Followers

Showing posts with label LoVe. Show all posts
Showing posts with label LoVe. Show all posts

Thursday, August 04, 2011

kasih seorang BONDA

Salam..

Semalam saya sempat menonton 'Bersamamu' di tv3. Kisahnya sangat pilu. Terasa ke dalam hati! Betapa kasihnya seorang ibu tua kepada anaknya yg menjadi OKU gara2 terlibat dlm satu kemalangan. Dijaga dibeli dimanja anak yg sudah besar panjang itu umpama bayi kecil. Si ibu tua sentiasa tersenyum. Tiada airmata dititiskan sepanjang wartawan membuat liputan!Tubuhnya kurus, wajahnya sudah jelas kedut. Namun kudrat nya tak setanding usia!Kuat!Bermacam kerja si ibu tua lakukan demi sesuap nasi. Terus ingatan saya melayang pada mak yg kini sedang berada di Mekah. Susuk tubuh ibu tua itu, raut wajah nya iras2 mak. Rindunya saya pada mak!

Mak saya pun begitu. Jarang sekali melihat dia menangis!Sepanjang hidup saya..saya lihat mak menangis..boleh dikira dengan jari sebelah tangan. Paling-paling tidak..cuma bergenang airmata..tidak sampai teresak-esak. Waktu arwah abah meninggal pun, mak termenung panjang..sesekali airmata tumpah. Tak macam kami..anak menantu yg teresak-esak hebat!

Mak org susah. Pelajaran pun tak tinggi. Mak tak lulus darjah enam pun gara2 tiada tambang bas utk ke sekolah menduduki peperiksaan. Tulisan mak pun cakar ayam. Mak tak mcm abah yg agak berpelajaran dan bergaya. Mak sederhana! Yang paling penting mak PENYABAR! Mak tak pandai melaram & bergaya. Gaya mak cuma seperti org kampung yang biasa. Tak selekeh tak juga bergaya. Mak tak pernah kenal alat2 solek. Lipstik pertama yg mak ada pun saya & kakak (atak) yg belikan. Itupun masa umur saya 13tahun. Sebabnya, saya sudah pandai shopping gara2 saya bersekolah asram di bandaraya. Sebelum tu mak cuma ada celak mekah. Itu saja!

Sejak kecil saya lihat mak bekerja keras. Menampung perbelanjaan keluarga. Mak akan keluar pagi2 hari utk menoreh getah. Bukan dekat tapi berkilo-kilo meter mak mengayuh basikal meredah kedinginan pagi. tengahari mak balik. Yang saya tahu beberapa seminggu sekali mak akan ke kedai Ah Seng utk menjual getah. Saya pasti akan ikut! sebab apa?sebabnya masa tu la mak akan berbelanja di kedai Ban Choon membeli keperluan dapur. Boleh la saya mengendeng sekotak Dendang atau Tora (tp lebih mahal) yg dalam nya ada mainan. Kalau ada rezeki saya, dapatla beli sekotak air dutch lady perisa coklat atau kopi. Itula air paling sedap saya rasa ketika itu. Minum sikit2 takut habis. Nikmat!

Tak cukup dengan itu..mak juga mengusahakan tanaman jagung. pagi menoreh, petang ke kebun jagung. Hampir setiap hujung minggu kami 'berkampung' di kebun jagung. Hasilnya dijual di pasar malam. Tak pun direbus dan arwah abah akan jual keliling kampung.

Bertahun mak menoreh getah. Sehinggalah kebun getah mak ditebang utk tanam semula. Masa Saya sekolah menengah, mak bertukar kerja. Mak kerja di kebun sayur. Masa ni dapat la makan sayur free. Dengan cili merahnya, timun nya..mcm-mcm ada.

Masa saya masuk universiti, mak bertukar kerja lagi..bekerja membersihkan estet. Pagi-pagi hari mak bersama kawan-kawan yg lain akan dijemput dengan lori..dudukla ramai-ramai dalam lori terbuka. Dengan topi nyonya sayur nya..hampir separuh muka ditutup utk menahan kepanasan. Hati saya sayu dek kesungguhan mak. Mahu saja cepat2 besar..cepat2 graduate..cepat2 makan gaji supaya mak tak perlu kerja lagi!

