radar

Showing posts with label KEK. Show all posts
Showing posts with label KEK. Show all posts

Sunday, December 18, 2016

Kek coklat cheese berhantu


KEK CHOCOLATE MOIST ANIS

1 cawan susu cair / fresh milk / UHT Whipping Cream
1 cawan minyak jagung / minyak masak
1 cawan susu pekat manis
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula halus / gula castor

2 biji telur Gred A

Telur di pukul dengan wisk
Ketepikan

1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam

Satukan semua bahan kering dan ayak
Ketepikan

* Jika kek ini hendak di bakar sebaiknya gunakan UHT Whipping Cream untuk dapatkan kek yang lebih moist. Bakar dengan kaedah steam bath untuk dapatkan kek yang lembab

* Jika kek ini hendak di kukus sebaiknya gunakan fresh milk atau susu cair.

Satukan susu, minyak jagung, susu pekat, serbuk koko dan gula halus ke dalam periuk dan masak atas dapur dengan api yang perlahan hingga gula larut.

Kemudian masukkan telur yang telah di pukul terlebih dahulu dan masak sebentar atas api yang sangat perlahan. Sekejap aje..

Akhir sekali masukkan campuran tepung yang telah di ayak
Masak sebentar sambil di kacau rata dengan api yang sagat perlahan. Sekejap aje...
tutup api.

Sediakan bekas aluminium atau bekas yang tahan untuk di kukus ~ ( jika kek di kukus ) atau sediakan loyang  ~ jika kek di bakar

Susun bekal aluminium dalam kukus
Tuangkan adunan 1/2 daripada bekas
Kukus dalam kukusan yang telah didih airnya selama 30 ~ 45 minit atau sehingga masak

Jika bakar, gunakan suhu 170C. Bakar secara steam bath selama 45 minit atau sehingga kek masak sempurna

Sementara kita tunggu kek kita masak, kita sediakan krim cheese

Thursday, December 15, 2016

Kek pelangi

Kek dah siap potong supaya wafiy senang nak makan.

Dah banyak kali wafiy minta supaya mama dia buat kek.."acu suka kek, mama buat la"
Dia....kalau nampak mama keluarkan alat nak buat kek bukan main seronok...sebab raya haji lepas dia yang tolong pukul mentega sebab masa tu mixer dah rosak...dia dan acik la yang tolong adunkan......bukan main seronoknya dia...stat dari tulah dia suka kalau mama dh stat keluarkan alatan ni semua...

So mama decide nak buat kek pelangi utk dia sebab raya puasa lepas pi rumah sedara beraya, sakan sungguh dia makan kek tu..mata mengantuk nak tidur tapi mulut mengunyah sakan..
Haaa..tu dia

RESEPI KEK PELANGI

bahan-bahan

300g tepung gandum
2camt serbuk penaik
300g marjerin
250g gula halus
6 biji telur 
1@2 camt. esen vanila
sedikit pewarna...merah n hijau(boleh gunakan warna yang disukai)

Kaedah membuat
1.Alas dan gris acuan kek.panaskan ketuhar pada suhu 180C
2.penyediaan adunan :
a. Marjerin dan gula diputar sehingga kembang dan putih.
b. Masukkan campuran telur sedikit demi sedikit, kemudian putar.
c. masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kaup balikkan aduanan sehingga sebati.
d. bahagikan adunan kepada 3 bahagian.bahagian pertama diwarnakan merah.bahagian kedua diwarnakan hijau dan bahagian ke3 dikekalkan warna adunan.
e. masukkan adunan bahagian pertama, diikuti bahagian kedua dan bahagian ke3 ke dlm acuan kek
3. bakar adunan dalam ketuhar selama 40-50 minit.
4. angkat dan sejukkan.
5. hidangkan.
Ini dalam loyang 4 segi saiz besar,jadinya kek tu tak nampak penuh

