Bergedil Daging
Salam semua... selamat pagi isnin semua... pagi yang kurang memberangsangkan.. pg tadi kalau tak kuat iman maunyer terusan berselimut he he he hujan di awal pagi memang melesukan hu hu hu ok lah n3 kalini nak tepek menu yang sangat digemari n juga bercinta untuk membuatnyer.. naper? he he he biasalah 'M' he he he.. eh.. takmo malas2 he he he.. ok lah memang sedap dimakan ngan Mee hoon Sup atau Soto... tapi kalau budak aku neh.. mkn ngan nasi panas2 pun jadik he he he tu yang kalau wat buh daging lebey2 he he he.. kalini wat cam biasa guna daging burger.. tu lah stok yang selalu ader kat dalam peti ajaib ku itew.. he he he tapi nak ikutkan cam lagi sedap guna daging burger bab ader perisa he he he sebenarnyer pelbagai versi n cara membuat bergedil neh.. yang penting nama n rasanyer... ok lah jom layan Bergerdil Daging versi aku neh..
Ni yang dah siap dibentuk n ready untuk digoreng..
posing dekat sikit he he he
ha.. tu dia dah siap goreng tunggu di makan he he he
jom erma tepek resepi bergedil versi erma he he he
BERGEDIL DAGING
Bahan-bahan
- 7 biji kentang sederhana besar, dikupas kulitnya dan dipotong
- 3 keping daging burger ( he he he)
- 2 biji telur, asingkan kuning dan putih
- 3/4 cawan bawang goreng
- 3/4 cawan : secekak daun sup dan daun bawang, dicincang
- 5 ulas bawang kecil - kisar
- 2 ulas bawang putih- kisar
- 2 sudu teh serbuk lada putih
- garam n gula secukup rasa
Cara-cara
- Panaskan kuali dan goreng kentang yang telah dipotong . Bila sudah masak angkat dan toskan. Kemudian ditumbuk lumat - tumbuk ketika panas lagi mudah hancur n lembut.
- Tumbuk bawang merah n bawang putih bersama garam dan serbuk lada putih. Kemudian tumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau dan masukkan daging cincang. Masak sehingga daging bertukar warna dan airnya kering.
- perasakan ngan sedikit gula n garam
- Campurkan daging yang telah digoreng tadi ke dalam kentang yang telah ditumbuk lumat. Masukkan juga 2 biji kuning telur, bawang goreng,daun bawang dan daun sup. Gaul rata adunan. Kemudian bentukkan seperti bergedil. Bentuk ikut citarasa sendiri.
- Panaskan minyak, biar minyak betul-betul panas kalau tidak bergedil senang pecah bila digoreng. Celup bergedil yang telah dibentukkan kedalam 2 biji putih telur yang telah dikocok dan kemudian goreng. Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan bergedil sehingga ia betul-betul garing. Insyallah bergedil tidak pecah. SELAMAT MENCUBA..