Masa saya menyambung sarjana muda..mak tak lagi bekerja diluar. Mak buat bisnes nasi lemak pulak. Bangun awal pagi sediakan nasi lemak daun pisang. Arwah abah akan menjualnya dengan motor dan hon keliling kampung selepas solat subut. Nasi lemak daun pisang yg masih panas.RM0.50 sebungkus!sedapnya masih terasa. Lepas tu mak mula buat kuih kecil-kecilan dan hantar ke kedai makan. Mak buat kuih bukan cincai. Dia mahu yg terbaik.. Segalanya lebih. Tepung talamnya kaya dengan santan pekat. Lemak!sedap..sebab kalau tak sedap, org kampung mana mahu beli. Lain la dibandar..tak sedap..mahal..mcm2 mana pun mesti laku..semua org terpaksa beli. Market dikampung lain.

Mak juga pernah jd babysitter. Anak cikgu. Wah bukan main ditatang bagai minyak yg penuh si budak itu. Buat mcm cucu sendiri. Kadang2 si emaknya tinggalkan sehari dua anaknya dengan mak & arwah abah. kerjaya sebagai babysitter berakhir apabila cikgu tu pindah ke tempat lain.

Banyak lagi kisah mak..semuanya akan saya simpan dalam memori kekal. Tak terdaya rasanya nak membalas segala pengorbanan mak. Saya tahu jauh dilubuk hati mak, mak tak inginkan ganjaran berbentuk material. Mak cuma mahukan kasih sayang dari anak-anaknya.. kalau boleh hari2 mak mahu mendengar suara anak2 yg duduk berjauhan. Mak pasti rindu kalau saya tak telefon sehari. Masa mak ke Mekah baru2 ni, mak tak titiskan airmata..cuma bergenang. Mak peluk kami erat2..katanya tiada apa yg perlu mak risaukan kerana anak2 masing2 sudah ada teman sehidup semati..Mak boleh beribadat tanpa risaukan keadaan kami di sini.

Hujung minggu ni kami nak balik ke kampung. menjenguk kakak (atak) sekeluarga. Atak lagi pasti sunyi tanpa mak kerana dia seorang saja yg tak pernah berpisah lama dengan mak. Saya dah biasa.. Sejak umur 13 tahun hingga kini saya ddk berjauhan dengan mak. Abang pun sama.. Ini kali pertama kami balik tanpa mak menunggu kami dengan laksa dan masakan kampungnya yg sedap. Mcm mana lah perasaan kami nanti?Mak kami rindu.....


Friday, May 20, 2011

Kek Birthday dari amateur

Salam..

yuhuuuuuuu..hari tu saya bagitahu yg mood baking sudah suam2 kuku kan..
taaapiiii kan mood terpaksa dikembalikan demi anakanda tercinta.
weekend lepas mak saya buat kenduri doa selamat dan saya pun menumpang sekaki untuk menyambut harijadi Aisyah yg ke3 tahun..she was born on 22nd may 2008..so maknanya celebrated seminggu awal. Aisyah belum pernah pun celebrating her birthday secara open gini..selalunya saya cuma sediakan kek dan bawa ke taska.. tapi kesian bila dia asyik buat action blow the candle bila nampak kek dan teruja bila nampak kotak2 hadiah, jadinya kami pun buat la majlis kecil-kecilan untuk Aisyah selepas kenduri doa selamat. Kisah sekitar majlis..nanti saya update di lain entry..kali ni cuma nak tunjuk kek birthday Aisyah yg mama buat bersengkang mata di malam buta dan bersambung di pagi2 buta juga..demi puteri tersayang.
Ini lah kali pertama saya merias kek 100% handmade..sebelum ni saya guna bunga ready made aje.. maaf la sbb tayang hasil kerja yg sangat amateur ye..ini la first time buat buttercream roses dan basketweave sendiri..mmg buruk la...lagi pun buttercream yg saya buat ni sangat la tak stabil..ssh nak handle..lembik sangat..

