Salam semua terlebih dulu nak mintak maaflah yer.. maklumler ketika ader peristiwa tempohari aku x n3 n x snap aper2 menu kat kg.. menu kenduri n kenduripun diadakan kat Masjid jek ini kerana waktu yang sangat singkat so.. majlis tahlil diadakan pada setiap petang sebelum waktu berbuka puasa oleh jemaah Masjid n ahli keluarga yang lelaki je lah.. kami sibuk buat persiapan n packing jek juadah.. so faham2 jek lah yer.. Aku bergerak pulang ke Bangi pada Ahad 22 Ogos 2010 3.00ptg selepas zuhur.. so.. sesampai jek kat umah.. menu yang mudan n cepatlah menjadi pilihan.. badan pun kurang sihat n letih.. bak kata orang demam terkejut.. so jom layan menu simple kami..
Set Fish n Chip Kami..
Tang Fish Cake tu aku beli readymade kat pasaraya..
yang lelain ha.. aku wat sendiri.. he he he yang mudah2 bolehlah ye tak? lebur melebur jek.. he he he
Ok.. Kentang Putar Alam ni.. memang aku wat sendiri.. memang syedap.. puas hati makan.. x payah beli kat KFC tu he he he..
Ok erma mintak halal yer cnp resepi
K.Mas n ramai lagi yang dah buatkan? Jom Layan
Kentang Putar
Bahan Sos :
650 ml air
5 sudu besar stok ayam -brand maggi dalam botol / kiub ayam pun boleh, hancurkan kiub dan sukat
1 biji bawang besar - dicincang
1 batang saleri - dicincang
40 g mentega
20 g tepung gandum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
sedikit kicap pekat
Cara 2
*Satukan air, bawang, batang saleri dan stok ayam dan masak hingga mendidih ( 10 minit ).Tapiskan ke dalam mangkuk.
*Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum, kacau dengan api perlahan hingga tak melekat tepi periuk.
*Tuang air rebusan yang telah ditapis tadi dan kacau sebati.
*Masukkan sos tomato, sos tiram, beberapa titik kicap pekat ( agak2 hitam ) dan serbuk lada hitam.
*Kacau sebati dan ikut kepekatan yang di ingini.
*Rasanya tak payah letak garam sebab stok dan sos tiram dah masin, jika terasa kurang masin, boleh letak sedikit garam.
kentang :
- Basuh kentang dengan air suam dan rebus hingga kentang empuk, buang kulit dan lenyek halus kentang tu, masukkan sedikit susu segar dan butter, sebatikan dan boleh dihidangkan dengan sos kentang putar. Boleh juga guna kentang putar segera, caranya gaul serbuk kentang dengan air panas dan masukkan sedikit susu segar dan butter, sebatikan.