Showing posts with label JAIS. Show all posts
Showing posts with label JAIS. Show all posts

18 January 2013

Prosedur Pernikahan di Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi) Putrajaya



Langkah pertama perlu selesaikan borang pernikahan pihak lelaki (Borang 2A), yang ini sekejap dalam 2-3 hari dah boleh dapat bukan perempuan yang uruskan tetapi your future husband. Then proceed dengan permohonan nikah perempuan, borang boleh diperolehi di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) masing-masing. Di sini saya explain for Selangor because saya dari Selangor.

Permulaan perlu tetapkan tempat pernikahan, samada di rumah atau masjid atau dewan atau hotel. Saya pilih masjid, then masjid pilihan saya luar daerah Selangor so ada additional process. After complete all form, untuk Selangor Borang 2C & 2D tapi sekarang permohonan dari Selangor boleh isi online di sini. Sangat mudah dan cepat. After isi lengkap semua then print borang yang lengkap beserta dengan dokument sokongan, bawa semua beserta borang pernikahan lelaki untuk dapat pengesahan Penolong Pendaftar Nikah (PPN) Qariah kawasan tempat tinggal anda. Yang ini pastikan kawasan qariah betul ye! If x sure sape PPN kawasan boleh semak dengan PAID.

Borang beserta dokument sokongan yang telah disahkan oleh PPN Qariah hantar ke Pejabat Agama Islam Daerah, then tunggu surat kebenaran kalau bertuah dapat hari yang sama atau sehari selepas selalunya. Siapa yang bernikah di kawasan yang sama prosedur sampai tahap ni surat kebenaran nikah dikembalikan semula kepada PPN Qariah sebab dia yang akan jadi tok kadi (jurunikah).

Untuk urusan saya belum selesai sebab bernikah di luar kawasan, macam saya tinggal di hulu Langat tapi ingin bernikah di Putrajaya so after ke PAID Hulu Langat borang serta dokument perlu di hantar ke JAWI Putrajaya, if tahu nama jurunikah better isi terus if x tahu biarkan kosong, so nanti senang staff JAWI akan call terus jurunikah yang dipilihan untuk collect borang nikah untuk pengesahan dan seterusnya. Then tunggu 2-3 hari jurunikah akan call calon suami/wali anda untuk inform borang nikah sudah diterima, this time dah boleh tarik nafas lega sebab dah selesai just datang pada hari nikah di masjid.

As you all know saya bernikah di Masjid Besi, Putrajaya, so bayaran RM100 dikenakan untuk all facilities pada hari nikah termasuk karpet, kipas, bantal, meja, microphone, termasuk upah pekerja tapi not include upah saksi dan jurunikah. Bayaran ini perlu di buat sebelum hari nikah, sebaiknya after jurunikah call, terus ke Masjid Besi then isi borang buat bayaran terus dan dapatkan surat kebenaran bernikah di Masjid Besi, then simpan baik-baik in case pihak masjid ada kesilapan or terlupa. Mintak dijauhkan lah, so surat tu as bukti.

Jamuan nikah, boleh dibuat di masjid, catering boleh pilih mana-mana catering pun, tapi prosedur di masjid Besi makan hanya bersila sahaja no meja-meja yang proper yang siap skirting sume bagai. Kalau nak boleh tapi sewa dewan dalam masjid, yang itu sila tanya pihak masjid untuk details. So saya just pilih Pazi Caterer yang sedia ada di masjid so senang untuk berurusan. Sedap pun sedap gak, memang recomended hire Pazi caterer.

Harap dapat membantu untuk bakal pengantin yang ingin bernikah di Masjid Besi, rasa semua dah cerita, kalau ada pertanyaan comment yeh kat post ni. Sekian, jumpa di post berikutnya.


Read More

19 September 2012

HIV Test


Pengumuman

Kepada bakal-bakal pengantin yang berhajat untuk buat HIV test jangan nak terus melulu pergi klinik kesihatan and pergi kaunter cakap ‘Saya nak buat HIV test’. Semu HIV test mesti book date dulu. Maybe sebab ramai sangat dan mereka tak dapat nak entertain semua, tapi tak sure ada ke klinik yang terima walk-in. So dapatkan nombor telefon klinik yang berhajat nak buat HIV test then buat booking on available date ok. Macam saya baru call this morning, date available on middle of october dah tau date before semua penuh, and make sure klinik tu ada buat HIV test.  My HIV test will be on 15 October 2012, booked already.


