Memaparkan catatan dengan label Checkup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Checkup. Papar semua catatan

Jumaat, 3 Januari 2014

AZFAR HERYZAL 8 BULAN

Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra Bangi

Azfar Heryzal bersama menanti giliran

Assalamulaikum semua.. sebenarnya bukanlah gambar terkini Azfar.. kiranya ni n3 tertunggaklah yer... he he he nak jugak n3 untuk ku abadykan di Halamanku ini untuk rujukan n kenangan... ni time pemeriksaan kesihatan n timbang berat Azfar di Kelinik Kesihatan Bandar Seri Putra (KK BSP) Bangi ketika usia 8 Bulan pada 3 Oktober 213 yang lalu.. he he he jom layan gambar n story..

Posing ngan Papa lak..
cam biasa biasa Azfar akan menjadi tumpuan ibu2 yang sama2 menanti giliran.. soalan biasa mereka.. BERAPA BULAN? 
MINUM SUSU APA? 
DAH MAKAN? 
MAKAN APA?
BERAT BERAPA?
Sabo jek kan... tapi takpelah kan dah orang nak tanya.. tu belum yang nak tolong dukung uplok hu huhu 

Wokey Azfar giliran kita lak... jom pi ukur dulu..

Skang kita buka baju nak gi timbang...
tgk baby sebelah tu tomei kan? 4 bulan.. 4.5kg..

Macam biasa he he he masih lagi kami pakaikan barut
Alhamdulillah Azfar ok, selesa (tak merungutpun) mungkin bab dah biasa...
Lagipun Banyak kelebihannya... X pernah dia kembung perut, meragam Alhamdulillah.. Sabo jekan.. kami plan pakai barut n stokin sampai tak muat he he he

Ok timbang time..
Alhamdulillah semua ok... tapi ok ker? 
sebenarnya kami tak mula lagi bagi Azfar Makan risau... 
nak tgk dulu kot2 berat badan dia ok... Aritu masa 6 bulan 9.7kg

Time Neh selesai mengukur n menimbang berat Azfar..

Jumpa Jururawat untuk sesi Konsultasi.. kat sini ader yang cuba aku sorokkan...
AZFAR BELUM MAKAN APA2 LAGI hu huhu selain susu IBU..

Azfar Heryzal
8 Bulan
10.3kg
Ni saja posing bila dah sesiap jumpa Nurse..
Alhamdulillah Azfar Sihat..
Semoga Allah terus mengurniakan kesihatan kepada putera kesayangan kami..
Dr. menasihatkan agar Azfar mula diberi makananmengikut kesesuaian bayi n keperluannya..
Apalah yang nak kami beri? Memang takkanlah lagi.. bayangkan aku hanya bagi sepenuhnya susu ibu blh lak bila timbang kali neh + 600gram.. hu hu hu risaunya.. memang rasa nak bagi Azfar makan tapi kita pantau untuk checkup 10 bulan lak yer.. kalau ok memang akan terus aku bagi makan he he he...

Selasa, 1 Oktober 2013

AZFAR HERYZAL 6 BULAN


Putera Kesayangan Kami

Assalamualaikum semua pengunjung2 Halamanku dan sahabatku di alam maya.. berjutaan kemaafan di atas kekanganku yang tidak berkesempatan mengemas Dapo kecilku ini.. Apapun Alhamdulillah kami sekeluarga sihat2 jek.. termasuklah Putera Kesayangan kami yang kian membesar n pelbagai keletah.. saban hari kami mengkaji perkembangan positifnya.. Alhamdulillah berkat doa kalian semua.. 

 Azfar Heryzal b. Mohd Faizal

sebenarnya bukanlah gambar terkini Azfar.. ni time pemeriksaan kesihatan n timbang berat Azfar di Kelinik Kesihatan Bandar Seri Putra (KK BSP) Bangi  ketika usia 6 bulan pada 1 OGOS 2013 yang lalu he he he Jom layan gambar

 Time neh dah selesai proses menimbang n mengukur
pakai semula uniform.. he he he masih lagi kami pakaikan barut

 Dah Siap..
jom anak mama pakai baju pulak..

Azfar Heryzal
6 Bulan
9.7kg
Ni saja posing bila dah sesiap pakai baju baru teringat tak snap gambar..
Alhamdulillah Azfar Sihat..
Semoga Allah terus mengurniakan kesihatan kepada putera kesayangan kami..
Dr. menasihatkan agar Azfar mula diberi makananmengikut kesesuaian bayi n keperluannya..
Apalah yang nak kami beri?

Rabu, 14 Ogos 2013

AZFAR HERYZAL 4 BULAN

 Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra

Assalamualaikum.. nak tepek n3 Azfar.. lama rasanya tak meng n3 pasal PutraKu yang sorang neh.. ni pun n3 tertunggak time neh 4 Jun 2013 Genap usia Azfar 4 bulan 3hari... Masa dah time.. hu hu hu cucuk 4 bulan.. kesianpun ader..tapi nak wat camana demi kesihatan kami turutkan juga.. pemeriksaan kesihatan n cucuk ni dijalani di klinik berhampiran Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra.. kluar jek pagar KUIS tak sampai 5 minit dah sampai.. memang depan mata jek.. so jom layan cerita bawa Azfar cucuk 4 bulan..

 nak kena tanggak semua baju bab nak kena timbang n ukur bagai sebelum kena cucuk..

 Timbang time.. 
8.8kg
Alhamdulillah sihat he he he

 ukur pulak..

 Alhamdulillah settle tunggu nak injeksen pulak..

 Wokey pakai balik uniform ye nak..

Azfar tergelak2 aper taknyer dia neh penggeli sikit..
Alhamdulillah Azfar tak pernah merungut terpaksa memakai barut he he..
mungkin dah biasa.. time tidur pun masih kami bedung lagi he he he