebus ramli, tasek. Ingat nak ke BWY Puchong, tertinggal lak map kat rumah..main redah je.. sampai je kul 5 . kedai lak baru tutup.. Geramnya..Patah balik ke Shah Alam, ajak hubby pergi Bagus kt stadium tu. hujan lak punyalah lebat..nasib baik buka lagi n souffle cup pun ada .. tahun lepas ke sana tak ada lakk. Kali niee aku borong betoi-betoi..Geramm.Kt. Ipoh niee kejap ada kejap tak ada.. asyik habis stok je. Sampai rumah adik kt pukul 6.30 ptg.. Mak n Pidi pun dah sampai dari Sg. Petani. Malam tak ke mana. Makan kat rumah..

Wahh Ira, dikelilingi oleh hero-hero yang mancho..Posing kat rumah adik bersama kereta Impak Maksima.. kata Faris..

Nie gambar kat Sate Haji Samurie Bukit Tinggi. Ira bersama Faiz (anak Pidi) n Alia( anak Ja).

Hari Ahad pi Jusco kat Bukit Tinggi, shopping sikit n lunch kat sate haji samurie kat Bukit Tinggi. Masa nie mak n hero-hero tak ikut. My hubby lak gi KL ada keja sikit. Pukul 3 baru balik rumah..Rupa-rupa yg. kat rumah tunggu nak makan sekali..ehhhh.. Dinner lak makan Domino's piza.


Nie gambar mak n ayah. Pasangan yang romantik tau.. Siap pegang tangan lagi.. Jalan nak ke Aquaria. Sebenarnya mak dah tak larat nak jalan.ehhh..


Nie gambar kat Aquaria, my hubby n adik ku Pidi serta mak n ayah.

Hari Isnin pi Aquaria KLCC. ramainya orang...Lunch kat K**.Nanti kena kutuk..Tak sensitive langsung pasai boikot.. Lepas lunch terus balik, hubby tidur jap. Kul 5 ajak pi IKEA, tup-tup Ja kata malam nie nak makan kat Muara Tanjung Harapan.. Langsung tak jadi pi IKEA tak sempat. Mana boleh masuk IKEA 1 jam je..ehhh..Sampai kat Muara dalam kul 9 mlm, Orang punyalah ramai, ikan siakap pun dah habis.. Siap beratur lagi nak pilih ikan..Mesti taukeh niee untung puluh-puluh ribu satu malam. Kami je dah berapa??? Meja ada kot kat 60 meja. Tapi kali nie kurang sedap sikit la.. sebelum nie memang puas makan..

Nie gambar tengah tunggu makanan.. semua dah ngantukk. Bila makanan dah sampai.. langsung lupa nak snap. Yg. hujung baju kuning tu le adik ipar ku Man n sebelah tu adik ku Ja, sebelah Ja adik iparku Ida. Berhadapan ngan Ja , adikku yg. kecik Hani.Faham ke...ehhh.

Balik je terus Zzzzzz. Ngantuk n kekenyangan. Semua program n makan-makan di atas sponsor by Man Ja. Semoga dimurahi rezeki ,Amin... next time boleh belanja lagi..eehh.

Hari selasa, pagi terus bersiap-siap nak balik Ipoh. Pagi nie masak nasi lemak, sambal dibuat oleh mak. Seperti biasa, sedap hingga menjilat jari..ehh..Hajat nak ke IKEA tak tercapai gak, pidi nak balik awal. Kesian lak kat mak n ayah aku nak tunggu nanti. Tak pelah lain kali pergi..Selamat duit aku..ehhh. Cerita pasal duit.. duit yg. kena tipu hari tu pun dah dipulangkan semula. Alhamdullilah. Singgah kt Tapah jap, seperti biasa beli donut le... Terus ke mee rebus ramli bawa mak n adik makan kat sana. Pidi hantar mak, ayah n Hani ke rumah. Mak mertua dia orang Gopeng. So depa tidur rumah mak dia la.. mak n ayah dok rumah 2 hari. Malam lak bawa mak, ayah, hani n my cousin yg. kat ILP pi makan Chicken Chop kat Manjoi.. Chicken Chop kat sini memang sedap.... 2 hari kat rumah Hani lak yg. masak. Dia nie sebelum nie tak pandai masak. Kali nie tertipu aku, dia masak sambal udang. Aku kata mak yg. masak.. Orrait la tu.. dah pandai masak nampaknya..Cukuplah cerita ku kali niee. Nampaknya kena buat blog personal nie.. melalut jadinya..