Read More

15 September 2012

Hikmah Berkahwin


Tujuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan kasih sayang yang memperindahkan kehidupan. Tanpa penyusunan yang rapi di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan. Kerana itu, perkahwinan disyariatkan.
Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya. Sebabnya jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan hidup mereka tidak tenteram.

Perkahwinan adalah perkembangan daripada keluarga yang sedia ada dan hubungan antara keluarga baru. Hubungan ini wajib diperteguhkan kerana keluarga baru itu sebahagian daripada masyarakat yang boleh mempengaruhi keadaan baik buruk masyarakat.

Hikmat Perkahwinan:
  • Untuk melahirkan zuriat atau keturunan yang bersih demi kebahagiaan rumah tangga.
  • Memupuk perasaan kasih sayang di antara suami dan isteri kerana fitrah manusia inginkan kasih sayang dan belaian dari orang-orang yang tertentu.
  • Mengelakkan daripada melakukan perbuatan maksiat, khususnya zina.
  • Menikmati ketenteraman dan kedamaian jiwa dan perasaan.
  • Melahirkan manusia yang bertanggungjawab dalam menjalankan amanah Allah S.W.T


Read More

Konsep Perkahwinan


Islam mempunyai konsep perkahwinannya yang tersendiri. Perkahwinan di dalam Islam bukan hanya berdasarkan cinta semata-mata, mencari keseronokan atau memenuhi tuntutan naluri sahaja, tetapi lebih daripada itu; perkahwinan dalam Islam mempunyai matlamat dan tujuan yang lebih luas lagi, sebahagian dari tujuan dan matlamatnya adalah :
  • Perkahwinan merupakan suatu Fitrah
  • Perkahwinan merupakan suatu Ibadah
  • Menjaga Kehormatan
  • Sumber Pembangunan Individu dan Negara
  • Latihan Kesabaran - suatu Jihad
  • Kasih Sayang
  • Memperluas Silaturrahim


Read More

01 March 2012

Masalah Belanja Kahwin Mahal


Assalamualaikum uzar,

InsyaAllah saya bakal melangsungkan perkahwinan di akhir tahun namun saya berada dalam situasi tertekan kerana masalah adat dalam perkahwinan yang melibatkan kewangan. Alhamdulillah pada mulanya berjalan lancar dan apabila kedua keluarga kami bertemu kami bersetuju untuk mengenepikan adat dan mahu melangsungkan majlis secara ala kadar berlandaskan Islam. Pihak perempuan mencadangkan bahawa kami mengantikan wang hantaran dengan perhiasan untuk bakal isteri saya yang mana mampu. Namun setelah membeli didapati bahawa nilai barang perhiasan yang pihak perempuan jangkakan adalah lebih dari apa yang saya sangka dan mampu.
Ini mungkin ini salah faham dari pihak saya dan keluarga. Dalam jangka masa yang singkat ini saya amat terdesak untuk mencari wang dan jalan yang paling ringkas ialah dengan meminjam dari bank. pun begitu saya faham bahawa adalah haram jika meminjam untuk membeli emas. Bagaimana pula dengan hukum wang hantaran lebih-lebih lagi jika wang hantaran adalah sumber pinjaman dari bank?

Saya juga khuatir wang hantaran lebih kepada menunjuk-nunjuk dan akhirnya tidak diberkati majlis saya nanti.

Oleh kerana perkahwinan adalah untuk memulakan hidup baru saya amat berhati-hati lebih-lebih lagi kerana takutkan riba. diharap uzar dapat memberikan pendapat.
Pemuda ingin tahu 

JAWAPAN
Alhamdulillah dan tahniah atas perkahwinan yang bakal berlangsung, semoga dipermudahkan oleh Allah. Berikut adalah respon saya terhadap beberapa soalan yang diajukan:-
 1. Memang benar, perkahwinan tanpa melibatkan mas kahwin dan hantaran yang terlalu tinggi adalah lebih baik dan mudah mendapat keberkatan berbanding yang mahal kerana itu bakal meyukarkan pihak kurang berkemampuan, menyukarkan perkahwinan yang diperlukan untuk menghalalkan hubungan pasangan yang memerlukan, mudah dihinggapi penyakit riya’ dan menunjuk-nunjuk kekayaan.  Walaupun nilai hantaran dan mas kahwin yang mahal itu diharuskan oleh hukum Islam, namun iu bukanlah suatu yang terbaik. 
Dinyatakan bahawa Nabi s.a.w bersabda :
إن أعظم النساء بركة أصبحهن وجوها وأقلهن مهرا
Ertinya : Sesungguhnya wanita-wanita yang paling diberkati dan menjadi keutamaan adalah yang paling rendah mas kahwinnya ( Riwayat Ibn Hibban)
Dalam sebuah hadis lain :
Ø®َÙŠْرُÙƒُÙ†َّ Ø£َÙŠْسَرُÙƒُÙ†َّ صَدَاقًا 
Ertinya : Sebaik-baik kamu adalah yang paling mudah mas kahwinnya ( Hadis Marfu’ riwayat At-Tabrani, namun lemah pada sanadnya)
Juga hadis yang lain berbunyi :

إن أعظم النساء بركة أيسرهن صداقا 

Maksudnya;
“Wanita-wanita yang paling diberkati dikalangan umatku adalah yang paling rendah mas kahwinnya” (Riwayat Ahmad, namun lemah pada sanadnya)
Memang kelihatan hadis-hadis di atas menyebut perihal mas kahwin, namun dalam konteks Malaysia yang mempunyai adat memisahkan mas kahwin dan hantaran, kedua-dua belanja yang berkait langsung dengan aqad nikah dianggap relevan dalam erti hadis di atas. Manakala kenduri pula adalah sesuatu yang terasing. 
2. Saudara memberitahu bahawa kedua-dua keluarga telah bersetuju secara ala kadar bagi meraih keberkatan, maka sewajarnya saudara dan keluarga berterus terang dengan bakal pasangan berkenaan luar jangkaannya nilai hantaran yang mereka harapkan. Itu adalah amat penting berbanding menjatuhkan diri dalam hutang untuk berkahwin yang merupakan satu cara yang tidak sihat dari sudut perancangan kewangan.
 3.  Secara asasnya, tidak ada salahnya meminjam untuk membeli emas bagi tujuan simpanan masa hadapan, pelaburan jangka panjang atau sebagai hantaran, namun ia menjadi SALAH dan DOSA BESAR jika pinjaman dibuat dari bank konvensional secara  riba yang dikenakan ‘interest’, atau membeli emas itu secara bertangguh bayarannya. Namun jika saudara membuat ‘pembiayaan peribadi’ dari institusi kewangan Islam untuk memperolehi tunai bagi tujuan perkahwinan, ia tiada masalah dari sudut hukum dan telah disahkan patuh hukum Shariah oleh ulama yang berwibawa dan menyelia institusi terbabit, cuma ia tidak digalakkan sahaja dari sudut perancangan kewangan kerana boleh membawa masalah bebanan hutang di kemudian hari.
Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
10 Oktober 2011
Read More

11 January 2012

Permohonan Perkahwinan Bagi Perempuan


Just to share with all bride to be especially pengantin perempuan, maklumat yang sangat berguna sebelum membuat permohonan perkahwinan. Check it out.

------------------------------------------------------




MAKLUMAT UMUM 

Menurut pandangan Islam, perkahwinan adalah salah satu ibadah. Oleh itu, ia perlu dilaksanakan mengikut ketetapan syariat. Melalui perkahwinan, seseorang itu dapat membina keluarga dan ini adalah suatu saluran untuk seseorang itu menunaikan ibadah iaitu dengan membelanjakan wang untuk keperluan keluarganya, memberikan pendidikan, menunaikan solat berjemaah dan sebagainya.

Allah swt. telah berfirman dalam Surah Ar Rum: ayat 21 yang bermaksud:

"Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia (Allah) menciptakan pasangan-pasangan (jodoh) bagi kamu dari (makhluk) jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung kepadanya dan merasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu." 

Perkahwinan merupakan satu tanggungjawab yang berat kepada setiap individu. Setiap pasangan yang ingin mencapai kebahagian perlu mengetahui matlamat sebenar perkahwinan yang mereka bina. Tanpa matlamat yang jelas, sesuatu perkahwinan itu tidak dapat dibentuk dan diarahkan dengan baik dan akhirnya akan mengakibatkan kehancuran.

