Showing posts with label HANTARAN. Show all posts
Showing posts with label HANTARAN. Show all posts

16 January 2014

Wedding Review : My Hantaran

Assalamualaikum W.B.T.

Hasil tangan my husband sendiri, tray transparent also from Rezo Collection. Cuci-cuci mata dengan gambar di bawah.

Untuk lihat lebih banyak koleksi hantaran dari Rezo Collection, boleh like page mereka di sebelah kanan blog ini. Boleh like page Fahrenheit69 juga ya.

Yang pasti bakal-bakal pengantin yang inginkan gubahan hantaran fully fresh flower boleh dapatkan khidmat mereka dengan harga permulaan RM45.

Selain daripada gubahan hantaran, Rezo Collection juga ada menyediakan perkhidmatan pakej pelamin, boleh hubungi mereka untuk maklumat lanjut. 







Read More

08 August 2012

Persiapan Hantaran




Bagaimana dengan puasa anda, jangan x tau kita hampir kepada 10 Ramadhan terakhir dah. Sempena cuti Nuzul Quran isnin yang lalu, saya dan tunang mengambil kesempatan untuk keluar membeli-belah, tapi bukan membeli belah untuk persiapan raya tapi untuk barang hantaran perkahwinan kami. Inshaallah. 


Destinasi pertama yang telah kami tuju adalah Mid Valley. Kami sampai sana seawal jam 10pagi, awalkan maklumlah kan time mega sale. Adalah beberapa barang yang kami beli di Mid Valley. Kemudian kami teruskan perjalanan ke shopping mall berikutnya ke KL Festival City yang terletak di Danau Kota (Setapak). Tapi tiada barang yang kami beli, cuma menghabiskan masa meronda-ronda seketika menunggu waktu berbuka.




Cuba teka dimana kami berbuka pada hari itu, actually x planned pun walaupun dah lama mengidam nak rasa hidangan yang makin mendapat perhatian ni. Apa lagi kalau bukan ‘burger bakar’ kali ni di Taman Dagang, Ampang. Rezeki kami ketika sampai di sana tempat masih banyak dan x perlu beratur panjang lagi. Kemudian kami rehat untuk melegakan kesakitan dan kelenguhan kaki yang seharian berjalan. Ini kali pertama kami iftar bersama sebagai untuk Ramadhan kali ni.


Burger Bakar @ Taman Dagang



Sambung untuk keesokan harinya, seawal jam 9pagi tunang sudah sampai di rumah untuk sambung shopping. Kali ni kami pergi ke Sunway Pyramid, kami sampai sana jam 9.35pagi, kedai semua x buka lagi tau. Banyak juga barang yang kami beli di sini dengan harapan semua barang sudah mencukupi, tapi tidak. Kami pergi pula ke Paradigm Mall, shopping mall yang baru tu, not bad. Ni la destinasi terakhir kami dengan tamatnya pencarian kesemua brang yang ada dalam checklist kami.


cuba teka jam mana yg mana saya pilih ^_^
Kami mengambil masa selama dua hari untuk mencari barang hantaran kami, syukur dipermudahkan segala urusan tanpa banyak masalah dalam pemilihan. Nasihat kalau nak jimat masa pergilah ke shopping mall yang super besar because ada banyak pilihan dan boleh beli in just one mall only. Tapi mungkin ada pasangan yang prefer yang every month beli one item, boleh juga terpulang pada masaing-masing. 


org yg tgh keliru nak wat pemilihan kasut
Beli time mega sale memang jimat, banyak offer diskaun, sale sini sale sana. Mungkin ada orang cakap padahal harga yang after diskaun tu actually the actual price for that item, mungkin ya atau tidak, tapi bagi saya for certain thing agak berbaloi dan jimat.  Kalau jumpa barang yang bekanan terus beli jangan terlalu cerewet (“.).





Read More

09 June 2012

Kenali Tema Hantaran







Jenis dulang mengikut trend dan bajet
Hantaran yang menggunakan  dulang besi untuk hantaran semakin mendapat tempat disebabkan oleh bentuknya yang unik dan harganya yang berpatutan. terdapat pelbagai bentuk yang direka mengikut permintaan dan trend semasa seperti bakul yang berkaki, bentuk buah labu seakan kereta cinderalla, kelopak bunga, basikal dan dulang bertingkat. Harga yang dikenakan untuk gubahan menggunakan dulang besi adalah dalam lingkungan harga RM150 dan ke bawah.

Jika anda mencari sesuatu yang tampak mewah, ringkas, dan ekslusif; penggunaan dulang bersadur perak atau emas amat sesuai dan kebanyakan penggubah hantaran ada menawarkan dulang-dulang ini untuk disewa. Harga pakej gubahan hantaran yang ditawarkan selalunya agak tinggi iaitu RM150 dan ke atas. Namun, penggunaan bunga atau hiasa yang minimum sudah mampu menyerlahkan sesuat gubahan di atas dulang bersadur perak tanpa perlu aksesori tambahan yang sarat.

Hantaran bunga segar
Hantaran bunga segar semakin menjadi pilihan pengantin terutamanya kepada yang inginkan sesuatu yang segar dan ekslusif. Harganya pula bergantung kepada jenis bunga yang digunakan iaitu sekitar RM80 dan ke atas.

Namun sekiranya gubahan menggunakan bunga-bunga import seperti orkid cymbidium, rose, hydrangea dan peanies, harga satu gubahan hantaran boleh mencecah RM300 dan ke atas. Adalah dinasihatkan kepada yang memilih bunga segar supaya memilih jenis bunga  yang bersesuaian dengan lokasi, tema dan bajet anda.  Sekiranya majlis yang memerlukan perjalanan yang jauh, bunga orkid lebih sesuai digunakan kerana ia mampu kekal segar lebih lama berbanding bunga-bunga lain.

Gubahan hantaran bunga tiruan
Selain bunga segar, masih ramai dalam kalangan pengantin kini inginkan sesuatu yang boleh disimpan sebagai kenangan. Gubahan hantaran  menggunakan bunga tiruan sama ada bunga plastik ataupun bunga kraf buatan tangan  mampu tampak ekslusif dan istimewa terutamanya kepada yang menghargai seni-seni kraftangan bunga. Hantaran menggunakan bunga kraf seperti bunga dip, stokin, organza, dawai gim, kristal, ,utiara, dan lain-lain mampu memberi kelainan tersendiri dan harganya pula bergantung kepada seni kerja tangan yang diperlukan.

Pilihan yang ada
Beli bunga siap
Kepada yang tidak ingin berbelanja lebih, bolehlah menempah bunga-bunga yang siap digubah menjadi bunga dulang dan menyusun sendiri di atas dulang hantaran. Kos bunga dulang adalah sekitar RM50 dan ke atas, agak murah berbanding tempahan dulang yang sudah siap digubah. Sekiranya bunga-bunga ini disimpan dan dijaga rapi, berkemungkinan is boleh diguna semula untuk lain-lain tujuan seperti dijadikan sebagai pemberian istimewa kepada ahli keluarga terdekat ataupun sebagai dekorasi tambahan di dalam rumah.

Sewa dari butik
Ada dikalangan pengusaha butik turut menyediakan khidmat sewaan dulang hantaran lengkap dengan harga yang amat berpatutan. Namun anda dinasihati melihat terlebih dahulu contoh gubahan yang ditawarkan untuk mengelakkan anda mendapat gubahan yang sudah rosak atau lusuh.

Gubah sendiri
Kepada yang berkebolehan menggubah, gunakanlah bakat terpendam anda dengan menghasilkan sendiri gubahan hantaran. Pilih jenis gubahan yang ingin dibuat, pastikan bahan-bahan yang diperlukan dan beli barang-barang yang disenaraikan  sahaja mengikut kuantiti yang betul. Buat kiraan kos termasuk kos pengangkutan dan penghantaran. Terdapat banyak contoh-contoh gubahan hantaran dalam majalah dan internet yang boleh dijadikan rujukan. Mulakan menggubah hantaran seawal yang boleh dan mohonlah bantuan keluarga dan rakan-rakan untuk memberikan pandangan mereka. Yang pasti hati akan terasa bangga dan berbunga-bunga apabila melihat hasil kerja tangan sendiri tersusun rapi di majlis persandingan untuk si dia teristimewa.


Source: Inspirasi Perkahwinan July 2012, m/s 186-187

Read More

26 March 2012

Promotion Hantaran Package



Good news for b2b, grab this promotion for your big day from Ratio Design. Simple yet elegant hantaran decoration, seriously I also falling in love with their talent and idea. Have a look this














Yes! It's promo time! We at Ratio Design are honored to be considered for your big day! 
The promo will end on 15th April so make sure you get it quick! Spread the love! X 

Kindly email to : ratiodesign@yahoo.com
Zul Maznie : 013-6466383
Mas Angelina : 017-2445208
Read More

05 March 2012

Personalized Yassin

Vendor for personalized Yassin


Click on banner










Read More

10 November 2011

Engagement Hantaran


5 dulang berbalas 9 dulang daripada pihak kami. Tema hantaran saya fresh flower orange peach + yellow + white, then ini hasilnya. Walaupun some of my relatives cakap nampak kosong or whatever, pada maa saya it's look nice and smell so fresh. Senarai hantaran daripada pihak perempuan kepada pihak lelaki

Songkok + Sampin + Kain
Buah-buahan
Tepak sirih
Coklat
Kurma
Halwa
Kek

This hataran not decorate by me, tempah dari seorang that I really like her decoration, very simple but pandai bermain dengan warna bunga and jenis bunga. For my hantaran I told her that I don't want roses, then she manage to combine this kind of flower daisy/gerbera, chrysanthemum and pompom x tau apa nama bunga. So saya 100% serahkan pada BisikBisik Design untuk decorate hantaran saya. Selain itu saya juga ada hand bouquet also specially from  BisikBisik Design. Exactly same like picture yang saya hantar untuk hand bouquet ni. Good job to BisikBisik Design.


Ini pula hantaran 5 dulang daripada pihak lelaki kepada pihak perempuan yang terdiri daripada sirih junjung, cincin 2 bentuk, buah-buahan, kek dan coklat. Tema warna pihak lelaki pula white and turquoise. Hantaran daripada pihak lelaki originally made by hand only stand dulang and bantal sewa daripada SomethingBorrowed byNawal.




Read More
Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 Little Rafa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena