Showing posts with label veges. Show all posts
Showing posts with label veges. Show all posts

Saturday, September 1, 2018

Bila ke Pasar pada Hari Merdeka

Happy Indepence Day Malaysia 😍😍...
Yes...I know...
It was yesterday...
But still in the celebration mode kan

So what did I do on the public holiday?
No Not balik kampung after one week leaves 😅😅😅😅

First I went to Bank Islam
To transfer and withdraw money
Since, the market is very near
So I just went there even though not in my plan 😅...

I bought these for RM9.90...



Very expensive huh
The RM9 is for petai which is not in the picture.

Agak2 nak masak apa dengan bahan gini?


Then I went to Maybank to deposit cash.
Yelah...mana tak kalut
Loan instalment+unit trust payment around RM3k
Tapi duit dlm akaun less than that 😅...
Pulak tu ada hati nak beli Lofar Bag 😉😉😉

On my way home I bought nasi lemak sotong


Rasanya biasa je but I guess harga berpatutan
RM8.50 for nasi lemak sotong+telur mata
+ bungkus rendang ayam seketul...

Bila dah kenyang makan....
Hmm...rehat sakan sampai ke malam 😊


Sunday, November 13, 2016

Acik pi pasar

Amboi tajuk kemain lagi ko 😅😅😅
Disebabkan acik ada sedikit insaf
Maka acik pi morning walk dulu
Then nyinggah pi beli brekky

Nasi kerabu and gulai ikan tongkol


Then off I went to the market

Untuk orang malas masak ni je I beli




Kejap je lebih RM40 melayang
Nasi kerabu RM7...memang mahal
Tempeh and veges RM11
Petai RM3
Tempoyak RM3
Cili api RM1
Terung kg RM2
Buah mangga RM8.00
Epal RM4.40
Dokong RM3

Balik ...makan dulu
Clean the fridge
Kemas dapur
Sapu porch
handwash my clothes 2 longgok
Sempat terlelap gak tu 😅😅😅


Monday, November 24, 2014

Sebungkus RM3.50 je

Jom lunch ....

Macam tak percaya je harga nasi campur ni...ikan dan 2 sayur.




Kenyang perut, suka hati
Kena fokus kerja selepas ni :)))
Tapi mata minta dikatupi



Wednesday, January 9, 2013

Tekak besar si orang sakit

Huish semalam di OZ, mesti ramai yang mengeluh di sana sini. Aku keluar pi uni around 4.30pm. Keluar je rumah terasa sangat udara panas membahang, walaupun langit berawan....


Sungguh ramai orang bersidai tepi pantai, selain lelaki yang berlenggeng dan wanita yang memakai pakaian seminimum mungkin berjalan ke sana ke mari.

Sampai ofis...manalah ada aircond kan. Bangunan lama kan...so pasang kipas laju gilerlah. tak cukup dengan itu, my opismate pun pasg mini cooler. At one time, I told my opismate rasa nak pakai bra aje hahhahha............Balik lebihkurang 10pm pun rasa panas membahang. Jenguk ke laut ramai orang dok berendam dalam rock pool ni...


Dah tengah malam pun panas lagi. Inilah kali pertama I buka tingkap memalam buta dan siap pasang kipas lagi. Konon pagi tadi bangun 3am, nak pulun buat kerja. Tapi pi buat benda ngarut. Then 6.30am baru belek thesis....Tapi biasalah terlelap, Sedar-sedar dah 7.45 hehehhe. Semalam punyalah panas, harini dingin je tergigil2 ditiup angin waktu tengahari semasa tunggu bas. Oz weather...we can't complain ;)

Owh...nak cerita pasal foodkan, tapi intro takde kaitan lansung hahhahah. Hah! nilah antara menu orang sakit. Either masak, leftover food, instant food atau beli

Egg noodle and bbq chicken


instant mashed potato, leftover peanut sauce+taupok+chicken liver n pedal


Sticky chicken wings+mixed beans salad+kale+boncocini


leftover Sup daging+instant mashed potato+rojak buah...


Murtabak sardin

Thai food

Baked chicken+mixed bean salad+stir fried kale


Opps...macam tak sakit je kan ;)))

Hari jumaat lepas teringat sangat nak makan ikan dan nasi goreng Thai. Tapi beras kan dah habis. Belek purse, sekali lagi duit ada AUD15...:(. Terpandang pulak AUD10 atas rak buku. Balancenya korek2 la plastik duit syiling. Alhamdulillah tertunai hasrat tekak hehehhe.....

Macam biasa, mesti ada orang menyibuk :P. Kalau I beli takeway food, ada je la yang tak kena. Ni I order yg free delivery pun pepaham je la...."Eh! mahalkan.". "EH! bukan ke minimum order for delivery AUD40". Hello! yang ko tengok tu entah mana-mana katalog. Kenalah pandai cari harga termurah, food yang best dan yg pasti HALAL....I bukan membazir ya atau belanja boros. Lagipun, I boleh makan ikan dan nasi tuh banyak kali...YA! ENAM KALI TAU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!  Yang egg noodle tu harga aud12.50 kot, tapi I boleh makan EMPAT kali ya. Sometimes orang ni tak sedar, walaupun dia jarang beli take away food, tapi dia beli bahan yang mahal takpun menggunakan sesetengah bahan dengan banyak. Contohnya sayur brocolini yg aud2.98 secekak kecil je tuh..yg hanya boleh dimakan satu atau dua kali sahaja. Lepas tu, bila beli barang banyak sangat, sampai tak nampak...at last buang je sayur/buah yang dah layu/busuk. Sekali masak, habis sebijik bawang besar...kalau masak sambal ok jugaklah nak guna bawang banyak tuh. Kalau dia makan di Fishmarket, sensorang je sekali makan boleh habis nearly or more than AUD35.  I habis aud13 je hehhehe....Tapi duit dia, lantak dialah kan....Tapi yg dia dok nyibuk dengan apa I belanja, apahal............


Monday, December 10, 2012

Cucur jagung kuah kacang

Petang semalam, tak tahu nak masak apa. Tetiba teringat ada frozen corn and peanut sauce. Apalagi buatlah cucur jagung yang nipis, garing dan rangup dan reheat kuah kacang yg masin pekat tuh heheheh


Harini pulak punyalah malas nak masak. Tapi lapar hehehhe.  Hmm...I have defrosted the fish fillet. kuah gulai ikan masin haritu ada lagi. Lebihan petai pun ada. Campurkan sahaja ketiga-tiga bahan tuh dalm periuk. Tak sampai 10min , dah masak hehehhe...Makan dengan sambal udang dalam botol tuh...........


For dinner nak makan apa pulak. Nasi dah habis, tong beras pun dah kosong :(. Tak tertelan di tekak nak makan roti memalam. Hmm...fish n chips sounds good for this cool windy weather. Sampai 7pm, alamak kedai dah tutup. So, instead of hanya menapak 400m, kenalah menapak 1km mencari something crunchy.......tak dapat ikan..aym pun jadilah hehhehe. Sekarang tengah bloated. Padan muka.

Last week pun mode memasak ke laut. Tapi bila stress mesti nak makan. Konon nak buat sambal daging, tiba-tiba jadi black pepper beef hehhehe. Cepat dan sedap :)


Makan pulak dengan leftover sambal cili api terung udang kering pedas berapi, menu sebelumnya :).


Rasa macam lama tak membebelkan. Kalau pasal thesis dah buhsan kan ;))). Ni pasal teguran orang yang tidak bertempat. Tak kisahlah niat baik sekalipun, tapi perlukah mengaibkan rakan sendiri?

Baru-baru ini saya terbaca dalam satu blog, penulisnya berpeluang untuk bercuti ke Benua Eropah. Tiba-tiba ada pulak rakan FBnya yang komen bila pulak nak pi Mekah. Plan orangkan. Mana kita tahu dia dah pi ke cuma tak warwarkan, ataupun sebenarnya sedang dalam perancangan. Yang tukang komen tu dah pi ke?

Satu lagi bila ada rakan berkongsi cerita pasal anaknya yang membaca English story book dalam FB. Ada pulak yang komen, sebaiknya bagi budak tu baca Malay or srikandi Islam story books. Manalah kita tahu depa tak baca buku cerita Melayu dll. Kalau jati diri kuat, baca apa pun takkan terjejas la. Kalau rasa baik sangat, awatlah tak tegur dalam private message dari mengaibkan rakan sebegitu rupa. Macamlah dia tak pandai didik anak. Tak terfikirkah yang komen itu mungkin dibaca juga oleh datuk dan nenek budak tuh. Kawan saya bertindak bijak apabila tidak membalas komen itu. Saya pulak yang meroyan kat sini hahhahah.

Whatever it is..don't judge the book by its cover dan jangan pandai-pandai membuat assumption. Dulu semasa di USM. Ada rakan saya berambut perang dan semestinya bergayalah kan. Orang dok kata dia warnakan rambut, padahal itu memang rambut asli dia, bertukar warna coz rosak. Sedih bila saya jalan bersamanya, ada pelajar lelaki jerit2 panggil dia bohsia. Sungguhpun penampilannya begitu, dia begitu menjaga solatnya. Rakan yang lain pula...dia jalan berlenggang, tangan dihayun lembut....Ya dia lelaki. Baru-baru ini semasa di surau, saya terkejut mendengar dia menjadi imam solat.


Tuesday, November 6, 2012

Tersekat di tekak, tersumbat di perut dengat makanan German

Our German housemate cooked lunch for us last Sunday. It was meant as farewell lunch for the Filipino who will go back to Philippines next 2 weeks and kinda like her turn to cook too since the first time we had lunch together was prepared by kanda and me during Eidul fitr and the second time was prepared by the Filipino. She cooked Goulash, German special dish and Knodel which she just called as dumpling.


She used the instant powder posted by her mum for that goulash and she made that easy peasy dumpling from scratch. She just mixed shredded bread, milk, egg, chopped parsley, onion and salt and pepper for seasoning, make into balls shape and boil it and once cooked, the balls will float hehhee.

How the goulash taste like?
It taste like beef stew with paprika.
Did I like it?
Hmm....how to say it..well I can eat it but I didn't really like it. In fact, I was struggling to finish it. I don't want to hurt the german feeling that was why I forced myself to chew and swallow it.  At one time, it seems stucked at my throat and I felt like to vomit...but of course I try to control it. It was a blessing in disguise when my laundry was done that the machine produced beepin sound so that I managed to escape to the toilet for less than 1 min to at least to burp while turned the machine off hahhahah. The german said that she was suprised that I can finish it. I think she knew that I didn't really like it. Actually it was not really about the taste, maybe because it was a big portion or I still full since I just had breakfast at 10am. Hahahha not only me, kanda also struggling to finish it.

Owh...actually kanda also cooked laksam. She said that it was requested by the Filipino.  She seems a lil bit offended since I didn't eat her laksam during lunch. But, I was really really full. But of course I ate her laksam during dinner. Ok here is the complete dish.......



owh that salad was prepared by the American. Guess what, we even had dessert....


not one, but two..............


See how beautiful the Iranian present this ice cream. A drizzle of honey and a sprinkle of ground coffee were perfect combo to transform that plain milky ice cream taste good.......She even made cinnamon tea for us after that. Owh that cranberries Jello was prepared by the American, the cake was bought by the Filipino..I think heee....

Me? I prepared nothing...I just washed half of the dirty dishes hehehe.........

Since, I was bloating with the food I planned to take a walk at the beach in the evening. Suddenly my friend called me and told that he was waiting for the bus to go to the beach. As I suspected, he need to get away from the work and to get fresh air too. I think we got the same sympthom last week, kinda like we are too worried about the work that our mind drifted away from our body. He said that a friend suggested to take B complex vitamin.Yeah! I remember that my indo x-housemate who is the dietician suggested to take that supplement before. My friend shared the knowledge that he got from watching video in youtube. How to be calm..and keep on track again...For example sleep after isyak prayer and of course wake up before fajr.

We just had fun walking, talking and taking picture too....






Owh...i even jumped too.............


Hahahha...buruk bebeno bila makcik melompat....gaya kepit hahhahah...........Dahlah tak tinggi tak sampai pun one feet, kena ulang banyak kali....sesudahnya hari senin, makcik sakit lutut hahahha..........

Owh matahari terbenam wajarlah pulang


Today dah siap lunch


and dah siap one blog entry maka wajarlah ke uni hehheh.......

Saturday, November 3, 2012

Apa yang berbau sedap

Pagi semalam selepas memasak,


tiba-tiba my  Lesbi American housemate bertanya
What you just made?
It smells good

Tidakkah anda tertanya-tanya apa yang sedap baunya itu?????
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.

.




jap ya
.
..
.
.
.

.
.
.
so annoying ek kena scroll down :P
.
..
.
.
.
.
.
.

.
.
.

.

Nampak?


La kobis goreng telor ajor hahahhahahhahah.

Katanya :
It reminds me of food in chinese takeway in my hometown.....

 Hmmm...setakat kobis goreng je pun dah sedap bau ek, belum lagi I masak rendang ke, sambal goreng jawa ke hahahha.......Hmm...tapi camno ek...semuanya berminyak ma....Kalau setakat tengok ayam goreng pun dah groase katanya....OZ bbq pun dok ewww....greasy and oily katanya. Yelah orang yang kononnya live with healthy lifetyle...eat healty food an exercise regularlykan, mana nak makan masakan kita yg berminyak dan berlemak hahhaha...tapi jadi lesbi boleh pulak...healthy sangatlah tu....Eh ada kaitan ke hahahahha...So kerana not so healthy foodlah, maka tak kuasa I nak offer my kobis goreng to her, lagipun tidaklah pernah dia offer her food such as pizza mahupun pinwheels yang dia buat melainkan secebis/secubit bread crumbs hahhaha............

Anyway nilah my lunch pack with sayur kobis yang berbau sedap selain sambal udang kering dan serunding ikan :)


Setakat kobis goreng pun nak tunjuk ek. Buat malu je kan :P...Dan segala benda nak cerita ek. Well, perlu ke di explain, it is not about the food, it is about the story behind it. So, bila kembali ke Malaysia nanti...bolehlah I mengimbau kembali kenangan di bumi kangaroo denagn membaca catatan ini ;)

Semalam pi uni, konon nak jumpa spv,takde pulak...Tengok dari jauh, pintu bilik dia tutup. Kalau dia ada biasanya, pintu terbuka. Sebelum ketuk better pi check pigeon hole kot dia dah ambil draft yang I hantar semalam...huhhu tak ambil. maknanya tak datang uni lah tu. Nyesal betul tak hantar email the day before kata nak jumpa.

Then bila nak baiki certain result in my thesis. I tak jumpa filenya huhhu..punyalah banyak file, I tak ingat yg mana. Akhirnya jumpa gak. Tapi ntah kenapa...otak rasa tepu. End up borak dengan opismate pasal lagulah...Dia tak suka Indonesian Islamic singer, dia lebih suka Raihan. Tapi bertudung labuh/bulat pun dia minat Bon JOvi, Gun n Roses and Scorpion hehe. . Lepas tu kami sesame dengar lagu Gone with the wind  Wind of change by Scorpion.....For me the rhythm of this song is so touching. Dia sukakan lyrics pulak...So, I pun carilah video with lyrics...............
             August summer night.......................
Then terpandang lagu Gun n Roses on the side list.....
            November rain................
Shall we make our own song....
            November sometimes cool spring sometimes hot summer..............
Yelah my tragedy october dah berlalukan hehhehe....how time flies so fast...................
        
Then kami borak pasal kuih pulak dari kuih seri muka ke kuih bakar. Masa kami dok tengok bahan kek lumut dayang jack, dia tanya apa seri kaya. Di Indo dipanggil sari kaya. Kalau seri kaya tu buah la....custard apple

click image for source

Pernahlah nampak kat woolies, I tengok macam durian belanda=sour sop je hahahhaa... Alamak mengidam pulak soursop ice blended....

Lepas asar pi city, pi asian groceries store, membeli junk food lah. Then ngidam nak makan benda crispy and crunchy...either nak beli pakora or pi beli ayam goreng. tetiba teringat satu kedai baru yg ada logo halal-macam kedai lebanese. Lagipun last 2 weeks pernah nampak perempuan bertudung parking nearby that shop dan masuk kesitu bawa telekung, mungkin wife to the owner. Anyway, bila masuk macam menu ada..sanger=sandwich, slouva, ada bangin' burger..musykil apa dia..tanyalah...katanya ada beef patties, egg, cheese, lettuce, onion and tomato. Walaupun ada logo halal diluar, I tetap tanya is it halal. Of courselah halal katanya. Tetiba dia kata he will put bacon. pastinya i terkejut...dan caakp No. He seems serious, tak tahu sama ada dia gurau atau cakap betul. yelah based on my observation CERTAIN muslim kat sini bukan boleh dipercayai, lagi-lagi those with thick OZ slang. Haritu masa I beli chips di satu kedai halal ni orang tu tanya nak chicken salt or plain salt. Bila I tanya chicken salt tu halal ke tidak, dia tak tahu. Dia tanya a guy there, pun macam tak tahu. Malas nak tunggu, I cakap guna je la plain salt. Tetiba another staff yang bertudung cakap, I am sure it is halal, many muslim eat that. After all it is derived from chicken stock not chicken. Fenin kapla I...bukan chicken stock tu datang dari chicken ke............

Anyway, berbalik kepada banging' burger ni, tetiba the owner tunjuk kat menu...owh turkey bacon...chet..malu I dengan customer yg lain hahahha...Tau apa dia cakap
 who do you think I am. I'm a muslim too......... 

Nilah my bangin' burger set


 Patutnya kalau ada turkey bacon, harga bertambah sikit. Tapi dia tak charge pun hahahha...alhamdulillah rezeki..



owh yang bagusnya, bila ada customer bawak bawak masuk their own alcoholic drink, dia tak benarkan pun........

Balik rumah, memang pulun makanlah kan heheh...Wah macam tak percaya setelah hampir 2 minggu surfing the internet looking for Aku terima nikahnya fullmovie..akhirnya ketemu jua. Rupanya dah 6 hari diupload. Macam biasa...I selalu have high expectation based on film review, sekali bila dapat macam biasa2 aje...tapi at least better than Untuk 3 hari movie...Biasa-biasa je pun, I tetap ada drama air mata gak ahhahah............

Psst..punyalah I kemarok nak tengok whales, tapi asyik ada halangan ke waterfront/beach. Last week, my friend saw it several times in one day grrrrrrrr. sesudahnya malam tadi I mimpikan whales berlompatan depan mata hahahhaha........


Friday, October 19, 2012

Doa Ikan paus dan karipap yang dilupakan

Last nite, I couldn't believe my ears when my german housemate told her swedish friend that she saw whales on Wednesday. Then when the guy went back to his house, I asked the german whether what I heard was true. Yes, she saw not one but three whales swimming and jumping nearby the light house while she was jogging at the beach at around 6.30pm. Guess what actually at 5.45pm I was on my way to the bus stop nearby the beach. Suddenly my friend called me and he said that he is on the way to the beach and ask me to join him for cofee. So while waiting for him, I did look and enjoy the sea view.

 

In fact later we walked to the cafe nearby that light house, unfortunately we were unaware of  the whales. Back in 2009, my friend saw a whale too and later last year another friend saw it. Of course I have seen whale before during my trip to Jervis bay on 2009,


but I never seen it here at the sea nearby our house.

This morning the german told me whether I read her message. I didn't notice that earlier. Here's her message
"I jus heard on the radio that there are wales again at the harbour. So maybe you can see some if you go down later on. Fingers crossed"

While I was waiting for the bus to uni around 12pm, I kept on looking at the sea. Unfortunately I just saw the blue sea. Then later I planned to go home early and stop by at woolies and walk to the lite house hopefully by 6pm. Unfortunately, I was to busy with the meeting with spv, modifying my Higher Degree Research report, preparing the acknowledgement section as well as making correction certain part of Chapter I of my thesis. I only left uni at 6.15pm. By the time I walked out from woolies it is already 7pm, just 14 minutes before maghrib prayer time. So, I just straight away went home. The moment I entered my house, the german said
"Don't tell me you didn't go to the beach. I saw several whales from the balcony of my swedish friend apartment"

Begitulahkan, belum tiba masanya untuk saya melihat whales di sini. Orang lain tak sampai setahun di sini, dah nampak whales beberapa kali. I have been here for more than 3 years but never get the chance to see any of it. My Philippines housemate wonder why saya begitu bersungguh nak tengok whales since I dah pernah tengok di Jervis Bay. Well, it is not about the whales actually but about seeing it here nearby our house. Apa yang saya pasti Allah telah makbulkan doa saya. Sebelum tido malam tadi saya berdoa supaya whales muncul lagi. Cuma saya tidak terfikir untuk berdoa lebih spesifik supaya whales muncul lagi dan saya dapat saksikan, selain dapat potretkan momen indah itu. Teringat last 2 months, saya ada terbaca satu blog ini pasal doa yang spesifik. Contoh, doa murahkan rezeki tu seeloknya spesifik, hatta mendapat sebatang pen pun rezeki juga.

Anyway last nite saya buat karipap. Segan pulak nak memasaknya before maghrib. Ketika sibuk meyiapkan bahan-bahan, tiba-tiba the german ada tetamu dan mereka lepak di meja makan. Only nearly 9pm I came down, berkurun nak kasi rencah kari betul2 masak. Whatever it is saya habis menguli dan letak filing by 12.15pm. Memang dah ngantuk sangat, sambil ada sikit rasa bengang pada si german, kerana dia saya lewat. Pagi ini punyalah semangat menggoreng untuk bekal makan tengahari, alih2 saya terlupa nak membawanya untuk di share with my Indo office mate :(. So, dah sampai uni kenalah beli food ni from turkish/lebanese stall, aud7.50 for 3 small pieces of drumstick and veges. Sedap campuran mushroom and bell pepper, but the pumpkin is too sweet for me.


Hah nilah karipapyang dilupakan tuh


Karipap gini pun nak tunjukkan, buat malu ek :P. Whateverlah, janji ada catatan pasal my learning process in making curry puff.

Abaikan yang hangus tuh. Tapi lihat pada kelimnya. Still tak kemas but for me ada improvement dari segi teknik dan kelancaran proses kelim. Kini jari tembam saya tidak lagi lenguh ;). Tak sia-sia saya dok mengadap video youtube hehehhe. Kalau nak tahu teknik kelim tuh, carilah je lah in my previous entry.

Psst..ni lah my tomyam kong for lunch yesterday, curah je lah perencah segera then eat it with padthai hehhehe..............


Malam tadikan sebelum tidur saya sempat buka Fb melihat gambar my nephew and nieces yang ditag oleh my SIL. Rasa sebak sangat. Sebaik sahaja meletakkan kepala di atas bantal, terus rasa sayu dan rindu yang teramat pada anak-anak saudara saya. Tak pasal2 mengalir air mata. In fact while typing this paragraph tak semena-mena terasa dada bagai dicucuk-cucuk dan sekali lagi air mataku tumpah :(. Tak sabarnyalah nak habiskan perjuangan saya di bumi kangaroo dan kembali ke tanahair memeluk dan mengucup kanak-kanak comel itu........