Showing posts with label Kelas Basic Cupcakes. Show all posts
Showing posts with label Kelas Basic Cupcakes. Show all posts

Monday, October 19, 2009

Kelas Basic Cupcakes Anjuran PKNP



Kelas Basic Cupcakes Anjuran PKNP, dijalankan di PPTC pada bulan puasa tempoh hari. Nielah hasil deco dari peserta. Kelas dijalankan secara hands-on, bermula dari timbang bahan-bahan , bakar hinggalah ke mendeko cupcakes. Peserta akan mendeko di atas board sehinggalah berpuas hati dengan hasil masing-masing , kemudian barulah dilakukan di atas cupcake. Semua begitu kreatif dan teliti dalam menyiapkan deco masing-masing. Syabas diucapkan!!


Begitu khusyuk peserta menyiapkan cupcakes masing-masing.

Sebelum mendeko, peserta akan ditunjukkan teknik-teknik mendeko.

Friday, October 9, 2009

KELAS BASIC CUPCAKES -OGOS


Kelas bulan Ogos (betul ke..hii) lupa sangat, Semuanya begitu tekun mendeko, diam je masing-masingg. tengoklah kat meja tu.. Hiii. Nie lah hasil keja depa.


KELAS BASIC CUPCAKES -JULAI


Kelas basic cupcakes niee rasanya dalam bulan Julai, Ita dan 3 sahabat cikgu Niza, Ros n Ana.. Bestnya dapat teman yang sealiran yang minat bidang yg. sama. Kelas start pukul 2pm - 5.30pm. Pecah rekod tau..kelas yg. paling cepat habis.. Kiranya depa niee best student la..Hiii.. Sekali tunjuk je terus dapat...Tahniah. Nie la hasil-hasil dekonya.. Dah tak ingat sapa yg. punya.








Wednesday, May 13, 2009

Kelas Basic Cupcakes di Ipoh - 10/5



Kelas basic cupcakes di feenacakes pada 10/5. Ada 3 peserta dari kiri Lia, Ida dan Ziana.



Nie hasil deco lia, bukan 12 biji lagi dahh.. lebih feena kasi.. Kelas mula dari pukul 11.15 hingga 4.30 ptg. Lia memang mengambil tempahan kek,brownies n muffin. Seronok kan bila jumpa kawan-kawan yang sama bidang.. macam-macam cerita. Lia nie dari tahun lepas lagi minta feena buat kelas. Akhirnya dapat gak attend. Seronok lia dapat mengikuti kelas niee. Siap pesan kalau ada kelas lain nak join lagi.


Nie Ida dan hasil cc yang Ida deco.. kemas dan pendiam orangnya..Dia datang berdua dengan Lia.

Nie Ziana dari Taman Chemor Indah. Mula-mula kelas Ziana dah frust, asyik tak jadi je deco dia.. Feena lak yang mana tak cantik suruh buat sampai cantik..Hi..hi.. sorry ya semua.. Tak puas hati kalau anak murid tak dapat apa yang kita ajar..suruh buat kat atas board sampai jadi.. Bila tengok depa yang lain dah 6 biji cc dah siap deco , dia baru 3 biji lagilah dia mengelabah.. Lepas lunch baru deco Ziana menjadi..Baru dia boleh tersenyum... Kalau tak jadi gakk.. dia kena tahan .. tak boleh balik.. buat sampai jadi...Hii..hii.. At last dia boleh siapkan juga dalam pukul 4 tu.. Mula-mula memang macam tu.. Selalu kita buat cantiklah deco tu..

Feena akan pastikan setiap yang datang ke kelas dari tak tahu apa-apa , habis kelas boleh tersenyum puas dengan hasil deco masing-masing. Kalau berminat, boleh hubungi feena. Untuk hari Ahad nie 17/5 - masih ada kekosongan.

Friday, May 1, 2009

Kelas Basic Cupcakes (Ipoh)-1/5



Kelas dijalankan pada hari nie 1/5 seramai 2 org. Satu pengajaran yang sangat berharga kerana mudah mempercayai orang.. Mulai hari nie sesiapa yang berminat untuk mengikuti kelas kena jelaskan deposit 1 hari sebelum tarikh kelas dijalankan. Harap Maklum.
Dihadiri oleh Yang Nazhatul dari Menglembu dan Ila dari Manjoi. Yang nie pegawai bank, dah tak nak pandang belakang dah lepas niee katanya. Cantik dan kemas kerjanya..Macam-macam kursus dia nak pi lepas niee.. Berderet beb...Semangat dia, yang tak tahannya dia nak pi kursus Kak Mas Delight di Ampang ,KL hari ahad nie...Feena lak dari tahun lepas lagi teringin nak pi kelas kak Mas.. still tak pi lagi. Harap-harap 27/6 kelas Kak Mas di Ipoh akan menjadi kenyataan. Kak Mas akan datang ke rumah Feena pada 27/6 (Ahad) untuk kelas Cake dan biskut. Berminat, sila beri nama ya..Nanti feena akan buat pamplet untuk jenis-jenis biskut dan cake yang akan diajar.

Ila seorg. suri rumah. Juga tak pernah pegang nozel tapi sangat berminat nak berlajar deco niee. Yang penting ada minat, pasti boleh punya.. Tak percaya tengok lah deco depa, yang tak pernah pernah pegang nozel boleh deco..lepas nie gi beli nozel .tanya je auntie kat kedai ws tu..jng segan..dia tak marah walaupun berla... sikit. Kenapa ya kedai bakery kat Ipoh niee eksyen semacam je.??? Lepas nie masing-masing dah ada perancangan nak buat cc untuk anak kasi kat cikgu semperna Hari Guru nanti.


Mula-mula feena akan ajar deco atas board, buatlah sampai puas hati deco tu,, lepas tu baru deco kat atas cupcakes. Untuk yang berminat kelas seterusnya pada 9/5 (Sabtu).
Habis kelas dapat sms dari Yang, katanya:mak mertua Yang, yg. x pernah suka kek suka sgt. kek feena. Hubby pun cakap sedap..
Yang bestnya Hubby dia pernah jadi Chef kat Hotel Istana. Tu yg. mahal tu bila chef kata sedap..ehh..Tqvm Yang.

Sunday, April 26, 2009

Kelas Basic Cupcakes (Ipoh)


Kelas basic cupcakes pada 26/4. Bermula dari pukul 11.00 am hingga 4.30 pm dengan 3 orang student , Kak Laily, Eyta n Lia. Eyta n Lia dah lama minta feena buat kelas nie, dari tahun lepas lagi... sabar dia org. menunggu. Lia pula mcm tahu-tahu je, ada sms kat dia pasal nak buat kelas last week tapi katanya dia tak terima lak. Tup-tup tergerak dia nak call feena pagi tadi dalam pukul 9 am. Terus dia datang, rajin Lia nie ..kiranya nie first time dia main dengan buttercream niee.. Lepas nie boleh ambik tempahan lia.. Nie cc yang Lia buat. Wah !!Lia, boleh jadi model cupcakes akak niee.eeehh..


Kak Laily lak memang ambik tempahan , dah biasa gak ngan buttercream niie, cuma nak berlajar teknik deco je,,cantik deco nya.. siap free hand gambar girl tu..siap buat bunga rose lagi.. tapi dicampur lak ngan bunga lain, tak sempat nak suruh letak kat cc lain. Bunga ros nie tak masuk dalam silibus, nama pun basic Cup cakes,, tapi kak laily minta tunjukkan, so tunjuk la juga.. Student lain takut nak cuba.eeehhh.

Eyta nie jauh gak datang dari Batu Gajah, walaupun jauh dia paling awal datang. Dia dah biasa main dengan buttercream nie tapi cuma berlajar dari internet je. Lepas diajar teknik-teknik deco, terus masing-masing dengan idea sendiri make-over cc.


Nie gambar masa lepa cc tu , sampai berdiri depa nak kasi cc tu licinnn..eeeehh. Licin, jng. tak licin...Kak Laily cool je..eehh. Sambil buat kerja masing-masing dok pot-pet..eehh..best kan dok cerita pasai dunia bakery niee. Mula-mula tu, malu je kan masa mula-mula jumpa..lepas datang Lia baru rancak depa .lepas tu dah tak le nak stop.eehh..Habis kelas 4.30 ptg. minum n borak lagi...lama gak husband masing-masing dok tunggu dalam kereta tu...Lia nie kawan my hubby, masa buat space kat UTM, rumah dia dekat sini je..peramah n mesra orang nya..

Alamak lupa la pula.. ada sorang lagi student, lewat sgt. dia mai. Dah habis kelas baru sibuk nak berlajar. Niee dia, special sikit tau..ira namanya, baru 5 tahun .. tapi ada talent la juga.eehh.. tak taulah bunga apa dia buat..habis jahanam cc.. sapa nak makan niee...suruh makan tak nak la pula..Setiap kali ada tempahan, mesti kena kasi satu kat dia, nak deco juga..Eeehhh..Layannn..


Untuk kelas seterusnya akan dibuat pada 1/5 (jumaat). Walaupun baru first time pegang nozel, habis kelas pasti dah boleh deco CC. Balik rumah, practise selalu..Teknik dah dapat, cuma kreativiti bergantung kepada individu untuk design cupcakes yang cun. Berminat hubungi feena, tel 019-5596869, email:rfina8@yahoo.com

Wednesday, April 15, 2009

Kelas Basic Cupcakes di Ipoh

Berminat?? Untuk tidak menghampakan kawan-kawan yang berminat dalam membuat cupcakes, feenacakes akan menganjurkan kelas basic cupcakes di Taman Meru 2B. Modul kursus:-

* Membancuh adunan kek
* Membuat buttercream
* Deco menggunakan buttercream, ganache dan piping jelly.
* 12 jenis deco/design yang akan ditunjukkan.
* Dapat bawa balik 12 biji cc- solo cup size M yang telah dideco sendiri.

Cadangan tarikh:
6/6/2010

Masa: 2.00 ptg hingga 6.00 (hingga selesai)
Minum petang disediakan.
Bayaran: Rm 120.00
1 sesi - maksima 5 org je..
- minimum 2 org.
Berminat sms/call: 019-5596869
email: feenacakes@yahoo.com
Bayaran deposit boleh dibuat diakaun Maybank: (untuk pengesahan tempat)
Name : Rufina binti Abdul Raof
Maybank Acc:162021005455