Followers

Showing posts with label mYhobby. Show all posts
Showing posts with label mYhobby. Show all posts

Tuesday, July 26, 2011

Homemade playdoh & food stall

Salam

Lama menyepi sebab kurang sihat..ok nak cerita tentang mainan baru Aisyah..
tadaaaa..food stall!

Kesian tengok dia asyik berimaginasi menjual nasi lemak @ Aisyah selalu panggil 'nacik lemak singgit lima belas' (tak tahu kenapa murah sgt dia letak..hehe)...then mama pun belikan food stall yg 'real' utk dia betul2 berimaginasi..mana tau satu hari nanti bolehjadi tokey restoran ternama..kan kan..

Seronok tengok Aisyah gembira..hari2 asyik tanya mama & papa nak order apa..kadang2 tu siap paksa kami berlakon macam betul2 menikmati makanan. Kebetulan kakak saya di kampung pun meniaga kuih kecil kecilan..mula la Aisyah meniru gaya menjual & membuat kuih muih..disebabkan set playdoh yg kami belikan utk Aisyah limited aje, setakat ada 'mesin' buat aiskrim je dan doh nya pun limited, jadi mama pun bercadang nak buat homemade playdoh..save budget la katakan...sebab tau-tau la harga playdoh kan..belikan set aiskrim hari tu pun dah pitam rasanya..jadinya bila ada playdoh, Aisyah boleh la buat 'kuih karipap', 'pizza', 'mee' dan lain2..utk 'jual' kat food stall dia..hehe..

resepi utk homemada playdoh ni boleh google aje ye..saya pun ambil di internet..sekali lagi saya tulis di sini utk rujukan

bahan-bahan

2 cwn tepung gandum (saya guna tepung high protein yg tak habis2 tu)
1 cwn garam halus (saya rasa elok lagi kalau blender kasi halussss)
1cwn air
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar cream of tartar (utk memastikan keanjalan doh)
1 sudu kecil esen vanilla (tak letak pun takpe)
pewarna makanan yg disukai

Cara-cara

1) satukan kesemua bahan dalam periuk @ mangkuk tahan panas, gaul rata
2) masakkan di atas api yg kecil sehingga aduanan menjadi seperti tekstur kentang lecek (rujuk gambar di bawah)

3) biarkan aduanan sejuk seketika dan keluarkan dari periuk/mangkuk

4) uli adunan hingga menjadi doh licin dan kepal-kepal kan mengikut size yang anda suka

5) warnakan doh yang telah dikepal dengan pewarna makanan yg disukai

6) simpan doh dalam bekas bertutup utk mengelakkan doh menjadi keras

7) selamat bereskperimen dengan anak2 anda...!

yey!pizza satu! siap!!

ada yg bertanya..kenapa garam sampai 1 cwn? entah..saya pun tak tahu..tapi logiknya..anak2 takkan makan playdoh ni sbb masin ya amat..hehe..sebabnya Aisyah dah try..hehe..playdoh yg biasa tu..dia tak berani makan sebab dia tahu benda tu mainan..playdoh yg mama buat ni..dia ingat mcm adunan kek/kuih yg selalu mama buat..tu sebab dia berani masukkan dlm mulut..tiba-tiba..'mamaaa..macin aaa'..lepas tu saya perasan, dia tak cuba makan playdoh tu dah..kalau termakan pun takpe..sebab semuanya diperbuat dari bahan2 makanan. cream of tartar tu pulak fungsinya utk memberikan keanjalan kepada doh, senang la nak reka bentuk apa pun nanti, esen vanilla pulak..nak bagi wangi je. Kalau ade esen lain pun boleh cuba. Lagi satu, ada yang bertanya..tahan berapa lama?yg ini saya belum boleh jawab..sebabnya saya baru simpan doh ni hampir 3minggu..alhamdulillah..takde kulat dan elok aje elasticity nya. janji, simpan dlm bekas bertutup. Utk mommies yg rajin..boleh cuba..ajak anak-anak sekali dalam proses penyediannya..confirm anak-anak suka & teruja!

Selamat mencuba!