Friday, December 26, 2008

AKU TERTIPU DI ALAM CYBER

Ketika ini aku masih di kg. Menziarahi ibu yg. kurang sihat. Tepat 10.00 malam tergerak hatiku untuk melihat email. Lantas mataku terlihat satu email dari ****bank dengan tajuk Security alert. 2 kali telah ku terima email seperti ini. Tanganku terus klick pada email tersebut, mataku terus melirik bait-bait ayat email itu. Walaupun dihati ada secalit kerisauan tapi tanganku terus mengikuti langkah demi satu langkah mengikuti arahan tersebut..Walaupun hatiku terasa was-was tapi bila dilihat website sama dng. asalnya terus aku mengikuti arahan tersebut.. Bila TAC diterima aku terus ke langkah seterusnya.. Selepas selesai , dalam 2 minit..telefonku berdering .. dengan perbualan begini.

Lady:cik , ada buat transtion ke tadi..

Aku:Jawab ku,, tak ada.

Lady:dari rekod cik ada membuat transtion sebanyak RM 1101.79.

Aku:Aku terkejut.. n terus ku nyatakan mengenai email yang kuterima dan apa yg. telah kulakukan..

Lady: Cik, pihak kami tidak pernah membuat apa-apa urusan melalui email ya.

Aku: Ahhh.. Terkedu aku dibuatnya..Nyata aku telah menjadi mangsa penipuan di alam siber.

Disini aku berikan email yg. diterima supaya kalian tidak tertipu sepertiku. Walaupun terbaca peringatan /sms dari pihak bank,, tapi bila terima email nyata aku tertewas di alam siber..Betapa pandainya manusia durjana itu. Pihak bank berjanji akan bank in semula duitku itu, dalam jangka masa min 7 hari @ tempoh yg. tidak diketahui..Tidak dapat dijanjikan..Kepalaku terus berpusinggg...duitku hilang dalam sekelip mata...Geramnya!!!!Esok aku ke balai polis pula.. Nie email yg.ku terima .JANGAN LOGIN YA!!! tu website tipu!!!!sebijik mcm asal..

Dear **** Bank customer,We are hereby notifying you that we've recently suffered a DDos-Attack on one of our's Internet Banking server. For security reasons you must complete the next steps to verify the integrity of your ****Clicks account. If you fail to complete the verification in the next 24 hours your account will be suspended.Here's how to get started:
1. Log in to ********** online account (click here).

2. You must request for TAC online via **********- your TAC will be sent via SMS to the mobile phone number you registered at the ATM. ( you can find the "request TAC" button in the left menu of your account )

3. Logout from your account and close the browser.

4. When you have received the TAC (Transaction Authorization Code) on your mobile phone, go to our secured verification server and submit the requested information(Account user ID, password and TAC).CLICK HERE to go on our secured server.

5. Please allow 48 hours for processing.Please comply and thanks for understanding.

2008 **** BankNote: Please do not reply to this email. This mailbox is not monitored and you will not receive a response

Nie websitenya:
https://www.*********.com.my/wps/portal/!ut/p/c0/04_SB8K8xLLM9MSSzPy8xBz9QJ_89Mw8_YJ0RUUAk9OZqw!!/

sepatutnya http://www.*********.com.my/ TNP ADA SEBARANG NOMBOR /HURUF SELEPAS URL.

Aku berterima kasih pd. pegawai bank tersebut kerana dengan kepantasannya mengesan transation yg. dibuat.. Kalau tak ...lesap semua gajiku.....Semoga ini dapat dijadikan pengajaran untuk diriku dan panduan untuk kalian.. HATI-HATI DENGAN URUSAN BANK ON-LINE DI ALAM CYBER!!!!! PIHAK BANK TIDAK AKAN BERURUSAN MELALUI EMAIL/SMS/PHONE. Walaupun berulang kali aku terbaca peringatan ini tapi ku tertipu jua...

Friday, December 5, 2008

CUTI

Saya bercuti mulai 3/12 - 10/12. Balik kg. di Tikam Batu, Sg. Petani. Tak dapat nak on-line. kalau ada apa-apa sms/call. Gerammmnya.. dah daftar broadband celcom..kena reject pasal gambar IC gelap sgt..Memang IC gambarnya gelap.. macam org. bangla.. tapi sebenarnya orgnya putih tau...eehh..Nak buat lain malas la pula.. Terpaksalah tunggu selepas balik bercuti hantar balik IC ..

Balik bercuti awal sebab sunatkan faris..Depa nie sunat 4 org. sekali.la niee dok tergantung kat rumah.. Aman dunia.. kalau tak tuknya pening tengok gelagat cucunya..Hari nie dah 3 hari.. Memang melucukan bila tengok depa bersunat ramai-ramai niee...Macam-macam halll..Ehh..Nanti kita cerita..kelakar sangat..