Kali ni lieza nak share cerita Pasal Baju Kurung Eryna ni... setiap hari Jumaat Eryna akan pakai baju kurung ke Tadika memandangkan baju kurungnya hanya ada 2 helai jd lieza dan Mr Hubby pergilah cari baju kurung yg readymade tp amat lah hampanya sbb baju kurung utk kanak2 tak byk pilihan yg ada cuma baju kurung yg bermanik manik bagai kiranya baju kurung moden l ah gitu, apapun beli la juga sepasang utk Eryna tp masih juga tak puas hati cari ler kain 2 pasang lagi utk ditempah pulak..
Memandangkan skrg mesti org dah tempah baju utk musim perayaan nanti kalu tempah entah bila nak siapnya kan.. jadi lieza terfikir nak buat sendiri lah baju kurung utk Eryna ni org kata bole jimat tak gitu kan...kalau tempah mesti Rm20 - 25 kan dah boleh beli kain sepasang lg..so lieza google2 ler tutorial sbbnya lieza ni bukan ler terror bab2 potong2 kain ni mmg zero lah..at last byk juga tutorial yg lieza jumpa cara2 dari awal utk buat baju kurung ni sampai ler cara mudah utk membuat lubang leher ni dan sebahagian link tutorial ni bole klik kat bawah ni..
Terrima kasih buat penyumbang penyumban tutorial ni sbb lieza dah bole siapkan 2 pasang baju kurung utk Eryna hanya berpandukan tutorial mereka ni...selepas ni tak payah la lg beli yg dah siap atau menempah lg baju kurung utk anak2..jimat, puashati dan bole buat bila2 masa.