Showing posts with label KELUARGA. Show all posts
Showing posts with label KELUARGA. Show all posts

24 September 2013

Makanan Selamat Untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum W.B.T. 

Bagi ibu hamil persoalan tentang makanan harian yang boleh atau tidak diambil sering kali menjadi perhatian mereka. Ia juga selalu menjadi perdebatan di kalangan ibu hamil. Jesteru bagi merungkai lagi jawapan kepada persoalan ini, beberapa perkara yang berkaitan dengan pemakanan ibu hamil akan cuba dirungkai.


Selamatkah ibu hamil mengambil daging segar yang diberikan suntikan antibiotik?

Jawapan:

Jumlah antibiotik daripada daging yang melalui janin amat sedikit jumlahnya. Disarankan ibu hamil agar mengambil daging organik untuk mengelakkannya. Ini kerana, mengambil daging yang disuntik dengan antibiotik dikhuatiri dapat menyumbangkan bakteria yang kalis antibiotik.

Berdasarkan kajian yang dijalankan menunjukkan merawat haiwan dengan antibiotik boleh menyebabkan perkembangan bakteria yang kalis antibiotik. Namum tiada kajian yang boleh dikaitkan secara spesifik mengenai masalah ini dengan komplikasi wanita hamil.


Selamatkah menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk memasak sewaktu hamil?

Jawapan:

Tiada kajian kukuh yang dapat menyokong perkaitan penggunaan ketuhar gelombang mikro dengan waita hamil. Memanaskan makanan di dalam ketuhar jenis ini tidak mendedahkan ibu hamil dengan apa-apa jenis radiasi.

Apatah lagi, penghasilan ketuhar gelombang mikro ketika ini semakin baik. Jarang sekali hendak dilihat kesan kebocoran radiasi yang berlaku. Ia berbeza bagi ketuhar mikro gelombang yang telah rosak dan telah lama. Ia mungkin mengalami kebocoran radiasi.

Cara memastikan ketuhar gelombang mikro anda masih selamat digunakan atau sebaliknya. Cuba ambil sehelai kertas dan letakkan di tengah pintu dan tutup kembali pintu ketuhar gelombang mikro. Cuba tarik kertas tadi, sekiranya ia mudah ditarik bermakna penebat pintu ketuhar mikro gelombang anda bermasalah. Selagi penebat itu belum diganti, jangan gunakan ketuhar itu.

Sungguhpun penebat pintu ketuhar anda masih elok, elakkan berdiri berdekatan dengannya. Namum, belum ada kajian terperinci yang dijalankan untuk mengaitkan adakah terdedah dengan gelombang mikro memberi kemudaratan kepada janin dalam kandungan.


Selamatkah mengambil coklat yang berlebihan sewaktu hamil?

Jawapan :

Sebenarnya, coklat juga mengandungi kafein. Namum tiada bukti yang dapat menyatakan pengambilan kafein yang sederhana memberi kemudaratan kepada wanita hamil. Terdapat juga bukti yang menyatakan coklat berkesan terhadap neurotransmitter di dalam otak anda yang mana ia memberi persaan selesa.

Namun, istilah banyak itu juga perlu diperjelaskan. Sebenarnya selamat untuk mengambil coklat ketika hamil. Tetapi pasti anda tidak mahu mengambilnya secara berlebihan. Ini kerana, ia boleh membuang kebaikan makanan yang berkhasiat yang lain malah ia membekalkan kalori tambahan dalam tubuh. Keadaan ini membuatkan berat badan anda bertambah. Sebab lain adalah di dalam coklat mengandungi kafein. Secara umumnya, ibu hamil perlu mengambil sekurang-kurangnya bawah 200mg kafein setiap kali.


Selamatkah mengambil makanan pedas sewaktu hamil?

Jawapan :


Selamat sebenarnya mengambil makanan pedas sewaktu hamil. Namum, ia bergantung kepada kehendak anda sendiri. Makanan yang terlalu pedas boleh membuatkan anda berasa tidak selesa terutama di akhir-akhir trimester kehamilan.

Ia boleh mengundang masalah pedih ulu hati di kalangan wanita yang mengalami masalah pedih ulu hati di awal kehamilan mereka. Makanan pedas juga sebenarnya selamat untuk bayi anda. Namum, bagi yang kurang biasa ia boleh menyebabkan anda kurang selesa. Makanan yang pedas ini juga boleh menjadi pemangkin kepada masalah pedih ulu hati yang dialami oleh ibu hamil.



