Memaparkan catatan dengan label Pasta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pasta. Papar semua catatan

Selasa, 22 Mei 2018

MENU BERBUKA RAMADHAN 5 - 2018

Makaroni Bakar dan Tauhu Poket

Assalamualaikum semua pengunjung-pengunjung Halamanku, maaf di atas kekangan .. hihi slow pulak kemas menu kat Dapo ni, bkn kerana x berasap tp tu lah, asyik x sempat je nak kemas..

ok lah berbalik n3 kalini nak share menu Berbuka Ramadhan 5 kami, macam biasalah kan, kalau menu yang ada kat Dapo ni pasti yang mudah n ringkas, maklumlah, lately ni balik kerja agak lewat, SK bz persiapan utk pengambilan kunci2 asrama bagi pelajar2 yang akan mendaftar masuk pada 24&25 Mei ni.. so, apa yang sempat je lah kita lebur hihihi jom layan..

Makaroni + pes daging+ cheese yang telah di gaul sebati,
tambah pes daging n ratakan pula datas makaroni yang telah digaulkan bersama pes dan cheese

tambah/tutup bahan tadi dengan cheese, stok cheese yang ada slice, 
so kita ttp dengan slice cheese dan taburkan origano

Bakar dl Oven 180c 40 minit

SIAP
nak resepi boleh tengok SINI

Tauhu Poket

Tauhu Poket vs Sos dan Mayo
nak resepi boleh tgk SINI atau SANA

Makaroni Bakar



Jumaat, 18 Mei 2018

MENU BERBUKA RAMADHAN 2 - 2018

Spagetti Bolognes

Assalamualaikum semua pengunjung-pengunjung Halamanku.. apa menu berbuka u all? hihihi kita macam biasalah menu mudah lebur2 ni kan, nak pulak ada yang request, siapa? Siapa lagi kalau bkn putera kesayangan kami, Azfar.. katanya mama lama x masakkan saya spageti pasta.. hihihi, anak bila dah pandai bercakap ni.. mcm di katakannya, malah pandai pula komen.. jom layan.. menu ringkas berbuka kami sekeluarga,,

Setelah semua bahan sos sebati n masak, 
akan masukkan cheese, 
ikut ah stok cheese apa yang ada kat umah ni.. kalini guna slice cheese 

 Gaul sebati.. n siap
nak resepi? meh tengok SINI  atau kat SANA
pernah share sebelum ni

Pasta Angle hair
pun ikut stok apa yang ada kat umah..

Siap di hidang..
SELAMT BERBUKA SEMUA..

Ahad, 4 Jun 2017

MENU BERBUKA RAMADHAN 8 2017

 Menu Berbuka Ramadhan 8 2017
Pasta (Penne) Bakar

Assalamualaikum semua pengunjung- pengunjung Halamku yang di sayangi.. Alhamdulillah bersua kita lagi ngan n3 kalini menu berbuka kami.. hihihi arini SK kerja kan, so di samping wat rutin2 keje2 umah ni, melayan lak putra kesayanganku bermain.. hihihi so terhasillah menu2 simple yang menjadi kegemaran anakku juga.. Azfar, kadang tu dia duk belek balang pasta ku n request, Mama masaklah pasta hihihi budak2 sekarang kan.. pandai request..
 ok lah berbalik ngan n3 ni, jarang sebenarnya pasta jenis ni (penne) ada lam stok peti ajaibku itew.. tap selepas merasa Penne masakan ofiice ku aina, mmmm mmg sedap, kerana struktur bentuknya yang lebih banyak merangkap pes bolognese nyum2 kalini ku wat menu versi bakar jom layan..

 Pasta Penne yang ku gaul sebati ngan pes bolognes.. 
buh lam bekas tahan bakar.. pes selalu memang wat ikut resepi sendiri
boleh rujuk SINI


 Tabur Cheese,
hihihi taram ngan stok cheese yang ada kat peti tu..
slice cheese pastu tabur ngan cik mozarela kita..
penah n3 sebelum ni kat SINI

 Taburkan origano herb
Bakar 20 - 25minit

Sedia di hidang

Rabu, 29 Jun 2016

Menu Berbuka Ramadhan 13/2016


 Menu Berbuka Ramadhan 13
Pasta Shell Goreng meatball & Kentang Goreng

Assalamualaikum semua Pengunjung2 Halamanku.. n3 kalini nak tepek menu berbuka kami.. Cam biasa pastinya menu yang ringkas n mudah disediakan.. maklumlah.. SK kalau blh x mo mkn menu Nasi time berbuka ni.. so lebur2 lah menu apa yang ada kat peti ajaibku itew.. ptgni SK request nak makan kentang goreng cicah sos mayo.. senang keje tuan tanah.. jom layan..

Pasta Shell Goreng meatball

Jumaat, 10 Jun 2016

Menu Berbuka Ramadhan 4/20016

 Menu Berbuka Ramadhan 4

Assalamualaikum semua sahabat-sahabat dan pengunjung Halamanku.. tqvm kerana sudi singgah Dapo Kecil yang tak seberapanya ni.. apa kahabr harini? harap semua sihat2 n dapat menjalani ibadah dengan baik.. Insyaallah.. ok lah n3 kalini nak share menu berbuka kami semalam.. cam biasalah ye.. pastinya menu yang mudah..simple disediakan tetapi mengenyangkan ye tak?.. Jom layan Menu berbuka kami..

 Cucur Manis

 Bubur Gandum

Pasta Shell Goreng Meatball
Selamat Berbuka..

Sabtu, 14 November 2015

SET LAMB CHOP n SPAGETTY GORENG UDANG

Menu Dinner
Set Lamb Chop n Spagetty Goreng Udang 

Assalamualaikum semua pengunjung2 Halamanku yang disayangi.. sihat semua.. Menu Lamb? Pasti Ramai yang meminatinye kaannnn... tapi tidak bagi diri ini... bkn x try mkn tapi ntahlah.. aroma tersendiri yang istimewa tu buat hamba tak mo lak.. hihihi.. boleh ea camtu.. kkaaannnn hihihi.. maaf lah bagi penggemar2 semua.. tapi untuk menyediakan hidangan ini Insyaallah.. selagi ada yang sudi jamu.. akan kluarlah menu ni kat Dapo Comey ku itew... jom layan..

Perapan 

Kalini Lebur atas nonstick pan jer 

tu dia.. karemal

Kantang rebus..
dressing Madu + Cuka Delima + blackpepper


Sos Blackpepper 

Set Lamb 
Menu SK

Spagety goreng 
menu ni utk Aku n Azfar.. goreng style italian

Set Dinner kami yang simple2 jer

Khamis, 12 November 2015

SET AYAM BAKAR - MENU DINNER




 Set Ayam Bakar with Pasta n Salad

Assalamualaikum..  pengunjung2 Halamanku semua.. sihat ker? Alhamdulillah tuan tanah n family ni sihat2..  harap2 u all semua sihat2 n happy2 selalu.. ok lah n3 kalini nak share menu Dinner kami berdua.. cam biasalah.. mestilah menu yang mudah2 ye tak?.. selalu kalau xde apa2 nak wat tu.. aku akan wat lah perap2 neh.. pastu frozen.. bila2 nak guna insyaallah ada je lah stok makanan neh.. hihihi.. jom layan menu

 Panggang kat Periuk Ajaib je..
maklumlah duk umah sangkar ni x de nak bako2 hihihi

 Buh dalam Pan

tutup n panggang

 Siap

 Wat Salad

Set Ayam Bakar with Pasta n Salad

Jumaat, 30 Oktober 2015

TEMPAHAN 5 - SPEGETTY BOLOGNES (30 org)

 Spagetty Bolognes

Assalamualaikum semua pengunjung2 Halamanku.. apa khabar? n3 kali neh nak tepek menu tempahan officemate Saidatul Khatijah yang nak wat jamuan n kenduri doa selamat di umah barunya (Pajam) begeri sembilan... menu tempahannya Spagetty Bolognes.. menu ni pun hanyalah menu tambahan utk menu utamanya adalah menu Nasi Lemak berlauk...

tuan rumah (baju kuning hitam)
Pn. Saidatul Khatijag Ismail
tqvm atas jemputan semoga beroleh keberkatan, kebahgian n rezeki tuk sai sekeluarga.. Amin..

jom layan menu tempahan.. utk kali ni Spagetty bolognes tuk 30 orang

 kuah bolognes

 spagetty

 tabur cheddar cheese n rempah origano

siap tuk di hantar ke Rumah Sai di Pajam

Rabu, 28 Oktober 2015

TEMPAHAN 2 - MAKARONI BAKAR

 Makaroni bakar Meatball

Assalamualaikum semua sahabat2 dan pengunjung2 Halamanku..n3 kali ni nak share menu tempahan.. Alhamdulillah selagi ada yang sudi menjamah hasil masakanku.. bersyukur n happy.. hihihi.. kadang apa yang kita wat ni adalah untuk kegembiraan n kepuasan.. Alhamdulillah.. ok lah berbalik kepada n3.. sahabatku Noor fazliah.. tqvm sudi tempah kali sekian kalinya menu ni.. Makaroni bakar.. jom layan..

Makaroni yang telah direbus n tos..
ratakan pada bekas pembakar..

tuangkan pes daging n cendawan

buh slice cheese

ulang lapisan sehingga penuh bekas pembakar
buh meatball

buh lagi slice cheese

tambahkan mozarela chhese dan bakar 180 selama 20minit