dalam kepala nak arrange mcm lain..alih2 bila susun2 roses tu jadi lain la pulak..nasib la..apa pun ramai tetamu yg suka..siap tanya resepi la..tanya cara2 la...hehehe..boleh berhenti kerja ni...bukak bakery kat kampung (wah perasan!!)

p/s: next entry la saya cerita pasal projek kraf..

baskewtweave yg sangat la buruk..pagi2 buta mengadap benda alah ni..


hajatnya nak buat 2tones roses..sekuntum je jadi..yg lain semua plain pink je..:P

cuppies

..more cuppies.

kita ok la kan utk beginner mcm saya..yg tak pernah masuk mana2 kelas..yg mmg takde asas langsung..main redah je beli segala nozzle..pendek kata..hasil keje syok sendiri..otai2 bidang ni mesti nak tergelak tengok kan..haha..

tapi takpe..practice make perfect kan kan kan...

Tuesday, March 22, 2011

Selena & Santa Esmeralda

Saya tak minat...err..tak berapa minat lagu2 zaman sekarang. Ada la dua tiga yang saya suka.
Masa belajar dulu, tak ingat entah siapa yang bagi & install mp3 dalam desktop saya. Terselit la Album Selena ni..dengar melodi..lirik..memang best. Tak sangka pula saya jatuh hati pada lagu-lagu nya..Sampai print lirik & tepek kat lecture notes :P. Konon-konon dilamun cinta la gitu..ceh! :P..selain Selena..saya suka lagu Santa Esmeralda, "you are my everything"...jiwang karat seh..serius suka..suka sangat! i ada piring hitam dia uuu..simpan buat kenangan! tapi husband saya amat la tak suka lagu ni..kenapa ntah..agaknya dia ingat lagu ni..lagu 'tema' saya dgn seseorang kot..ntah apa apa!
p/s: saya tak suka lagu "kasih kekasih"-inteam..bersebab!

ok jom layan lirik aje..mendung2 ni..mood pun swing..lalalala


I Could Fall In Love


I could lose my heart tonight
If you don't turn and walk away
'Cause the way I feel I might
Lose control and let you stay

'Cause I could take in my arms
And never let go

I could fall in love with you
I could fall in love with you

I can only wonder how
Touching you would make me feel
But if I take that chance right now
Tomorrow will you want me still

So I should keep this to myself
And never let you know

I could fall in love with you
I could fall in love with you

And I know it's not right
And I guess I should try to do what I should do
But I could fall in love, fall in love with you
I could fall in love with you

Siempre estoy sonando en ti
Besando mis labios, acariciando mi piel
Abrazandome con ansias locas
Imaginando que me amas
Como yo podia amar a ti.

So I should keep this to myself
And never let you know

I could fall in love with you
I could fall in love with you

I could fall in love, I could fall in love
With you...


Dreaming of You

Late at night when all the world is sleeping
I stay up and think of you
And I wish on a star
That somewhere you are thinking of me too

'Cause I'm dreaming of you tonight
'Til tomorrow I'll be holding you tight
And there's nowhere in the world I'd rather be
Than here in my room, dreaming about you and me

Wonder if you ever see me
And I wonder if you know I'm there
If you looked in my eyes
Would you see what's inside? Would you even care?

I just wanna hold you close
But so far all I have are dreams of you
So I wait for the day and the courage to say
How much I love you, yes, I do

I'll be dreaming of you tonight
'Til tomorrow I'll be holding you tight
And there's nowhere in the world I'd rather be
Than here in my room, dreaming about you and me

Corazon
(I can't stop dreaming of you)
No puedo dejar de pensar en ti
(I can't stop dreaming of you)
Como te necesito
(I can't stop dreaming of you)
Mi amor, como te exstraño

Late at night when all the world is sleeping
I stay up and think of you
And I still can't believe that you came up to me
And said, "I love you," I love you too

Now I'm dreaming with you tonight
'Til tomorrow and for all of my life
And there's nowhere in the world I'd rather be
Than here in my room, dreaming with you endlessly

Dreaming with you tonight
'Til tomorrow I'll be holding you tight
And there's nowhere in the world I'd rather be
Than here in my room, dreaming with you endlessly
(I'll be dreamin')

Dreaming of you tonight
(Endlessly)
And I'll be holding you tight
('Till tomorrow)
Dreaming with you tonight!
(Endlessly)
(Endlessly)
(Endlessly)
(Dreaming)

mari berangan beramai-ramai :P

Thursday, March 17, 2011

A walk to remember.....

A walk to rememeber

Siapa pernah nonton filem 'A walk to remember'?...
2 thumbs up saya bagi untuk filem ini. Seingat saya, kali pertama saya tonton cerita ini masa final year/semester degree. Jatuh cinta pada jalan cerita nya, sinematografi nya...syhadu..perasaan terbuai-buai rasanya.
Nak berangan..nak bayangkan wajah siapa?! Masa tu single-'mingle' lagi. Belum lagi jatuh cinta pada si dia. Masih kawan-kawan gitu.

Masa belum punya siapa-siapa..seronok kan berangan..tengok filem berangan..baca novel berangan..baca buku electromagnetic theory pun tersenyum-senyum. (^>^)

Saya masih mencari CD/DVD cerita ini. Belum jumpa lagi..

Bila hati rasa mendung...rasanya sesuai tengok cerita ni kan..hah berangan lagi!
Bila hati rasa mendung...korek-korek semula kisah-kisah lama dengan si dia..
eh jumpa ini..senyum semula..

ini surat cinta yang pertama..tak ada ke dua ketiga ke empat..ini satu-satunya! tak pasti karangan nya ikhlas atau tak..ataupun sekadar nak 'memancing'. Yang pasti..sekarang dah kahwin..:P

kisah cinta dengan si dia tak adalah indah macam novel..tapi saya tetap rasa indah..
si dia cinta rasmi saya yang pertama..mudah-mudahan yang terakhir juga...
cinta gelap?hohoho tak ada ye..kelabu asap..macam ada..haha

Hari ini mood cintan citun..gasakla kan..blog sendiri.. kali terakhir saya bermood macam ni dalam blog..ada yang tinggalkan komen menjelekkan. Dengki atau meluat..tak pasti!
Harap-harap kali ni tak ada la ye. Bukan kisah dengan orang lain pun.. Dengan suami sendiri..suka hati la kan.. :P


Muda-muda..berpimpinan tangan..
Dah tua-tua.. harus pimpin lagi erat...mana nak tahu kot-kot dah tak kuat.. :P

diizinkanNya..jika umur panjang..mahu juga macam ini

Harap-harap bahagia hingga hujung nyawa...
Mahu bercinta hingga ke syurga..maka haruslah usaha untuk ke sana..
Bertemu keranaNya..bercinta keranaNya..berpisah juga keranaNya..

"~ our love is like a wind...I can't see it..but I sure can feel it ~ "

Wednesday, March 16, 2011

Si Dia yg kami panggil al-humaira


Si dia yg kami panggil "al-humaira"
dia juga penawar..
menginjak ke usia hampir 3 tahun...
tempoh yg amat membahagiakan kami..
kadangkala..dia juga 'racun'..
membuatkan kami kadang2 terpekik-pekik...
namun kami cepat2 sedar..apalah akal si cilik ini..
mahu di herdik di cubit..
kami mampu bersabar..setiap laku nya yg mengundang pekik..
kami akhiri dgn tawa...lucu!


si dia sudah tahu apa yg salah apa yg betul..
malah si dia pula yg 'menasihati'..
"papa..jangan bawak laju-laju ye"
"papa..hati-hati ye"
"mama..jangan tumpah-tumpah ye"-(aik..mama yg tumpahkan atau kamu?)
si dia yg amat berdikari kerana saban hari ditinggalkan bersama org lain..
(maaf sayang..papa & mama harus cari rezeki)
sudah pandai mandi sendiri

