Showing posts with label Rojak. Show all posts
Showing posts with label Rojak. Show all posts

Friday, July 6, 2012

Sos Kuah Rojak Buah Homemade DayangJack

Assalammualaikum...

Hari ni lieza nak share resepi sos kuah rojak atau rojak petis resepi dari
DapurKu Sayang Dayang Jack
Pertama kalinya lieza buat sos kuah rojak ni mmg sedap dan menjadi.... juga memenuhi citarasa lieza..hasil kejadiannya mmg memuaskan hati tauuuu...pas ni tak payah lagi la lieza tercari2 nak makan rojak buah atau pun mencari cari sos kuah rojak ni lagi...ternyata resepi dayang mmg bestttt....lebih2 lagi bila dah semalaman..lagi sebati jadinya...fuhhh terima kasih dayang yer..lieza nak share juga resepi ni kat sini...cumanya lieza ubah kuantitinya jer..yg tulisan biru tu...

Sos Kuah Rojak/Rojak Petis(homemade)

bahan-bahan :
  • 1/2 botol kecil kicap lemak masin (lebih kurang 200 ml) - lieza guna 1/2 cawan
  • 300g gula apong/gula merah/gula melaka atau secukupnya - 1/3 cawan gula apong
  • gula pasir secukupnya jika perlu
  • 1 buku kecil belacan bakar(dihancurkan) - 1/2 keping belacan bulat yg size besar
  • 1/2 botol kecil sos cili - 1/2 cawan sos cili
  • 3/4 atau 1 cawan cili asli blended (pedas) / cili kering kisar / cili boh - DJ menggunakan cili asli Walfood
  • bijan secukupnya (digoreng tanpa minyak)
  • 125g tepung kanji/tepung ubi (tapioca starch) (dibancuh dengan air secukupnya) - lieza guna dalam 2 sudu besar
Cara-cara :

  1. Satukan semua bahan KECUALI bijan dan tepung di dalam periuk/kuali. Dengan api perlahan, masak dan kacau hingga larut dan mendidih. (sila rasa masin, manis dan pedasnya. Jika terkurang, bolehlah tambah apa yang perlu)
  2. Masukkan sedikit demi sedikit tepung kanji sambil dikacau tanpa henti. (Pastikan sentiasa dikacau supaya ia tidak berketul-ketul). Masak hingga kuahnya sedikit pekat dan kelihatan licin.
  3. Akhir sekali barulah dimasukkan bijan yang sudah disangai tadi. Gaulkan rata-rata.
  4. Tutupkan api. Biar ia sejuk.
  5. Bolehlah dihidangkan bersama buah-buahan yang digemari. Jangan lupa, taburkan kacang tanah yang sudah dikisar atau perah sedikit limau kasturi bagi yang suka rasanya masam-masam sikit. Selamat mencuba!


Saturday, April 16, 2011

Rojak Tepung Hana - N3 Tertunda

Rojak Tepung Hana Kuantan...dah tukor dari Japan ke Kuantan...sedap sedap sedap lieza suker Hana...lieza nak share resepi kat sini lak yer...

Rojak Tepung
Sumber dari :
Hanamemories
Bahan-bahan


UTK KUAH
  • 10 tangkai lada kering - bleh tmbh klu suka pedas
  • 40g kacang tanah - goreng n blend
  • 40g biskut tawar - blend halus (bleh tmbh lg klu tk cukup pekat)
  • *segenggam udang kering
  • *sebiji bawang besar
  • *5 biji bwg merah
  • *3 ulas bwg putih
  • gula melaka
  • air secukupnyer - dlm 6-7cwn
  • garam
  • gula putih - klu tk cukup manis lagi. kuah rojak sedap manis2 pedas :)
UTK TEPUNG ROJAK
  • 2 cwn tepung gandum
  • satu sudu makan rata yis
  • 3 sudu gula
  • garam
  • air
  • pewarna kuning - optional
  • myk utk deep fry
BHN SAMPINGAN - ikut suka la mana2 nk buh!
  • timun - hiris
  • tauhu - goreng n hiris
  • tempe goreng - hiris
  • sengkuang - hiris
  • salad lettuce - hiris
  • kangkung celur (optional)
  • taugeh celur (jika suka)
  • telur rebus - belah dua (klu suka goreng la)
  • kentang - rebus n belah2 ( pong bleh goreng dulu)
  • ayam goreng - nih klu nk wat rojak ayam
  • mee kuning (celur)- yg nih plak klu nk wat rojak mee
Cara-cara
  • UTK KUAH - basuh lada kering...kemudian toskan. panaskan minyak.goreng sebentar lada tuh.jgn lama sgt nnti hangit kuah jd tk sedap! dh tuh angkat n toskan minyak.
  • blend yang bertanda * dan lada kering td. rebus bhn2 blend (*klu nk tumis bleh gak!)
  • masukkan skali gula melaka n air secukupnya. didihkan.
  • pastuh masukkan serbuk biskut n kacang tanah. kacau rata... perasakan ngan garam dan klu nk tmbh gula lagi bleh la tambah. klu terpekat sgt bleh tmbh air lagik. dan klu kurang pekat leh tmbh biskut blend.pandai2 la ejas yer!
  • bila dh menepati citarasa kuah rojak, matikan api!
  • UTK TEPUNG - bancuh yis ngan air suam.aktifkan!
  • dlm mangkuk lain...masukkan tepung,garam,gula,pewarna n gaul sebati... masukkan air yis td skit demi sedikit. kacau.agak2 adunan cam wat cekodok.
  • perap adunan selama 1 jam.
  • panaskan minyak. goreng tepung td hingga kekuningan.
  • CARA HIDANGAN - susun semua bhn sampingan n tepung td belah empat.curahkan kuah! siap! :)

Monday, July 26, 2010

Pecal Jawa


Sebenarnya dah lama aku dok tingin nak mkn pecal nih...aku tak pernah pun buat sediri biasanya MIL atau Mak aku yg buat...sbb tu jarang dapat mkn pecal nih...oleh kerana aku maleh nak calling2....so smlm aku pun buat ler blog walking kat umah CMG..sbb sebelum ni pernah ternampak ada resepi pecal ni kat dapur die..maka hari ni aku pun buat ler sambal pecal mengikut resepi yg diberi..selalunya mak aku buat cuma letak cili api tp kali nih aku ikut stail CMG letak juga cili kering..perghh pedas gitu donggg...oleh yg demikian juga aku nak buat cetak semula kat sini utk rujukan di kemudian hari..ni kira minta ijin dari CMG tau.

Sambil aku nak berN3 pasal pecal ni kan..aku ternampak menu aku hari ni sama dengan Hana nun jauh beribu ribu batu tu...tak sangka kebetulan menunya sama pulakk...mungkin sesama tekak Jawa kot..hahahha..aishhh..merepek panjang lak..jom la tgk resepi CMG tu...

BAHAN-BAHAN PECAL (ANGGARAN SAHAJA) :-)
Pucuk ubi, dicelur lembut, tos dan bila sejuk perah airnya
Kacang panjang, kerat2 1inci dan celur sekejap, toskan
Timun, hiris memanjang
Senkuang, hiris memanjang- lieza tak letak
Tauhu, goreng dan hiris
Tempe, goreng dan hiris
Taugeh, buang ekor dan celur sekejap, toskan - lieza tak letak

BAHAN KUAH :-)
150 g kacang tanah
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci isi cekur
1 inci belacan, dibakar
1 1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
10 tangaki cili kering, kerat dan cuci, toskan
10 - 15 biji cili padi (optional)
Jus asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH :- Kacang tanah, disangai hingga rangup, buang kulit dan kisar separuh halus. Udang kering digoreng, angkat dan toskan, bawang merah dan bawang putih, digoreng, angkat dan toskan. Goreng juga cili kering dan cili padi, angkat dan toskan. Kemudian kisar bahan untuk kuah kecuali jus asam jawa, kacang tanah, garam dan gula. Kemudian gaul bahan kisar tadi dengan kacang tanah, tambah air asam secukupnya, tabah garam dan gula secukup rasa, jika perlu tambah air. Kuah perlu sederhana cair dan perlu ada rasa pedas, masam, masin dan manis (manis kena lebih sikit). Kacau rata dan ketepikan.
  2. UNTUK PECAL :- Susun semua bahan2 sayur untuk pecal dalam bekas sesuai, tuang kuah secukupnya dan gaul rata. Hidangkan segera sebagai pembuka selera.

Wednesday, November 18, 2009

Rojak Sotong


Petang tadi buat Rojak Sotong...dah lama kepingin nak makan..resepi asal dari Resepi.net tp aku amik kat FP Mamasya..dan kopipes pun dari FP Mamasya..thanks Mamasya..dgn itu saya pun panjangkan resepinya kat sini...


Bahan-Bahan

  • 2 ekor sotong yang telah kembang
  • 1 biji timun
  • 1 ikat kangkung
  • ½ mangkuk kecil kacang tanah yang telah ditumbuk halus
  • ½ mangkuk sos tomato
  • 2 sudu besar petis- ganti dgn 2 sudu kuah rojak buah
  • 2 sudu besar bijan goreng
  • 2 keping tauhu
  • ½ mangkuk cili boh-guna cili kering kisar
  • 1 cawan air
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
  • *saya tambah sebiji mangga muda yg diracik - saya tak letak pun
Cara-cara
  1. Sotong dan kangkung dicelur hingga empuk.
  2. Kemudian diangkat, toskan airnya dan dipotong-potong.
  3. Tauhu digoreng kemudian dipotong kecil.
  4. Tomato sos, cili boh dan petis disatukan dalam periuk kemudian tambah air 1 cawan dan biarkan mendidih.
  5. Bila mendidih masukkan separuh dari kacang tumbuk dan bijan kemudian dikacau hingga rata dan mendidih.
  6. Masukkan sotong, kangkung, tauhu dan timun di dalam pinggan sesudah itu tuangkan kuah di atasnya dan hidangkan.