Sunday, July 10, 2016

BROWNIES

Bahan utk double boil
90g mentega/  1/2 cawan
40g serbuk koko / 4 camb
200g - 350g coklat kompaun...dss guna 250g

Bahan utk diputar
130g gula kastor / 1 cawan
2 biji telur
1camt esen vanilla

90g tepung gandum/ 1 cwn + 1camt serbuk penaik

Hiasan
Hirisan badam

Cara
1.siapkan double boil
2.siapkan bahan putar/ kacau jee..just bg sebAti n gula larut
3.masukkan coklat dan tepung secara berselang-seli  sehingga adunan sebati.
4. Tulang dlm loyang saiz 7'/ 8'
5. Tabur hiasan kacang diatasnya
6.bakar suhu 170...masa 20-25 minit

Tuesday, November 10, 2015

Kek snow chez

Seronok....pagi ni dengar sebutir2..acu cakap patah perkataan.."ma jom tun bawah..".sebenarnya banyak lagi yang dia dh pandai ckp..cuma xsompek nk update semua tu...acu dah 1 thn 11bln pada 3.11.2015 aritu. Gigi diapun dah penuh bila masuk umur tu..sblm ni gigi bawah dia dua batang je..masuk bulan 11 ni..berlumba2 gigi dia tumbuh.

Diapun macam acik cepat ckp..dan bila ckp, ckp terus..tapi acu memang suka tiru orang cakap,even acik jerit..diapun dah tiru..tang tu yg tak seronoknya..

Yg best kalau ajar dia baca ayat quran dia memang ikut..makna kata dia ni suka belajar..harap2 apa yg aku perhatikan ni..akan berterusan..lain plak dgn acik bila cakap pasal sekolah dia xsuka..katanya acik baby lagi..x nak sekolah..aduyaii susah la camni..

Cuti deepavali..5 hari..semalam dah p bukit merah..hari ni buat kek plak.

Dua hari lepas pun buat kek ni juga..tapi ntah camna aku buat water bath tu bubuh air panas siap2...jadinya kt bahagian bawah kek dah bantat. Tak ttau la kepala otak aku ni ke mana..yg pasti ni la hasilnya kalau bdn dah letih.
Tapi satu lagi bila dah berumur ni ...cepat la pelupa..masa suruh angah angkat barang kluar  kereta,ambil h.pon. bagi kat mama..aku boleh tanya mana handphone mama...padahal dia dah bg kat mama.
Ni masalah pelupa ke, @@ kurang fokus...???
@@@ terlalu banyak benda nak kena fikir.
Harap2 Allah berikanlah aku ni kesihatan yang baik dari segala segi....aamiin..

Tuesday, July 14, 2015

Kek lapis oreo

KEK LAPIS OREO

Sumber: http://rozzan.blogspot.com/2009/11/kek-lapis-oreo.html?m=1

Bahan-Bahan

10 biji telur (saiz besar)
500 gm mentega
200 gm gula halus
300 gm susu manis
100 gm keju cheddar, diparut (optional)
50 gm horlicks
50 gm santan serbuk (peket)
100 gm biskut Marie (ditumbuk halus)
180 gm tpg Hong Kong
1 sudu teh serbuk vanilli
1 sudu teh pes pandan (optional)
secukup biskut Oreo (dibuang krimnya)
pewarna hijau dan merah

Cara:

1) Pukul mentega, gula dan vanilli sehingga kembang.

2) Masukkan pula telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan sebati.

3) Kemudian perlahankan kelajuan mixer dan masukkan susu manis. Pukul terus.

4) Seterusnya, perlahankan kelajuan mixer ke paras minimum dan masukkan tepung Hong Kong, serbuk biskut Marie, horlicks dan santan serbuk. Pukul sebentar sekedar utk meratakan adunan.

5) Bahagi adunan kepada 3 bahagian:

a) 1 bahagian dibubuh pewarna hijau & pes pandan (optional)
b) 1 bahagian dibubuh pewarna merah
c) 1 bahagian dibiarkan plain (warna asal)

6) Sediakan loyang persegi empat berukuran 8" x 8" yg telah dialaskan dgn kertas tracing dan digriskan pada dasar dan kelilingnya. Suhu oven sekitar 180 -200 darjah Celsius.

7) Ambil 2 senduk (bumbung) adunan berwarna hijau dan bakar lapisan pertama dgn api atas bawah sehingga masak (kira-kira 6-8 minit).

8) Seterusnya, tukarkan suhu oven kpd api atas jer (grill). Kemudian, ambil 2 senduk (bumbung) adunan berwarna merah dan bubuh di atas lapisan pertama tadi dan tabur kan sedikit keju parut. Bakar hingga masak (kira-kira 5-7 minit)

9) Selepas itu, ambil 2 senduk (bumbung) adunan plain dan bubuh ke atas lapisan merah tadi dan susun pula biskut oreo di permukaannya. Banyak sikitnya biskut, terserah kpd anda seperti contoh di bawah ni.

10 ) Bakarlah sehingga adunan selesai.

Nota:

1) Anda boleh gunakan apa jua warna yg anda sukai.
2) Anda boleh tiadakan keju parut atau pes pandan jika anda tidak menggemarinya.
3) Anda boleh gunakan sepenuhnya 100 gm horlicks jika anad tidak menggemari santan serbuk.

Saturday, August 9, 2014

Kek red velvet


Assalamualaikum....selamat hari raya....dan selamat menunaikan  ibadah puasa  dibulan syawal.

Lama dah x buat kek. Buat ni pun sebab kena paksa  denga Harith.

Buat kali ni dpt 4 tingkat xmacam haritu. Boleh tegok kat sini http://farnas7661.blogspot.com/2012/12/kek-baldu-merah-aka-rvc.html?m=1. Tapi hiasannya xda..mtopping semata2..n itupun cukup2 makan je toppingnya. Nk buat hiasbungapun xcukup. 1 hal lagi memang xdan..maka jd la kek ala kadar je sebab babypun dah nangis2...


RED VELVET CAKE
Sumber 1: Nina Suria@Mon
Sumber 2: Kzai@Teratakimpian

5 biji telur gred B......DSS 4 biji je
250 gram mentega beku tanpa garam
*3 cawan tepung naik sendiri
*3 sudu makan koko Vochelle...
2 cawan gula kastor....len kali DSS nak kurangkan...manis bangat...
4 sudu makan pewarna Red Bright - DSS 2 sudu
1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh
1 sudu teh garam- 
1 sudu makan bicarbonate of soda 
1 sudu makan cuka makanNOTA:
Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan

CARA-CARA:
1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.
5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan bicarbonate of soda/baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.

NOTA: Gunakan dua biji dulang pembakar bulat bersaiz 8". Sejukkan kek kemudian barulah dipotong dua untuk mendapat empat lapisan.- 

Ha...topping pun ikut dan...

Sunday, May 26, 2013

MARBLE CHEESE BROWNIES CHACOLATE CAKE


Resipi ni  diambil dari Badrul (pel tingkatan 2) kat sekolah aku. Pelajar ni mmg expert bab masak memasak.
Dia selalu dihantar maknya pergi berkursus  membuat kek, roti dan sbgnya... Jadi aku amik peluang untuk  mendapatkan resipi ni daripada dia.... Thanks Badrul...


BAHAN2
Bahan 1
3 biji telur  **
150g gula( 1 1/2 cawan) **pukul kembang

bahan 2
 90g serbuk koko (1 cawan tp x penuh sgt)**
250g mentega farmcow -cairkan** gaulkan

bahan 3
1 cawan susu cair

bahan 4
160g tepung gandum/ 1 1/2 cawan **
1 sudu teh soda**
1 sudu teh baking** ayak

Topping
250g krim cheese *pukul kembang
1 cawan gula
1 biji telur (Gred B)


Cara
1.Panaskan oven pada suhu 175C
2.Sediakan bahan 1, masukkan B2, B3 dan bahan 4
3.Bakar kek selama 15 minit
4.letakkan topping terus. Hiaskan dengan coklat cair
5.Bakar lagi  10 minit.
tengah panas terus potong, tu sebab chez nya xbpa kemas....


Monday, March 25, 2013

KEK GULA HANGUS


Assalamualaikum...
Salam cuti sekolah.....Lega rasanya bila tiba hari cuti.. Boleh releasekan stress...
Dah lama tak buat kek...
Jadi pilihan kek yang seterusnya ialah kek gula hangus..Kek ni biasa dibuat mak DSS masa zaman kecik2 DSS. DSS pun nak cuba. Mak DSS buat yang biasa je rupanya tak macam yang orang selalu buat ...rupanya bersarang tu....Tapi bila makan jenis yang bersarang tu rasa cam makan kek plastik plak....hehe...ikut tekak masing2 la...
Untuk mendapatkan jenis yang bersarang tu, kena perap lama sikit dalam 1/2 -1 jam gitu.... tapi malas la nak tunggu lama2, DSS terus bako je....
Specialnya bila bersarang tu rupanya pun cantikkan...ikut la tahap kesabaran  orang yang buat tu...



Kek Gula Hangus
Resipi : Kak Anymz - MyKitchen
Di olah : Che CT


Bahan gula hangus :
1 cawan gula pasir 
1 cawan air panas 

Cara membuatnya :

1 cawan gula pasir dijadikan gula hangus dengan api kecil. Bila gula cair sepenuhnya barulah masukkan 1 cawan air panas kedalam gula hangus tadi bermula dari tepi periuk. Hati2 dengan gula yang panas sewaktu masukkan air kerana gula akan meletup2 dan terpercik.

Bahan Kek :
1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
4 biji telur 
3 sudu besar butter
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat

1camt esen vanilla....DSS tambah
Cara membuatnya :

1. Alas loyang atau acuan dengan kertas minyak dan glis dengan butter - ketepikan.
2. Pukul butter dengan telur hingga sebati. Tak perlu pukul hingga kembang, cukup dipukul hingga adunan sebati saja.
3. Masukkan susu pekat manis dan masukkan juga gula hangus tadi. kacau hingga sebati.
4. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat yang telah diayak bersama. Dan kacau lagi hingga adunan rata. Perapkan sebentar dalam 10 minit.DSS tengok resipi lain adunannya diperap 1/2- 1 jam untuk mendapatkan rupanya yang bersarang.
5. Tuang dalam loyang dan bakar pada suhu 170'C selama lebih kurang 45minit hingga 1 jam atau boleh uji kek dengan mencucuk lidi sate, bila ditarik keluar lidinya bersih tandanya kek sudah masak.

Tuesday, January 29, 2013

SNOW CHEESE CAKE

sepotong kek untuk dingap dipagi hari.....sejuk masuk ke tekak...nyum...nyum

Salam. sejahtera semua...cheese.....mulakan hari dengan senyuman..
hajat tercapai nak makan cheese cake...Asalnya nak buat pakai kek span je...Alih2 bila tengok blog hanamemories yang sedang menayangkan cheesekeknya...tak jadi buat kek span.Ambik terus resipi hanamemories yang guna cheddar cheese (slice) sebagai bahan kek...Jadinya topping dan kek semuanya ada unsur cheese.....emmm...enak tak terkata...satu hari je dah licin...Pemangsanya yang utama adalah tuan yang buat kek ni...Alang2 kalsium terkurang dalam badan, maka kubedal cheescake ni sesedap hati...