Setiap gerak geri mama di dapur pasti diperhati penuh minat..
kerusi kecil di panjat..
Basuh pinggan..potong bawang..menggoreng telur..buat kek..menjahit..semua diperhati...minat!
warisi hobi & bakat mama ye sayang!
pertandingan pakaian beragam-2nd place


kenangan di puncak gunung mat chinchang
suka kamera-mcm mama

Hujung minggu pasti kami penuhi hari si dia..mahu si dia bergelak ketawa gembira..
Malam hari kami pastikan tidur nya dalam dakapan..erat! matanya dan dahinya kami kucup..bau rambutnya kami hidu sedalamnya..hati rasa nyaman..tertawa kami mengenang nakal nya seharian.."dah besar anak kita.." ungkap kami berpandangan..
paling mama suka..gigi si dia yg cantik tersusun mcm gigi papa..
bau mulut si dia yg 'mashem'.. tp mama suka..tak tahu kenapa..

main cop cop..katanya..

hasil seni "al-humaira" yg pertama

sudahnya tertidur keletihan selepas badan penuh warna-warna comot..jenuh mama sental kamu

Kami menyayangi kamu sepenuh hati wahai "al-humaira"..panggilan istimewa tatkala si dia culas bangun tidur..di panggil 'al-humaira"..si dia tersenyum walau dalam pejam..suka..
"al-humaira" permata kami..membesarlah sayang..jadi anak solehah!

Tuesday, March 08, 2011

Double Celebrations

Salam

Today is a very special day...it is kinda double celebrations. Both FIL & my dear hubby are sharing their birthdate. I think my FIL is 59 years old (agaknya la) & my dearest just stepped out from his 20's...

We are going to have a small celebration on this coming Saturday & of course I'll might think about something special...a super duper delicious decorative cake maybe??haha...just wait & see ya..

Well...just typical wish for both of my men...
May Allah bless you...good health..long lasting happiness...aminnn...


Wednesday, February 16, 2011

SeLaMaT ULanGTaHuN UtK MaK CaYanG



*pic~removed

Allah made a wonderful Mother
A Mother who doesn't grow old.
HE made her a smile of sunshine,
And a heart of pure gold.
In her cheeks HE placed fair roses,
in her eyes, stars that shine.
Allah made a wonderful Mother,
And that wonderful Mother is mine.

I'm proud to be your daughter...

Happy 65th Birthday Mak...
You are always here..deep inside here..here..in my heart

Friday, November 12, 2010

TeLeKunG UnTuK AiSyaH

Salam..

Lama tak ber'update'..Aisyah tak sihat Jumaat minggu lepas hingga Selasa..Demam mencecah 40degree celcius. mmg sgt2 risau..klinik biasa sudah pegi..pakar kanak2 sudah dirujuk..inilah kali pertama dia berkeadaan begitu. selalu nya kalau demam pun masih aktif & cuma sehari dua sudah pulih. Tapi kali ni lain macam...Selasa lepas... Subuh2 kami "berkejar" ke wad kecemasan di DEMC. Sebabnya..demam terlalu tinggi walaupun dah diberi ubat. Hati berdebar2 & menangis tengok keadaan Aisyah!Tiba di DEMC... Security guard pun masih tertidur di kaunter. Doktor pun lemah aje..dgn mata merah nya...pergi buat blood test pun...lab masih gelap..mungkin tiada pesakit masa tu, jadi urusan mudah & cepat..lepas nurse masukkan ubat 'montot' dan doktor cek serba serbi & pegi buat blood test..tak smpai setengah jam..kami dah dapat keputusan. darah normal..tiada tanda2 H1N1 ataupun denggi. Alhamdullillah!Doktor kata dia demam panas biasa..lalu dibekalkan ubat demam, batuk & selsema...dan sambung aje antibiotik dari klinik pakar yg kami pergi sehari sebelumnya. Demam mula surut & terus singgah McD utk breakfast..aikkk...dah ceria dia!sbb dapat happy meal..Alhamdulillah..demam trs hilang..amboi dia..mao ubat dari hospital yg mahal agaknya!Nasib la DEMC tu panel klinik sy!Tapi serius..sy mmg tak keruan bila Aisyah sakit..tak dapat sy imagine bagaimana perasaan ibu2 yg mempunyai anak yg bermasalah kesihatan yg serius..tabahnya mereka!

aisyah tgh demam....lemah smpai buka mata pun tak larat!

mama syg kamu!sangat!!!

Aisyah sudah ceria seperti ini..alhamdulillah!

ok sekarang nk cerita tntg telekung yg sy buat khas untuk Aisyah...my first attempt..amatla susah nak capture gambar Aisyah pakai telekung...mao pakai sekejap aje..ini pun ambil terkocoh2 tanpa kainnya..itupun diumpan dengan Astro ceria,..cerita kampung boy!sempat la ambik beberapa keping gambar..layannnn..

haha..takde kain..

mata tengok TV

close-up

mao la senyum sikit...

semoga Aisyah kerap pakai telekung ni masa mengaji...mama buat dengan penuh kasih sayang..kasih sayang yg melimpah ruah..moga jd anak solehah...terima kasih juga utk sahabat sy, Raudah..yg sudi tempah telekung yg sama utk anak buah nya...

Thursday, October 21, 2010

TenTang AisYah...

Salam..

lama rasanya tak cerita tntg Aisyah..dia dah menginjak ke 2 setengah tahun..besar dah..tp berat seiktar 11kg saje..masih selim melim..tp doc kata normal..sihat!alhamdulillah

dia masih lagi menyusu badan...tak mahu stop2!biarla..selagi ada susu...go on aisyah!
cuma sedikit tak tahan saban malam asyik bgn & merengek2..sekitar pkl 2-3 pagi..HARI2!!!aduaiii..bikin pening mama!

dia sudah boleh bertutur dgn menyambungkan 4-5patah perkataan sekali cakap..
baru2 ni..10.10.10..kak Dr SMS kawen dgn Dr Harlina...kami menonton di TV3..
Aisyah juga menonton..bkn main suka dia.."mama..tu kawen"..smbil tunjuk skrin TV. eh mana dia belajar perkataan kawen tu?terkejut sy..lalu dia point her finger ke arah gambar kawen kami di dinding.."tu mama..papa kawen" katanya..amboi..sudah advanced ye Aisyah!

dan byk lagi perkembang2an positif Aisyah..boleh count 1-10 dlm 3 different languanges (erkk..2 different languages actually..satu lg ngomong jowo!)sichi, loro, telu, papat...........sepuloh..serius!kami ajar beberapa kali saje..then terus expert!mmg kuat DNA Jowo ni..hehe...

Dia juga semakin manja..ade je keletah dia yg mencuit hati..sudah pandai mao pilih baju mana yg dia mao pakai..kalo lain dari pilihan dia..mahu melalak2..juga sudah pndai me'mathching'kan baju!juga sudah pandai memujuk..memuji..

kalo ditanya.."where do you want to go?"..kompem jawapan dia.."nyalan-nyalan...nyoping"-maksudnya..jln2 & shopping..aduaiii..
kalo dibawa ke pasaraya..semua barang kalo boleh dia nak masukkan dlm troli..
"aisyah..mama & papa kamu bukan cop duit ye!"
setiap kali dia masukkan brg dlm troli..setiap kali juga kami terpaksa letak semual ke rak..kalo di larang..melalak pulak kat situ!aduaiii..pergi ke butik Ariani baru2 ni..habis tudung2 mao di cuba..last2 terpaksa beli satu untuk dia..apakah???ini sudah lawan tokey ni!

apa pun..alhamdulillah...semoga anak kami ini akan terus membesar sihat walafiat bijak pandai cerdik..ha apa lagi..emm pendek kata ade semua sifat2 mahmudah..aminnn..ok layan piccas!

muka baru bangun tido..monyok lagi..

cakkk!

jual-jual..murah2..tudung ariani lelong!-boleh jd dealer Ariani ni! bila nk pakai tudung je..mesti dia cakap.."mama..nak tutung ani"-maksud nya "mama..nak pakai tudung ariani"

anak cina celup...pak long g outstation ke China..dapat la aisyah sehelai cheongsam

"nyenyum"

"tayang mama"

anak kesayangan papa

dengan opah

jual-jual..sebakul singgit!

xtxt 'pembulian'..hehe

Friday, June 11, 2010

MaCaM SiaPa?

Salam

Masa mengandungkan Aisyah..sy ade tulis satu jurnal or diary....
sy tulis..sy mengharapkan...

dahi-jendul mcm papa
kening-cantik terbentuk mcm papa
mata-besar&bulat mcm mama, tp nk kaler coklat mcm mata papa
hidung-mcm mama
mulut/bibir-mcm mama (sbb bibir papa tebal mcm negro..hikhik-jgn marah ek papa)
pipi-ade lesung pipit mcm mama
gigi-cantikm tersusun mcm papa

dannnnn..bila dah lahir dan dah 2thn ni...apa yg sy nmpak...

dahi-jendul mcm papa-ye betul
kening-cantik terbentuk mcm papa-ye betul
mata-besar&bulat mcm mama, tp nk kaler coklat mcm mata papa-yup..mmg bulat & beso..tp anak mata ttp hitam mcm mama..bukan coklat mcm papa
hidung-mcm mama-yg ni tak...ke'jawa'an hidung ttp maintain mcm papa-ni kwn mama cakap ek
mulut/bibir-mcm mama (sbb bibir papa tebal mcm negro..hikhik-jgn marah ek papa)-nasib baik ikut mama..hik hik
pipi-ade lesung pipit mcm mama-yup..dua2 belah ade
gigi-cantik tersusun mcm papa-yey..yg ni mmg mcm papa...nice!jg elok2 ek..jgn 'makan dek ulat'

siapa lebih dominan?ikut muka mama kah?papa kah?

p/s:mama & papa ade lah seiras okeh...tp tak tau la kalo mama dah kurus nnti...ahaksss..statement yg membuat papa gelak guling2...



Thursday, May 13, 2010

SaYanG MaMa

Salam...

Sy baca blog ini..sy beremosi seperti sy membaca blog fajaril. cuma bezanya..yg satu tu, simanja mereka pergi sekelip mata..yg satu lg melalui pengalaman yg sungguh pnjg & penuh harap...semoga simanja2 mereka dicucuri rahmatNya..~sebak!~

sy juga baca blog ini. juga sy emosi..semoga simanja mereka cpt2 sembuh!aminn..

lantas trs fikiran syg teringat aisyah yg sy tinggalkan di taska..rasa mcm mao ambik aisyah & bawa ke opis saje..rasa mao peluk2 aisyah..rasa mao cium2 dia...

"jangan la yg Allah...jangan la Engkau ambil semula kesayanganku ini sebelum Kau ambil aku..."

kalo sy berada ditempat mereka2 ini,ini & ini sungguh!sy mmg tak kuat!

semalam..aisyah patahkan cermin mata sy!ini percubaan yg entah ke berapa kali..minat sungguh dia dgn cermin mata sy..sunglass usah cerita..dah 2-3 pasang dah 'jalan'..nasib baik sunglass sume yg murah2 belaka..tp cermin mata yg patah semalam..ade lah yg termahal sy pernah ade seumur hidup sy..itupun ihsan incik hasben..kerabunan la sy lps ni..cubaan2 dia sebelum ini setakat membengkokkan dan mematahkan sping aje..masih boleh dipakai..tp kali ni sy terpaksa gunakan selotep utk cntumkan semula bingkai cermin mata..sedih tak terkata!dah patah...aisyah bawa cermin mata itu kpd sy..."ma"..itu je patah perkataan yg dia sebut..sy tahu..kalo dia dah buat mimik muka begitu..itu menunjukkan dia dah buat salah!dia tahu..tapi dia masih lg tersenyum2 kpd sy..owh tak sampai hati nk marah si comel ini..

tapiii...masa hasben membalut cermin mata sy dgn selotep..aisyah berbaring..senyum!geram sy..mao kena ajar juga ini budak..lalu sy pukul sedikit tgnnya...sambil buat muka grg...take note..sy hayun tgn dgn kuat..gaya je lebih..tp yg smpai ke tgnnya hanya la tepukan kecik saje...menangis dia..pntg sy marah...mmg meraung la dia..trs bangun ddk diriba papa nya!lalu sy cubit pulak tangannya..biar dia tahu perbuatan dia salah!cubit eksyen je..bukan betul2..sy tak smpai hati tgk dia menangis esak2..lalu sy depangkan tgn..sy kata..."syg mama"..trs dia bingkas bangun dari riba papa meluru ke arah sy..dia memeluk & mencium sy...

