Showing posts with label STORY. Show all posts
Showing posts with label STORY. Show all posts

21 August 2014

Pengalaman Bersalin

Assalamualaikum W.B.T.

Aku ingin berkongsikan pengalaman pertama aku bersalinkan anak sulung lelaki yang kini sudah berusia 8bulan. Alhamdulillah.

16 Disember 2014
08:00 Aku dan husband bersiap untuk pergi ke hospital untuk checkup bukaan pintu rahim. Sebab seminggu yang lepas pintu rahim aku sudah 3cm bukaan tetapi aku tidak merasa apa-apa sakit atau tanda untuk bersalin, even doctor sudah berikan green light untuk aku bersalin pada hari tersebut. Tetapi disebabkan aku seperti terkejut dan tidak bersedia jadi aku menolok dan meminta izin doctor untuk tunggu aku berasa sakit sendiri. Makanya aku dibenarkan pulang dan appointmentnya pada hari ini.

Dalam boot kereta sudah siap semua kelengkapan aku dan bayi yang bakal dilahirkan. Kemungkinan aku akan ditahan hari ini. Aku sedikit gementar apabila masuk berjumpa doctor. Pengalama pertama bagi aku dan suami. Ketika ini bukaan pintu rahim sudah 5cm tetapi aku tetap tidak merasa sebarang tanda atau sakit untuk bersalin, aku minta kebenaran doctor untuk pulang dan datang kembali jika sudah sakit.

21:40 Aku berada di butik suamiku menunggu bersiap untuk pulang ke rumah. Ketika ini aku sudah mula rasakan sakit seperti kekejangan yang termat sangat di bahagian perut. Tetapi aku Cuma diamkan diri dan bertenang, aku masih positive thingking mungking ‘false contraction’. Aku terus mandi untuk sejukkan badan sementara menunggu suamiku siap. Selepas mandi sakit mula berkurangan. Aku terjaga ketika sakit diperut datang kembali.

17 Disember 2013
06:25 Aku bangun dari tidur untuk solat subuh tiba-tiba seperti ada ketulan berdarah jatuh ke lantai. Maka aku pun sudah mengetahui inilah tanda untuk aku bersalin. Aku terus panggil suami dan beritahu sudah tiba masanya untuk bersalin. Aku pun beritahu kepada mak dan abah. Air ketuban masih tidak pecah ketika ini dan tiada sebarang rasa sakit.

08:00 Aku dan suami dalam perjalanan ke hospital dan terus ke kaunter dan beritahu yang sudah keluar tanda bersalin. Aku terus di hantar ke labour room untuk buat CTG. Semua masih normal dan aku masih tidak berasa sakit dan air ketuban masih tidak pecah. Aku duduk di dalam labour room bersama suami bersembang-sembang sehingga nurse datang untuk check bukaan yang ketika itu sudah 7-8cm.

10:00 Dalam labour room aku tidak putus-putus membaca doa supaya urusan bersalin aku dipermudahkan. Kebetulan dalam labour room di dinding ada pelbagai doa yang disarankan untuk diamalkan, jadi aku mengambil kesempatan itu untuk amalkan juga. Nurse datang masukkan ubat buang dan arahkan aku terus ke tandas dan kemudian pecahkan air ketuban dengan penyucuk seperti lidi.

11:15 Masih di labour room dengan bunyi dari bilik-bilik lain. Aku mula rasa sakit yang datang setiap 30minit. Tapi sakit yang aku masih boleh tahan. Aku masih boleh bersebang dengan suami dan call mak. Sehinggalah sakit itu semakin kerap sampai rasa nak teran sangat-sangat.

12:35 Aku suruh husband panggil nurse sebab rasa sakit sangat nak teran. Nurse datang dan arahkan aku teran bila rasa sakit datang, sementara tunggu doctor sampai. Syukur tak lama lepas tu doctor pun sampai dan monitor aku. Aku cuba untuk teran sehabis tenaga aku dengan rasa sakit. Alhamdulillah syukur selepas aku teran kali yang keberapa dengan kata-kata semangat dari suami, doctor dan nurse bayiku selamat dilahirkan secara normal pada jam 12:57.

Alhamdullilah proses bersalina ku dipermudahkan. Aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Rizq Danial seberat 3kg pada 17 Disember 2013 pada jam 12:57pm.






Read More

15 February 2013

Review - Belangan Cafe

Assalamualaikum W.B.T.

Sudi ker nak baca cerita basi ni, cerita 5 bulan yang lepas during my birthday celebration. Last year kebetulan my birthday jatuh on replacement of public holiday so dapat celebrate on the day lah. Double triple happy kot, selalu x dapat celebrate on the day.

Entry ni saya just nak share restaurant yang kami (me and fience that time) pergi. It was at Empire Shopping Gallery, 1st time saya and fience sampai sana, selalu lalu jer kan. Best tapi x ramai orang pun dalam tu. Mungkin it is not SALE time, so memang orang boleh kira dengan jari.







Restoran yang kami pergi tu di Belangan Cafe, tengok dari luar kedai not bad lawa interiornya. For me memang sedap and berbaloi dengan harga yang ditawarkan. So let see the picture for our selected dishes. Sorry really x ingat apa nama hidangan ni, tapi memang sedap. Beverage plak wlaupun pelik tiba-tiba ada timun tapi sedap sangat-sangat. Husband I memang berani try new recipe. I just tumpang sekaki je untuk rasa sebab takut tekak x dapat terima dan membazir bila x habis.






Here birthday girl with surprise red-velvet cake from my lovely fiancé (that time). Thanks to him for all the preparation and planning. Actually on same day kami ada fitting baju reception and baju nikah. I dapat present one of my wish list, selalu kalau I jumpa gamabr barang ni I akan tunjuk-tunjuk kat dia, x sangka dia akan beli, so dia x bagi I disclose apa barang tu so I x dapat nak inform di sini.
  





Read More

26 November 2012

Dugaan Dalam Pertunangan




Pertunangan adalah selangkah sebelum menujunya pernikahan..Kita kadang2 hanya faham ungkapan bertunang hanya semata mengikut adat,betulke?tetapi hakikatny ada tujuan yang ingin dicapai.Iaitu salah satunya proses mengenali dan memahami bakal pasangannya dan latar belakangny sblm dikahwini.Selain itu ia juga bertujuan sebagai persediaan sblm melangkah ke alam pernikahan.

Takrifan Ulama dari mazhab Shafie (Umairah): Pertunangan adalah menyentuh (mengemukakan) pernikahan daripada orang yang diambil kira dengannya. Dari takrifan Ulama dari mazhab Maliki (Hatab) pula: Pertunangan adalah satu ungkapan untuk menyeru kepada pernikahan dan apa-apa yang berlaku dari perbualan.

Daripada takrif pertunangan di atas dapatlah kita ketahui bahawa pertunangan ini adalah satu perjanjian di antara dua pihak (pihak lelaki dan pihak perempuan) untuk melangsungkan perkahwinan.

Tapi disebalik ungkapan pertunangn, Kerap benar kita mendengar cerita mengenai dugaan bertunangkan? benarkah bila bertunang banyak dugaan?.. Rasanya ya..tapi kenapa? Itu suma muslihat dan tipu daya syaitan..secara saintifiknya memang tidak masuk akal orang yg bertunang ni byk ujian,tetapi secara fitrahnya memang benar!sbb nye,disitu lah lubang2 utk syaitan menyesat dan merosakkan niat baik sebuah ikatan pertunangan itu. Dan mengapa pula syaitan nak rosakkan?Sebab supaya kita tidak mendekati jalan ibadah kepada Allah (jauh dari niat sebenar asal pertunangan). Oleh itu, syaitan sering menghasut dan mengoda agar hubungan itu rosak dan putus. Ayat dibawah merungkaikan janji Iblis kepada Allah utk menyesatkan umat manusia:

Iblis berkata: “Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan)
menjadikan daku sesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat
menghalangi mereka (dari menjalani) jalan-Mu yang lurus (Shirat al-Mustaqim).
Kemudian aku datangi mereka dari hadapan mereka, dari belakang mereka,
dari kanan mereka serta dari kiri mereka;
dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.”
[al-A’raaf 7:16-17]


‘Tipu daya syaitan amat halus sekali. Kadangkala melalusi perasaan,emosi, keinginan,tanggapan dan sebagainy.nauzubillah..mg dihindarkan.. Ayat ini,kita blh tgk bagaimana carany syaitan menggoda dan menyesatkan manusia. Dari mana arah sekalipun (macamana cara sekalipun) mereka sentiasa akan berusaha..apa yang kita mampu lakukan,cubalah sentiasa berdoa dan berusahalah menjga hubungan kita denganNya..’Ketika bertunang ni, byk pula peluang2 syaitan utk merosakkan kita.kdg2 kita tertanya2 mengapa aku jadi begini dan begitu.’Semuanya gara-gara bisikan syaitan yg tidak henti2.Dalam keadan sedar atau tidak sedar kita akan melalui keadaan sedemikian. Melalui pengamatan umum , kemungkina antara dugaan yang akan berlaku ketika bertunang.

·         Emosi diri yang tidak terkawal. Perkara yang kecik akan menjadi besar, sikit2 terasa hati sehinggakan blh mengundang pergaduhan terjadi.
·         Gangguan dari pihak ke-3. Jika sebelum bertunang, tiada siapa yang mendekati anda atau pasangan anda, namun bila da bertunang ni, tiba2 anda menjadi perhatian.susah tu..
·         Masalah berkaitan kewangan. Anda dan pasangan asyik2 tidak dapat menyimpan duit. Duit ntah dibelanja ke mana.
·         Pengurusan hal perkahwinan juga boleh menimbulkan masalah. Anda ingin begini, tunang anda plak inginkan begitu. kan itu memeningkan kepala..sekecil2 benda pun blh merumitkan..
·         Tiba2 anda seperti tidak bersedia ingin berumah tangga. Perasaan ragu2 timbulla,tiba2 malas la fikir pasal kahwin, byk sgt bendanya.
·         Godaan nafsu sendiri. Dah bertunang bukan maksud dah dibolehkan melakukan benda yang bukan2.

Harapnya kepada bakal2 tunang di luar sana bersedialah utk menghadapi ujian tika mana ia datang. Tapi bukan itu saja,  bersedialah juga dari aspek segalanya, fizikal dan juga mental. Nak menikah ni bukan suka2,bukan tangkap muat, bukan bersahaja, tetapi perlulah bersandarkan kepadaniat dan objektif yg diredhai..Yang paling penting,jgn lupa,bersedialah dari aspek  rohani,kerana ia yang akan menjadi perbandingan keutuhan sebuah institusi rumahtangga itu nanti…   wallahualam.. (edited by umarmujahid)


Read More

09 October 2012

Doa Seorang Kekasih


Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan 
Dia milikku, tercipta untuk diriku 
Satukanlah hatinya dengan hatiku 
Titipkanlah kebahagiaan 

Ya Allah, ku mohon 
Apa yang telah Kau takdirkan 
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku 
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku 
Pelihara daku dari kemurkaanMu 

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah 
Beri kekuatan jua harapan 
Membina diri yang lesu tak bermaya 
Semaikan setulus kasih di jiwa 

Ku pasrah kepadaMu 
Kurniakanlah aku 
Pasangan yang beriman 
Bisa menemani aku 
Supaya ku dan dia 
Dapat melayar bahtera 
Ke muara cinta yang Engkau redhai 

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih 
Engkau sahaja pemeliharaku 
Dengarkan rintihan hambaMu ini 
Jangan Engkau biarkan ku sendiri 

Agarku bisa bahagia 
Walau tanpa bersamanya 
Gantikanlah yang hilang 
Tumbuhkan yang telah patah 
Ku inginkan bahagia 
Di dunia dan akhirat 
PadaMu Tuhan ku mohon segala 

Read More

25 July 2012

Ke mana roh di bulan Ramadhan


Pernah beberapa orang bertanyakan hal ini kepada saya, walaupun saya bukanlah ustazah tapi sekadar ingin berkongsi maklumat yang saya terima melalui email. Selamat membaca.

AL-FATIHAH UNTUK ARWAH YANG KITA SAYANGI...
" Walau setinggi mana kasih sayangku, sesungguhnya Allah lebih berhak menyayangimu, Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya, Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari...
Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului kita"


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk  kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan. Roh yang dibenarkan pulang  adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk  melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.

Sebarkan e-mail dakwah ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Ini bukanlah ancaman surat berantai. Yang jelas jika anda tidak meneruskan e-mail ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh. Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan dari Allah.  Mari berlumba dalam kebaikan.


Read More

27 April 2012

Loofah Scrub Badan

Petola Sarang (Luffa aegyptiaca) adalah tumbuhan yang memanjat. Buahnya yang muda amat enak dibuat sup lada hitam dan bawang putih, digoreng, atau dibuat ulam. Buah yang muda berserat dan apabila kering bertukar menjadi sabut. Serat tersebut sesuai dijadikan span untuk cuci pinggan atau scrub mandian.

rupa petola yang sudah kering


  • Aromatik sebuah badan skrub rawatan untuk wanita
  • Membantu teliti membersihkan kulit badan manakala menyegarkan
  • Adunan dengan Menthol untuk membersihkan kulit & menggalakkan peredaran
  • Mengandungi Petola semulajadi & manik Jojoba untuk menawarkan pengelupasan lembut
  • Muatan dengan Vitamin yang kaya dengan antioksidan A & E untuk faedah penyembuhan & wajah baru
  • Kulit badan kelihatan halus, bertenaga & sihat mencari
  • Mampu mencerahkan kulit, menangalkan daki-daki, bintik-bintik hitam, dll

BERMINAT!!!!

only RM5/pcs exclude postage
Panjang = 30cm

Source: Google Image

Read More

22 April 2012

Sister Wedding

My sister wedding last 2 weeks, nanti saya akan share more picture lagi OK ^__^


Read More

27 March 2012

Friend Wedding - Farah & Fairoz

Chenta hati bertolak dari Sg Buloh untuk menjemput saya di Bangi, kesian chenta hati saya terpaksa bangun seawal 7 pagi, tetapi kami excited untuk mengembara ke Perak. Saya nak honeymoon dengan chenta hati saya di sana. Saya yang terlebih excited sebab akan berjumpa dengan kawan-kawan seangkatan ketika study dulu, ada yang last jumpa during convocation day May last year, some of them last jumpa duirng my engagement day. So kira lama juga tidak berjumpa dengan mereka semua. 

Actually tanggal 17 March yang lalu merupakan majlis perkahwinan housemate saya time study degree dulu. Orang Perak so saya kene turun Perak untuk menghadiri majlis persandingan kawan saya ni. Just 4 hours untuk sampai ke sana, Sri Manjung. Setelah merima jemputan dan niat sampingan jalan-jalan di Perak sekali, cakap nak honeymoon kan. Here the invitation card,  so nice and cute.


Mari mulakan review mereview untuk majlis perkahwinan beliau, first sekali nama pengantinya Farah & Fairoz, yang berumur rahsia tidak pasti, kedua-dua mempelai berasal dari Perak. 1st nak review of course la yang paling penting untuk bride, MUA @ mak andam, solekan. See the picture.

Farah was doll by Shima Marina
For me memang sweet dan eye shadow banded well too. See another picture for her glowing makeup by Shima Marina (FB), 
Like this picture, cun giler beb



All 3 event outfit from Najib Salman (FB), my previous engagement outfit designer too (click here)



Tema pula untuk majlis pernikahan morocco theme, majlis persandingan garden theme dan majlis bertandang modern contemporary. Mari lihat gambar di sekitar majlis Farah & Fairoz, gambar saya dengan kawan-kawan masih belum diterima lagi, sedih. Doorgift pula lupa nak snap picture, nice doorgift too. Thanks



Kiri Shima Marina, kanan Najib Salman

 One more nak mention here about her hijab style, lawa and modern and elegant and stylish. Sila perhatikan dengan teliti gambar di bawah,
  

 Farra styling hijab are from KK Collection, I have review it before here. Overall majlis kawan saya ni memang well planned dan berjalan lancar. Makanan juga sedap siap tambah 2 kali, ada tapai, kerepek, muffin dan cendol. Meriah dengan makanan. Lastly selamat pengantin baru semoga berbahagia dan kekal di dunia dan akhirat. Terimalah hadiah dari saya yang x seberapa tu. ^_^

Read More

01 March 2012

Masalah Belanja Kahwin Mahal


Assalamualaikum uzar,

InsyaAllah saya bakal melangsungkan perkahwinan di akhir tahun namun saya berada dalam situasi tertekan kerana masalah adat dalam perkahwinan yang melibatkan kewangan. Alhamdulillah pada mulanya berjalan lancar dan apabila kedua keluarga kami bertemu kami bersetuju untuk mengenepikan adat dan mahu melangsungkan majlis secara ala kadar berlandaskan Islam. Pihak perempuan mencadangkan bahawa kami mengantikan wang hantaran dengan perhiasan untuk bakal isteri saya yang mana mampu. Namun setelah membeli didapati bahawa nilai barang perhiasan yang pihak perempuan jangkakan adalah lebih dari apa yang saya sangka dan mampu.
Ini mungkin ini salah faham dari pihak saya dan keluarga. Dalam jangka masa yang singkat ini saya amat terdesak untuk mencari wang dan jalan yang paling ringkas ialah dengan meminjam dari bank. pun begitu saya faham bahawa adalah haram jika meminjam untuk membeli emas. Bagaimana pula dengan hukum wang hantaran lebih-lebih lagi jika wang hantaran adalah sumber pinjaman dari bank?

Saya juga khuatir wang hantaran lebih kepada menunjuk-nunjuk dan akhirnya tidak diberkati majlis saya nanti.

Oleh kerana perkahwinan adalah untuk memulakan hidup baru saya amat berhati-hati lebih-lebih lagi kerana takutkan riba. diharap uzar dapat memberikan pendapat.
Pemuda ingin tahu 

JAWAPAN
Alhamdulillah dan tahniah atas perkahwinan yang bakal berlangsung, semoga dipermudahkan oleh Allah. Berikut adalah respon saya terhadap beberapa soalan yang diajukan:-
 1. Memang benar, perkahwinan tanpa melibatkan mas kahwin dan hantaran yang terlalu tinggi adalah lebih baik dan mudah mendapat keberkatan berbanding yang mahal kerana itu bakal meyukarkan pihak kurang berkemampuan, menyukarkan perkahwinan yang diperlukan untuk menghalalkan hubungan pasangan yang memerlukan, mudah dihinggapi penyakit riya’ dan menunjuk-nunjuk kekayaan.  Walaupun nilai hantaran dan mas kahwin yang mahal itu diharuskan oleh hukum Islam, namun iu bukanlah suatu yang terbaik. 
Dinyatakan bahawa Nabi s.a.w bersabda :
إن أعظم النساء بركة أصبحهن وجوها وأقلهن مهرا
Ertinya : Sesungguhnya wanita-wanita yang paling diberkati dan menjadi keutamaan adalah yang paling rendah mas kahwinnya ( Riwayat Ibn Hibban)
Dalam sebuah hadis lain :
Ø®َÙŠْرُÙƒُÙ†َّ Ø£َÙŠْسَرُÙƒُÙ†َّ صَدَاقًا 
Ertinya : Sebaik-baik kamu adalah yang paling mudah mas kahwinnya ( Hadis Marfu’ riwayat At-Tabrani, namun lemah pada sanadnya)
Juga hadis yang lain berbunyi :

إن أعظم النساء بركة أيسرهن صداقا 

Maksudnya;
“Wanita-wanita yang paling diberkati dikalangan umatku adalah yang paling rendah mas kahwinnya” (Riwayat Ahmad, namun lemah pada sanadnya)
Memang kelihatan hadis-hadis di atas menyebut perihal mas kahwin, namun dalam konteks Malaysia yang mempunyai adat memisahkan mas kahwin dan hantaran, kedua-dua belanja yang berkait langsung dengan aqad nikah dianggap relevan dalam erti hadis di atas. Manakala kenduri pula adalah sesuatu yang terasing. 
2. Saudara memberitahu bahawa kedua-dua keluarga telah bersetuju secara ala kadar bagi meraih keberkatan, maka sewajarnya saudara dan keluarga berterus terang dengan bakal pasangan berkenaan luar jangkaannya nilai hantaran yang mereka harapkan. Itu adalah amat penting berbanding menjatuhkan diri dalam hutang untuk berkahwin yang merupakan satu cara yang tidak sihat dari sudut perancangan kewangan.
 3.  Secara asasnya, tidak ada salahnya meminjam untuk membeli emas bagi tujuan simpanan masa hadapan, pelaburan jangka panjang atau sebagai hantaran, namun ia menjadi SALAH dan DOSA BESAR jika pinjaman dibuat dari bank konvensional secara  riba yang dikenakan ‘interest’, atau membeli emas itu secara bertangguh bayarannya. Namun jika saudara membuat ‘pembiayaan peribadi’ dari institusi kewangan Islam untuk memperolehi tunai bagi tujuan perkahwinan, ia tiada masalah dari sudut hukum dan telah disahkan patuh hukum Shariah oleh ulama yang berwibawa dan menyelia institusi terbabit, cuma ia tidak digalakkan sahaja dari sudut perancangan kewangan kerana boleh membawa masalah bebanan hutang di kemudian hari.
Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
10 Oktober 2011
Read More
Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 Little Rafa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena