Memaparkan catatan dengan label Kenangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kenangan. Papar semua catatan

Jumaat, 9 Januari 2015

AL-FATEHAH... KEKANDAKU KEMBALI KERAHMATULLAH..

 Ehsan dari sahabat.. Alfian

Sijil Kematian

Ya Allah Ya Tuhanku... setelah tiba waktu yang kau janjikan tidak akan kau cepat atau lambatkan janjimu itu... dan janjimu pasti..
Ku semadikan dalam halamanku ini... bukan untuk ditatap atau diratapi namun sekadar memori yg inginku abadikan.. Allayarham Mohd Yusak b. Salehan...
Beliau adalah saudara sebapaku. Telah kembali ke Rahmatullah pada 29 Disember 2014, 10.20pg di Hospital Sungai Buloh Selangor.. Jenazah dikebumikan di Parit Yaani Johor, di tempat kelahirannyer.. aka Kg. ku..
Dilahirkan pada 26 Julai 1956.. Berusia 58thn..
Semoga Rohnyer ditempatkan bersama roh orang2 yang beriman... Amin...Al-Fatehah...

Jumaat, 17 Mei 2013

AZFAR HERYZAL 100HARI

 
 AZFAR HERYZAL
Putra Kesayangan kami

Assalamualaikum smua... salam Jumaat kepada semua sahabat2 dan pengunjung2 Halamanku.. di Sini ingin merakamkan  perkembangan Putra Kesayangan Kami.. Azfar time neh genaplah Azfar 100hari... pada 12 Mei 2013 yang lalu..aper yang dia pandai? Pandai gelak2 sembang2 bahasa dia n yang paling meruntun hati kami... TAK MO TIDO MALAM... asyik nak main n sembang2 kalau kita senyap aka tertidur he he he sabar jek.. dia akan jerit2 atau menangis... hu hu hu sabo jek.. lately asyik datang keje lambat.. cabaran betul.. mengantuk n keletihan tak kira lagi..memang menguji kesabaran kami... Alhamdulillah.. jom layan gambar Azfar..

 Berat Azfar kini 8kg
Ketinggian Azfar kini 65cm

Penawar Hati Mama n Papa

Selasa, 14 Mei 2013

CATATAN MEMORI DI SAAT MENANTI KELAHIRAN...

 Dewan Bersalin 
Hospital Serdang Selangor

Assalamualaikum semua... bertemu kembali.. ingin ku abadykan kenangan di saat aku mengalami situasi menanti kelahiran dan melahirkan Putra kami...
petang Khamis 31 Januari 2013.. Aku masih bekerja seperti biasa, aku tidak mengambil cuti awal untuk berehat atau bersedia menanti kelahiran ini.. ntahlah rasanya masih kuat n sihat nak gi kerja walaupun bondaku telah ada di rumahku.. rutin ku jalani seperti biasa.. hatiku kuat nak siapkan semua kerja2 di office sebelum bercutipanjang. setakat ni tak de kerja2 penting, semua telahku siapkan awal insyaallah.. segala dokumentasi telah ku hantar n siap ku failkan... Alhamdulillah..
  Korang tengok tak cerita Setia hujung Nyawa? TV3 setiap isnin - khamis kul 7mlm? ha ha ha aku layan cita tu dan 31 jan 2013 merupakan episod terakhir... lepas balik kerja makn2 kami layan cita tu.. tgk tv kat bilik... selalu amalanku time tgk tv memag akan duk lepak bersenang lenang atas katil, tapi tak tau petang tu aku boleh lepak atas lantai golek2 ngan SK.. tak pulak sakit pinggang tu.. habis layan cita Setia Hujung Nyawa tu, aku nak bangun.. korang dapat bayangkan camana mak buyung yang berdiri? mestilah dengan bantuan ye tak? SK tolong tarik tangan aku... bila aku berdiri je.. Masyaallah air mula keluar ngan banyaknyer.. panic aku sekejap.. air tu sangat bayak lebih dari kita buang air kecil tu.. bonda aku cool je.. aku kembar air katanya.. ntahlah apalah yang aku tahutime tu... yang aku rasa takut.. terbanyang2 nak kena bersalin hu hu hu takutnyer.. agaknyer camtulah yang di rasai oleh ibu2 yang mengalami kelahiran pertama hu hu.. SK mula panic gak.. Alhamdulillah adanya bonda bersama membuat suasana tenang.. air tu mula tumpah lagi.. eh betul ke istilah ni?.. paham2 je lah yer.. rasanya 1/2 - 1jam sekali.. tapi tak sakit.. sehinggalah kul 10.30mlm.. aku rasa mengantuk... mak suruh tido jek.. SK alas katil ngan pelapik n kain.. aku tido.. n akan tersedar bila air tumpah n SK akan tukar kain alas... sehinggalah kul 2.30pg aku tersedar n mula rasa sakit.. camni ke rasa sakit nak bersalin? ia mula sakit tepat 1 jam.. ulang2 sehinggalah kul 4.30pg..bonda minta kami bersiap tuk ke hospital... sebelum bergerak kami sempat berbincang.. nak menuju n bersalin kat Hospital Mana? Swasta Az-Zahrah @ Kerajaan Hospital Serdang... gerak hatiku nak ke Hospital Kerajaan Serdang... kalau nak ikutkan kedua2 hospital tu aku ader rekod untuk kesihatan n booking kelahiran..

 Bonda dan SK setia menanti di luar dewan bersalin

bermacam2 cerita n pengalaman yang ku dengari.. Aku hanya mampu berdoa semoga Allah permudahkan segalanya.. isu x de wad, kena balik semula bila belum betul2 nak bersalin.. macam2 hu hu hu.. bila SK daftarkan aku.. jururawat panggil n aku diminta masuk wad menunggu n tukar pakaian.. debaran amat terasa.. 2 orang Doktor semak kesihatanku n bukaan (istilah) katanya baru 2cm.. ntah akupun tak pasti.. aku diminta rehat.. aku sambung tido.. sakit ayang aku alami kekadang ade kekadang tak.. sehingga kul 11.30pg  keadaan masih sama.. katanya anak sulung neh lambat sikit.. tapi nak lengah gi hospital takul pulak.. jadinya melepaklah aku atas katil hospital tu.. 

 Kat Labour Room

Saat menanti.. time ni aku masih ok lagi.. so lepak2 tido2 lagi.. jururawat dah wat ujian imbasan.. scan.. jangkaan babyku 3.3kg dan berkeadaan baik samaada kedudukan baby, air ketuban n uri.. Alhamdulillah..
sehinggalah waktu kemuncak aku mula sakit Dr. n jururawat bertugas sentiasa selia sehingga bukaan 8cm.. time tu aku mula mamai n mengantuk je.. proses push cam kureng menjadi ngan takde pengalaman.. katanya x pandai nak push? he he he sehingga akhirnya aku selamat melahirkan seorang Putra pada pukul 6.23ptg

 Aku mengalami pendarahan yang agak teruk sehingga aku menerima 3 suntikan n aku x sedar... sesiap semua baby diserahkan kepadaku setelah dibersihkan dan direkodkan kelahirannya... amat mengejutkan bila babyku mencatat 4.1kg beratnya.. semua Dr. n jururawat yang membantu proses kelahiranku datang semula.. Subhanallah walhamdulillah wala ilahailallah wallahu akbar.. ketika aku direhatkan SK telah melakukan proses Azan, ikomat n Tahniq anak kami..
Alhamdulillah baby tiada masalah menyusu ketika diserahkan kepadaku pada 8mlm.. jururawat bertugas teruja melihat keadaan itu.. begitu juga aku.. baby terus menyusu dan air susu menderu laju Alhamdulillah bukti kebesaran Allah yang amat mengharukanku...

Ni masih kat Labour Room.. atas masalah pendarahan yang berlaku aku semalaman di labour room untuk pemerhatian... pepagi esok ( 2 Feb 2013) aku di tempatkan di wad 5E

time2 cam ni sapa yang amat teruja? SUAMI hu hu hu lelagi bila babyboy ni kan? cahayamata pertama lak tu he he he.. Alhamdulillah..
Kepada SK (SayangKu) terima kasih banyak2 di atas pengorbanan dan sama2 melalui saat itu.. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya.. Semoga kita menjalani tanggungjawab ke atas amanah yang diberikan.. Amin..

Ni lah Putra Pertama Kami
Azfar Heryzal bin Mohd Faizal

Hari ke-2 (2 Feb 2013)
Ni time kat Wad..
hari2 SK teman Alhamdulillah

Hari ke-3 (3 Feb 2013)
Kuar Hospital...
Happy...
Dulu berdua kini BERTIGA
3 Feb 2013
4.20ptg

Balik umah sendiri..
Perancangan awal untuk terus balik Johor selepas kuar Hospital tapi niat tu terpaksa di tangguhkan dulu bab 5 Feb 2013 ader temujanji pemeriksaan detail kat baby... Sabar jek..

Hari ke-3 (3 Feb 2013) cam dah lain lak muka die he he he
Putra Kesayangan Kami

Khamis, 9 Mei 2013

KEHADIRANMU DINANTI & DISYUKURI ALHAMDULILLAH

Kami menanti kehadiranmu Anakku

Assalamualaikum n salam rindu kepada semua sahabat2 dan pengunjung-pengunjung Halamanku.. lama bebeno aku menghilangkan? ade ke yang rindu? he he he... Maaf kerana aku tak berkesempatan nak n3 perkembangan n berita terkini ... Halamanku yang x dapat ku kemas...
oklah... Alhamdulillah Aku telah selamat melahirkan baby... eh betulke istilah neh... melahirkan cahayamata kami yang pertama... seorang Putra...he he he dah bersalin gitu... bila? kat ne? meh aku gitau..

Tarikh  :  1 Feb 2013 (Hari Wilayah) he he he
Masa  :  6.23ptg
Tempat  : Hospital Serdang Selangor
Berat  : 4.1kg
BabyBoy
Normal..huhuhu (Alhamdulillah)

 Baby Boy

Azfar Heryzal bin Mohd Faizal
Terima kasih kepada semua yang sudi mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kami...
cerita selanjutnyer next n3 Insyaallah...

Rabu, 25 Ogos 2010

Berbuka Bersama Yg. Mulia Sultan Selangor Ramadhan 14

Salam semua ni n3 kisah Ramadhan 14... Sultan Selangor Sudi mencemar Duli untuk berbuka n bertarawih bersama warga KUIS... wajib.. he he he tapi aku join takat buka jek.. letih wei.. balik keje terus stay tu... whatever kami warga KUIS happy n bangga atas kesudian baginda... Daulat TuanKu.. jom layan gambo..

Persiapan sebelum ketibaan

Raptai Asnaf.. penerima Zakat..

Ketibaan Duli Yang Mulia Sultan Selangor

Datang Bersama Anakandanya..

Kak Tini Aku ngan Alin..

Hidangan Tersedia


Menu berbuka.. kuih muih..Luih Tepung Gomak, Puding Cendol ngan Martabak
Snap Gambopun x byk maklumlah ramai umat.. he he he

Isnin, 23 Ogos 2010

EDDA DARNIZA BT. KHAIRUL NIZAM kembali ke Rahmatullah

Edda Darnizza bt. Khairul Nizam

Salam semua... terima kasih kepada yang sudi meninggalkam msg n menyapaKu.. kalau ingat n3 aku yang lalu aku ader gtau pasal anak saudaraku.. Kini telah meninggalkan kami buat selama2nyer pada Khamis 19 Ogos 2010 bersamaan 9 Ramadhan 1431... itulah yang membuatkan Aku sangat murung kerana arwah rapat n manja nganku..
Wahai teman2ku semua... skang ni aku masih x sihat... dan sangat sibuk... Moga aku akan tenang n rajin n3..
Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas ruhNya..