Terima kasih untuk hanamemories...untuk resipinya yang istimewa...sebab tak penah lagi jumpa cheese cake pakai cheese slices. Hasilnya bila kita makan tak lah terlalu muak... toche...toche..
rupa dimalam hari pas parut cheese.aku guna resipi


RESEPI SNOW CHEESE CAKE
Deli sweetsour guna adunan yang banyak

Bahan-bahan
Untuk Kek
  • 4 keping slice cheese - 6 keping  DSS pakai 5 je
  • 170ml susu segar - 250ml
  • 70g butter - 100g
  • 80g gula halus -100g
  • 80g tepung gandum ayak (hana buat 10g tpg SRF, 70g tepung superfine) - 110g
  • 4 biji telur - 6 biji
  • 1sk esen vanila
Untuk Topping
  • 250g cream cheese philadelphia (satu ketul)
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1/2 ketul keju cheddar kraf - parut

Cara-cara
  • Untuk Kek - Siat2kan slice cheese dan masukkan ke dalam periuk, Masukkan sekali susu segar. Kacau hingga cheese cair kemudian masukkan butter. Matikan api. (tak perlu hingga mendidih). Sejukkan.
  • Asingkan putih dan kuning telur. Pukul putih telur dan gula hingga bertanduk (terbalikkan tak jatuh).
  • Kemudian pukul kuning telur dan esen vanila lebih kurang satu-dua minit dengan kelajuan sederhana. 
  • Masukkan campuran susu segar, butter dan slice cheese tadi.  Kacau menggunakan whisk.
  • Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati.
  • Ambil 1/3 drpd putih telur dan kaup balikkan ke dalam adunan kuning telur. Kemudian campurkan baki adunan putih telur sedikit demi sedikit. Kaup balik sebati. (jgn over.. adunan agak ringan dan pekat)
  • Griss loyang dengan butter dan ratakan tepung supaya tidak melekat. (boleh juga alas dgn baking paper)
  • Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar secara waterbath. (letak air di dalam dulang pembakar.. contoh lihat dibawah)
  • Bakar suhu 160 api atas bawah selama 50min-1jam (Bergantung kepanasan oven masing2). Uji kek sebelum keluarkan dr oven.
  • Sejukkan dahulu kek kemudian potong tengah dua bahagian.(hana potong guna pisau pemotong roti)
  • Untuk Topping - Pukul cream cheese dan susu pekat hingga sebati. Sapukan ke atas kek dan taburkan dengan parutan keju cheddar. Sejukkan dahulu dalam peti kemudian potong dan hidangkan.
rupa dipagi hari...bawak kluaq dr esbok

YeYe.... mama sempat rakamkan gelagat anak2 mama sebelum nak g sekolah...

kakak ain,,,,pagi2 dah makan cheese cake...dasyatnyer....
kakaklah peminat kek mama...
sedapkan....kongsi2 dengan ayah...


ni la kerja harith,,, dah siap  semua, masih nak tido lg...ggrrr...ni yang buat mama asyik  lambat  punchcard....

si tomei mama, khalish paling semangat nak p sekolah , Abg irfan pakai stokin dia pun nk gak...

sempat main2 lagi...jom2 nak g maktiah...

Saturday, January 5, 2013

kek coklat indulgence 2013

Kek Pertama tahun 2013



Resipi ni diambil  dari akak (kakchah) yang  berkursus dgan chef (yang pernah bekerja di Sec Recipe)....wow...kira dah terbongkar la resipinye...


Jom kita try...


Bahan-bahan (kek):


CHOCOLATE CHIFFON

BAHAN A
30GM SERBUK KOKO (LARUTKAN DGN 120ML AIR SUAM)
4 BIJI KUNING TELUR (TELUR DIASING PUTIH DAN KUNING)
100GM GULA KASTOR
130GM TEPUNG NAIK SENDIRI
1/2 TSP BAKING POWDER
1/2 TSP SODA BICARBONATE
60ML MENTEGA (DICAIRKAN)/MINYAK JAGUNG
1 TSP ESEN VANILA

BAHAN B
4 BIJI PUTIH TELUR
60GM GULA KASTOR
1/4 TSP CREAM OF TARTAR (DSS tak buh)

CARA-CARA
1. PANASKAN OVEN PADA SUHU 180C. SATUKAN BAHAN A DAN PUKUL HINGGA KEMBANG MENGGUNAKAN HIGH SPEED.
2. DI DALAM MANGKUK LAIN PUKUL BAHAN B (PUTIH TELUR) HINGGA KENTAL GUNA HIGH SPEED.
3. SATUKAN BAHAN A KE DALAM BAHAN B SECARA KAUP BALIK. TUANG KE DALAM LOYANG 9" DAN BAKAR SELAMA 40 MINIT ATAU HINGGA MASAK.
4. ANGKAT DARI LOYANG DAN TELENGKUPKAN KEK DI ATAS REDAI BIARKAN BET
                               



Bahan-bahan white choc filling:

100g compund white chocolate (Chef Khairi menggunakan brand Collata, saya gunakan brand Berry's)
150g butter
2 biji telur gred A (saya cuma gunakan 2 egg yolk saja)
100g gula halus
250g non dairy whipping cream (Chef Khairi gunakan brand Anchor, saya gunakan brand Rich)

Cara-cara:
  • Cairkan coklat secara double boiler dan ketepikan. 
  • Pukul whipping cream hingga kembang. Pastikan whipping cream TIDAK mencapai suhu bilik semasa diputar. Jangan terlebih pukul kerana suhu whipping cream yang semakin menurun, akan menyebabkan  ianya overmixed dan akan menjadi berketul. 
  • Pukul telur dengan butter hingga kembang. Masukkan kuning telur dan pukul lagi. Masukkan coklat dan kacau sebati.  Akhir sekali masukkan whipping cream dan kacau rata.


Bahan-bahan untuk dark chocolate filling:


100g compund dark chocolate (Chef Khairi menggunakan brand Collata, saya gunakan brand Berry's)
150g butter
2 biji telur gred A (saya cuma gunakan 2 egg yolk saja)
100g gula halus
250g non dairy whipping cream (Chef Khairi gunakan brand Anchor, saya gunakan brand Rich)

Caranya sama dengan kaedah penyediaan white chocolate filling.


Bahan-bahan untuk ganache:

300g dark chocolate (Jika tidak menggunakan chocolate coins, pastikan coklat dipotong kecil untuk memudahkan ia larut dengan cepat)
300g non dairy whipping cream
25g butter

Cara-cara:

  • Masak whipping cream hingga timbul buih-buih kecil. 
  • Masukkan butter kacau perlahan. 
  • Masukkan chocolate dan kacau hingga tiada lagi ketulan coklat dan coklat telah mencair sepenuhnya. 


Cara untuk assemble kek:

  • Potong kek menjadi 4 keping. 
  • Letak sekeping kek di atas kek plate. Sapukan white choc filling, anggaran 1/2 daripada adunan. Ratakan. Letak lagi sekeping kek dan sapu pula dengan dark chocolate filling. Ulang hingga lapisan kek habis dan sapukan kek dengan baki dark chocolate  filling. Sejukkan dalam peti ais hingga betul-betul set sebelum dicurahkan dengan ganache.
  • Kek-white choc-kek-dark choc-kek-white choc-kek-dark choc-ganache. Siap!

nota DSS
* Ganache dituang ketika sudah sejuk....simpan sat dalam peti sejukpun takpe supaya dia likat..bila  dituang atas kek ganache digunakan sebaiknya( sebab kurang meleleh ke pinggiran kek....ceh...ayat ! yang akhirnya  menyebabkan pembaziran ...

Bersiap untuk dipotong pada tarikh di atas......

harith yang nak sangat hias kek ni dengan coklat....konon2 macam main game tu....

kek yang penuh dengan limpahan coklat  & salutan kasih sayang

comotnyer meja aku...

tu...dia !
* LEN KALI ...nak buat choc filling (mousse) guna separuh adunan resipi...sudah memadai. Yang DSS buat ni, DSS scoop keluarkan sebanyak 2cawan mousse (tak pakai untuk disapu pada kek.....kan dah membazir...!!!)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List