Memaparkan catatan dengan label Durian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Durian. Papar semua catatan

Sabtu, 28 Januari 2017

SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS - TUMIS


 Sambal Tempoyak Ikan Bilis

Assalamualaikum semua pengunjung-pengunjung Halamanku.. Apa Khabar semua? semoga semua sihat2 je ya.. cam dah lama tak up menu/resepi kan...  ok lah n3 kalini nak share.. tuan tanah wat Sambal Tempoyak ikan bilis.. sebelum ni mmg pernah wat.. SINI hihihi kepada semua penggemar2 tempoyak, maaf yea.. menu ni mmg kucipta sendiri.. ikut suka suki je.. tapi yang penting Alhamdulillah, SK mmg menggemarinya, apa taknya tuan tanah ni x mo makan tempoyak.. tapi tolong masakkan insyaallah lah yer.. hihihi jom layan.. kalini tepek resepi n step nak watnya.. 

Antara bahan2
Sambal (cili+bawang merah+bawang putih= kisar) ikan bilis goreng rangup dan Isi durian/tempoyak

Tumis cili sehingga masak, perasan dengan sedikit garam n gula,
tambahkan isi durian
terus masak n tumis sehingga sebati n agak kering

tambahkan ikan bilis yang digoreng rangup, gaul sebati
pastikan sambal tempoyak benar2 kering 
agar boleh mengekalkan kegaringan dan kerangupan  ikan bilis

hidangkan.. sedap dimakan bersama nasi panas
(SK kata sedap) hihihi..

Selamat Mencuba

Khamis, 26 Mei 2011

Roti vs Serawa Durian

Roti vs Serawa Durian

Salam semua... morning...pagi yang agak sibuk.. tapi Alhamdulillah dah settle... Harini ader sesi interview untuk pengambilan pensyarah Pusat Asasi.. tak semena-mena aku sibuk menguruskanyer.. n dah settle sedang berjln sesi interview...
oklah bebalik pada tajuk n3 pagini... harini aku wat menu bekpes Roti cicah ngan Serawa Durian.. untuk SK khasnyer n untuk kengkawan opisni.. he he he aku kureng sikit mkn camni... tuk aku aku bekpes menu sahabatku nasi impit + kuah kacang hu hu hu hu sodap.. tq Alin... Mana dapat Durian? Masa aku balik kg aritu.. ader rezeki Durian kat Umah mak.. xdelah banyak.. oleh kerana x sihat so aku x delah mkn ..mak bekalkan 2 biji.. n nilah aku wat Kuah Durian...
Jom layan menu bekpes yang menusuk keharuman sejagat ha ha ha ha ha

Amacam? he he he memang sodap...

Jumaat, 1 April 2011

Musim Durian Telah Tiba (Pengalaman PertamaKu)

Jom Makan Durian

Assalamualaikum semua.. salam hari Jumaat.. hari bz ku.. lagi? he he he ok ni nak tepek n3 minggu lepas, Kami ke Kampung Gajah Perak.. boleh camtu? he he he sebenarnyer minggu yang sangat sibuk... SK ader pertandingan Futsal... tetiba MIL call nak datang umah n nak ajak gi Perak.. aku dah risau.. SK tak habis lagi Futsal.. kul 2.40ptg baru balik... so lepas makan tengahari (dah petangpun) lepas Asar kami bergerak ke Kampung Gajah... sepanjang perjalanan menuju ke Kampung Gajah tu.. hu hu hu memacam memori yang melintasi fikiran.. teringat suatu ketika dulu aku di bawa ke Perak... Jenjalan..n ntah lah kita lupakan...
Berbalik pada n3 Durian.. dalam keadaan keletihan.. hatiku melonjak girang bila MIL ku kata kita akan ke Dusun.. subhanallah betapa happynyer aku.. bukan xcited nak makan durian tapi nak merasa suasana dusun yang tidak pernah kurasai... Ok gambo kat atas.. sampai2 jek sumer suruh makan durian.. mcm2 jenis ader akuni baru nak blaja2 mkn.. so mkn yang manis2 n tak pure.. he he eh mkn pun x leh byk...

betapalah byk.. ni hasil kutipan mereka arini.. kami sampai dah mlm...
FIL sibuk tolong pilih n kupas tuk aku yg kuat mkn yang pure..

SK.. he he he layan buah yang aku x leh makan..
byk yg gred baik tu yang pure duriannyer...

Keesokkan harinya.. kami gader2 gi dusun.. memasing lepak.. maklumlah byk pacat..
Aku.. idak ler.. ni lah masa tang sesuai tuk aku wat keje...

Yah tu dia.. kutip jgn tak kutip.. happy sesangat..
Syukur Alhamdulillah di atas kurnian..
dulu pernah terfikir nak kawin ngan org kg.. ader dusun..
SK tak der tapi saudara SK.. kira rezeki ye tak?

Hasil kutipan.. ni kali ke 3

Suasana Dusun Durian disulami ngan pokok2 buahan2 yg lain

Wokey ni dah siap punggah dalam Van n kereta..
tgk kat cermin belakang van.. fuh penuh tu..

ni halaman umah Saudara SK panggil Mak SU
kepuasan.. balik dari Dusun walau keletihan.. pas ni nak balik KL..