Thursday, June 23, 2011

Kek Karamel

Salam

Semalam saya buat kek karamel. gara2 terpengaruh dengan gambar kek karamel yg dibuat oleh kak sualeen di sini dan sini. Lepas tu tengok Fiza pun sibuk juga buat kek yang sama. Hati mcm tak keruan melihat 'keenakan' kek tu.. Tapi apa yg paling penting..rasa meluap2 ingin bereksperimen...nak rasa tu jatuh nombor 2..hehe..maka terhasillah kek karamel versi 'derhaka' ini..kenapa derhaka?inilah kisahnya:

ptg semalam menghampiri pukul 5ptg, saya sempat print resepi yang kak suealeen tulis di enakrasa.com. Masa dalam kereta..curi2 pandang bahan2 nya..kebetulan hampir semua bahan ada dirumah kecuali susu cair! nak singgah kedai, payah pulak sebab husband outstation. Saya berseorangan dengan Aisyah. Bukan senang nak handle kanak-kanak comel ni sendirian kalau ke kedai. jadi nya instead of guna susu cair..saya guna aje susu tepung Aisyah (jgn marah mama ye Aisyah)...

Malam tu lepas asingkan putih & kuning telur, saya sediakan bahan2 lain..tup2 tengok gula kastor pulak habis..ngam2 tinggal 3 sudu besar..cukup2 utk buat karamel je..godek punya godek..jumpalah brown sugar. itu pun alhamdulillah cukup2 aje.

dengan susah payah dan 'bantuan' dari kanak-kanak comel tu, alhamdulillah jadi juga kek tu..
yg paling seronok..Aisyah la!Setiap kali saya baking..mesti dia kata "ecok bawak sekolah ye"
Mana tak nya..Aisyah sentiasa featured dlm setiap process.. dia la yg tukang ambilkan kitchen scale. dia juga tukang carikan & ambilkan bahan2 dan tukang simpankan barang2..dan juga tukang perhati..tukang bawak bowl & tools yg kotor masuk dlm sinki. pendek kata dia involved dlm setiap proses..tu yg dia lah yg paling tak sabar bila kek dah masak..

ok..ini resepinya..saya ambik dari enakrasa..
resepi dari kak suealeen. resepi asal..katanya dari kak munira baharum
p/s:tulisan warna merah=yg saya 'derhakai' hehe

(A)

2-3 sudu besar gula

~ Cairkan dalam loyang kek atas api yang perlahan sehingga terbentuk karamel. Ketepikan. Biarkan karamel keras sendiri. Jangan terlebih hitam, nanti pahit.

(B)

½ tin susu cair (200 ml) ~saya guna 5 sudu besar susu tepung dibancuh dengan 200ml air
70 gm gula kastor~saya ganti dengan gula perang
½ sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
1 sudu besar kastard/tepung jagung

~ Kesemua bahan B ini dikacau perlahan-lahan (atau boleh dikisar sekaligus, kemudian ditapis). Jika banyak berbuih, lapisan susu ini akan berlubang.

(C)

135 ml air
3 biji kuning telur
45 ml minyak masak ~saya guna minyak jagung
70 gm gula kastor ~saya ganti dengan gula perang
140 gm tepung gandum/superfine
1 sudu teh serbuk penaik

~ Pukul air, kuning telur dan minyak masak hingga berbuih. Masukkan gula, pukul hingga kembang. Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik.


(D) (Meringue)

6 biji putih telur
70 gm gula kastor ~saya ganti dengan gula perang
1 sudu teh cream of tartar (optional)

- Pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan gula, pukul lagi. Masukkan cream of tartar. Pukul hingga bertanduk & diterbalikkan adunan tidak jatuh.

Cara penyediaan:

1. Tuang bahan B ke atas bahan A.

2. Kaup bahan D ke dalam bahan C hingga sebati dengan menggunakan senduk kayu/spatula sahaja. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Bahagian-bahagian ini boleh diletakkan pewarna dan perisa. Kemudian tuang ke atas bahan B secara selang-seli untuk menghasilkan belang-belang.

3. Masukkan ke dalam oven selama sejam. Suhu 160°Celsius.Guna kaedah steam bake/bain-marie/water bath. (saya guna 150°Celsius guna api atas dan bawah selama 10 min..dan 50min lagi guna api bwh sahaja)

4. Setelah masak, kek akan lekang dengan sendiri dari loyang. Keluarkan dari oven. Biarkan selama 10-15 minit sebelum diterbalikkan.

5. Sedap dihidang sejuk.


Nota: Loyang tidak perlu dilengserkan terlebih dahulu.

nota tambahan: sebelum terbalikkan elok bagi sejuk sepenuhnya..sebab takut lapisan susu dan karamel terlekat dan tertinggal pada loyang..


fresh from oven...yg dah siap potong tak sempat nak ambik gambar sebab 'selling fast'!hehe...
harus try lagi kek ni..pada dasarnya kek ini cuma kek span biasa..tapi bila feat by karamel tu yg buat kek ni rasa lain dari yg lain..sedap uuu..kalau kreatif lagi...kek tu boleh ditukar dengan any other recipe..selamat mencuba!
Link

Wednesday, June 22, 2011

Dress oh drees..sapa mao?

Salam

lama tak dapat update blog dan blogwalking..ye tuntutan kerja perlu diutamakan..
ok just nak share hasil tangkapan jahitan weekend lepas...sekadar suka2..reka2 dress..try & error..bereksperimen utk hasil yg lebih baik nanti...

ini dress labuh...mcm maxi..boleh pakai tidur..

ini peasant blouse yg di 'panjangkan' jadi dress

yg ini tiered dress yg saya jenuh pikit nak buat cemana...akhirnya jadi juga...oh ye..bahagian lengan tu belum siap lagi masa gambar ni diambil..bahagian tu saya jahitkan sleeves pendek..nanti2 saya update gambar terbaru..

ada satu lagi dress yg tak sempat nam ambil gambar...next entry la..

kesemua dress ini menggunakan 100% english cotton, 100% japanese cotton atau gabungan kedua2nya...

tak sabar rasanya nak reka dress raya utk Aisyah...dan nak jahitkan baju kurung raya utk Aisyah..kain dah beli..tunggu mood datang...

anyone ada anak perempuan lebih kurang sebaya Aisyah (3tahun)..tunggu ye...ada sesuatu utk andaaaaa....mana tahu kot2 betuah...apa dia?jeng jeng jeng..tungguuuuuuuuu

Thursday, June 02, 2011

My Hobby

Salam..

Firstly...kot2 ada yg perasan..maaf kerana beberapa hari saya telah mem'private'kan blog ini. Sengaja! Kadang-kadang bosan dengan sikap segelintir pelayar online..tak semuanya berniat baik kan..tak apa lah...yang saya pasti..saya tidak ada menyakit sesiapa dengan kewujudan blog syok sendiri saya ni kan kan..:D

Cuti lama sikit kali ni memberi kesempatan kepada saya untuk 'membalas dendam'! haha...balas dendam apa? tak de la....dah lama saya pendamkan keinginan ini..hobi yg satu ini...MENJAHIT!
weekend lepas saya keluarkan semula segala mak nenek barang2 jahitan dan craft saya yg melambak..selongkar segala tutorial yg saya simpan..lalu terhasil la beberapa ketul benda alah di bawah ni..ini sebahagian aja..ada lagi tak tak sempat di ambil gambar nya...dan sempat juga mengemaskini stok2 barangan craft..wah..byk rupanya yg belum digunakan lagi...layannn gambar ye...

sebahagian stok riben..dibeli masa tengah gila buat sulaman riben

stok riben grossgrain-tak banyak color pun

drawstring bag-percubaan kali pertama...ada poket2 kecil dalamnya..

lepas tu teringin nak buat coin purse..

lalu terhasillah zippered coin purse ini..lepas tu teringin nak buat yang lagi advanced bagi seorang amateur seperti saya..lalu terhasillah ini...


gathered zippered clutch percubaan pertama..dalam nya ada pocket divider & card holder..lepas tu rasa seronok pulak..dan saya buat lagi dan lagi dan lagi..hehe

yg kedua...

yg ke3..yg keempat & seterusnya belum sempat snap gambar lagi...
seronoknya menjahit...rasa tenang dan bahagia...tak tahu la selama mana mood menjahit ni akan kekal...:P..rasanya elok kot saya create satu lagi blog utk simpan koleksi jahitan dan sebarang kraf yg saya buat agaknya..

sampai sini dulu...

Thursday, May 26, 2011

KJB Ratuhati dot Com: Projek 1


Salam..
Ini projek pertama Kelab Jarum & Benang (KJB) Ratuhati dot Com :Apron..
Macam sewalong juga la..ahli2 kelab masih lagi bertatih..kami bukan expert :P. Due date siapkan projek adalah sebulan..

untuk apron ni, saya gunakan kain terpakai. cuma ruffles je kain baru..buat pun tergesa2 sebab takut terlewat dari tarikh due bersalin projek.. :)..buat cincai je ni..apron ni ada poket yg banyak..cuma mcm invisible dalam gambar..

apa nak buat dengan apron ni ye?sebab dah byk apron kat rumah..agak2 kalau makeover cantik sikit dan buat giveaway..ada tak org nak?eh..ada ke yg angkat mouse tangan tu?

Friday, May 20, 2011

Kek Birthday dari amateur

Salam..

yuhuuuuuuu..hari tu saya bagitahu yg mood baking sudah suam2 kuku kan..
taaapiiii kan mood terpaksa dikembalikan demi anakanda tercinta.
weekend lepas mak saya buat kenduri doa selamat dan saya pun menumpang sekaki untuk menyambut harijadi Aisyah yg ke3 tahun..she was born on 22nd may 2008..so maknanya celebrated seminggu awal. Aisyah belum pernah pun celebrating her birthday secara open gini..selalunya saya cuma sediakan kek dan bawa ke taska.. tapi kesian bila dia asyik buat action blow the candle bila nampak kek dan teruja bila nampak kotak2 hadiah, jadinya kami pun buat la majlis kecil-kecilan untuk Aisyah selepas kenduri doa selamat. Kisah sekitar majlis..nanti saya update di lain entry..kali ni cuma nak tunjuk kek birthday Aisyah yg mama buat bersengkang mata di malam buta dan bersambung di pagi2 buta juga..demi puteri tersayang.
Ini lah kali pertama saya merias kek 100% handmade..sebelum ni saya guna bunga ready made aje.. maaf la sbb tayang hasil kerja yg sangat amateur ye..ini la first time buat buttercream roses dan basketweave sendiri..mmg buruk la...lagi pun buttercream yg saya buat ni sangat la tak stabil..ssh nak handle..lembik sangat..

dalam kepala nak arrange mcm lain..alih2 bila susun2 roses tu jadi lain la pulak..nasib la..apa pun ramai tetamu yg suka..siap tanya resepi la..tanya cara2 la...hehehe..boleh berhenti kerja ni...bukak bakery kat kampung (wah perasan!!)

p/s: next entry la saya cerita pasal projek kraf..

baskewtweave yg sangat la buruk..pagi2 buta mengadap benda alah ni..


hajatnya nak buat 2tones roses..sekuntum je jadi..yg lain semua plain pink je..:P

cuppies

..more cuppies.

kita ok la kan utk beginner mcm saya..yg tak pernah masuk mana2 kelas..yg mmg takde asas langsung..main redah je beli segala nozzle..pendek kata..hasil keje syok sendiri..otai2 bidang ni mesti nak tergelak tengok kan..haha..

tapi takpe..practice make perfect kan kan kan...

Monday, April 04, 2011

Resepi Kek Span Berlapis

Salam

Weekend lepas saya merajinkan diri untuk mencuba kek span pula. Dan lama dalam to-do-list. Baru kali ni berkesempatan.

Resepinya saya ambil dari kawan saya Cik Wan. Resepi asal dari myresepi katanya. Cuma saya ubah sedikit bahan dan teknik saja..yang lain-lain semuanya sama. Saya lapiskan dengan 3 perisa berbeza. Bila blogwalking, ramai pulak yang buat kek berlapis mcm ni, itu yang tak sabar2 nak cuba juga.


Bahan-bahan:

150g tepung superfine (boleh juga guna tepung gandum)
120g gula kastor (saya guna gula pasir)
5 biji telur gred A
1 sudu besar ovallete
1 sudu kecil garam (kalau menggunakan salted butter, tak perlu letak)
80ml minyak/butter cair (saya guna minyak jagung)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecik esen vanilla
1 sudu kecil butter oil (optional, kalau guna minyak tapi nak ada bau macam guna butter, letak la)
1 sudu kecil blueberry emulco
1 sudu kecil coklat emulco
1 sudu kecil pandan emulco
sedikit pewarna yang bersesuaian
sedikit serbuk koko

Cara-cara

  1. Panaskan oven pada suhu 180degC. Dan sediakan air panas (untuk water bath).
  2. Masukkan tepung, baking powder, garam, telur, gula dan ovallete ke dalam mangkuk dan putar sehingga gebu (saya putar dengan kelajuan perlahan, sederhana kemudian tinggi selama 5 minit). Masukkan esen vanilla.
  3. Kaup balikkan minyak/butter cair ke dalam adunan. Kaup berhati-hati utk mengelakkan buih2 udara yg terperangkap hilang. Nanti kek tak spongy.
  4. Bahagikan aduanan kepada 3 bahagian. Satu bahagian di campur dengan blueberry emulco dan pewarna ungu, satu bahagian di campurkan dengan coklat emulco dan satu bahagian lagi dicampurkan dengan pandan emulco dan sedikit pewarna hijau.
  5. Alas loyang dengan baking sheet,tuang adunan berselang seli, ayakkan sedikit serbuk koko antara setiap lapisan.
  6. Bakar adunan pada suhu 180degC secara water bath selama 40 minit atau sehingga masak. Saya hanya menggunakan api bawah dan 5-10 minit terakhir baru saya buka api atas.
  7. Bila dah masak, keluarkan kek dari oven, tunggu lebih kurang 5 minit, keluarkan dari loyang dan sejukkan di atas redai.

p/s: Jika tak suka perisa yang berbeza2 dalam sebiji kek, boleh abaikan emulco dan pewarna. Buat kek yang plain atau satu perisa sahaja. Selamat mencuba

Wednesday, March 30, 2011

Roti oh Roti


Salam..

Sibuk tengok org lain me'roti'...tergedik-gedik teringin jugak nak buat. Kali pertama buat di kampung masa balik bercuti CNY. Kali pertama buat..tak jadi sebab tak ikut betul-betul. Doh terlampau kembang..sudahnya buat baling anjing pun silap-silap haribulan anjing kejar balik pengsan! esoknya buat lagi...naik gebu dan sedap. Itupun setelah resepi asalnya telah di review dan diolah semula oleh kakak saya yg memang ada experience bab2 me'roti' ni. Tapi terlupa pula nak salin resepi baru tu. ish ish ish..

Bila mencuba sendiri baru-baru ni, inilah hasilnya..uli guna tangan aje. breadmaker mana lah ada... tak sangka pula naik kembang setaman gini. dan rupa macam cendawan pun ada. resepi pun versi derhaka gitu. rupa macam cantik dan gebu. tapi rasa macam ada sikit kureng la..hajat nak buat jadi bun manis..tapi rasa macam kurang gula aje. dek kerana mengantuk sangat..sebab me'roti' tengah-tengah malam buta...terlupa nak simpan roti dalam bekas kedap udara..sudahnya..menjelang pagi..roti dah tak segebu masa mula-mula keluar oven.

jadi macam cendawan

2-3 hari lepas tu..cuba lagi..langsung hancusssssss...keras mcm roti kepala lutut...sakit hati tengok! tak apa la..esok-esok harus cuba lagi..memang la orang kata..beli aje..senang! murah pula kan..no no no...bukan itu yg saya mahu..sedap macam gardenia ke apa ke..tolak tepi..yang penting kepuasan! syok, bahagia & gembira bila tengok hasil yang menjadi! lepas ni nak cuba lagi

fresh from oven..gebuuu


Tuesday, March 29, 2011

Resepi Karipap Pusing



Salam..

Asyik bercerita tentang kek..dan kuih2 moden..kali ni nak share resepi tradisi..karipap!
Husband dan anak saya Aisyah suka sgt makan karipap..nak nak karipap pusing.
Kakak saya (saya panggil atak) juga meniaga karipap pusing di kampung. Ini first time saya buat karipap pusing sendiri. Sebelum ni asyik mengacau atak saya buat aje. Nak buat ni pun..berkali2 call atak. Naik rimas dia. Biasa la tokeh karipap..mana ada sukatan yg betul2..main agak2 aje. Saya pun sebenarnya tak berapa suka masak bersukat2 ni. Resepi ini pun saya main agak2 aje..resepi doh aje ye..inti ikut suka la nak letak inti apa. saya prefer kentang & daging cincang

Bahan2

Doh A
500 g tepung gandum
2 sudu besar gula
4 sudu besar shortening (atau lebih sikit pun boleh)
sedikit garam
air sejuk (air+ice kiub) secukupnya

Doh B
250g tepung gandum
marjerin/mentega secukupnya

Cara2

Doh A
satukan semua bahan kecuali air sejuk
gaul hingga sebati
masukkan air sedikit demi sedikit hingga terbentuk doh yg lembut
uli hingga doh lembut dan agak kenyal
rehatkan dalam 15-30min dalam bekas tertutup
kepal bulat2 berdiameter lebih kurang syiling 50sen

Doh B
gaul tepung dan mentega/margerin sehingga terbentuk doh dan boleh dikepal2.
kepal doh bulat2 berdiameter lebih kurang sebesar syiling 20sen.

ambil doh A yg dah dikepalkan sebesar syiling 50sen tadi..leperkan atas tapak tangan..letak doh B ditengah2nya dan balutkan dengan doh A tadi..bulatkan.
dengan menggunakan roller, gelek aduanan menjadi sebesar tapak tangan.gulung.
gelek sekali lagi gulungan tadi secara memanjang dengan kelebaran lebih kurang selebar 3 jari tangan dan gulung sekali lagi. ambil pisau dan bahagi 2 gulungan tadi. setiap satu gulungan di gelek membentuk bulat. masukkan inti dan kelim.
goreng dengan api sederhana sehingga keemasan. siap

karipap pusing rangup siap!!!

p/s:utk langkah yg lebih jelas..lain kali saya sertakan step-by-step yang bergambar.

Monday, March 07, 2011

Blueberry Marble Buttercake & Blueberry Cotton Cheesecake

Salam

Dulu pernah rasa nk stop baking..
tapi tak boleh pulak sbb seronok bereksperimen dengan resepi2 baru & mengasah skill membuat kek.

Masa kecil2 dulu, mmg jangan mimpi la nk makan kek kalau tidak semasa hari raya. Kek yg sy tahu..cuma kek pandan saja. Itupun dibuat sendiri oleh mak sy setelah join kelas masakan kat dewan org ramai. Masih sy ingat, zaman tu...mana mampu beli mixer.. so tukang pukul adunan..abg sy la..pukul planta (masa tu packaging dalam tin) dengan gula yg disukat dgn cawan minum teh. Pukul sampai kembang dengan senduk kayu.. kalau abg penat, pas pulak kat adik2 :D..proses buat kek beramai2 amat la seronok. walaupun setakat kek pandan biasa..

Menginjak ke sekolah menengah. Sy belajar membuat kek dari cikgu KH @ ERT (ekonomi rumah tangga)..masih sy ingat..itula kek yg paling sedap sy rasa..berbelang2 mcm pelangi..maklumla budak kg..dapat makan kek la katakan..nikmat!Dari situ la sy minat baking..terima kasih cikgu!

tak mampu rasanya nak stop baking...kalau sy ssh hati..sedih..tension..baking adalah salah satu terapi..lega & seronok bila tgk kek menjadi.

kisah buttercake sy..sekian lama sy mencari resepi yg betul2 berkenan dihati..percubaan kali ni..tak menghampakan..berbaloi berjaga sampai lewat malam utk membuat kek ni..ye la..mlm aje ade ketenangan..Aisyah tak kacau. Resepi kek ni dah sy'derhakai' sikit-sikit :D

Blueberry Marble Cheesecake

Resepi:

250 g pure butter
250 g tepung naik sendiri
180 g gula
4 biji telur
100 ml susu penuh krim
2 sdk blueberry emulco
sedikit pewarna purple

Cara2:

panaskan oven pada suhu 180deg C. pukul butter dan gula sehingga gebu.
masukkan telur sebiji demi sebiji berselang seli dengan tepung.
masukkan susu dan kacau sebati. bahagi adunan sama banyak. satu adunan dicampur perwarna puple & blueberry emulco. satu lg biarkan warna asli. tuang adunan dalam loyang berselang seli.
bakar selam 30 min atau sehingga masak. (tapi sy suka guna teknik water bath-api bawah sahaja. bakar lebih kurang 1jam)

Blueberry cotton cheesecake

kek ni versi 'derhaka' juga..tp menjadi la texture nya..resepi nnti sy tuliskan..sbb kek ni perlukan penambahbaikan dalam teknik nya lagi..

Wednesday, March 02, 2011

Roti Jala & Kek Marble Pelangi

Salam..

saje nak tanyang2 produk main masak-masak yg sy buat sebelum2 ni..
ini first attempt buat kek marble pelangi..aduanan actually premix je..sbb nya intention utama adalah pada ke'marble'an kek itu aje..jeles tgk kak sue aleen , lady & beberapa bloggers masakan yg buat kek2 depa cun sgt belang nya..tq to kak sue aleen sbb sudi ajarkan cara nk buat belang marble ni..sebelum ni sy buat..manjang tak jd..lps ni boleh buat lg..

kek ini special utk anak2 kecil kat Taska Sri Ilmu..kengkawan dak Aisyah..

semalam try pulak roti pagar jala. Resepi ikut sukatan takde ye..main letak2 je sbb dah selalu buat..main agak2 je..tp kali ni special sbb tak 'menjala' mcm biasa..sgt tertarik ngan teknik yg kak min lemongrass , kak hana (hanamemories) & ai (suhaiza) buat.
pernah try buat dgn botol sos biasa..tp tak jd2..keciwa!botol yg ade 3 lubang tu...kena beli kat Daiso..tp almaklumla..walaupun dekat2 je outlet2 Daiso tu...belom merasa nk jejak lg..jenuh pujuk dah 'org tu' suruh bawakkan..last2 terjumpa plak botol berlubang 4 dan 5 kat kedai brg2 kek ni..yg lubang 5..kecik2 sgt lubang nya..so sy beli yg lubang 4..malam td jugak try buat..
eh eh..mcm jd..tp kena practice lagi..sbb tak baper cantik sgt..
roti2 jala ni dok lepak dlm fridge lg..sbb pg td tak sempat nk buat kuah..ptg2 or mlm2 ni aaa baru cont. tp nk tunjuk jgk hasil 'menjala' mlm tadi..tadaaaa

yg ni dah nk dekat habis bancuhan..2 lubang dah tertutup..so jd jarang2

belum gulung..sbb xcited buat pagar2..haha

Friday, December 24, 2010

TentanG AiSyaH

Salam..

Rindu blog ini..curi masa sekejap utk update sikit..
Ini tentang Aisyah...dia dah besar skrg dia..mcm2 dah pandai.
Recently..ini perbualan sy dgn dia..

mama: Aisyah..mari makan sayang..
Aisyah: jap..mama..nak ipat ain (sekejap mama, nak lipat kain) sambil melipat baju t-shirt dia..
mama: wah..pandainya...
aisyah: mama..tengok ni (sambil menunjuk baju yg dah dilipat)

serius..dia lipat elok je..lipat kecil2 & comel..sejuk hati
kalau dulu..dia hanya pandai pakai seluar..sekarang baju berbutang pun dah pandai...tp masih terkial2 mengenakan butang..
kemahiran menuang air dlm cawan pun dah makin improved..ade la sikit2 tertumpah..
dan banyak lagi keletah lucu & mencuit hati kami..
minggu lepas..tiba2 kata nak pergi ju (zoo)..mana ntah dia belajar? or mungkin sy selalu bacakan buku yg ade cerita pasal zoo..sy ingatkan dia main sebut je perkataan tu..than sy pun tanya:

mama: dekat zoo ada apa?
suprisingly...she answered me...
aisyah: ipen (elephant)..osh (horse)..angkey (monkey) smbil mengira dgn jari comel

tanya kat taska..kata babysitter takde pulak ajar..cuma ada la gambar zoo & binatang2 kat taska...
baru2 ni sy beli tudung Hajra..
boleh pulak dia kata tudung Hajra tak best..then tanya dia..tudung apa yg best...'tutung ani (tudung ariani)'..ayoyo..sungguh demand ini budak..pantang lalu depan butik ariani..terjerit2 dia.. "mama..mama tutung ani..tutung ani"..

dan perkara/benda yg senang utk 'rasuah' aisyah ialah...buku..ade buku dia diam la..sy pulak yg excited membeli buku2 utk dia..tapi jenuh pulak nk membacakan..suka sgt kalo bacakan buku untuk dia..tapi syaratnya...kena baring sebelah dia..baru dia ngekek (ketawa) suka...

pagi2 drive menghantar dia ke taska..jenuh melayan...dah la nk drive lagi..pastu tak berhenti melayan pertanyaan dia..'mama..ni apa? ni apa?"..kalo sy bantai je jawab & kebetulan jawapannya salah...marah pulak dia..siap argue pulak tu..penin acik..contohnya...kalo gambar tu gambar gajah..tapi sy sebut monkey..sure dia akan kata.."bukan aaaa..ipen (elephant) aaa.."..ye la..drive pndang depan..mana nak nengok buku yg dia pegang..dia plak dok kat seat belakang..sekarang ni dah takde problem letakkan dia kat seat belakang...janji sy drive alone..kalo papa dia drive & sy ddk sebelah..kompen 'nak duduk mama' (nak duduk dengan mama)..aduaiii...dan kompem mamanya akan sakit pinggang meriba & pegang..sbb bahaya kan..tetiba ter'break..mao terantuk..

alamak..mata kuyu daaa..kena flash..-baca buku dalam perjalanan ke taska

koleksi Aisyah yg terbaru...my first 1000 words & picture..

p/s:letaklah anak2 anda didalam carseat..pakai safety seat belt..latih dari awal..tiru macam Aisyah..lalalala

ok la..cukup dulu..short entry (eh..short ke?)untuk kawan2 blogger..maaf ye..lately sy sgt busy..tak sempat nk tinggal jejak..jumpa lagi

Tuesday, November 02, 2010

TriFFLe

Salam

ini percubaan kedua sy membuat triffle. yg pertama tak berapa sedap..yg kali kedua ni..mmg buat betul2 & bajet pun lebih sikit...

lapisan pertama...swiss roll cake..sy beli kat King's...sedap!disapu dgn air buah tin supaya lembab

layer kedua...strawberry jam..bukan yg dlm botol ye..yg ni homemade

layer ke 3, kastard

layer ke 4 adalah buah peach & strawberry

layer ke 5, strawberry jelly


layer ke 6, whipping cream


layer ke7, buah peach & strawberry lagi


layer ke 8, strawberry jelly

ok tu je...tak sempat nk snap yg dah siap..sbb tak sabo2 makan...actually ade dua bekas..tak tau sapa nk habis kan...sedap ni..anyone nak???hehe

SpeCiaL CaKe For My MoTheR iN LaW

Salam...

seminggu dua ni kerja sy mencari, membeli & mengumpul kitchen tools..especially....baking gadgets..dan ini la hasilnya utk pertama kali sy merias kek berpandukan buku yg sy beli (ada diceritakan dlm entry lepas)...hasilnya tak seberapa..tp yg penting cake mesti sedap..:P

ini hadiah utk mak mentua sy sempena hari lahir beliau yg ke 61. Semoga Mak pnjg umur murah rezeki & sihat selalu..we luv u mak!

top view...

side view..bunga yg tak kemas..hehe..belum pandai control nozel & buttercream..

supprisingly, mak ingat kek ni sy beli..hehe...terkejut dia bila tau sy buat sendiri & dapat pelukan dari mak..sy happy bila dapat buat org lain happy....lepas ni byk lg baking project yg akan dibuat..