Memaparkan catatan dengan label Kek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kek. Papar semua catatan

Jumaat, 4 Disember 2015

KEK BUAH


Kek Buah Simple

Assalamualaikum semua pengunjung-pengunjung Halamanku.. n3 kalini nak share resepi mudah n sedap ni.. Alhamdulillah kalini taburan buah yang canteq n rasa yang moist.. sebelum tu.. 
meh aku share pengalamanku dengan kek buah neh...sebenarnya sebelum ni pernah wat.. lama dah .. time tu single lagi.. buat2.. tapi malangnya buah2an ku mendap.. huhuhuhu.. masa memang masak.. sedap boleh lah.. tapi tang taburan buahnya buat aku sakit hati.. huhuhuhu.. baru2 ni aku ade tgk rancangan masakan afc.. chef Anna Olson yang menjadi idolaku itew hihihi.. resepi semua lebih kurang sama kecuali campuran arak.. aku naik pelik gak masa mula2 tengok.. ammbbooiiii.. banyaknyer penggunaan buah2an kering.. rasanya kalau nisbah adunan kek tu.. buah2an tu 3/4 dari adunan kot.. tapi aku tak kisah.. yang penting aku nak tengok cara2 wat kek tu.. hihihi.. rupanya dia rendam dulu buah2 tu.. hahahahaha... apalah.. mungkin uall semua dah tau.. aku jer.. so.. dengan gigihnya agu try lagi.. resepi simple yang sama cuma tang buah tu.. jom.. layan kek buah ni..

setelah sejuk..
korang tahu.. aku wat kek ni malam.. tapi serem punya pasal.. x mo ku tengok kek tu.. sehingga esok..
sabar tak sabar.. aku sesiap solat sambil wat sarapan.. aku tebalikkan kek ni..

yahoooo... hahahah.. rasa nak melompat..

ku potong2 n hidang.. time bekpes tu tak tahan.. SK puji sodap..
aku sebenarnya bukan penggemar kek buah.. tapi kalau boleh nak lah jadi bila wat tu..
ye tak? hihihi
kepada kengkawanku terutama.. widyana.. selamat mencuba.. meh tepek resepi..


Bahan A
1 cawan Butter - suhu bilik
Bahan B (bahan kering)
2 cawan tepung gandum

Bahan B
2 cawan buah-buahan kering
1 cawan air
1/2 cawan cuka delima (pilihan) boleh ganti jus oren

Bahan C 1 cawan gula perang
3 biji telur
1 1/2 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1/2 sk serbuk buah pala
1/2 sk serbuk kayu manis

Cara2
1. Di dalam mangkuk satukan buah2an kering dengan air dan cuka delima.. biarkan kembang – erma rendam semalaman.
2. cairkan butter dan gaul sebati dengan buah-buahan tadi.
3. tambahkan telur, gaul sebati.
4. Di dalam mangkuk lain, ayak semua bahan2 kering,
5. Tambahkan bahan2 kering ke dalam bahan2 basah, gaul sebati dengan cara kaub-balik sahaja
6. sediakan Loyang yang telah di gris dengan sedikit butter, tabur tepung dan ratakan. Buang dan ketuk2           sedikit Loyang untuk mengeluarkan baki tepung yang tidak digunakan.
7. tuangkan adunan ke dalam Loyang, ratakan dan bakar suhu 180 selama 45minit – 1 jam.. mengikut oven masing-masing..



Rabu, 11 November 2015

TEMPAHAN 7 - MUFFIN COKLAT & STRAWBERI (30 BIJI)

Tempahan muffin strawberi dan muffin coklat

Assalamualaikum semua... bertemu kembali di Halamanku.. syuh.. syuh.. tengok dah bersawang .. x berkemas Dapo ni gamaknya.. hihihi.. ok lah berbalik kepada n3.. tempahan dari sahabatku kak Noorzaiyana Md. Nusi.. x-ofismate kat Library dulu..  

Bahan2

Muffin Strawbery

Buh filing strawberi
pes Strawbery tapi kalini beli siap kat bakery
bab x de stok buah strawbery

buh topping Stowbery n Mini buble rice suger

Muffin Coklat

Coklat Chip

Muffin Choc Chip

tqvm Kak Nor Zaiyana atas tempahan
semoga berpuashati dengan tempahan 

Rabu, 28 Oktober 2015

TEMPAHAN 3 - MARBLE CHEESE BROWNIES (30 BIJI)

Tempahan Marble Cheese Brownies

Assalamualaikum semua pengunjung2 Halamanku semua.. apa khabar semua.. harap2 semua sihat2 n baik2 jer.. lately ni cuaca kat Bangi sering hujan.. terutama pada waktu petang.. risau gak.. dengar n tgk berita banjir lak dah mula melanda negeri2 di pantai timur... tang jerebu tu Alhamdulillah lah.. agak baik n pulih.. tapi ujian banjir lak.. semoga semua saudara2 di negeri pantai timur selamat dari segala bahaya n bencana..
ok lah berbalik kepada n3 Alhamdulillah ada tempahan dari sahabatku Nor zaiyana (kak ana) utk majlis makan2 katanya tqvm k.ana sudi tempah.. agak banyak gak tempahanya.. semoga k.ana berpushati ngan tempahan ni..

bahan2 tuk baking

proses pembakaran..

selesai

packing tuk penghantaran
kalau nak resepi boleh tgk SINI

Jumaat, 26 Disember 2014

MARBLE CHEESE BROWNIES

 Marble Cheese Brownies

Assalamualaikum semua... Salam bersiaran semula setelah lama menyepikan diri ehik... maaf dan terima kasih kepada smua pengunjung2 Halamanku dan sahabat2 Alam mayaku semua... kekangan masa tidak mengizinkan aku untuk n3.. 
Alhamdulillah kami sekeluarga sihat2 sahaja... anakku Azfar juga kian membesar... kini berusia 1 thn 10 bulan... semuanyer berjalan lancar.. proses pembesaran Azfar juga baik.. sekarang telah pelbagai keletahnyer... Alhamdulillah berkat doa kalian juga...
ok lah berbalik kepada n3 kali neh... menu neh telah acapkali ku buat dan Alhamdulillah telah menerima tempahan juga daripada kawan2 dan kenalan...
Aku juga telah berniaga kecil-kecilan hihihihi ahaks... malu lak... saja2 mengisi masa lapang bersama kengkawan di FCC (Foundation Center Conner) alah menu mudah2 jer... len kali erma n3 lak cita pasal berniaga tu yer... hihihi Jom layan resepi Marble Cheese Brownies yang sedap n mudah disediakan...

 Sebelum Proses Pembakaran

Selepas Pembakaran
Sedia dimakan... dan... mmmmm yammmmyyy
Selamat Mencuba... amat mudah untuk menyediakannyer dan berbaloi kesedapannyer.. ewah..

 MARBLE CHEESE BROWNIES

Bahan-bahan Brownies :

250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:


1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.

Bahan-bahan lapisan cheese:

250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B
Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong






Selasa, 23 Oktober 2012

KEK GULA HANGUS @ KEK SARANG SEMUT

Kek Gula Hangus @ Kek Sarang Semut

Assalamualaikum semua.. salam bersiaran kembali.. ader yang bertanya... sibuk sikit tempohari 2 hari menghadiri kursus, disusuli pula ngan peperiksaan pelajar.. Arini ader mesyuarat jawatankuasa peperiksaan untuk mengesahkan keputusan diperingkat Fakulti... Alhamdulillah bberjalan lancar n kuranglah sibuk ku.. tapi awas... pelajar akan mula mendaftar pada 1 Nov 2012.. huh berpeloh memikirkan taqwim yang tak putus2 he he he 
ok lah berbalik kepada n3 arini.. banyak istilah bagi kek gula hangus ni.. tapi yang penting rupa n rasanya sama ye tak? sebenarnyer semalam aku membakingnyer... cam biasa bila ader permintaan pasti terhasil kek kat Dapo Senangku itew.. kalau tak sunyi dari bakaran oven ha ha ha alasan malas lebih... memenuhi permintaan sahabatku yang jauh dimata tapi dekat dihati.. nun duk kat lake resort KUIS tu.. kak Zura.. happy bila dia n family suker.. insyaallah ader masa kita gader2 wat yer kakak manis.. he he he.. jom layan kek Gula Hangus atau Kek Sarang semut yang ntah berapa kali aku membuatnyer...

 Adunan yang telah bersiap sedia nak masuk oven

 Waktu kebakaran

 SIAP
kalini aku wat agak kering n garing sikit.. bab Kakak Manis suker makan tang kerak2
 Struktur Kek yang bersarang n kenyal

Tara...
Selamat Menjamu Selera
kepada sesiapa yang nak merujuk blh lah jenguk kat SINI atau SINUN

Rabu, 30 Mei 2012

KEK PISANG COKLAT MARBLE

 Kek Pisang Coklat Marble..

Assalamualaikum semua.. morning2 he he he boleh ker pepagi n3 menu kek neh? ha ha ha sebenarnyer ni projek malam tadi.. sebelum tu aritu ader studen bagi buah-buahan kat opis nu.. semua buah licin kecualil pisang.. lelagi pisang nyer memang besar2 tak pasti.. rasanyer pisang montel kot.. ha ha ha tuan tanah ni tang pisang lemah sikit.. kalau pisang goreng suker lah he he he.. so tersimpanlah kat peti sejuk kat pantry opis tu.. ptg semalam sorang opismate komplen.."kak kat peti sejuk bau pisang aaarrrhh" so malas banyak cakap aku bawak balik pisang tu n aku leburkan jadi Kek Pisang Marble.. senang kejer..
Setelah ovenku menjerit..'Ting!' SK teruja ngan bau kek pisang yang agak kuat tu.. request nak mkn malam tadi gak.. hu hu hu.. tak sempat sejuk betul aku dah potong.. he he he ngadaplah SK.. sedap katanyer.. habislah 3 potong he he he.. jom layan Kek Pisang Coklat Marble ku itew he he he

 Dah disejukkan atas redai.. n sedai di potong

 Amacam ok tak Marble ku.. he he he

Jom.. jemput makan,, sedap, lembut n gebus gitu he he he
 
Kek Pisang Coklat Marble..
Bahan-bahan:
 
1 cawan pisang emas lenyek - sajer erma taruk banyak he he he 2cwn
1 cawan gula pasir
4 biji telur
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan minyak jagung
1 sudu besar soda bikarbonat
1 sudu kecil esen pisang
2 sudu besar serbuk coklat

Cara-cara

* Pukul telur dengan gula pasir sehingga kembang.
* Tambahkan esen pisang.
* Ayak tepung gandum bersama soda.
* Campurkan pisang lenyek ke dalam tepung.
* Masukkan campuran telur dan gula yang telah diblender.
* Kacau hingga rata.
* Masukkan minyak jagung dan kacau rata.
* bahagikan adunan kepada dua
* satu bahagian + serbuk coklat n gaul sebati
* sediakan tin yang telah di griss n lapik ngan kertas minyak
* masukkan bahan adunan secara berselang seli sehingga adunan habis
*Bakar lebih kurang 30-45 minit dengan api yang sederhana 180'c.

Khamis, 23 Februari 2012

KEK GULA HANGUS LAGI

 Kek Gula Hangus

Salam semua... n3 kalini nak tepek projek membaking malam tadi.. cam lamalah pulak tak wat kek ni.. maklumlah x der request dari SK..he he he untuk memenuhi permintaan sahabatku yang jauh dimata dekat dihati alah yang duk nun kat seberang tasek KUIS tu ha ha ha Kakak Manis..Kak Zura n Faezah he he he harap2 berpuashati ngan kuih yang seberaper tu he he he... oklah alang2 nak wat kan... wat lah lebih.. ye lah SK suker makan kuih ni time panas2 tqvm tuk SK tolong2 he he he ofcozlah SK yang rajin tu mesti sesama turun padang ha ha ha... oklah kalau ader sesapa yang teringin nak try blh tengok kat SINI pernah wat sebelum ni.. resepipun cam biasa yang senang2 ajek yer he he he Jom layan..

 ready packing

 SIAP..
Kepada Kak Zura & Faezah..
semoga menepati selera n keinginan korang ha ha ha

wat 2 buku kek..
1- tempahan Kak Zura & Faezah
1- lagi tuk makan2 n bawa ke office SK dan  kebetulan mama Muzaffar (Alin) officemate aku
teringin semalam nak makan kek gula hangus...
so rezekilah yer... he he he
oklah atas permintaan kengkawan meh erma tepek lagi sekali resepi mudahni...

 KEK GULA HANGUS
Sumber : ermaheryzal.blogspot.com

Bahan-bahan
 
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
1 sudu soda bikarbonat
1 cawan telur (dlm 4 biji telur )
1/4 cawan minyak masak

Cara-cara

1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
 Ketepikan dulu.
2. Pukul telur .
3. Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
4. Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.
5. Masukkan air gula yang dah sejuk.
6. Akhir sekali masukkan minyak... kacau semua bahan hingga sebati

Bakar dengan api sederhana 180 selama 45minit.

Selasa, 7 Februari 2012

Kek Pisang berChip Chocolate


Kek Pisang berChip Chocolate
 
Salam semua... morning.. masih bercuti? samalah.. aku n SK akan menyambung cuti he he he insyaallah nak g bercuti.. kemana? Tunnngggguuuu n3 nanti insyaallah... ok lah Salam Maulidu al-Rasul kepada sahabat2 n seluruh umat islam amnya... okalah lama lak rasanya tak membaking.. ha ha ha apa yek? ntah tak tau naper.. ni kat umah ader stok pisang yang dah masak banget.. kalau digoreng lembik n menyerap minyak t... so kita lebur melebur jek lah.. SK x request tapi selalunya dia suker gak kek pisang ni... dengan satu adunan ni mendapek lah jiran ku itew he he he alhamdulilaah gebus n sedap.. cuma tak semua ku lenyek pisang tu.. sebahagian ku cincang saje2 nak bagi ader buah2 gitu.. aku tambah cipcoklat .. lagi sodap ... jom jamu mata he he he nak wat camana dah entek he he he...

Kek Pisang berchipcoklat sodap he he he 
kalau sesapa nak cuba meh tengok kat SINI atau SINUN he he he pernah wat gak sebelum ni cuma versi yang berbeza... resepi sama..


Khamis, 1 Disember 2011

KEK BATIK (BISKUT MARRIE)


Kek Batik (Biskut Marrie)

Salam semua.. Salam Disember... sekejap jek masa berlalu.. azam3 huh tak mo malas n3.. hu hu hu kalau bz... tgk blogpun x sempat .. apalahkan.. ok lah lamanyer tak wat kek batik dulu slalu gak wat tapi tak lah bersusun.. yang main gaul2 tu.. lama dah nampak kat blog K.Hana Jepun yang dok menyepi tu.. bz lah gamaknyer menjalani rutin... Ok lah lagi terpanggil bila ada kengkawan yang minta resepi.. so? meh lah n3 cuma kalini wat cara susun2 lagi kemas n seronok menikmatinyer.. kengkawan office juga mendapek.. SK tang ketinggalan.. dok jeling MILO bila gi belanja dapo kat pasarayer... x mo wat selalu.. bahaya.. manis ni.. he he he jom layan ....

 he he he kurang bahan kan.. terjuloq Sekut Marrie.. he he he
Jom layan wat Kek Batik by step...

 Setelah bahan siap diadun n dimasak...

 Melapis time....
lapik ngan kertas minyak n pastikan lebihan kertas minyak keliling bahagian
Lapis..n susun biskut...

 Susun aper cara sekali.. yang penting berselang seli..

 Masa melapis tekan2 sikit bagi padat
tapi jgn kuat2 t bergerak susunan biskut kita..

 Setelah selesai melapis..

 tutup.. n tekan2 kemas

 Siap disusun n simpan dalam peti sejuk.. 1-2 jam
tapi erma wat malam.. pagi boleh potong...

Tu dia.. sedia dihidang n dimakan... nyum2 sedap...
jom aku tepek resepi...kalau tak boleh tengok kat Dapo K.Hana
Bahan-bahan
  • 250g@satu peket biskut merie
  • 200g@satu peket milo
  • 397g @ 1 tin susu pekat 
  • 5 biji telur
  • 1sk esen vanilla
  • 150g butter @ 2/3 cawan
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1sk nescaffe - optional
  • 2 sudu besar air panas - optional (utk kek yg agak moist)
Cara-cara
  • Sediakan loyang 7 inci yang di alas dengan kertas minyak bawah dan juga kelilingnya. Pastikan kertas minyak melebihi paras loyang. Ketepikan.
  • Satukan semua bahan kecuali butter dan kacau sebentar. Masukkan ke dalam kuali. Buka api kecil untuk mengelakkan hangit bahagian bawah. Kacau sehingga semua bahan sebati. Kemudian masukkan butter dan kacau lagi sampai pekat dan kasar berbintil-bintil. Matikan api.
  • Cedokkan satu senduk adunan ke dalam loyang dan ratakan. Susun biskut di atasnya. Ulang proses melapis sehingga habis.
  • Lapisan yang terakhir tekan sedikit lebihan kertas minyak tadi supaya permukaan rata dan tutup. Dan biarkan sejuk beberapa jam di dalam peti ais.
  • Keluarkan dan potong. Hidangkan.


Rabu, 27 Julai 2011

Blended Orange Cake

Blended Orange Cake

Salam semua morning... lamanyer tak n3 masakan ni.. ceh ceh ceh.. bukan semua n3 ker? ngeeee ngeee.. oklah nak dijadikan cita.. ni projek malam tadi.. sebenarnyer sebelum balik kejer semalam sembang ngan ofismate apa nak buat yer.. ader banyak stok oren kat umah.. maklumlah lepas kenduri umah sepupu so.. MIL bagi byk buah limau.. di juskan dah sudah dah.. he he he bila efa cadang buat kek.. aper lagi laju2 gi dapo kak Hana he he he tu jek yang teragak nak terjah... he he he ramai dah cuba.. mudah n sedap.. gebus n wangi jek.. SK suker.. lepas masak tak sabar2 nak makan he he he habis beberapa potong dia makan... he he he Alhamdulilah.. sapa lagi nak puji n makan kalau bukan SK ye tak? he he he jom layan Blended Orange Cake ku itew he he he...

amacam... he he he wangi bau oren..

ni baru2 kuar oven kita kasi lepak kat redai jap..

tu die.. gebus n sedap..
kepada semua yang pernah mencuba n berkongsi resepi terima kasih...
meh aku tepek untuk rujukan n dikongsi bersama...minta halal Kak Hana..

Bahan-bahan

1 bji buah limau - hana perah ambil jus, kulit ambil yg kaler oren shj utk elakkan kek pahit - erma sama
1 cawan minyak - hana letak 1/2 cwn butter cair, 1/2 cwn myk msk biasa - erma sama
2 cawan gula halus- hana letak 11/4 cwn - - erma letak 1 cwn je
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sb baking powder* ( *diayak bersama )

Cara-cara

* Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.
* Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
* Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
* Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
* Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.