Read More

23 September 2013

Minyak Telon Bayi

Assalamualaikum W.B.T.

Some of minyak telon yang available di pasaran. Mungkin ramai yang sudah mengetahui fungsi dan kegunaan minyak telon kepada bayi seperti mencegah kembung perut, merangsang saraf-saraf dan menjadikan sistem pencernaan lebih lancar dan aktif. Manfaat lain dapat menghilangkan gatal-gatal dan sebagai pelembap kulit juga. 

Mintak Telon Nyonya Meneer


Minyak Telon Bebiku


Minyak Telon Mestika Ratu


Minyak Telon Mestika Bayini


Minyak Telon Leesa Formula


Losyen Jati Embun


Minyak Telon Sendayu TInggi


Minyak Telon Tropical Herbs


Mintak Telon Konicare


Minyak Telon My Baby


Minyak Telon Cap Lang


Read More

21 September 2013

Dilema Membeli Botol Susu

Assalamualaikum W.B.T.

Dilema nak pilih feeding bottle untuk bakal anak. Terlalu banyak brand yang available di pasaran and each feeding bottle ada kelebihan tersendiri. Then although that particular feeding bottle the best feeding bottle in the world sekali pun but if your baby don’t like it, don’t want to feed it so you have no choice. So untuk first feeding bottle dinasihatkan jangan beli banyak-banyak sebab belum tentu anak anda sesuai dengan feeding bottle yang anda pilih.

Kalau ikut pilihan parents especially ibunya, mesti akan pilih yang comel, warna-warni, unik, etc. then mesti pilih yang BPA free, sangat penting OK! So I was googled to review about feeding bottle, there are thousand feeding bottle types and brands. Here I show you some of it:

Momma

Nuby

Philips Avent

The First Years

Tommee Tippee


Wow! Banyak dan menarik bukan. Pemilihan feeding bottle ni sangat penting especially teats part supaya baby boleh such dengan betul and like natural feed so baby tak kan keliru putting bila tukar dari direct feeding kepada bottle feeding.  Sekarang ada banyak teknologi feeding bottle, teats pun boleh pilih either from latex or silicon but latex lagi lembut berbanding silicon. I will story berkenaan teats soon.

Maaf jika ada maklumat yang tidak tepat, saya budak baru belajar. Just sharing some information yang saya dapat dari blog mummy-mummy lain. I still learning some new terms for baby world. So if ada yang nak share maklumat just leave your comment. Sharing is caring!


Read More

07 September 2013

Panduan Menamakan Anak

Assalamualaikum W.B.T.

Now me very excited choosing and gathering name for my baby. Biasalah mommy nowadays mesti mahukan nama yang canggih sampai terbelit lidah nak sebut. But for me the meaning of the name very important too because every day we will call them with the given name, so beware with nama-nama terlarang. Sekarang zaman cyber so banyak sumber yang boleh dirujuk, buku-buku ilmiah juga banyak dipasaran, so mommy jangan kedekut sangat nak beli, even mommy juga boleh tanya pada ustaz or ustazah dengan pemilihan bakal anak either the meaning suitable or not. Because some of the meaning maybe seem look simple but think out of box please! Contohnya maksud ‘pengawal’ mungkin kita akan terfikir bagus sebab di akan mengawal keluarga, negara, etc., but do we think yang bila sudah besar nanti dia akan jadi seorang pengawal seperti di guard house? Bukan nak mengeji orang yang kerja sebagai pengawal, tapi mommy sekalian mesti mahukan masa depan anak yang jauh lebih baik dan bagus dari diri kita.

Then second thing jangan panggil anak denga nama-nama timangan yang langsung tiada maksud atau nama yang panjang di pendekkan. Kasihan pada parents yang bersusah payah berikan nama yang terbaik dengan maksud yang indah-indah untuk anak mereka, lastly panggil yang awalan or hujung. Panggilan nama juga merupakan satu doa untuk mereka.

Adalah menjadi kewajipan bagi parents untuk memberikan nama yang baik kepada anak-anaknya. Berhati-hatilah dalam memilih dan memberikan nama kepada anak-anak. Pilihlah nama yang dianjurkan oleh Islam atau sekurang-kurangnya nama yang membawa maksud yang baik.

Anak adalah kurniaan Allah yang menjadika penyeri dan pengerat kasih sayang bagi setiap pasangan suami isteri. Anak-anak bukan sahaja membawa kebahagiaan tetapi turut menjadi tanggungjawab dan kadangkala cubaan kepada ibu bapa. Selain memberikan penjagaab dan kasih sayang, adalah menjadi hak anak dan kewajipan yang mesti dipenuhi oleh ibubapa memberikan nama yang baik kepada bayi yang bari dilahirkan.

Here I would like to share nama-nama terlarang, nama-nama yang dilarang dalam Islam untuk panduan mommy and daddy. Boleh rujuk di sini.



Read More

21 February 2013

Berapakah Nilai Seorang Isteri

Hargailah isteri anda...... 

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak 
Rugi dan binasalah suami-suami 
yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. 
Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka......


Beruntungnya seorang wanita sebab dia   ada rahim, oleh itu dia bekerja dengan Allah SWT...... jadi 'kilang ' manusia.

Tiap-tiap bulan dia diberi cuti tetapi bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib Solat tetapi Allah SWT anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari ,   
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak..
Ah yang si suami pulak, jangan lah berebut dengan bayi untuk menyusu pulak…. 


Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah SWT   
Tapi bila dah habis cuti tu.. . layanlah suami...
   "offer" lah pada suami ,   
Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala ...jangan buat deekkk jeee (tak peduli), 
  
Jangan buat alasan itu dan ini pulak...….ingat tu si isteri yee!!! 
  
Kata nak pahala lebih… 
 

Orang lelaki tak ada cuti dari Solat.....
Semua Solat  wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...

Satu lagi berita gembira untuk wanita,... Sepanjang dia mengandung
Allah SWT sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. 
Inilah nikmat Allah SWT  beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? 



Marilah kita pegang kepada tali Allah SWT.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati Syahid,
Allah SWT izinkan terus masuk Syurga.

Untuk orang bukan Islam,  dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur. 

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. 



Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Allah ke atasnya jua.
 .

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.
Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. 

Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini. 



Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.. 
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah SWT agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,   juga bukan dari tapak kaki. 

Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu   (lelaki),   lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,   dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

"Wahai Ya Allah!...
ku tak layak ke  Syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ....

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa-dosa kami, kedua  ibubapa kami,
dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"...... 

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha Illa
 L Lah..
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illa
 L Lah' ini.
Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah  'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!" 


Marilah kita ucapkan kalimah ini: 
"Laa ilaaha illallah!" x 10 
Read More

08 February 2013

Nafkah - Part 2


Yang dimaksud nafkah adalah harta yang dikeluarkan oleh suami untuk istri dan anak-anaknya berupa makanana, pakaian, tempat tinggal dan hal lainnya. Nafkah seperti ini adalah kewajiban suami berdasarkan dalil Al Qur’an, hadits, ijma’ dan logika.

Dalil Al Qur’an, Allah Ta’ala berfirman,

لِيُنْفِقْ ذُو سَعَةٍ مِنْ سَعَتِهِ وَمَنْ قُدِرَ عَلَيْهِ رِزْقُهُ فَلْيُنْفِقْ مِمَّا آَتَاهُ اللَّهُ لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا مَا آَتَاهَا

Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezekinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekedar apa yang Allah berikan kepadanya” (QS. Ath Tholaq: 7).

وَعَلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ

Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada istrinya dengan cara ma’ruf” (QS. Al Baqarah: 233).

Ibnu Katsir rahimahullah berkata, “Bapak dari si anak punya kewajiban dengan cara yang ma’ruf (baik) memberi nafkah pada ibu si anak, termasuk pula dalam hal pakaian. Yang dimaksud dengan cara yang ma’ruf adalah dengan memperhatikan kebiasaan masyarakatnya tanpa bersikap berlebih-lebihan dan tidak pula pelit. Hendaklah ia memberi nafkah sesuai kemampuannya dan yang mudah untuknya, serta bersikap pertengahan dan hemat” (Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, 2: 375).
Dari Jabir, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda ketika haji wada’,

فَاتَّقُوا اللَّهَ فِى النِّسَاءِ فَإِنَّكُمْ أَخَذْتُمُوهُنَّ بِأَمَانِ اللَّهِ وَاسْتَحْلَلْتُمْ فُرُوجَهُنَّ بِكَلِمَةِ اللَّهِ وَلَكُمْ عَلَيْهِنَّ أَنْ لاَ يُوطِئْنَ فُرُشَكُمْ أَحَدًا تَكْرَهُونَهُ. فَإِنْ فَعَلْنَ ذَلِكَ فَاضْرِبُوهُنَّ ضَرْبًا غَيْرَ مُبَرِّحٍ وَلَهُنَّ عَلَيْكُمْ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ

“Bertakwalah kepada Allah pada (penunaian hak-hak) para wanita, karena kalian sesungguhnya telah mengambil mereka dengan amanah Allah dan kalian menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimat Allah. Kewajiban istri bagi kalian adalah tidak boleh permadani kalian ditempati oleh seorang pun yang kalian tidak sukai. Jika mereka melakukan demikian, pukullah mereka dengan pukulan yang tidak menyakiti. Kewajiban kalian bagi istri kalian adalah memberi mereka nafkah dan pakaian dengan cara yang ma’ruf” (HR. Muslim no. 1218).

Dari Mu’awiyah Al Qusyairi radhiyallahu ‘anhu, ia bertanya pada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengenai kewajiban suami pada istri, lantas Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

أَنْ تُطْعِمَهَا إِذَا طَعِمْتَ وَتَكْسُوَهَا إِذَا اكْتَسَيْتَ – أَوِ اكْتَسَبْتَ – وَلاَ تَضْرِبِ الْوَجْهَ وَلاَ تُقَبِّحْ وَلاَ تَهْجُرْ إِلاَّ فِى الْبَيْتِ

Engkau memberinya makan sebagaimana engkau makan. Engkau memberinya pakaian sebagaimana engkau berpakaian -atau engkau usahakan-, dan engkau tidak memukul istrimu di wajahnya, dan engkau tidak menjelek-jelekkannya serta tidak memboikotnya (dalam rangka nasehat) selain di rumah” (HR. Abu Daud no. 2142. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan shahih).

Dari Aisyah, sesungguhnya Hindun binti ‘Utbah berkata kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufyan adalah seorang suami yang pelit. Dia tidak memberi untukku dan anak-anakku nafkah yang mencukupi kecuali jika aku mengambil uangnya tanpa sepengetahuannya”. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

خُذِى مَا يَكْفِيكِ وَوَلَدَكِ بِالْمَعْرُوفِ

Ambillah dari hartanya yang bisa mencukupi kebutuhanmu dan anak-anakmu dengan kadar sepatutnya” (HR. Bukhari no. 5364).

Lalu berapa besar nafkah yang menjadi kewajiban suami?

Disebutkan dalam ayat,

لِيُنْفِقْ ذُو سَعَةٍ مِنْ سَعَتِهِ وَمَنْ قُدِرَ عَلَيْهِ رِزْقُهُ فَلْيُنْفِقْ مِمَّا آَتَاهُ اللَّهُ

Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezekinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya.” (QS. Ath Tholaq: 7).

عَلَى الْمُوسِعِ قَدَرُهُ وَعَلَى الْمُقْتِرِ قَدَرُهُ

Orang yang mampu menurut kemampuannya dan orang yang miskin menurut kemampuannya (pula)” (QS. Al Baqarah: 236).

Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam kepada Hindun,

خُذِى مَا يَكْفِيكِ وَوَلَدَكِ بِالْمَعْرُوفِ

Ambillah dari hartanya yang bisa mencukupi kebutuhanmu dan anak-anakmu dengan kadar sepatutnya” (HR. Bukhari no. 5364).

Dalil-dalil di atas menunjukkan bahwa yang jadi patokan dalam hal nafkah:

Mencukupi istri dan anak dengan baik, ini berbeda tergantung keadaan, tempat dan zaman.

Dilihat dari kemampuan suami, apakah ia termasuk orang yang dilapangkan dalam rizki ataukah tidak.

Termasuk dalam hal nafkah adalah untuk urusan pakaian dan tempat tinggal bagi istri. Patokannya adalah dua hal yang disebutkan di atas.

Mencari nafkah bagi suami adalah suatu kewajiban dan jalan meraih pahala. Oleh karena itu, bersungguh-sungguhlah menunaikan tugas yang mulia ini.

Read More

05 February 2013

Nafkah


Apabila kita telah mengikat tali pernikahan, maka aspek kewangan adalah sangat penting dalam rumah tangga. Segala sudut sama ada dari segi perbelanjaan harian, air, api, kereta, rumah dan sebagainya adalah sangat penting bagi sesebuah keluarga. Oleh yang demikian, Islam telah menetapkan hukum-hakam berkaitan dengan nafkah agar suami dan isteri dapat memainkan peranan mereka dalam rumah tangga.

Maksud Nafkah

Nafkah bermaksud segala perkara yang diperlukan oleh seseorang insan yang terdiri daripada makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal.

Pada zaman kini, untuk mendapatkan tempat tinggal, agak sukar kerana harganya terlalu mahal. Oleh yang demikian, bagi mereka yang belum mendapat kerja tetap, atau pendapatan kurang mencukupi, akan tinggal bersama ibu bapa atau mertua terlebih dahulu sebelum mendapat rumah sendiri.

Dinamakan nafkah kerana pendapatan yang diperolehi setiap bulan, akan dibelanjakan untuk keperluan2 yang telah disebutkan di atas. 

PEMBAHAGIAN NAFKAH

Nafkah terbahagi kepada lima bahagian iaitu: 1] nahkah terhadap diri sendiri, 2] nafkah orang tua kepada anak, 3] nafkah anak kepada orang tua, 4] nafkah suami kepada isteri, dan perbelanjaan lain-lain.  

NAFKAH TERHADAP DIRI SENDIRI

Membelanja diri sendiri adalah satu permulaan sebelum membelanja orang lain. Nafkah yang dimaksudkan di sini merangkumi segala perkara yang diperlukan oleh seseorang insan seperti tempat tinggal, pakaian, makanan, minuman dan sebagainya. 

Nafkah seperti ini adalah diambil dari harta sendiri.

NAFKAH BAPA TERHADAP ANAK2NYA

Seorang ayah wajib memberikan nafkah kepada anak2nya sama ada lelaki mahupun wanita, berasaskan syarat seperti berikut: 

1] Seorang bapa itu adalah orang yang senang, terdapat lebihan dari makanan untuk dirinya dan isterinya sehari semalam. Sekiranya tidak mencukupi untuk dirinya dan isterinya sehari semalam, maka ia tidak ditaklifkan lagi memberikan nafkah kepada anak2. Misalnya sehari semalam nafkahnya kepada diri dan isteri dari sudut makanan ialah RM20, lalu duit yang ada padanya hanyalah RM20 sahaja untuk sehari semalam, maka ia tidak wajib lagi memberikan nafkah kepada anak2nya. Sekiranya ia memberikan juga nafkah kepada anak2nya, maka hal tersebut dikira sedekah, dan bukan lagi kewajipan ke atasnya. Biasanya seorang bapa tidak akan membiarkan anak2nya lapar, walaupun ia tahu dirinya sendiri akan kelaparan kalau ia membelanjakan hartanya kepada anak2. Inilah sikap mulia yang ada pada diri seorang bapa.

2] Anak2 mestilah terdiri daripada orang yang fakir. Syarat-syarat yang mengiringi fakir terdapat pada salah satu ini iaitu fakir dan masih kecil, fakir dan berpenyakit kronik atau fakir dan gila. Oleh itu, sekiranya anak masih kecil, maka wajib ke atas bapa memberikan nafkah kepada anak kecil itu. Fakir yang dimaksudkan di sini ialah tiada kemampuan untuk bekerja. Sekiranya seorang anak itu sihat dan telah baligh, berkemampuan untuk bekerja, maka tidak wajib lagi seorang bapa memberikan nafkah kepada anak itu.

Sekiranya seorang anak itu tidak dapat bekerja kerana belajar, maka perlu dilihat dari dua sudut iaitu sekiranya ilmu yang dipelajari itu berkaitan dengan kewajipannya sebagai individu muslim seperti ilmu akidah, ibadah, maka ia dikira tidak dapat bekerja disebabkan belajar. Dalam hal ini wajib ke atas bapa memberikan nafkah kepada anaknya. 

Adapun ilmu yang dipelajari itu adalah fardu kifayah, seperti perubatan, pembuatan, dan seumpamanya, maka si bapa diberi pilihan sama ada membiayai anak itu, atau tidak memberikan apa2 pembiayaan terhadap anak, dan anak itu sendiri yang perlu bekerja. 

Pada zaman kini, anak2 yang ingin belajar sama ada ilmu agama atau ilmu fardu kifayah, akan meminjam kewangan dari intitusi tertentu. Ada juga yang bekerja sendiri. Namun kebanyakan daripada mereka akan mengambil pinjaman PTPTN kerana menyedari ibu bapa tidak mampu membiayai yuran yang mahal di universiti.     

Kadar Nafkah

Nafkah tidak mempunyai kadar tertentu. Ianya difahami sebagai mencukupi keperluan, dan hal ini pula kembali kepada `uruf mengikut kemampuan si pemberi nafkah. Sekiranya satu hari nafkah mencukupi RM20, maka sudah memadai dengan harga itu.

NAFKAH ANAK KEPADA IBU BAPA


Si anak juga diwajibkan memberi nafkah kepada ibu bapa. Si anak perlu membelanjakan hartanya di saat ibu bapa memerlukannya. 

Syarat Wajib Nafkah Anak Kepada Ibu Bapa


1] Si anak adalah di kalangan orang senang dan melebihi keperluan hariannya bagi perbelanjaan terhadap diri sendiri dan isterinya sehari semalam. Sekiranya tidak mencukupi perbelanjaan keperluan dia dan isteri sehari semalam, maka ia tidak ditaklifkan lagi untuk memberikan nafkah kepada ibu bapa. Hal ini kerana orang yang fakir tidak diwajibkan memberikan nafkah kepada orang yang fakir sepertinya. Fakir di sini bermaksud memerlukan harta tersebut untuk keperluan diri. 


2] Ibu bapa adalah di kalangan orang fakir. Fakir yang dimaksudkan di sini ialah tidak bekerja yang boleh memenuhi keperluannya sendiri, sama ada ia mampu bekerja atau tidak. Oleh itu si ibu bapa yang memiliki anak2 yang dah bekerja, sememannya si ibu bapa tidak perlu lagi bekerja. Orang yang bertanggungjawab memenuhi keperluan mereka ialah anak2.


3] Perbelanjaan ibu tidak mencukupi. Syarat ini bermaksud, nafkah ibu diwajibkan ke atas anak dalam dua keadaan: 1) si ayah sudah tidak mampu memberikan nafkah kepada ibu. 2) Si ayah sudah meninggal dunia. Ini bermakna, si anak tidak wajib memberikan nafkah kepada ibu juga dalam dua keadaan iaitu: 1) si ayah mampu memberikan nafkah kepada ibu, 2) ibu kahwin lain.


TURUTAN KEUTAMAAN PEMBERIAN NAFKAH


Setelah membelanja diri sendiri, maka orang seterusnya yang perlu dibelanja adalah berdasarkan urutan berikut:

1] isteri: segala perbelanjaan isteri perlu ditanggung oleh suami. 
2] anak kecil: kerana tiada kemampuan untuk bekerja.
3] ibu
4] ayah
5] anak yang sudah besar tetapi fakir.
6] datuk

NAFKAH SUAMI KEPADA ISTERI


Dalam hal nafkah, nafkah inilah yang ditekankan oleh syariat untuk dilaksanakan oleh suami. Nafkah jenis inilah yang berat yang perlu diberi perhatian oleh suami. Hal ini kerana ulama telah ijmak untuk mengatakan bahawa suami wajib memberikan nafkah kepada isteri. 


Syarat Wajib Suami Memberi Nafkah Kepada Isteri


1] Isteri tidak menghalang suami untuk berseronok dengannya. 


2] Isteri tinggal di rumah pilihan suami dan menetap di situ. Sekiranya isteri enggan tinggal di rumah pilihan suami, maka tiada kewajipan ke atas suami memberikan nafkah.     


Kadar Nafkah Yang Perlu Diberikan Kepada Isteri


Nafkah kepada isteri adalah dikira, tetapi berbeza bilangan dan jenis, merujuk kepada kemampuan suami. Perbelanjaan terhadap isteri tidak dirujuk kepada kedudukannya sama ada kaya atau tidak. Tidak semestinya apabila isteri anak orang kaya, maka si suami pula perlu cukupkan keperluan isteri sebagai orang kaya. Konsep seperti adalah tidak benar dalam Islam. 


Islam membahagikan kemampuan suami kepada tiga bahagian iaitu: 1] orang kaya, 2] orang sederhana, 3] orang fakir. Ketiga-tiga pembahagian ini merujuk kepada uruf masyarakat. Secara mudahnya, orang kaya perlu membelanjakan isterinya cara orang kaya, orang sederhana dengan cara sederhana, manakala orang fakir dengan cara fakir. Jangan apabila kaya, si isteri langsung tidak dibelikan apa2.Hanya memakai baju yang telah lusuh sahaja dengan alasan jimat. Si fakir pula jangan berbelanja isteri macam orang kaya, akhirnya akan merana diri kerana hutang sekeliling pinggang.


Selain itu, suami perlu memerhatikan hal berikut untuk dibelanjakan kepada isteri iaitu:


1] rumah yang bersesuaian dengan isteri. 2] Peralatan kebersihan dan kecantikan rumah. 3] Bibik sekiranya sebelum berkahwin si isteri sudah ada bibik.

SOURCE: http://fikahhadith.blogspot.com/2012/10/nafkah.html

Read More

29 January 2013

Folik Asid + Kesuburan + Kehamilan



FUNGSI
Folik Asid dianggap sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga  dan pembentukan sel darah merah. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai  koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Folik asid terlibat dalam metabolisma protin, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan  folik asid anemia. Zat ini juga boleh membantu dalam depresi dan "anxiety".

Folik Asid sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf  "embryonic" dan " fetal" , yang mana amat penting untuk tumbesaran yang normal.  
Folik Asid sangat berkesan apabila digabungkan dengan vitamin B12 dan vitamin C.

SUMBER
Makanan berikut mengandungi folik asid: barli, daging lembu, bran, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan,  oreng,  sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, dan bijirin. 

KEKURANGAN
Kekurangan folik asid boleh menyebabkan :
  • Sakit disekeliling mulut.
  • Sakit lidah.
  • Tumbesaran yang lembap, pada kanak-kanak.
  • Anemia.

KESUBURAN
Asid folik yang diambil semasa mengandung dipercayai boleh mengurangkan risiko bayi dari kecacatan saraf seperti spina bifida dan neural tube defect. Ini dapat membantu menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil "Neural Tube Defect" (NTD). Menurut kajian pengambilan asid folik dapat membantu mencegah kecacatan ini di antara 50% hingga 70% kemungkinan daripada ianya terjadi.

Tahukah anda asid folik juga digalakkan diambil sebelum ibu mengandung lagi? Terutama jika pasangan sudah merancang menimang cahaya mata. Kebaikkan asid folik dikatakan mampu meningkatkan kadar kesuburan. Bagaimana?

Asid folik berguna untuk kaum Adam. Jadi bakal bapa juga patut mengamalkannya. Bagaimana asid folik boleh membantu? Folik asid dipercayai dapat membantu merawat kesuburan pada lelaki. Ia akan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma lelaki. Jika tidak, kesuburan mungkin terjejas. Sperma yang mengalami kecacatan kromoson apabila disenyawakan dengan ovum akan menghasilkan janin yang tidak dapat hidup lama.  


Masalah ini sering kali mengakibatkan wanita mengalami keguguran pada peringkat awal kehamilan. Jadi, untuk mengurangkan risiko ini, suami bolehlah mengambil folik asid 700-1000 mcg sehari sebagai usaha meningkatkan taraf kesuburan.

Untuk wanita pula, kebaikkan asid folik dalam kesuburan adalah kerana ia membantu prosess permatogenesis. Asid folik berupaya membantu dalam kematangan telur ovum, pembentukan placenta dan ketika janin melekat ke dalam rahim. Kerana fungsi dan kebaikkan inilah, asid folik harus diambil sebagai usaha untuk merawat kesuburan.


Badan Kesihatan Dunia ‘World Health Organisation’(WHO) mencadangkan  bahawa pengambilan sumber asid folik adalah seperti berikut :
  • Kanak-kanak berusia 1-3 tahun: 160ug/sehari
  • Kanak-kanak berusia 4-6 tahun:200ug/sehari
  • Kanak-kanak berusia 7-9tahun:300ug/sehari
  • Ibu mengandung: 600ug/sehari
  • Ibu menyusu bayi:500ug/sehari


Read More
Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 Little Rafa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena