Showing posts with label HALL. Show all posts
Showing posts with label HALL. Show all posts

02 May 2012

Dewan Tan Sri Mahfuz - JKR

Assalamualaikum (",)

Sempena 1 Mei 2012 semalam, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat Hari Pekerja" kepada mereka yang sudah berstatus pekerja, tidak kisah samada anda bekerja di pejabat, secara talian, di rumah atau di mana-mana sahaja, asalkan bekerja mcm ucapan kat radio kan. Saya sure ramai yang mengambil kesempatan cuti umum ini untuk pulang ke kampung, membeli-belah, bercuti, dan ridak lupa bride-to-be macam saya untuk survey pape yang patut ok, anda kena cepat sebab masa berjalan masa makin suntuk untuk membuat persiapan. So hujung minggu lepas sampailah semalam saya servey pasal tudung untuk digayakan, boleh review post/entry 2-3 hari lepas pasal entry fesyen tudung, tapi will be continue tau.







Mesti pelik kenapa tiba-tiba gambar dewan ni kan, sebab entry saya kali ini nak story pasal dewan, kepada B2B yang masih survay tempat untuk berlangsungnya majlis anda, can try this one. Ini latest picture Dewan JKR yang baru after renovate, lawa and comfortable. Actually dah lama saya survey dewan ni, then saya x ingat harga sewa, kapasiti, kemudah, dll yang ditawarkan. Jap jap try ingat balik.


Kadar sewa: RM3K-4K (harga bukan kakitangan JKR)
Kapasiti: 40 meja, 400 kerusi (x ingat provided or not)
Kemudahan: Sistem PA, penghawa dingin, pentas,

No. Tel: 03-2711 1100 (En. Samsul)

Sorry if information provided wrongly, this one time saya survey awal tahun hari tu, so better call sendiri and tany, but time saya survey tu pun untuk year 2012 almost full dah. So sape yang berhajat nak melangsungkan perkahwinan this year and nak pakai dewan cepat-cepat la sayang oi, booking terus kalo dah dapat yang kenan, nanti melepas. Saya sudah anda bila lagi!!!

Read More

15 February 2012

Dewan Perdana Keramat Mall

Untuk mereka yang tinggal di kawasan Lembah Klang, dan masih tercari-cari dewan yang bersesuaian untuk majlis perkahwinan this for yang bercadang untuk buat di dewan sahaja so saya nak review dewan hak milik DBKL, dewan ni baru dibuka 1 April 2011, agak besar dan cantik, berdekatan Pasar Dato' Keramat dan bersebelahan stesen LRT Putra Dato' Keramat. 

DEWAN PERDANA KERAMAT MALL

Lobi utama Dewan Perdana

Bersebelahan Pasar Dato' Keramat & LRT Putra Dato' Keramat

+ berhawa dingin
+ kelengkapan siar raya (PA system)
+ pentas boleh diubahsuai
+ bilik VIP / ruang menunggu
+ bilik persalinan (lelaki & perempuan)
+ ruang persediaan makanan 
+ kerusi banquet & meja bulat
+ 2 aras (aras utama & aras galeri)
+ 1,000 orang tetamu
+256 lot tempat letak kereta

Ruangan lobi sebelum masuk ke dewan

Pintu masuk ke aras utama dewan

Ruang utama dewan

Pentas yang boleh diubahsuai mengikut majlis

Pandangan dari aras galeri

Ruang legar ke aras utama dewan

Untuk kadar sewa pula RM3,000, tetapi untuk tempoh pemasangan/setup tempat sehari sebelum RM150/jam. Kebiasaanya akan mengambil masa selama 3-4 jam untuk pemasangan pelamin dan susun atur meja untuk katering. Kadar masa minima penggunaan dewan adalah selama 8 jam. Deposit sebanyak RM1,000 perlu dibuat di pejabat DBKL Kg. Baru sebelah menara UniKL kemudian resit bayaran perlu dikemukan bersama borang tempahan dewan untuk block date perkahwinan anda. Jika berminat boleh berurusan dengan En Aslizam Jamin  di talian 017-2350775.



Read More

14 February 2012

Ideal Convention Centre



LOKASI IDEAL UNTUK PERKAHWINAN IMPIAN ANDA DI SINI

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan
Sila hubungi
016 6687485 (Ms. Liew)

Atau kunjungi

Ideal Convention Centre merupakan sebuah dewan berkonsepkan ballroom banquet tanpa tiang dengan keluasan 30,000 kaki persegi ini boleh memuatkan 2,500 orang tetamu adalam satu masa malah boleh dibahagi kepada 5 dewan yang berasingan untuk majlis yang berskala lebih kecil. terletak di Bandar Selayang yang hanya mengambil masa 15 minit sahaja dari Bandaraya Kuala Lumpur selain dikelilingi oleh laluan utama seperti Jalan Lingkaran Tengah Dua, KL - Kuala Selangor Express (LATAR), Lebuhraya Damansara - Puchong (LDP) dan Damasnara Ulu Kelang (DUKE). Ideal  Convention Center juga mempunyai dewan di Damandara yang menyediakan kelengkapan yang serupa selain lokasi strategik. Lokasi yang ideal untuk penganjuran sebarang majlis berskala besar terutama Majlis Perkahwinan. Kelangkapan termasuk:

- Meja banquet
- Kerusi banquet
- Pentas
- Sistem PA
- Sistem projektor
- Eskalator
- Ruang parking






Read More
Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 Little Rafa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena