Langkah
pertama perlu selesaikan borang pernikahan pihak lelaki (Borang 2A), yang ini
sekejap dalam 2-3 hari dah boleh dapat bukan perempuan yang uruskan tetapi your
future husband. Then proceed dengan permohonan nikah perempuan, borang boleh
diperolehi di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) masing-masing. Di sini saya
explain for Selangor because saya dari Selangor.
Permulaan
perlu tetapkan tempat pernikahan, samada di rumah atau masjid atau dewan atau
hotel. Saya pilih masjid, then masjid pilihan saya luar daerah Selangor so ada
additional process. After complete all form, untuk Selangor Borang 2C & 2D
tapi sekarang permohonan dari Selangor boleh isi online di sini. Sangat mudah
dan cepat. After isi lengkap semua then print borang yang lengkap beserta
dengan dokument sokongan, bawa semua beserta borang pernikahan lelaki untuk dapat
pengesahan Penolong Pendaftar Nikah (PPN) Qariah kawasan tempat tinggal anda.
Yang ini pastikan kawasan qariah betul ye! If x sure sape PPN kawasan boleh semak dengan PAID.
Borang
beserta dokument sokongan yang telah disahkan oleh PPN Qariah hantar ke Pejabat
Agama Islam Daerah, then tunggu surat kebenaran kalau bertuah dapat hari yang
sama atau sehari selepas selalunya. Siapa yang bernikah di kawasan yang sama prosedur
sampai tahap ni surat kebenaran nikah dikembalikan semula kepada PPN Qariah
sebab dia yang akan jadi tok kadi (jurunikah).
Untuk urusan
saya belum selesai sebab bernikah di luar kawasan, macam saya tinggal di hulu Langat
tapi ingin bernikah di Putrajaya so after ke PAID Hulu Langat borang serta dokument
perlu di hantar ke JAWI Putrajaya, if tahu nama jurunikah better isi terus if x tahu biarkan kosong, so
nanti senang staff JAWI akan call terus jurunikah yang dipilihan untuk collect borang
nikah untuk pengesahan dan seterusnya. Then tunggu 2-3 hari jurunikah akan call calon
suami/wali anda untuk inform borang nikah sudah diterima, this time dah
boleh tarik nafas lega sebab dah selesai just datang pada hari nikah di masjid.
As you all
know saya bernikah di Masjid Besi, Putrajaya, so bayaran RM100 dikenakan untuk
all facilities pada hari nikah termasuk karpet, kipas, bantal, meja,
microphone, termasuk upah pekerja tapi not include upah saksi dan jurunikah. Bayaran
ini perlu di buat sebelum hari nikah, sebaiknya after jurunikah call, terus ke
Masjid Besi then isi borang buat bayaran terus dan dapatkan surat kebenaran bernikah di Masjid Besi, then simpan baik-baik in case pihak masjid ada kesilapan or terlupa. Mintak dijauhkan lah, so surat tu as bukti.
Jamuan
nikah, boleh dibuat di masjid, catering boleh pilih mana-mana catering pun,
tapi prosedur di masjid Besi makan hanya bersila sahaja no meja-meja yang proper yang siap skirting
sume bagai. Kalau nak boleh tapi sewa dewan dalam masjid, yang itu sila tanya
pihak masjid untuk details. So saya just pilih Pazi Caterer yang sedia ada di
masjid so senang untuk berurusan. Sedap pun sedap gak, memang recomended hire Pazi caterer.
Harap dapat
membantu untuk bakal pengantin yang ingin bernikah di Masjid Besi, rasa semua
dah cerita, kalau ada pertanyaan comment yeh kat post ni. Sekian, jumpa di post berikutnya.