Showing posts with label Bakul Si'a. Show all posts
Showing posts with label Bakul Si'a. Show all posts

Wednesday, February 9, 2011

Bakul Si'a Nyonya

Masih mood tahun Baru Cina lagi...Kali ni saya kongsikan Bakul Si'a ala Peranakan Baba Nyonya atau kaum Cina pun menggunakannya pada suatu ketika dulu. Kesahnya, dah lama saya minat dengan bakul si'a ni...seingat saya masa zaman2 sekolah menengah, pergi makan angin di Melaka, ternampaklah bakul si'a ni kat kedai antik di bandar Melaka...tapi bila tanya harga, terlalu tinggi, rasa tak mampu pulak, maklumlah budak sekolah....duit pun harap mak bapak bagi..hehehe...pendam je la niat tu. Lepas tu, sejak berblog ni, ternampak la pulak bakul si'a ni kat blog kawan2 sealiran, iaitu di blog kak Rohas (Teratak Rohas) dan blog kak Aida (Alkesah), lagi bertambah berkobar2 la rasa nak milikinya. Sampai la hari Ahad yang lepas saya terpandang bakul si'a ni di Loken, apa lagi, terus tanya, tawar2 dapat lah harga yang mampu milik. Mula2 nak beli 2 biji, 1 lagi banyak tingkatnya tapi dah kene rembat dengan orang lain...hehe
Balik2 rumah, terus basuh, samak, cuci2, then dah kering trus disply...memang seronok tak terkata, hajat dihati termakbul.


Pandangan dari tepi. Material daripada buluh dan tanah liat kalau tak silap. Warna hitam, merah dan gold tu menggunakan cat.


Pandangan atas.


Terbahagi kepada 3 bahagian.


Sekian saja untuk kali ini. Jumpa lagi di lain n3.