Memaparkan catatan dengan label Tetamu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tetamu. Papar semua catatan

Rabu, 3 Oktober 2012

TETAMU 2012

 Tetamu Akhir Syawal 2012
Dari kanan..Musliha, Alia, Zarina, Anis, Ummu and tuan tanah(abaikan dah makin gemuk)
tak lupa yg tukang ambil gambo.. Akif

Assalamualaikum kepada semua pengunjung2 Halamanku yang dah semak dek sawang akibat tuan tanah yang tak kemas2 umah ni... Alhamdulillah sihat aku n SK ok2 jek... kepada sahabat2 yang mengunjung dan bertanya khabar berita diucapkan jutaan terima kasih atas keperihatinan kalian ha ha ha lelagi bila lama tak update blog yang tidak seberapenyer ini... eh panjang pulak muqadimah.. sebenarnyer Aidilfitri tahun ini disambut sederhana berikutan kesihatan yang amat terbatas.. namun Alhamdulillah semuanyer berjalan lancar.. terima kasih gak tetamu yang sudi berkunjung.. cuma kadang tu tak dan nak snap gambo.. dok kalut2 terlupa he he he.. 
n3 ni tetamu terakhir Syawal kami... sebenarnyer dah habis syawalpun.. dek kerana tuan tanah gi bercuti terpaksalah ditangguhkan kunjungan mereka ini.. he he he tqvm semua... Jom layan gambo sambil story2

 Persiapan yang sangat sederhana...
menerima kunjungan daripada bekas pelajar Asasiku...

 Set Nasi Tomato

 Nasi Tomato, Ayam Masak Merah Madu, Acar n Papadom

 Set Soto
Nasi Impit, rampai, Sambal Kicap n Sup Ayam

 Jom Jamu Selera..

 Kuih Raya Coner

 eh kuih raya ker?
takdernyer... coklat2 n asam2 jek he he he

Air Mangga

Terima Kasih kepada semua2 bekas2 pelajar yang tak serik n jemu berkunjung ke rumah kami..
Semoga ukhuwah yang terjalin berpanjangan dan mendapat keredhaan Allah..
Kepada sahabat2 yang lain tiada jemputan khas untuk hari raya.. kalau nak datang bagi tahu jek.. rumah kami sentiasa terbuka..

Isnin, 21 Mei 2012

SET NASI TOMATO & TETAMU HUJUNG MINGGU

 Set Nasi Tomato

Assalamualaikum semua.. selamat pagi Isnin yang sejuk.. he he he dari semalam cuaca di bangi ni agak sejuk Alhamdulillah.. cuaca redup2 mendung semalam hujan hingga ke petang.. Ok lah ninak n3 menu hujung minggu aka ari Sabtu.. pepagi lepas bekpes kami gi shopping he he he shopping barang keperluan, barang dapo.. Peti Ajaibku pun dah jerit minta diisi he he he.. stok elek..he he he.. tgh2 shopping tu dapat call dari sepupuku.. anak mak usu ku belah bonda yang menetap di teluk panglima garang Klang.. katanya nak datang menziarah bondaku.. he he he aku, SK n Bonda leh lak gi shopping he eh he tapi takpe dia nak sampai umah dalam lepas Asar.. so target dlm kul 4.30ptg.. time tu dah kul 12 kami masih shopping kat Tesco.. ramai lak orang.. nak menimbang barang/ sayur pun panjang Q hu huhu sabo jek kan.. oklh.. sampai umah dekat kul 3ptg laju2 ke dapur selepas solat Zuhur.. aku lebur2 lah menu yang mudah cepat n mengenyangkan.. Nama sepepu aku neh Nur Akmar Liza.. kalau tak silaplah ejaan nama dia tapi aku panggil dia Liza.. Suami n baby boy.. Wan Adam Rayyan.. yang berusia 5 bulan.. Jom layan Set Nasi Tomato yang sempat aku hidangkan...

 Gandingan.. kalini aku wat Acar tumis.. Timun n Lobak
sedap.. nak wat Acar Jelatah takutlak sepupu aku ni baru lepas bersalin cam tak elok lak kalau makan masakan bercuka.. ye tak? he he he

 Ayam Masak Madu Pandan
Simple n sedap..

 mereka sedang menjamu selera
sorrylah kan.. bukan aper.. time mereka ngah makan baru SK ingtkan suh ambil gambo.. 
hu hu hu lupa sibuk sembang2 he he he

Liza & Suami Wan
alamak lupa lah pulak nak ambil gambo Adam..
hu hu hu Adam comel n hensem he he he
kepada kengkawan kalau nak syer resepi t erma tepek kemudian yer..

Selasa, 27 September 2011

Tetamu 26 Syawal

 Menu Ringkas tetamu Syawal 26

Assalamuaalaikum.. ni nak n3 tetamu syawal lagi.. ni tetamu x_officemate Library.. Alhamdulillah semua berjalan lancar ni Gabungan antara HANA aka DekNa n aku.. he he he sajer2 wat gadering camtu.. memang best jom layan...

 Menu Utama Mee Hon Sup n Soto
Hana sesiap rampai n Nasi Impit

 Side menu Ayam Goreng Tepung n kentang Goreng

 Pizza he he he Hana request..

 Tetamu Pn. Yuhanis sekeluarga n Hamidah sekeluarga

 dari kiri : Sofea, Izat Hamidah n Insyirah (anak midah)

 Belakang Tabir SK cedok menceduk
n hidang menghidang...ni ngah masukkan sup ke dlm tarmos

 Penyediaan Pizza
atas request DekNa minta pes sardin n garing...

 siap sapu pes + rempah origano
meh main susun2 bahan2 ni tepek jejari sotong..

 + tomato n cili capsicum

 Tabur cheese... SIAP..

Tara... siap bako.. mmmm wangi n sedap...
ni dia versi yang bebetul garing n tipis tuk DekNa...

Isnin, 26 September 2011

Tetamu 23 Syawal

 Assalamualaikum semua... lamanyer bercuti bab n3.. he he he memang sgt bz.. musim peperiksaan skang ni student erma dah bercuti n skang bz tuk kemasukan pelajar tuk sesi baru lak.. he he he musim Syawal x habis lagi rumahku sentiasa terbuka untuk menerima tetamu he he he seadanyer jek yer... kalini tetamuku BOS2 ha ha ha cam gempak jek bunyinyer... inipun kebetulan balik kerja ingat nak terus awal tapi SK ader prob.. alarm keta wat hallah pulak.. 5.45ptg baru balik mana tak menggigil rasa... walau menu simple tapi risau gak.. en. hafiz siap tanya.. 'eh.. erma tak balik lag? tak siap2 umah ke? huh rasa nak gugur jantung.. ha ha ha kelakar nak diingatkan.. tapi insyaallah menupun simle syukur sempat n SK banyak membantu.. tqvm Sayang..   tak lah wat open hause aper cuma kengkawan office jek.. jom layan gambar yang ingin ku abadykan dlm kenangan SYAWAL 1432 (2011)

 Menu Simple yang sempatku  disediakan
Set Nasi Tomato
huh berpoluh mokcik kul 6ptg sampai umah.. he he

Nasi Tomato
sesiap letak kat dalam Tarmos panas...

 Ayam Masak Merah berMadu + Acar Rampai + Papadom (dlm Balang)

 Pencuci mulut Koktel Soya (dlm mangkuk) + Kek Lapis n Buah2an

 Side menu tuk kanak2 Ayam goreng Tepung + kentang goreng

 Antara tetamu yang hadir awal
Tim. Pengarah Ust. Nor Effendy sekeluarga
kat meja makan tu Rini n Ejal

 Jejaka idaman melaya Osni n Fendy
Tuan tanah interprem... anak tim. Pengarah..

 Tu dia mama n baba baby Nur Wafieya Husna tadi..
Ust. Effendy n isteri Nor Hafizah

 Bos... Pengarah Pusat Asasi
En. Hafiz n isteri kak Huda

 hanifah sekeluarga...
meriah hijau gitu...

 Meriah.. SK melayan anak2 he he he
dari kiri : Fatini Aisyah, yang comel pki kopiah SK Nurul Husna SK memangku Fatini Afiqah
n dari belkang ni fatini Insyirah sian x nampak muka...

 meriah ngan gelak tawa.. he he he
bilalah nak ader anak sendiri kan? insyaallah doakan yer..

Kepada semua tetamu yang sudi hadir ke teratak yang x seberapa n serba kekurangan  diucapkan terima kasih n pohon kemaafan.. n jangan serik ada kelapangan jemput datang lagi...

Khamis, 8 September 2011

Tetamu Syawal k-2 2011

 Hana n Lili

Salam semua.. n3 nak di abadykan.. tetamu Syawal kami yang ke 2 DeqNa n lili he he he ni dia orang datang hari Ahad mlm Isnin..he he he hari akhir cuti raya.. aku x tambah cuti.. cukup cuti yang KUIS bagi jek.. keadaan umahku yang serba sederhana.. ala2 makan mlm jek.. masak? he he he kalini tukar selera.. Apa pun tqvm kepada DeqNa n lili yang sudi datang umah lewat tak lewatlah lepas Isyak.. he he he tuan tanah dah menguap2 manja gitu.. maklumlah sok dah kerja iye tak?

Air rebina.. kelas gitu he he he
Nasi berlauk, ikan masak sambal serai, sayur campur, telur dadar n nugget
dalam bekas tu cam biasa kuih rayer..
yang senang2 ajer.. x sangka lak DeqNa bawa kawan.. DeqNa duk sebelah umah jek..
Jangan serik datang lagi..

Rabu, 7 September 2011

Tetamu Syawal 2011 (Family SK : sebelah MIL)

 Sanak Saudara yang memriahkan suasana

Salam semua.. nak n3 kemeriahan Hari Raya he he he raya ke2 kami dah berada d'Bangi.. umah sendiri.. he he he maklumlah Keluarga SK nenek belah MIL kat Bangi nenek belah FIL Sungai Merab Bangi lah juga.. hu hu hu jadinya memanglah kami lepak ngan dia orang mlm tidolah umah sendiri he he he... oklah setelah sehari berhari rayer.. sedang kami beraya ngan FIL n MIL kat kg FIL tetiba dapat call dari family MIL terutama nenek yang teringin nak datang umah.. hu huhu time tu kat umah mak Ngah (sepupu ayah) so laju2 balik umah n watlah aper yang sempat hu hu hu..
 
Mee Goreng, Nugget Ikan
he he he simple jek kan? diaorangpun dtg dr umah mak long..

Tuan Tanah interprem skali he he he
tapi memang meriah..

Selasa, 12 Oktober 2010

Tetamu Terakhir Syawal

Salam.. sorry fuh agak bz arini.. he he he.. Ok cam aku bagitau aritu.. hari jumaat mlm kengkawan nak datang.. penghujung Syawal tu he he he.. Ok.. tetamu kami x ramai.. Hanifah sekeluarga n warga bujang he he he menu aper? jom layan menu simple n x-presskuu itew...

dari kiri, Wardah, Syuk n DeqNa


Hanifah sekeluarga..


Menu aper... he he he


Ikan Bakar (ikan Kembung jek)

sayur campur ChapChai

Daging ayam salut tepung berempah.. alah2 KFC gitu...nyum2

ha kita tiupkan Sos Cili n Mayanis ni kira menu kanak2 lah..

Menu sampingan  sempat wat popiya goreng n puding Coctail


Tu dia sebelum kebanjiran..

Ha.. dah dibanjiri..cuma kalini erma x guna susu sejat tapi.. guna Air Soya..
memang sedap selain kerana menu lauk Ikan.. khas untuk sahabatku Efa.. x minum susu he he he

Kepada semua tetamu kami.. selamat menjamu selera semoga enjoy...