Oleh kerana melalui perkahwinan, umat manusia akan berkembang dan akan terjalin hubungan persaudaraan di antara dua buah keluarga, kita harus berhati-hati dalam melaksanakannya agar tidak menimbulkan masalah di kemudian hari. Islam telah menggariskan ciri-ciri calon suami atau isteri yang patut dipilih iaitu kerana kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Walau bagaimanapun, Islam menekankan bahawa pemilihan yang paling baik adalah dari kalangan orang yang beragama.

Peranan wali dalam pernikahan amat penting kerana ia merupakan salah satu daripada rukun nikah. Sekiranya pernikahan dilaksanakan tanpa wali ia adalah tidak sah dari segi hukum syarak. Wali hendaklah terdiri daripada orang yang berkelayakan.

Susunan Wali Perempuan yang sah mengikut Hukum Syara' adalah seperti Berikut :-.

1. Bapa Kandung.
2. Datuk Sebelah Bapa Ke Atas.
3. Adik Beradik Lelaki Seibu-sebapa.
4. Adik Beradik Lelaki Sebapa.
5. Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa.
6. Anak Saudara Lelaki Sebapa.
7. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa.
8. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Sebapa.
9. Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa.
10. Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa.
11. Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Datuknya.
12. Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya.
13. Moyang Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Moyangnya.
14. Moyang Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Moyangnya.
15. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa (Sepupu lelaki).
16. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa (Sepupu lelaki).
17. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa.
18. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa.
19. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Datuknya.
20. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya.
21. Wali Hakim.


Justeru untuk menjaga agar perkahwinan di kalangan umat Islam di Negeri Selangor dilaksanakan mengikut hukum syarak, Jabatan Agama Islam Selangor telah membuat beberapa peraturan yang perlu diikuti oleh individu yang ingin berumahtangga.

PROSEDUR PERMOHONAN NIKAH PEREMPUAN 

1. HADIR KURSUS PRA PERKAHWINAN
2. DAPATKAN BORANG 2C DAN 2D DI JAIS/ PAID ATAU DOWNLOAD BORANG DI SINI.
3. DAPATKAN BORANG PEMERIKSAAN UJIAN DARAH/ HIV DARI BAHAGIAN
  UNDANG-UNDANG KELUARGA JAIS ATAU PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH.
4. LENGKAPKAN BORANG DAN LAMPIRKAN DOKUMEN SOKONGAN. (2 BULAN SEBELUM AKAD NIKAH)
5. DAPATKAN PENGESAHAN DARI PENOLONG PENDAFTAR NIKAH(PPN) QARIAH.
6. DAPATKAN KEBENARAN NIKAH DARI PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH.
7. SERAHKAN KEBENARAN BERKAHWIN KEPADA PPN QARIAH.)
8. AKAD NIKAH DIJALANKAN.
9. AMBIL SURAT PERAKUAN NIKAH DI JAIS/ PAID.

ImageDownload Prosedur Dan Syarat-syarat Prosedur Permohonan Berkahwin Bagi Perempuan 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN 

# SALINAN KAD PENGENALAN/ PASSPORT (Jika pemohon warganegara asing).
# SALINAN KAD PENGENALAN/ PASSPORT 2 ORANG SAKSI (Jika warganegara asing)
# SALINAN SIJIL KURSUS PRA PERKAHWINAN (Diiktiraf oleh JAKIM/ JAIS/ JAWI/ JAIN).
# KEPUTUSAN UJIAN SARINGAN HIV
# SALINAN BORANG PERMOHONAN 2C.(Jika pemohon nikah luar daerah/ Negeri/ Negara).
# SURAT PENGESAHAN MASTAUTIN PEMOHON DARI PENGHULU/ KETUA KAMPUNG/ NAZIR MASJID/
PENGERUSI JKKK, PENGERUSI J/K PENDUDUK TAMAN PERUMAHAN
# BORANG KELULUSAN BERKAHWIN/ SURAT KEBENARAN BERKAHWIN BAGI LELAKI.
# SURAT PERAKUAN/ PENGESAHAN/ AKUAN SUMPAH NIKAH IBU BAPA. (Jika perempuan anak sulung atau wali adalah abang lelaki yang sulung)
# SURAT WAKALAH (Jika wali tidak dapat hadir semasa akad nikah).
# SURAT PERAKUAN/ AKUAN SUMPAH KEMATIAN WALI (BAPA)
# SURAT ATAU KAD PERAKUAN ISLAM DAN SALINANNYA. (Jika pemohon Saudara Baru)
# SURAT KELULUSAN DARI KAGAT/ PDRM. (Jika pemohon anggota Tentera/ Polis).
# SURAT PERAKUAN CERAI/ KEMATIAN PASANGAN DABN SALINANNYA.(Jika pemohon Janda)
# SURAT KEBENARAN BERKAHWIN DARIPADA KONSULAT ATAU KEDUTAAN DAN IMIGRESEN. (Jika warganegara asing).

not DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN OLEH PEREMPUAN UNTUK KEBENARAN BERKAHWIN
not DOWNLOAD BORANG WALI & WAKARAH
not DOWNLOAD CARTA SUSUNAN WALI BAGI PEREMPUAN ISLAM

JENIS-JENIS PERNIKAHAN YANG DIISYARATKAN MENDAPAT KEBENARAN TERLEBIH DAHULU DARI MAHKAMAH SYARIAH ADALAH SEPERTI BERIKUT :-

1. PERNIKAHAN POLIGAMI.
2. PERNIKAHAN DI BAWAH UMUR.
3. PERNIKAHAN JANDA BERHIAS DALAM PERJALANAN IDDAH.
4. PERNIKAHAN MUALLAF TANPA WALI.
5. PERNIKAHAN ANAK LUAR NIKAH.
6. PERNIKAHAN ANAK ANGKAT (Yang mana walinya tidak diketahui kedudukannya).
7. PERNIKAHAN MANA-MANA PEREMPUAN YANG TIADA WALI(SEBAB NASAB/ KETURUNAN) TIADA YANG MELAYAKKAN UNTUK MENJADI WALI MENGIKUT HUKUM SYARAK.
8. PERNIKAHAN MANA-MANA PEREMPUAN YANG MANA WALINYA GHAIB; TIADA DIKETAHUI KEDUDUKANNYA SAMA ADA HIDUP ATAU MATI.
9. PERNIKAHAN MANA-MANA PEREMPUAN YANG MANA TERBUKTI WALINYA DIKETAHUI TEMPAT TINGGALNYA BERADA (MELEBIHI 2 MARHALAH) TETAPI SANGAT SUKAR UNTUK DIHUBUNGI OLEH MANA-MANA ALAT KOMUNIKASI DAN BERTULIS.
10.PERNIKAHAN ATAS SEBAB "WALI ENGGAN UNTUK MENJADI WALI.

SEKSYEN-SEKSYEN DI DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM SELANGOR (EUKINS 2003) YANG BERKAITAN DENGAN PERMOHONAN PERNIKAHAN TERSEBUT :-

A.Seksyen 23 EUKINS 2003 (Pernikahan Poligami)
i) rujuk pamphlet permohonan berpoligami JAIS.

B.Seksyen 8 EUKINS 2003 (Pernikahan bawah umur)

"Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan atau didaftarkan di bawah Enakmen ini jika lelaki itu kurang daripada 18 tahun atau perempuan itu kurang daripada enam belas tahun kecuali jika Hakim Syarie telah memberi kebenaran secara bertulis dalam keadaan tertentu. "

C.Seksyen 13 (b) EUKINS 2003 (Pernikahan Wali Enggan)

Sesuatu perkahwinan adalah tidak diakui dan tidak boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini melainkan kedua-dua pihak perkahwinan itu telah bersetuju terhadapnya, dan sama ada :-

(b)Hakim Syarie yang mempunyai bidangkuasa di tempat di mana pihak perempuan itu bermastautin atau seorang yang diberi kuasa secara am atau khas bagi maksud itu oleh hakim Syarie itu telah, selepas penyiasatan wajar di hadapan semua pihak yang berkenaan memberi persetujuan terhadap perkahwinan itu oleh wali Raja mengikut Hukum Syarak, persetujuan tersebut boleh diberi jika perempuan mempunyai wali nasab mengikut Hukum Syarak atau jika wali telah enggan memberi persetujuannya dengan tiada nasab yang munasabah.

D.Seksyen 14 (3) EUKINS 2003 (Pernikahan Janda Berhias)

Jika perempuan itu mendakwa telah bercerai sebelum ia telah disetubuhi oleh suaminya dalam perkahwinan itu, ia tidak boleh dalam masa iddah perceraian biasa, berkahwin dengan seorang yang lain daripada suaminya yang dahulu itu kecuali dengan kebenaran Hakim Syarie yang mempunyai bidangkuasa di tempat pengantin perempuan itu bermastautin.

E.Seksyen 18 (1) dan 18 (2) EUKINS 2003 (berhubung dengan semua jenis pernikahan yang diperjelaskan di atas) Dalam mana-mana kes berikut, iaitu :-

(a)Jika salah satu pihak kepada perkahwinan yang dicadangkan itu adalah di bawah seksyen 8, atau
(b)Jika pihak perempuan adalah seorang janda yang tersabit oleh seksyen 14 (3) atau
(c)Jika pihak perempuan tidak mempunyai wali dari nasab mengikut Hukum Syarak. Maka pendaftar hendaklah, sebagai ganti bertindak di bawah seksyen 17, merujukkan permohonan itu kepada Hakim Syarie yang mempunyai bidangkuasa di tempat perempuan itu bermastautin.
(d)Hakim Syarie, apabila berpuashati tentang kebenaran perkara-perkara yang disebut dalam permohonan itu dan tentang sahnya perkahwinan yang dicadangkan itu dan bahawa kes itu adalah kes yang mewajarkan pemberian kebenaran bagi maksud-maksud seksyen 8, atau kebenaran bagi maksud-maksud subseksyen 14(3), atau persetujuannya terhadap perkahwinan itu diakadnikahkan oleh wali raja bagi maksud-maksud perenggan 13(b), mengikut mana-mana yang berkenaan hendaklah, pada bila-bila masa selepas permohonan itu dirujukkan kepadanya dan setelah dibayar fi yang ditetapkan, mengeluarkan kepada pemohon kebenarannya untuk berkahwin dalam borang yang ditetapkan.


SOALAN YANG SERING DITANYA 

Siapakah yang dikecualikan daripada mengambil Kursus Pra Perkahwinan ? 

Orang yang dikecualikan daripada mengambil Kursus Pra Perkahwinan ini hanya orang yang pernah berkahwin (duda/berpoligami), seorang bujang yang telah berusia melebihi 40 tahun dan individu yang cacat anggota tertentu.

Bagaimanakah seorang pemohon dapat mengenali Penolong Pendaftar Nikah yang perlu ditemuinya untuk mendapatkan sokongan untuk bernikah?

Pemohon hendaklah merujuk ke qariah masjid yang tempat dia tinggal / mengikut alamat dalam kad pengenalan beliau.

Adakah pemohon boleh mengikuti Kursus Pra Perkahwinan di mana-mana tempat di Malaysia?

Ya, pemohon boleh mengikuti Kursus Pra Perkahwinan di mana-mana tempat di Malaysia, asalkan ia diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Negeri di mana kursus itu dianjurkan.

Di manakah pemohon boleh mengambil borang permohonan nikah?

Pemohon boleh mengambil borang permohonan nikah di Pejabat Agama Islam yang berdekatan dengan tempat tinggal beliau atau boleh download terus di sini.

Bilakah masa yang sesuai untuk seorang lelaki membuat permohonan nikah di Pejabat Agama Islam Daerah?

Permohonan tersebut boleh dibuat dalam tempoh sebulan sebelum akad nikah dilaksanakan.

Perlukah setiap pasangan yang akan menjalankan Majlis Ijab-Qabul di Negeri Selangor menjalani ujian darah/ HIV ?

Setiap pasangan yang akan melaksanakan Majlis Ijab-Qabul dalam Negeri Selangor DIWAJIBKAN menjalani pemeriksaan ujian darah / HIV di klinik kesihatan kecil KERAJAAN yang terpilih sahaja.



-----------------------------------------------------------------------


Maklumat Lanjut: LAMAN WEB RASMI JAIS
Read More
Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 Little Rafa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena