Showing posts with label WEDDING PREPARATION. Show all posts
Showing posts with label WEDDING PREPARATION. Show all posts

16 January 2014

Wedding Review : My Hantaran

Assalamualaikum W.B.T.

Hasil tangan my husband sendiri, tray transparent also from Rezo Collection. Cuci-cuci mata dengan gambar di bawah.

Untuk lihat lebih banyak koleksi hantaran dari Rezo Collection, boleh like page mereka di sebelah kanan blog ini. Boleh like page Fahrenheit69 juga ya.

Yang pasti bakal-bakal pengantin yang inginkan gubahan hantaran fully fresh flower boleh dapatkan khidmat mereka dengan harga permulaan RM45.

Selain daripada gubahan hantaran, Rezo Collection juga ada menyediakan perkhidmatan pakej pelamin, boleh hubungi mereka untuk maklumat lanjut. 







Read More

05 December 2012

Save The Date Video



a film by



Selamat menonton !!!


 Mekar Kembang Bunga Melati,
dipetik kanda buat adinda,
kalau sudah berkenan dihati,
datanglah rumah jumpa ayahanda!






Read More

Final Progress - I'm Bridezilla Now



Sudah lama menyepi, maklumlah majlis sudah dekat ma! Lot of things need to be sattle before the day especially regarding payment. Wah saya bersyukur sangat-sangat duit simpanan saya cukup untuk persiapan majlis saya ni, without any loan from bank, bukanlah niat untuk menunjuk-nunjuk atau riak. Ye la bila tanya kawan-kawan yang pernah buat majlis untuk event perkahwinan at least perlu ada minimum RM30k. Tertelan air liur ni bila dengan, dulu memanh always fikir macam mana nak dapat and kumpul duit sebanyak tu. Kerja pun baru je setahun lebih kan, gaji pun ala-ala kadar. Tapi syukur rezeki untuk niat yang baik dipermudahkan di saat-saat akhir.

At first memang ada fikir nak pinjam dari oranglah, buat personal loan lah. Tapi hati ini berat je nak buat itu semua, so pasrah sampai ke saar akhir sehingga 90% payment have done and baki dalam akaun masih ada. Senyum lebar saya ^___^ dan kalimah syukur sentiasa terungkap di hati dan bibir. Every month duit gaji kene simpan siap, simpan semaximum yang boleh, every month kene konsisten bru boleh capai target simpanan.

Yang paling penting kene ada budget planner, so boleh la monitor tentang persiapan jumlah yang sudah bayar dan belum dibayar, so senang nak tengok. X kira lah budget kira-kira dalam buku atau dalam komputer, saya pakai excel untuk my budget calculation sebab senang boleh calculate automaticly je. So boleh try to do your budget planner for your wedding.

 One more if nak make sure all your budget x lari, so all your wish tobuy macam nak beli handbag, kasut, baju, etc kene bekukan. Just keep remind after kahwin boleh beli itu ini macam-macam lagi, and fashion keep changes. Tu lah yang saya salu remind my self bila perasaan nak membeli tu membuak-buak, tapi really kene sabar and kuat semangat. Kurangkan keluar ke shopping mall. But if it is satu keperluan boleh je beli, elakkan membazir nanti kau menyesal tiada guna.



After perenggan yang ke 5 baru nak story pasal progress. So baju nikah already available in my closet, untuk baju sanding siap dah cuma gedik request utk lebatkan beading pada baju. Cuma tengah fikir-fikir perlu ke hantar ke dobi untuk cuci before pakai on the big day? Then next now tengah kerjakan doorgift masuk dlm paper bag then masuk dalam kotak, baru 1/3 siap kot. Then next payment katering, videographer, photographer sume dah selesai just tingal 10% after event je. Fuhh legaa sangat-sangat tau. One more yang paling penting, borang nikah dah complete {thanks to Abah sebab susah payah ke hulu ke hilir untuk my borang nikah}, tempahan ruang nikah semua dah booking so tinggal datang on that day as bride. Alamak tudung untuk nikah and sanding x fikir lagi nak pakai yang macam mana either bawal or shawl or awning or syria or turban…how help me plsss L



Kebahagiaan tertinggi di dalam
kehidupan adalah kepastian bahwa
kamu dicintai apa adanya, dicintai 
walaupun kamu tetap menjadi diri kamu
adanya. Dan masih banyak yang harus
kau raih dan kau cari untuk
kebahaiaanmu ...


Read More

12 November 2012

My TQ Tag & Bunting



Ini barang ke-3 yang saya terima, saya memang dah lama aim untuk tempah dengan Kak Mai ni, since majlis tunang hari tu lagi. But then rezeki Kak Mai saya memang tepah TQ tag and bunting dengan Kak Mai.

Kak Mai very friendly and penyabar sebab layan kerenah saya untuk asik suruh tukar color for a few times. Thanks to Kak Mai for the very quality artwork and output. Saya amat berpuas hati dengan hasil kerja Kak Mai, and yang penting senang berurusan dengan Kak Mai. Jom cuci mata.

1st picture tu my tag untuk letak pada doorgift, so saya pilih dua color combination yang berlainan (aqua+purple & pink+yellow). Agak-agak tau x kenapa saya pilih this two combination color? Untuk tag ni boleh pilih nak dengan tali ataupun tidak. Ada pelbagai size round, scallop, rectangle, etc. Macam biasalah color boleh tukar and boleh letak gambar sendiri if nak.


TQ Tag

Picture bawah pula bunting, 1st impression after Kak Mai release design ni terus terpukau dengan color and design, so I choose to have tho for my wedding reception nanti. Sama macam tag color semua boleh tukar and boleh add picture sendiri if nak. So kedua-dua barang ni saya dah terima and just waiting to work on it. Vendor info details di bawah yer.

Bunting

-------------------------------------------------------------------------------------------------
MaiDesign
Facebook: MaiDesign
Email: maidesignstudio.enquiry@gmail.com
Call/Sms: 017-3607490 (Kak Mai)


Read More

Teaser Nikah Outfit

Teaser my solemnization outfit fully beaded with matching veil. 
Excited to wear it on this coming December.







Read More

31 October 2012

Progress - Update




Tomorrow November, aduh makin terasa degupan jantung ni makin laju. Tapi sure lah saya excited gak kan. All preparation going good, just small problem and we manage to settle it. Fuhhh! Lega otak ni.

So masuk era penghujung tahun ni so start lah musim perkahwinan kan, every week I have invitation, not sure boleh datang ke x. Saya pun sure sibuk nak edarkan kad jemputan sendiri. Now I am in prgress untuk settlekan borang permohonan nikah pihak perempuan. Harap senang diuruskan and berjalan lancar, nasib Selangor permohonan online (NCR Online) je.

Then second task siapkan doorgift dengan hiasan bagai. Hujung minggu nak g amik half of doorgift so boleh start buat sikit-sikit dari sekarang so x kelam kabut at the end kan. Dah la tenaga kerja x de plak, I need to do it alone or weekends dgn my fience. Mu mum will busy dengan jahit baju. Then need to spent one day untuk cari tudung plak. Fuhhh! *_*

Baju melayu untuk kaum lelaki dah siap dari tempahan, just wait untuk pick-up from kedai. Bagus kedai ni cepat, 2 minggu je dah siap jahit. Maybe jahit baju lelaki x serumit baju perempuan yang macam-macam fesyen ada kan.



We was here last weekends...syok x ramai orang, baju kasut cantik, wayang pun x ramai x payah beatur panjang, parking murah yang penting. But quit far away. So, jumpa lagi di next entry. 
Read More

19 October 2012

My Kad Jemputan




Mari-mari saya nak share with you all. Ini review pertama untuk majlsi perkahwinan saya iaitu about kad jemputan. Alhamdulillah syukur sangat sebab kad jemputan dah siap and sedia untuk diedarkan. Memandangkan kad jemputan adalah item pertama yang siap dan saya terima, maka saya ingin berkongsi vendor kad jemputan saya buat tatapan pembaca semua.


Kad ini diberi nama Wardahku, dan ini merupakan pilihan tunang saya sendiri. Hajat si tunang untuk mendapatkan kad jemputan 'hardcover' tercapai dengan harga yang berpatutan sekali dari Kadkahwinku.com. Untuk harga saya tidak akan mention di sini, untuk koleksi kad dan harga sila berurusan dengan team Kadkahwinku.com sendiri.

1st step isi form online untuk dapatkan quotation or boleh drop ke gallery mereka lebih puas hati untuk review koleksi kad. Kemudian akan received email quotation dari mereka, jika berminat dengan harga ditawarkan boleh proceed dengan 1st payment. Next step mereka akan hantar 1st draft kad, so here anda kene make sure all information correct especially spelling. Untuk peta pun penting must review elok-elok supaya orang senang nak datang kenduri anda.

After finalized 'I confirmed with the artwork and proceed to printing' then anda tunggu kad siap but need to make 2nd payment or can pay full amount of balance terus. Atau half bayar di kaunter time anda ambil kad.




Apa yang saya ingin kongsikan untuk kad jemputan better anda tempah dengan cepat supaya cepat juga siap, lagi-lagi jika dalam kuantiti yang banyak. Makesure harga berbaloi dengan output yang anda dapat, jangan harga murah tetapi material yang digunakan memang nampak murah. Tapi ini terpulang pada fikiran masing-masing.

Di bawah saya sudah sediakan link untuk ke Facebook dan website mereka. Untuk peta lokasi sila rujuk gambar di bawah.

Alamat
Lot 1-123, 1st Floor, Kompleks Hentian Kajang,
Jalan Reko, 43000 Kajang, Selangor

03-8734 2780 / 03-8739 7178




 Klik untuk zoom

Siapa nak attend my wedding...angkat tangan !!!


Read More

16 October 2012

Progress - HIV Test




Yesterday I went for HIV test together with my fiancee. Our appointment at 2 pm, and we were there right at 2 pm. We were the first couple to come, and I was the first candidate of the day. ~.~



Quite anxious to take blood, for the first time to take blood for fear of pain. But not even just a little bit sore painful. Upon arriving there we were given a form 'Borang Ujian Saringan HIV Pra-Perkahwinan' to be filled. Just a piece only.


 Just cucuk di hujung jari je, x payah nak takut cakap cucuk kt urat lengan mamcam derma darah tu, cuma rasa pedih and kebas je. If anda normal darah tu akan kering dengan cepat, ingat lagi x biologi dulu2 tu.



Then what is good in Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra, after their test will provide some information related to HIV and family planning. So this information is quite useful for us. So marilah bersama kita ambil kesedaran tentang bahayanya HIV ini yang bukan nampak kesan mendadak tetapi virus ini akan bertindak lambak dalam darah dan mungkin mengambil masa 1-2 tahun untuk tahu yang anda ada HIV. Berjaga-jagalah dengan pasangan anda terutama yang ada kisah silam yang disorok dari pengetahuan pasangan.

Who pass will receive a copy of the form 'Borang Ujian Saringan HIV Pra-perkahwinan' (blue color) to take with you when you want to fill in the nikah application form. Thank God we passed and can proceed to the next process. Thank You God for simplifying all our dealings. Hope informasi ini membantu anda.




Read More

14 October 2012

Progress - Fitting Nikah & Reception Attire



Morning all, sihat hari ni, dah sarapan, apa plan today?Just nak sharing progress my preparation, sudi lah baca ok, kalau ad pertanyaan boleh tinggalkan comment di bawah.

Yesterday 1st fitting untuk baju nikah yang saya hantar tempah with B designer bulan Mei lalu, agak lama about 5 bulan lepas. Actually kain baju nikah we purchased during beli kain untuk buat baju tunang dulu, ada offer la konon so beli je lah kan. Of course la kt Jakel mana lagi, ingat kain ingat Jakel. Sambung cerita fitting, appointment with B designer 11am, di Subang Jaya SS15 hint dah tu semalam kan hujan so traffic agak sesak di Subang but we manage to arrived B designer shop tepat2  jam 11am, syukur.


Dah nama 1st fitting so memang ada la nak repair here and there but overall very suprising with the design. 1st time tengok baju terus like ‘WOW’ (O_O) terbeliak mata tengok sebab tiba2 nampak sangat2 lawa ok terpuji sendiri plak. Sebab kain lace yang dibeli bukan lah pilihan saya actually and not 100% berkenan with the design on top of lace. Tapi seriusly after jadi baju, nampak lawa and sesuai with my body yg kurus cicak ni kan.

Model sambilan, kalau berminat nak hire bole call ye


 Sambung after settle with 1st fitting we continue go to Shah Alam untuk beli kain reception at Jakel lagi. Untuk baju reception dengan N designer plak, I guess sume bole tau kot sape after tegok picture bawah ni. Saya puas hati dengan service and design from n designer ni, that why continue with him.

Kenal N designer?

Gambar bawah adalah sketch design baju saya, just teaser x bole nak tunjuk sume kan, simple design jer x mau sarat2 nant x boleh jalan. Hehe ~.~. 2 jam gak lah pemilihan kain ni sebab rambang mata nak pilih warna and lace semua cantik2, then tau2 je lah marketing Jakel kan memg boleh buat orang cair, siapa berhajat nak pergi Jakel make sure kene betul-betul kuat hati sebab marketing orang business tau2 je lah ayat semua power!

Teaser reception dress
Then cari kain untuk pengapit, kain untuk baju melayu nikah fiance, kain untuk tudung. Then finish at Jakel. Penat then jalan around KL jem teruk sebab banyak jalan tutup sebab ada larian apa tah...huhu menguji kesabaran. Tapi lega hati preparation all complete, need to double check the checklist. So sampai sini je, jumpa lagi, harap sudi baca lagi. 

Read More

20 September 2012

Kenapa jadi begini


JERAWAT lagi!!!





Aduh mengapakah ini sering naik, parut lama belum hilang yang baru sudah naik, apakah ini sering dilalui B2B kerana tekanan persiapan??? 
Read More

13 September 2012

100 days more to go

Bila terjah my wedding counting day calendar, terkejut tengok rupa-rupanya today will be 100 days more to do.  Saya punya counting calendar ni sama dengan one of B2B blog, she is Rozelt, meh singgah blog beliau di sini. Nak tengok counting calender bride to be cik Rozelt, tengok sini, sama kan.  So untuk B2B boleh start buat counting calendar seperti kami, senang nak tengok how many days lagi tinggal, x payah susah-susah nak kira dari calendar. Gambar bawah ni counting calendar saya.



Counting calendar ni very useful and senang je untuk apply and do it, saya just pakai Microsoft Office Excel.  Sambung tentang 100 days more to go, skang saya tengah update my checklist, but almost 80% - 90% persiapan saya dah siap cuma tinggal sikit-sikit lagi. Will update soon in my blog ni, tunggu ye. ^_^



Read More

08 August 2012

Hemah Berbelanja


Satu persatu persiapan pastinya telah mula dirancang dalam memenuhi keperluan majlis berbahagia yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Berhemah berbelanja mampu membantu anda mengawal aliran kredit peruntukan perkahwinan anda.

  • Pastikan anda mempunyai simpanan yang mencukupi bagi mengelakkan daripada  membuat pinjaman dari institusi kewangan mahupun daripada sanak saudara.
  •  Membuat bajet yang realistik dan mengikut kemampuan diri, merangkumi semua aspek perkahwinan.
  • Berbelanja untuk sesuatu barangan, ketahuilah bahawa sesetengahnya yang bernilai murah juga mempu menyerlahkan keistimewaan tersendiri.
  •  Mungkin boleh dibawa berbincang dengan bakal suami/isteri untuk berkongsi jamuan. Perkahwinan hanya sekali seumur hidup jadi janganlah dibebani dengan hutang perkahiwnan yang berpanjangan.
  • Buat senarai barangan yang diperlukan mengikut susunan kepentingan dan bezakan antara kehendak dan keperluan.
  • Berikutan barangan yang disenaraikan, pilih mana yang boleh dipinjam, disewa, dibuat sendiri dan yang perlu dibeli.
  • Bandingkan sama ada menyewa baju pengantin lebih murah atau menjahit mehupun membeli. Berapa pasang sebenarnya yang diperlukan.
  •  Berapa banyak tetamu yang akan dijemput dan pakej jamuan manakah yang paling sesuai? Adakah lebih menjimatkan sekiranya majlis diadakan di rumah, restoran, dewan ataupun hotel?
  • Adakah majlis akan berlangsung bukan pada musim cuti sekolah? Pertimbangan ini penting kerana, sewa dewan selalunya lebih murah pada waktu di luar cuti persekolahan.
  •  Berbelanja dalam lingkungan bajet yang sedia ada dan jangan terlalu harapkan hadiah/mas kahwin untuk langsaikan kos perkahwinan. Usah kira wang yang belum diterima.
  •   Wang yang berlebih-lebih, eloklah disimpan untuk tujuan masa depan rumah tangga.
  • Pastikan bajet anda turut mempunyai lebih kurang 20% lebihan untuk tujuan kecemasan.

Source: Ratu Sehari

Read More

Persiapan Hantaran




Bagaimana dengan puasa anda, jangan x tau kita hampir kepada 10 Ramadhan terakhir dah. Sempena cuti Nuzul Quran isnin yang lalu, saya dan tunang mengambil kesempatan untuk keluar membeli-belah, tapi bukan membeli belah untuk persiapan raya tapi untuk barang hantaran perkahwinan kami. Inshaallah. 


Destinasi pertama yang telah kami tuju adalah Mid Valley. Kami sampai sana seawal jam 10pagi, awalkan maklumlah kan time mega sale. Adalah beberapa barang yang kami beli di Mid Valley. Kemudian kami teruskan perjalanan ke shopping mall berikutnya ke KL Festival City yang terletak di Danau Kota (Setapak). Tapi tiada barang yang kami beli, cuma menghabiskan masa meronda-ronda seketika menunggu waktu berbuka.




Cuba teka dimana kami berbuka pada hari itu, actually x planned pun walaupun dah lama mengidam nak rasa hidangan yang makin mendapat perhatian ni. Apa lagi kalau bukan ‘burger bakar’ kali ni di Taman Dagang, Ampang. Rezeki kami ketika sampai di sana tempat masih banyak dan x perlu beratur panjang lagi. Kemudian kami rehat untuk melegakan kesakitan dan kelenguhan kaki yang seharian berjalan. Ini kali pertama kami iftar bersama sebagai untuk Ramadhan kali ni.


Burger Bakar @ Taman Dagang



Sambung untuk keesokan harinya, seawal jam 9pagi tunang sudah sampai di rumah untuk sambung shopping. Kali ni kami pergi ke Sunway Pyramid, kami sampai sana jam 9.35pagi, kedai semua x buka lagi tau. Banyak juga barang yang kami beli di sini dengan harapan semua barang sudah mencukupi, tapi tidak. Kami pergi pula ke Paradigm Mall, shopping mall yang baru tu, not bad. Ni la destinasi terakhir kami dengan tamatnya pencarian kesemua brang yang ada dalam checklist kami.


cuba teka jam mana yg mana saya pilih ^_^
Kami mengambil masa selama dua hari untuk mencari barang hantaran kami, syukur dipermudahkan segala urusan tanpa banyak masalah dalam pemilihan. Nasihat kalau nak jimat masa pergilah ke shopping mall yang super besar because ada banyak pilihan dan boleh beli in just one mall only. Tapi mungkin ada pasangan yang prefer yang every month beli one item, boleh juga terpulang pada masaing-masing. 


org yg tgh keliru nak wat pemilihan kasut
Beli time mega sale memang jimat, banyak offer diskaun, sale sini sale sana. Mungkin ada orang cakap padahal harga yang after diskaun tu actually the actual price for that item, mungkin ya atau tidak, tapi bagi saya for certain thing agak berbaloi dan jimat.  Kalau jumpa barang yang bekanan terus beli jangan terlalu cerewet (“.).





Read More
Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 Little Rafa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena