Showing posts with label My jajan. Show all posts
Showing posts with label My jajan. Show all posts

Wednesday, October 10, 2012

Seaweed+coke=diarhea

Hmm..I dah tau punca kenapa I got diarrhea haritu. On early morning of friday last week I got diarrhea again. Puncanya kerana formula kat atas tuh. So, padanlah muka diarrhea due to junk food


Tu tengok tu my junk food store for thesis writing hahaha,  ada seaweed,coke, asam, coklat, sour squirm and chips hehehe. So, Padanlah muka. Orang seronok tidur, I kat toilet at 2am.

Tapi kena stay up lah kan, bukannya pasal diarhea tu. Tapi of course  I dok pulun menyiapkan abstract dan summary. Memula plan nak siapkan abstract dulu, baru type summary. Tapi bila rujuk thesis seniors, macam depa lagi banyak explanation in summary compared to abstract. So, abstract yg I dah siapkan hari rabu kot, rasanya perlu diubah menjadi summary :(. Actually tak tambah banyak pun dalam abstract tu. It more like combination of abstract for my four papers. So jika content abstract dah tukar jadi summary, apa yang perlu ditulis jadi abstract. Uwaa.....memang kena tulis banyaklah. kekejap tengok new summary tuh. Mana boleh samakan, redundant pulak. Tu pun kejap I rasa ayat tu sesuai kat abstrak, kejap I rasa ada ayat sesuai kat summary. Sampai naik keliru pulak antara summary dan abstrak. Dah tak larat sangat 4am i tidur. Luckily boleh bangun before 8am. Kalut dok siapkan abstract tuh. 9.40 dah siap kot. Alhamdulillah. Tapi perut still rasa tak selesa. So hantar email kat spv, cakap tak boleh jumpa. So hantar abstract and summary online. Tapi bagitau jugak dia yg kalau I ok, before 1 pm i akan hantar printed version of the whole thesis. Then I godek dok menambah sikit pasal history of one of the structure that I investigated. after 11, macam ok. Sempat lagi lunch nasi goreng tomyam, cooked on thursday nite.


Senang je, tumis hirisan thai hot fish cake, masukkan nasi, taburlah perencah adabi, kacau, then masukkan udang dan sayur hehehhe............EH! entah2 diarhea pasal perencah tu expiredkan. Hmm...tapi ni lepas tu saya ok je maksudnya bukan pasal nasi tu la kan.

Anyway, saya berjaya hantar printed version kat spv just few minutes after 1pm. Ingatkan dia takde, ketuk2 tak berjawab. Bila I cuba masukkan kertas bawah pintu, dia suruh masuk. La, she was having her lunch. rasa guilty sangat. Macam i ikut time I, bukan ikut time spv. Guess what dia kata dia dah semak my abstract dan letak dalam pigeoon hole. Lagilah saya rasa bersalah. Dahlah dia tu busy. Haritu out of office for two weeks dengan conference dan juga ada bengkel in Melbourne. Then hari jumaat petang tu dia ada colloqium, tapi pagi dia masih sempat check my work. So bila dah dapat ambil my stuff dari pigeon hole, I pun baikilah abstract dan summary tuh. of course banyak correction for abstractlah kan hahahha. Dah siap, at 2.45pm I hantar kat x-spv in Adelaide.

Owh lupa, my officemate cerita her spv nak jadi first author for all her papers. terukkan...alasannya coz her idea dan dia buat banyak corrections selain my friend's english is not good. Actually tak banyak pun ubah suai. Padahal, native speaker kat sini yang check her writing told my friend that her writing is good.   Dia boleh kata "I'm reluctant to let you as as first author". In fact she tried to make excuse that other student also become the second author. yeap, other students who are under her and her husband supervision only. Not those who are under other supervisors. I ni semua my papers, I'm the first author tau. Ingat dulu, masa memula tulis paper I letak nama my then spv, now x-spv as first author. Dia kata my name should be the first since I do the work. So, you see, kesian kawan I. Walaupun dia cakap sponsor dia meletakkan syarat dia as first author, spv dia tetap tak berubah fikiran. Then, both of them just keep quiet for 5 minutes. Kita yang dengar pun sakit hati, inikan pulak if we are in her shoes. Hmm...so berhati-hatilah ya...dengan spv dari negara Asia tuttttttt yg mempunyai Australia citizenship. Tapi tulah bila fikir balik mungkin lecturer tu perlukan student for her career. No wonderlah sekarang dia hanya ada my friend sorang tu je as phd student dan her brilliant student lari ke UTS dan dah published two papers with his name as the first authors. Kalau my x-spv tu mungkin dia tak kisah coz dia dah profesor and melambak papers, selain orang british ni integriti dia lain sikit kot.

Teringat last month, my spv nak present my paper yg kena reject tuh. I tak kisah pun. coz i pun takde masa, hati dan perasan nak present dalam waktu critical ni. Dia siap cakap she'll will put my name. Kalau dia letak as second author pun I redha coz dia banyak support I selain banyak bersabar dengan karenah I yg slow buat kerja nih.

Hari Sabtu pepagi tuh my x-spv replied my email and attached 5 pages of my chapter 1 that he has read and checked.  Ayo yo..almost very single sentence ada red marked. Selain diubah struktur ayat, I belajar satu perkara iaitu better guna plural instead of singular. Dan I berjaya submit pagi Isnin minggu ni. Then, my spv email suruh jumpa dia on Tuesday. Malam tu I susah betul nak tidur gara-gara sakit perut. Aduhhh.......rasanya angin. Pasai apa ye...no coke, maybe due to this....tapi gambar lama lah


 Tulah pasai, asal nak jumpa spv je sakit perut isk isk isk..........Anyway, semalam larat jugak I went to see her. Adalah beberapa beberapa perkara yang kami bincang. Macam tak percaya bila dia suruh I buat something. Mixed feeling between excited and worried...semoga dipermudahkan. Anyway, masih lagi kena buat banyak beberapa corrections terutamanya to make my thesis looks neater and consistent, selain menanti semakan from my x-spv. Tapi punyalah bengang, rupanya I tak lupa nak copy latest writing in my pen drive. So, kena balik awal la. Itulah haritu ada orang dah ajar how to link my office desktop tu my lappy at home, I tak buat. So padanlah muka kan. Anyway, on the way balik, I singgah fruit market membeli fruit selain sayurlah. Hmm...balik rumah, i tengok tempat sayur yang cinonit tuh, dah ada orang lain letak bunch of salad selain harituh dah ada letak several lemons and orange. Bayangkan small space for 3 people...owh ni gambar lama ya sebelum Iranian pindah masuk


Yang tempat besar tu kanda and American yang conquer. Bila haritu Iranian letak buah kot kat tempat tu kanda bebel. Kalau kat freezer, pun depa conquer. Ni gambar masa Iranian tu belum pindah masuk


Actually yang upper rack rendah sikit, selain kurang sikit kelebarannya. Bila yang atas dikuasai oleh American, so Iranian takde tempat. Dia adakalanya letak jugak kat bawah, depan tempat kanda. Marahlah kanda. Tu I cakap dengan kanda, susunlah barang dia yg banyak tu memanjang ke depan, instead of guna space si german tuh. So, takdelah orang nak guna her front space. Yang peliknya, si german tu tak kisah sesiapa nak guna space dia, yang kanda bising kenapa pulakkan. Dia pun guna space german tuh. Selalu bebel dengan I, dan I selalu cakap benda yang sama. Dia memang dari sebelum Iranian sampai dia dah cakap kat American tuh, tu clear the upper middle space. Tapi pepaham je lah American yang buat2 tak faham tuh, senag cakap self fish. Tapi bila jumpa Iranian tuh dia hanya suruh guna space atas. Tapi manalah minah tu nak letak barang American tuh. Lagipun dah kat bawah, ada ruang, y not dia gunakan. Yang bengangnya, kanda depan Iranian tu kononnya doesn't mind she moved her stuff or used her space. Tapi bila orang tu blah, boleh pulak dia bebel orang tu tak fikir space masa beli roti banyak2.....grrrrrrrrrrrrrrrrrrr.

Ni sat gi nak kemas meja, key in my budget, susun material for my thesis. Tadi my Philippines hmate baru balik shopping, dia borong banyak perfumes...rasanya dekat 10 bottles. Free gift pun dasyat dapat banyak you. Hmmm...I memang kena pi city petang ni, bakal terjebakkah????

Friday, April 23, 2010

Penangan katak merah LG-salam dua benua

Katak oh katak
kenapa ko panggil hujan
Macam mana aku tak panggil
ular nak makan aku
ular nak makan aku

ular oh ular
kenapa ko makan katak,
macam mana aku tak makan
itu memang makanan aku
katak merah lak tuh...

tak kisah la, ular ke katak ke
dua-dua aku ngap...
macam mana aku tak makan,
itu penangan tayangan katak merah LG-salam dua benua hahaha....

hahaha..cam bebudak je kan pi makan benda ni.
Biasalah teringin coz selalu nampak bebudak makan.....

Monday, April 5, 2010

cuti2 good friday+easter .....

Sebelum cite aktiviti cecuti ni..tengok dulu apa dah jadi selasa lepas.....

Pelik betulla my sliding windows, camna air hujan boleh masuk ni waktu tengah malam ni.
Tu baru hujan lebat yg sekejap tuh, kalau lama mau basah lencun karpet....lengkap lak peta dunia nanti kat karpet tuh. hehe bebel kat blog je kan, pi lah report kan accomodation department kan....

Hari Rabu lepas, once again I ordered nasi lemak yg sungguh yummy


Punyalah banyak, but I managed to finish it except the sambal of course. Memang senak giler perut haha...Pulak tu ngan tak sedar dirinya, petang tuh pi makan coklat pulak.


sukalah cekelat ni , ada kelapa hehe...tulah bounty yg berkelapa pun i likeeeeeeeeeeeee!!!!

Malam tuh pi masak mee goreng pulak. Lately, memang asyik nak makan je. Selain stress...dah mula masuk autumn, selalu hujan pulak tu ada dingin sikitlah. Tu yg perut asyik berdisko je hahaha...Bila sejuk ni, tidur pun dah pakai stokin ngan quilt. Tapi tulah quilt tuh last year tersalah beli cover, suppose beli yang size double tapi terbeli queen...sesudahnya besarlah sarungnya, terpaksalah staple kan hahaha...dasar pemalaskan, bukannya nak jahitkan. Mana larat nak jahit tangan, panjang wo...Tapi cam tak best pulakkan, so on thursday I went to buy the new quilt cover and cushion cover
hehe baru tau namanya european pillow case. Actually the big throw cushion/european pillow adalah hasil peninggalan kengkawan yg dah balik malaysia for good. Togel je cushion tu, tu yg kena cari cover tuh hehe. Inilah hasil shopping itew ...


Macam matching pulakkan...stripes n more stripes. Susah nak cari yang paling berkenan di hati n paling murah. So, at last beli la color yang buruk dull
ni. Tu lah yg cantik, mahal giler. Tak tau nape, sometimes my taste of color kinda weirdkan.. suka warna2 kusam/perang/coklat cair/kelabu cam ni. Agaknya orang low profile cam ni kot. Kena kaji pulak ni personaliti ngan warna, nanti2 lah ya. Tapi kadang boleh gak tolerate ngan warna menonjol cam merah terang menyala tuh...so i guess i don't really have favourite color. Ye ke?...tapi suka gak tengok warna hijau. Masa kekecik dulu memang obses ngan pink, then peach pulak. Bila kerja, suka warna coklat kot. Lately selalu beli baju warna kelabu. Hish, tak tetap pendirian kan. Tak kisahlah, yg penting sedap mata memandang kot hehe...my eyes only okay hahaha.

On friday we have good friday holiday...so, I tried to clear up the mess on the desk.


Tapi sampai hari ini, masih banyak lagi kertas2 yg perlu di sort. Banyak nak susun, file projek 1 and 2, file berkaitan uni, file bank, file credit card, file resipi opss....And for dinner I had this masak lemak labu+ikan masin+sambal ikan bilis


Psst, sambal tu lebihan sambal nasi lemak tulah, jimatkan. Malam tu, I watched this one movie..kinda interesting about finding the old historic paper that have certain code which can affect this new generation. Unfortunately, suddenly the screen just went black...wonder why, the other channel was ok. Really annoying that I ended up baking this

Hahaha, walaupun my bluberry+rasberry muffin tak gebu n merekah cantik cam dalam this recipe. Tu ar, mana nak cari buttermilk memalam buta. Nak perah lemon kat fresh milk pun malas lak. Ok what...First time in my life baking muffin.


On saturday, i supposed to go to sydney with my friend but due to my hp yg bengong tuh, my friend didn't get my sms...so we ended up watching movie "alice in the wonderland" instead at the nearby city.
source:please click image

Best jugak layan cerita camni...kalau 3d lagi best kot. harga tiketnye pun best jugaklah kan..;).

For lunch I had this turkish dish...chicken+mushroom pide. Besar gile, memang simpan dua hari ini...

source:please click image

Dinner of course lah..lauk semalam hehe. Sambil pegang journal sambil nengok The other Boleyn girl.
source:please click image

I really looking forward to watch this movie since last year..I have the novel about this story...interesting... how people willing to do everything just to get power. Really bad huh !!!

On easter sunday, I still have to clear up my room..from this

to this.
Psst...kalau lipat kain mesti nak sama saiz lipatannya, dan menara kena tegak 90 degree hehe. Tapi menara kat atas ni ala2 pisa itali lak hehehe. Inilah akibat tinggal di asrama dedulu kan, kecut perut masa inspection. Tapi I taklah obses sangat pasal lipatan ni. Lagi teruk, ada orang siap ukur ngan pembaris tu haha...

Apalagi ya, ha kena susun semua resit n catat my spending.

Senang kan later for budget purposes. Lagipun, rasa serabut lah, kalau barang/kertas2 tak tersusun ditempat yg sepatutnya. Kalau dah susun, bukan saja hati senang nak study, malah senang je nak capai/cari barang/kertas yg berkaitan hehe...

Sambil ngemas tuh, kena gak basuh baju jugak kan..guna machine lah. Ni yang kena guna tangan ni, tak tau bila nak buat huhu. For lunch I had this ayam berempah n ha!...not again labu masak lemak.
Sesuka hati je letak bahan perapnye:
garlic, bawang merah, ginger, cumin, fennel, black pepper, oyster sauce n soy sauce.

Dinner pun makan lauk yg sama tanpa nasi. Bukan diet, tapi malas nak masak nasi hehe.

Then, sambil tengok Devil wears prada+study...boleh la, cuba fahamkan pengiraan dalam journal. Lepas tu layan abpbh yg kureng tuh...macam bosan je siti menang. Bagi can la kan, yelah anugerah terakhir kan hehehe...Ada yg cakap, patutnya umumkan tak mau bertanding lepas menang bukannya sebelum acara kemuncak, macam ala2 nak raih undi la kiranya...lantak la kan, yg pastinya dia dah menang.

Opps, the end of day light saving on sunday too. So, we have to turn the clock one hour back. Hehe..now masa beza masa kita only 2 hours la. Actually day light saving begins on October at ends at april. Ye la..tujuannya supaya people can do more activities on the day with more daylight in afternoon during summer. Please refer Tok wiki, for more info ya kak jah.

Today also holiday hehe..easter monday, konon plan nak pi jogging pepagi...tapi jogging exercise atas katil je la. Apa kak jah golak2 tuh..serius, memang saya buat exercise utk kempiskan perut atas katil..buat sit up, baring sambil kaki tegak 90 degree, n kayuh basikal. Then saya saja buat facial treatment sendiri, sementara tunggu mask kering saya pi basuh periuk nasi, tetiba terpikir nak terus masak nasi. Dah alang kepalang maka saya terus masak sambal terung pepagi. So, here's my lunch today....sambal terung tak bewarna+ayam berempah sejuk hehe

Tuesday, March 30, 2010

Journal makan+keja+etc...long entry huh.

Eventhough I sleep early last nite and of course I had enough sleep but kind of malas2 manja to wake up. However, I managed to cook this vegies+egg tortilla at 8.15 this morning.
Then, meredah hujan…hehe gerimis je pi tunggu bas. While crossing the main road, I saw the bus stopped at the traffic lights. So, I have to run about 300m to catch the bus at the bus stop nearby the beach. Luckily, I arrived at the bus stop just few seconds before the bus came. Exhausted, breathless ...positively what a good exercise hehe.
Note: Percayalah..entri bewarna biru amat bosan n kapla penin jika membacanya. Sila abaikan. I just type it as a reminder coz quite lazy to write in my research log book.
Dunno why I’m so sleepy that I have to make a cuppa tea. This is my second time making tea at office in the morning...opps the first time for green tea. Then at 11.40 am, I went to see my co-spv to discuss about the draft of my paper that I sent to her via email yesterday. She said that she still has not read it yet coz she was sick last nite. So, I just said that it’s ok since I still need to modify it. So maybe we can discuss it tomorrow. She asked about the figure whether I draw it. I told her that I got it from the internet and modified it. She also asked that do I need to compare my result with the result from this author, A. She said that she don’t like him hehe…As I’m about to leave suddenly she said that “I read it now and we can discuss this afternoon.”
So, at 1.20pm she came and ask me to come to her room for discussion. From highly spirited to flat tyre ...why ?????
  1. My comparison about the type of the structure has no meaning coz I used continuum approximation. So, my conclusion about the result is wrong
  2. I should write more in the abstract such as about application before telling what I do.
  3. I should write more about the motivation of my work and its significant (Yes..I do something, so what she said). Hmm..meaning that I should mention the purpose/goal of this study too.
  4. No need to make a subtitle for comparison
  5. My graph is enough, but I must make my paper exciting. Explain more.
  6. Check my figure, differentiate lines.
  7. Compare with this particular literature B. ( But, my result totally different compared to B, while I got the same result with A. Camno tuh?)
  8. I should write proper word in the substitle instead of using symbol
  9. I’ll look at it again…maybe you should extend this result..that’s what she said.
  10. You done well….is it ? or just to make me feel at ease.
Camno tuh 9 ayat pedih vs 1 ayat relieve huhu……….
Walaupun merudum jatuh semangat ku....tapi ku tetap pulun mencari artikel dari journal yang berkaitan...
Maka tidak hairanlah, terkeluarnya catatan ku di hari ini.
Apa2 pun life goes on..phd life is like roller coaster..
sometimes we are at the peak sometimes we are at the bottom. No matter what I have to keep going. Try to think something nice..something good…
So let’s see what make me happy last weekend….
On Saturday nite, we have this
earth hour campaign...so lights off.
Opps actually these pics are taken last year. Love it...
On Sunday I went out and bought these bakewares....
Beli je, tak tau nak buat apa. Semangat je beli piping beg, buat cream pun tak pernah haha. Brush is a must. Yeap, silicone brush. Tak berani nak beli bristle brush sesuka hati. Last two weeks I almost buy this wild boar bristle brush. Thought it’s synthetic bristle. Luckily I read the label first. What? Bulu khinzir jantan????. Then, sunday nite finally I watched the last episode of Winter Sonata…not in Khmer/thai language but in Korean language and of course with English subtitle.
One funny thing is there is a commenter in youtube asked if Jun Sang is blind why he is wearing the glasses..hmm that make me wonder too … I think it’s normal to see blind people wearing sun glasses
but not regular glasses…
Yesterday I didn’t go to uni, I just did my work in my home. Before that, I have this very yummy breakfast….cheese+tomatoes sandwich.
I just toast the bread in the pan, kind of lazy to preheat the oven first.
It’s taste good when the cheese is about to melt like this….
In the afternoon I had baked chicken and salad-carot+capsicum+plum.
Easy rite..you can do something else while baking the chicken. And for dinner I had one epal+this snack..kepok udang+kepok belinja.
Banyak lantak kot, sesudahnya tekak perit pagi tadi huhuhu. And for dinner tonite, I just reheat the baked chicken, leftover from yesterday and cecampak je terung/carot/capsicum/tomat dalam pan yg sama+ kicap sikit. Oklah..asalkan boleh telan hehe...hu….

Saturday, February 20, 2010

Belajar-belajar juga, makan perlu juga ...

Tetiba terfikir nak buat entri pasal ni, bila baca komen rakan2 hehe....

Datang sini nak belajar ke nak makan ?
Psst...ni soalan aku sendiri hehe.
Camna nak belajar n buat kerja, kalau lapar tak makan.

Nak belajar bidang sendiri ke nak belajar masak?
Hish camna nak jawab eh...
Camna nak makan, kalau tak masak...hmm, boleh pakai ke..:)

Pandai masak ?
Memang tak reti masak pun..campak2 je buat yang paling simple je. Janji ada sayur atau makanan seimbang..ye ke hehe..

Sedap masak?
Ikut tekak sendiri kot..janji kenyang.
Sebab tu kena pelbagai warna dalam masakan...supaya yg kureng sedap mudah ditelan.

Rajin masak?
1. Terpaksa, nak beli kat luar hari2 tak mampu.
2. Tak larat nak telan roti hari2.

Sempat masak?
1. Sebab masak yg simple n cepat je..fried/boiled/steamed je. Tempoh penyediaan dan memasak antara 10-30 minit je.
2. Kalau masakan yg agak remeh n lama, kena tunggu weekend ataupun buat gak weekdays kalau dah teringin sesangat. Tapi jarang berlaku.
3. Buat baked chicken+vegies je. Letak je dalam oven 45min, sambil tu kita boleh la buat keja etc.
4. Masak bebanyak, nanti ulang tayang je untuk hari yang seterusnya ataupun tambahkan aksesori lagi macam ni :
(Rabu:ayam+kentang+carot bakar; Khamis : menu sama+curah frozen beans+tomato hehe).

Tapi hati-hati, risikonya mungkin tekak/perut anda tak tahan...selain risiko food poisoning.

5. Masak jelah instant/frozen food-instant noodle, roti prata, hash brown, fish finger, frankfutter

6. Bersihkan ikan/ayam terlebih dahulu sebelum masukkan dlm freezer.

7. Dedulu memang rajin potong sayur dan hiris bawang bebanyak during weekend. So, tinggal campak je dalam kuali. Tapi dah tak buat coz karot jadi kurang manis n bawang bertukar warna.

Kalau tak sempat jugak?
1. Perlu ada buah/biskut/brunch bar dan sedara maranya. Boleh makan semasa tunggu bas atau kat opis.
Biskut Malaysia je yg ada small pack...kat sini, so far tak jumpa.
Tu yg beli muesli bar or choc je.


2. Perlu jugak ada stok bebenda tu+instant noodle di opis...tapi takleh selalu makan instant noodle+perencahnya..poning kapla, byk MSG.
3. Beli je...cam semalam bz sgt, tak sempat prepare food for lunch so, i just bought chicken breast burger for lunch
lebar tapi nipis..orang sini memang kedekut sauce.

Then, petang tu memang tension ngan kerja, pulak tu berkejar lak pi simposium n tak jumpa barang yg sangat perlu dibeli..cam tak larat n takde mood nak masak. Maka beli grilled chicken wings. Huish..tak pernah lak aku buat perangai buy food for lunch and dinner on the same day. This is the first time. As usual, I can't finished all my chicken wings yesterday, so I bring forward for lunch today. Since the chicken wings a bit dry, so i just poured in a spoon of honey and chili sauce and sprinkle black pepper to make it looks like honey glazed chicken hehe. Takkan nak makan dua ketul kepak je kan, so tambahlah ngan 'orange pasta' yg baru saja ditayangkan oleh LG haritu. Tapi cam biasa la, apa yg den buek selalunya memang tak menjadi haha...sebabnya sesuka hati menokok tambah/mengurangkan bahan . Apa2 pun..memang senang +cepat dimasak.

Macam hari Sabtu lepas, beli chili chicken tapi hanya larat makan 1/4 je...mungkin sebab lapar sangat+dah masuk angin.
So tapau bawak balik, and then on Sunday..i just mixed the chicken+rice+long beans to make fried rice that enough for my lunch and dinner.

Kenapa tak beli hari2?
Huish..mana mampu. Kalau beli hehari alamatnya tak cukup duit nak bayar sewa rumah, bayar bil n beli keperluan lain
Memang jimat masak sendiri dari beli.
Tapi still ada pertimbangan. Elakkan beria-ia masak sebab nak jimat duit, sampai masa untuk studi/work kurang. Sebab tu kena masak semudah n secepat yg mungkin. Tidak boleh juga beli makanan hehari semata-mata nak jimat masa. Antara jimat duit dan jimat masa, pilihan di tangan den. Pepandailah manage my time and my money, tak gitu kak Jah.

Tuesday, February 2, 2010

Kojo makan kojo makan makan....

At last I managed to meet my co-spv on thursday last week. Dia pun tak tahu apa yg aku buat, maklum la dia cuti bersalin 6 bulan. So, I just showed her my previous two small projects and my latest project. Hasil diskusi, i should organize my work as below..makin fenin n jiwa kacau la gamaknya. .

1. Second project kena kira sampai dapat penyelesaiannya whether analytically or numerically. And of course have to be nicely written/typed before showing to her.
(tu yg aku pulun mengira n menaip on sunday n yesterday. tapi tadi bila nengok graf ek cam tak logik je compared to real phenomena...Ya Allah, permudahkanlah...)

2. First project should be modified n di solek n diletak assecories for journal publication.

3. Finish with these two, then only i can proceed with my third project which has a problem right from the beginning, fungsi yg ku dapat tak berfungsi ??? hmmm...apa2 je la.

4. Dan sambil2 menghabiskan semua project tu, I still have to review related articels to all 3 projects...

Macam tak cukup kaki tangan nampaknya...camno gayo eh ni. Kalau orang lain boleh buat, aku pun boleh buat kan...yang penting ada kemahuan, perancangan, pengurusan, usaha, doa n tawakal.

Cheh..bz konon, blogging boleh lak...Well, actually for me blogging is actually an activity to release my stress and of course to track my previous activity in case I've forgotten and of course to meet new friends, sembang-sembang n komen2 etc hehe...whatever.

Kojo kojo gak kan. Makan perlu, kalau tak camna nak buek kojo kok porut lapar.


Hari Jumat lopeh nilah boka tongohari den. Sambal ikan bilis+carrot+capsicum tu raso eh hari rabu nyo. Yg ayam tu lobih ayam panggang hari kamis, so then kicapkan pagi jumaat tuh. Tapi nasi eh sejomput na. Walaupun lauk setimbun, tapi dah tokak melayu mesti nak lantak nasi gak..tigo sudu mano cukup. Sesudah eh sebolum puko tigo, den dah balun semuo niha. Camno nak slim kan.

Dongan coklat eh, pehtu ngan biskut cicah cheese.Sodap na keju eh, mmg jilat jari lah. Buah tu nectarin..ala-ala buah plum raso eh. Yg dah dipotong tuh white nectarin. Tapi den lagi suko yellow nectarin yg sebijik tuh.

Tadi lak ni boka den, prata telur gulung. Tapi sesuko hati den poie nambah mayonis/sos/karot/capsicum....


Cam kono gigit dek tikuih kan, bukan den tak roti potong...tapi pisau tu tumpo bona hehe..Actually, ternampak resepi ni dari blogger kt rumah kak ina. Tapi tak hingat pulak nak ambik nama blog nyer n juga blog pemilik asal resepi ni. Tak larat pulak nak pi godek semua blog tuh. In case korang tahu, please let me know, wokay...nanti I update kat post ni.

Thursday, December 31, 2009

Minggu keduo kek kampung

Minggu kedua den poie Secret recipe untuk melantak set stewed aussie beef


n my nephew having his tomyam kung.


hehe, macam nak pocah porut...sesudah heh kami tapau je si tomyam itew. Then, poie urut kaki/refleksologi.

http://khalifah.forum.st/forum-sembang-f1/urut-tapak-kaki-t58.htm

Point pada tapak kaki ni mewakili organ pada tubuh kita ni. So, sesape yang sakit di point tertentu di tapak kaki anda boleh mengagak sendiri apa masalah anda. Menurut si tukang urut tu den prob kat leher/tengkuk n banyak angin, patutlah selalu kapla angin n naik angin hehe…Banyak toksin tuh, hish kena jaga makan n bersenam n amalkan gaya hidup sihat ni.
Ha, bilo nak start tuh ????

Konon nak buat kerja di Perak Hari Selasa tu, nak dijadikan cerita diarea lak…lomah gilo. Agak eh pasal makan banyak, pulak tu makan joruk Penang. Bilo dah urut, sistem penghadaman pun ok...so lancar jolah membuang segala racun dalam badan hehe. Memang minggu tu berat den turun 2 kilo.

Sompek gak den buek facial treatment di Holis%#*. Tapi bilo pikir balik rugi gak, bayar RM125, tapi orang tu buat sekejap je tak buat betul2 pun untuk buang white/black head. Malah tak guna steam pun. Yang paling mengejutkan, air basuhan untuk span yang diguna jarang diganti dan tiada kain khas bagi setiap pelanggan. Maksudnya, kain yang saya telah guna, akan diguna oleh pelanggan lain. Silap2 hanya dibasuh seminggu sekali. Yang bengangnya, staf di situ tidak professional apabila ketawakan debu2 kuning yg terbentuk di muka saya selepas rawatan resdung. Sangat berbeza jika buat facial treatment di Dermalog#* yang mana dengan harga yang hampir sama, pakej tu lengkap dengan urutan muka dan belakang badan, steam sejuk untuk muka pori besar, kain khas bagi setiap pelanggan dan sinki di dalam setiap bilik rawatan.
Lopeh ber'facial' tu apo laie..sesi makan2 la...double cheese burger McD lak.
Hari Khamis lak, den turun soromban nak cari beg bosar + ngepos barang kengkawan. Hehe...makan g, this time I had Chicken Rice Shop-bbq chic.
Hari Jumaat, sajo nak surprise kan mak den bawak poie Cameron Highland. Ponuh mencabar boto…dahlah highway banyak keto, berhonti sarapan kek rawang pun susah nak parking n cari mejo nak makan. Pulak tu, jam gilo di Cameron Highland..ado ko patut biaso boleh 10-15min dari Brinchang ke Tanah Rata, ni maun eh 1 jam. Longuh kaki den….Dahlah tak booking hotel, jonuh gak cari hotel ..kalau tak mahal, fully booked. Padan la muko kenapo poie tak plan boto2, main terjah jo. Sesudah heh kami menginap di Inn yang hampeh bilik air diluar, takde Tv, towel, sabun, etc dengan harga rm150 for two double deck bed. Apa2pun bangunan n persekitarannya cantik. Kami pi Rose valley , Cameron Bharat Valley menikmati tea n scones n Mardi Agro Park.

Psst..gambar ateh kek Cameron, yg kek bawah nun kek Melako.
Kek Cameron Bharat Plantation tu saujana mato memandang ladang teh eh.

Den suko boto boli teh pelbagai perisa tuh. Raso eh si green tea tu produk terbaru, last year takdo pun.
Kami juga sempat singgah di pasar mlm Brinchang membeli dried strawberry. Hati2...there are two types of dried strawberry yang disalut ngan madu je, tapi ada gak yang disalut ngan madu+gula.
Setelah sekali lagi menahan sabar dan lenguh kaki, destinasi terakhir kami adalah Kea Farm utk membeli sayuran n fresh strawberry n of course dried fruits such as bitter melon, roselle, pessimon n cherry tomato.
Di sini juga, akhirnya aku menemui kimchan goreng...yg sungguh yummy!!!
Psst..ok gak guno scheduled post ni kan.
So now, masa untuk mendobi/jadi cleaner/organiser/surfer and back to work....