Lontong Sambal Kacang
Assalamualaikum... morning2 dah bekpes.. he he he arini bekpes Lontong.. SK request.. he he he wat malam tadi.. pepagi tinggal masak lodeh jer.. he he he dah dua ari SK request.. pastu tengok2 stok nasi impit takde.. he he he bila dah ader stok tu SK sesiap rebus he he he aper lagi paham2 yer.. cepat godak hu hu hu tang sambal kacang yang bercinta sikit.. he he he he pepagi cebus2 kita lebur Lodeh.. siap.. Amacam syedap tak? he he he jom bekpes..Layan...
Set ni wat tak sesiap campur bab nak tapau gi kejer... he he he
Siap Tapau gi kerjer...he he he
KUAH KACANG
Bahan-bahan:
* 150gm kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit (Dikisar)
* 100grm direbus n potong ikut suka.
* gula ikut kemanisan (tp kuah kcg selalu agak manis)
* garam secukup rasa
* 2 cwn Air Bancuhan Asam Jawa (bancuhan 1 sudu asam jawa)
Bahan Dikisar:
* 5 ulas bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* 1 sudu udang kering
* 5 sudu cili kisar (Ikut Kepedasan)
**2 btg serai dititik
Cara2
- Tumiskan semua bahan kisar dan serai sehingga naik bau dan masak.
- Setelah sambat tumis bebetul masak masukkan + kacang yang telah
dikisar... gesek sehingga sebati n akan mengeluarkan minyak awas guna
api sederhana mengelakkan hangus.. bila sebati + bancuhan air asam
jawa....+ gula + garam terus masak hingga mendapat kepekatan yang
diinginkan... kena sering kacau kerana bahagian bawah cepat berkerak
atau hangus..perasakan ikut selera.. bila bebetul mendidih n pekat
boleh angkat n hidang..