Memaparkan catatan dengan label Baby. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Baby. Papar semua catatan

Khamis, 13 Julai 2023

ANUGERAH YANG TERINDAH

 

                                   27 November 2020  (Hospital Serdang)

Assalamualaikum semua sahabatku, lama sungguh tidak bersiaran... sibuk sangat ke tu? beginilah melalui rutin harian yang kadang tak menentu dengan tuntutan kerja dan peranan di rumah.

Ingin ku abadikan detik2 yang mana semuanya hanya menurut ketentuan dan perancangan Allah yang maha kuasa. Tanpa sebarang perancangan dan lintasan difikiran, Allah kurniakan rezeki yang amat berharga dan terindah.... disahkan hamil pada April 2020 setelah mengalami pelbagai tanda dan alahan... Subhanallah, setelah 8 tahun berlalu, pregnant Azfar 2012 n melahirkan pada 1 Feb 2013 rasa tak percaya... rasa cam mimpi.

Perlbagai cabaran sepanjang tempoh pregnant dan mmg sangat berbeza dengan pengalaman pregnant Azfar dulu.. Hanya Allah yg tahu n kepadanya ku adukan pengalaman ini.. SK penguat semangat dan syukur sangat memahami dengan segala yg ku alami... Azfar, dari xcited jadi risau ngan keadaan mama... kadang Azfar cry tengok mama alami alahan yg agak teruk... Semoga Allah kurniakan kemudahan dalam melahirkan... baby apa? next nanti kita share lagi



Isnin, 26 Januari 2015

MENU PERTAMA (1) AZFAR (16 Jun 2014)

 Bento Azfar

Assalamualaikum semua... harap semua sahabat2 n pengunjung2 halamanku berada dalam kesihatan yang baik.. Maaf lama sebenarnyer ingin ku kongsikan banyak perkara berkaitan Azfar Putera kami... namun tiada kesempatan... n3 kali ni nak berkongsi berkenaan Menu pertama Azfar... lambat kan mula bagi azfar makan...(usia Azfar 1thn 4bulan 15hari) hihihi kalau ikutkan niat n hati memang x mo bagi azfar mkn sehingga usia 2thn... sunnah... namun dek desakan family aku gagahkan juga lah.. (doktor tak tau neh.. Azfar belum menjamah aper2 makanan) Pengasuh Azfar juga setuju dengan aku.. katanyer Azfar ok jer dengan bekalan susu (susu badan) yang aku bekalkan.. untuk pengetahuan semua aku berazam n Alhamdulillah dengan Izin Allah Azfar full breasfeed.. So memang kuatlah semangat aku untuk x mo bagi Azfar makan lagi walaupun doktor dah gitau Azfar dah boleh diberi mkn ketika usia 6 bulan... bayangkan walau Azfar belum diberi makan (selain BM) tapi Alhamdulillah setiapkali checkup.. memang berat badannyer bertambah.. ketika 1 thn berat badannyer 11kg... Alhamdulillah.. hihihi
bila didesak... takutkan anak tak biasa dengan makanan... aku mula memulakan menu time neh usia Azfar 1t 4bln 15hari... Jom layan menu Pertama Azfar

 Bubur Nasi (cair)
Ku masakkan bubur nasi + lobak merah.. aku x mo wat puri2 neh.. so aku masak bubur Azfar ni selama 2 jam.. lebih kepada kanji nasi bab sangat cair.. lobakpun sgt lembut.. so bila nak suap makan lenyek jer pakai sudu... time ni Azfar dah ader gigi.. gigi Atas 4 gigi bawah 2...

 Pek utk 2x makan

 Apron Makan Azfar

 Ku bekalkan sedikit biskut..


 Pek sesiap dlm bekas..

Misi Menu Azfar neh 2 minggu sahaja.. bila respon pengasuh ok.. Azfar masih menyusu 2 jam sekali, 5oz sekali n 20oz sehari... aku stopkan makanan Azfar.. maknanyer Azfar x perlu sgtpun makanan neh.. dengan menjaga pemakan.. Azfar kenyang dengan (BM) sahaja.. Alhamdulillah..

Siap.. Time neh Azfar baru minum air kosong.. n Air yang aku bekalkan adalah Air Zam-Zam
terima kasih kepada Ustazah Zati.. beli air zam-zam ngan dia n dapat harga Murah.. 10litle RM 90.
inilah permulaan pertama Azfar Mula makan n Menu Azfar ku susun...2 hari sekali untuk makn bubur neh.. saiznyer bekas kecil ini = 4 sudu makan bubur...
Insyaallah akanku kongsikan lagi berkaitan pemakanan Azfar & Azfar full breasfeeding n3 akan datang.. untuk perkongsian dan kenangan yg ingin ku rakamkan di Halamanku...

Sabtu, 1 Februari 2014

SELAMAT ULANG TAHUN 1 AZFAR HERYZAL

 Azfar Heryzal 1 Tahun

Assalamualaikum semua pengunjung2 Halamanku... Selamat Tahun Baru China & Bercuti bagi yang meraikan Chines new year.. Maaf tuan tanah kurang sihat selepas balik bercuti tempohari... n3 coming soon Insyaallah... sebelum tu nak Merakamkan Ucapan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Kepada Putera Kesayangan Kami Azfar Heryzal ke 1 pada 1 Feb 2014..
Alhamdulillah.. sekejap jer masa berlalu dah 1 Tahun Azfar...
Doa Kami agar.. Anakanda..
a. Membesar dengan sihat sejahtera
b. Dikurniaan kepandaian dan kepintaran
c. Menjadi Anak yang Solleh kepada Agama, Ibu Bapa dan MAsyarakat
d. Beroleh keberkatan di Dunia & Akhirat..
Insyaallah Amin...

sebenarnyer n3 ni wat auto bab ketika ni 1 Feb 2014..kami di Terengganu, Join SK outstation.. segalanya telah dirancang awal sebab dah notis SK akan outsatation.. tu yang kami gambal awal.. kami ambil Gambar Azfar di Studio.. ambil Pakej.. so senang.. Alhamdulillah Azfar pun ok jek.. Jom layan gambar2 untuk tatapan semua..

 gambar sesama..







 ok... kepada semua doakan Azfar sihat sejahtera sampai jumpa lagi.. bye..

Selasa, 7 Januari 2014

AZFAR TUMBUH GIGI (8 Bulan)

Ragam Azfar Heryzal

Assalamualaikum.. semua.. n3 kalini nak abadykan satu lagi perkembangan Putra Kesayangan Kami Azfar.. Alhamdulillah dah tumbuh GIGI... bukan main teruja kedua ibu n bapanya ni ha... Apa taknyer... masa dengar ceramah pertumbuhan dan perkembangan bayi, Doktor tu dok kata bayi akan tumbuh gigi seawal usia 6 bulan... fuh sabar menanti kami neh.. apasallah Azfar tak tumbuh2 gigi.. risaupun ader.. dalam hati (habislah kalau dah tumbuh gigi camana menyusu? gigit tak? huh debor jugak)...

 Alhamdulillah Azfar Heryzal dah TUMBUH GIGI...
time neh usia Azfar 8 bulan.. baru nampak bayang kira ok lah tu...

 Gigi Bawah 2 Batang..
mmm alahai susah bebeno nak ambil gambo neh... SK tukang pegang mama tangkap gambo

Ha tu dia... cam comel jek kan...
Alhamdulillah Azfar Ok, takdelah alahan demam atau aper2..

Jumaat, 3 Januari 2014

AZFAR HERYZAL 8 BULAN

Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra Bangi

Azfar Heryzal bersama menanti giliran

Assalamulaikum semua.. sebenarnya bukanlah gambar terkini Azfar.. kiranya ni n3 tertunggaklah yer... he he he nak jugak n3 untuk ku abadykan di Halamanku ini untuk rujukan n kenangan... ni time pemeriksaan kesihatan n timbang berat Azfar di Kelinik Kesihatan Bandar Seri Putra (KK BSP) Bangi ketika usia 8 Bulan pada 3 Oktober 213 yang lalu.. he he he jom layan gambar n story..

Posing ngan Papa lak..
cam biasa biasa Azfar akan menjadi tumpuan ibu2 yang sama2 menanti giliran.. soalan biasa mereka.. BERAPA BULAN? 
MINUM SUSU APA? 
DAH MAKAN? 
MAKAN APA?
BERAT BERAPA?
Sabo jek kan... tapi takpelah kan dah orang nak tanya.. tu belum yang nak tolong dukung uplok hu huhu 

Wokey Azfar giliran kita lak... jom pi ukur dulu..

Skang kita buka baju nak gi timbang...
tgk baby sebelah tu tomei kan? 4 bulan.. 4.5kg..

Macam biasa he he he masih lagi kami pakaikan barut
Alhamdulillah Azfar ok, selesa (tak merungutpun) mungkin bab dah biasa...
Lagipun Banyak kelebihannya... X pernah dia kembung perut, meragam Alhamdulillah.. Sabo jekan.. kami plan pakai barut n stokin sampai tak muat he he he

Ok timbang time..
Alhamdulillah semua ok... tapi ok ker? 
sebenarnya kami tak mula lagi bagi Azfar Makan risau... 
nak tgk dulu kot2 berat badan dia ok... Aritu masa 6 bulan 9.7kg

Time Neh selesai mengukur n menimbang berat Azfar..

Jumpa Jururawat untuk sesi Konsultasi.. kat sini ader yang cuba aku sorokkan...
AZFAR BELUM MAKAN APA2 LAGI hu huhu selain susu IBU..

Azfar Heryzal
8 Bulan
10.3kg
Ni saja posing bila dah sesiap jumpa Nurse..
Alhamdulillah Azfar Sihat..
Semoga Allah terus mengurniakan kesihatan kepada putera kesayangan kami..
Dr. menasihatkan agar Azfar mula diberi makananmengikut kesesuaian bayi n keperluannya..
Apalah yang nak kami beri? Memang takkanlah lagi.. bayangkan aku hanya bagi sepenuhnya susu ibu blh lak bila timbang kali neh + 600gram.. hu hu hu risaunya.. memang rasa nak bagi Azfar makan tapi kita pantau untuk checkup 10 bulan lak yer.. kalau ok memang akan terus aku bagi makan he he he...

Selasa, 1 Oktober 2013

AZFAR HERYZAL 6 BULAN


Putera Kesayangan Kami

Assalamualaikum semua pengunjung2 Halamanku dan sahabatku di alam maya.. berjutaan kemaafan di atas kekanganku yang tidak berkesempatan mengemas Dapo kecilku ini.. Apapun Alhamdulillah kami sekeluarga sihat2 jek.. termasuklah Putera Kesayangan kami yang kian membesar n pelbagai keletah.. saban hari kami mengkaji perkembangan positifnya.. Alhamdulillah berkat doa kalian semua.. 

 Azfar Heryzal b. Mohd Faizal

sebenarnya bukanlah gambar terkini Azfar.. ni time pemeriksaan kesihatan n timbang berat Azfar di Kelinik Kesihatan Bandar Seri Putra (KK BSP) Bangi  ketika usia 6 bulan pada 1 OGOS 2013 yang lalu he he he Jom layan gambar

 Time neh dah selesai proses menimbang n mengukur
pakai semula uniform.. he he he masih lagi kami pakaikan barut

 Dah Siap..
jom anak mama pakai baju pulak..

Azfar Heryzal
6 Bulan
9.7kg
Ni saja posing bila dah sesiap pakai baju baru teringat tak snap gambar..
Alhamdulillah Azfar Sihat..
Semoga Allah terus mengurniakan kesihatan kepada putera kesayangan kami..
Dr. menasihatkan agar Azfar mula diberi makananmengikut kesesuaian bayi n keperluannya..
Apalah yang nak kami beri?

Rabu, 14 Ogos 2013

AZFAR HERYZAL 4 BULAN

 Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra

Assalamualaikum.. nak tepek n3 Azfar.. lama rasanya tak meng n3 pasal PutraKu yang sorang neh.. ni pun n3 tertunggak time neh 4 Jun 2013 Genap usia Azfar 4 bulan 3hari... Masa dah time.. hu hu hu cucuk 4 bulan.. kesianpun ader..tapi nak wat camana demi kesihatan kami turutkan juga.. pemeriksaan kesihatan n cucuk ni dijalani di klinik berhampiran Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra.. kluar jek pagar KUIS tak sampai 5 minit dah sampai.. memang depan mata jek.. so jom layan cerita bawa Azfar cucuk 4 bulan..

 nak kena tanggak semua baju bab nak kena timbang n ukur bagai sebelum kena cucuk..

 Timbang time.. 
8.8kg
Alhamdulillah sihat he he he

 ukur pulak..

 Alhamdulillah settle tunggu nak injeksen pulak..

 Wokey pakai balik uniform ye nak..

Azfar tergelak2 aper taknyer dia neh penggeli sikit..
Alhamdulillah Azfar tak pernah merungut terpaksa memakai barut he he..
mungkin dah biasa.. time tidur pun masih kami bedung lagi he he he

Jumaat, 19 Julai 2013

KERETA BARU AZFAR

 Bergaya ngan kereta Baru

Assalamualaikum semua pengunjung2 Halamanku.. tuan tanah neh tenggelam timbullah kan? he he he.. aperpun neh nak cerita pasal kereta baru Azfar.. sebenarnyer keta Azfar neh dah nak masuk 2 bulan kami beli.. time neh kami beli 15 Mei 2013.. genap 2 bulan berpantang di kampung bondaku Johor, aku telah kembali ke Bangi.. aku menghabiskan baki cuti bersalin sebulan di Bangi aka umah sendiri tetapi ditemani Bondaku untuk 2 minggu... aku dah belajar2 berpisah ngan Azfar aka hantar Azfar ke umah pengasuh.. sebelah umah jek.. ha ha ha ha .. bukan aper dari pengalaman kawan2 semua masalah naik cuti bersalin baru nak cari pengasuhlah... anak meragam lah... susah nak uruskan anaklah... macam2 lah.. so aku mengambil langkah untuk berlatih tiap2 ari.. padahal aku ader jek kat umah.. proses menghantar n mengambil anakpun bukan aku yang wat SK.. pepagi lepas solat aku terus ke dapur untuk memasak n tapau bekal SK gi keje.. SK lak akan siapkan Azfar n hantar ke umah pengasuh.. bila tiba waktu petang SK balik aku akan mula memasak.. konon2 cam baru sama2 balik kerja.. SK mandi bersiap baru ambil Azfar.. itupun pengasuh yang sarankan SK kendiri sebelum ambil Azfar.. ye lah kan risau balik2 kerja ambil anak dah lah Azfar tu kecil lagi..
Azfar bergaya ngan Kete Baharunya..

Sebulan bersama Azfar di bangi buat SK tak senang duduk.. Asyiklah nak kuar gi Shopping barang Azfar.. Maklumlah persiapan menanti kelahiran Azfar tempohari kami lakukan ala kadar.. mengikut nasihat Bonda. so banyaklah keperluan Azfar yang perlu di lengkapkan.. aku asalnya malas beli stroller buat penuh bot keta tapi bila gi shopping Azfar tidur sian lak dukung camtu cam tak selesa.. so belilah cecepat stroller.. bila tido buh je dlm tu.. lena n selesa..

Azfar heryzal ketika berusia 3 bulan
bukan gambar terkini.. nanti n3 lagi..

Sweetchery 9
pilih model ni bab lebih sesuai untuk baby

t bila dah besar sikit blhlah dudukkan dia..

Stroller Sweet Cherry
berbaloi bab beli kat store Sweet Cherry di Seri kembangan dapat potongan harga 20%
servey kat mana2 Jusco aka aeon pastu beli kat store.. cukup puas hati.. Alhamdulillah..

Beli sekali Baby Carrier.. murah sgt2