budak..manala tau apa yg betul..apa yg salah..kecuali kita ibubapa yg mendidik..
aisyah pntg kalo dia dah buat silap..sy marah & tak mahu dia sentuh sy..kompem meraung tak hengat...pntg kalo sy kata.."jgn pegang mama" or "mama takmo kawan aisyah"..cepat2 dia mengejar sy..berusaha mendakap sy...terharu!maknanya dia sudah tahu apa itu salah..apa itu betul..dan dia sudah tahu...apa itu marah..apa itu syg..

baru2 ini..sy ajar dia..sy usap dahi, pipi ke dagu aisyah..smbil kata "saaaaayaaang aisyah"..tak sangka..dia buat yg sama..tangan kecilnya...mengusap lembut wajah sy...sambil pelat.."maaama mama" intonasi suara sama seperti bila sy sebut "saaaayang aisyah" cuma dia belum pandai menyebut sayang...tersentuh hati!

Aisyah juga dah pandai suruh kami diam..bila kami menyanyi2 lagu yg dia tak suka...pantang kami nyanyi je.."dam dam"..maksudnya..diam!diam!kalo kami teruskan juga menyanyi...dia akan menjerit2..."dam..dam...dam.......!!!"sambil tampar or cubit kami...lucu la aisyah ni!

dia juga dah pandai buka kasut sebaik saja masuk kerumah dan menyusun kasut ke atas rak..

plg sy rindu..ciuman aisyah..dia ssh nk cium org melainkan terpaksa..contohnya..kalo dia nk satu2 mainan ataupun merengek nk memek..kami kenakan tol dulu..tolnya kena cium dulu baru boleh dapat..sanggup dia cium..tp cium terpaksa la..tapi kalo dia tiba2 aje ade mood mencium kami..habis basah muka dgn airliur dia aje...terasa2 bibir comel dia mencium2 muka..kdg2 sengaja dia cium kuat2 smpai sy lemas pulak..:P

rindunya pd aisyah...rasa mcm nk g taska la...saaaaayaaaannng mama!

Monday, May 10, 2010

ShE WiLL TuRN TwO





Salam

Hampir mama terlupa..Aisyah will turn two this 22nd.
No big event..mama juz plan nk buat kan kek princess & upin ipin..so aisyah boleh celebrate dgn kawan2 kat taska ok..
aisyah- 2 days old

aisyah-1 year old

agak2 nya ok tak kalo buat giveaway sempena besday aisyah?hihi..sape rasa ok..angkat tangan!!yey!!

Thursday, April 22, 2010

DaK..MaMa plek BeG

Salam..

Ah..tajuk mcm bahasa Tamil pulak..

tu sebenarnya ayat Aisyah..
dia skrg dah mula pandai susun ayat..

masa tgk iklan bedak maybelline...aisyah pointed her finger tu TV...
"mama..dak...mama plek beg"

meh nk translate...
"mama...bedak!mama punya dalam beg"

ha mcm tu la lebih kurang..
"plek" tu maksudnya "punya"
kalo kami nk keluar rumah..aisyah akan ssn kasut kami siap2..dia akan cakap...
"ni mama plek" sambil tnjuk kasut mama
"ni papa plek" smbil tnjuk kasut papa...

sweet girl...tak sabo nk tnggu dia pandai kata...
"mama..papa..i luv u"

skrg ni dia reti cakap..."mama mok(gemok)"-ni kes papa dia yg ajar...pastu ketawa2..jahat la papa!org ajarla aisyah cakap "mama..baik" ke..tak pun "mama..i luv u" ke..apa daaa!

Tuesday, March 09, 2010

BesDay Boy


muka monyok tunggu order makanan siap..haha

entry special utk my dear hasben..
smlm besday hasben sy..

so utk abg....
isterimu ini ingin mengucapkan
selamat panjang umur
selamat berjaya dlm kerjaya
semoga lebih matang dlm apa jua situasi

pesanan2 lain...
-pakai seat belt sentiasa masa dlm kete
-ku sentiasa mencintaimuuuu...

dan ucapan terima kasih sbb...
-tlg uruskan laundry setiap hari
-tlg bgn tgh2 mlm bancuh susu anak
-tlg mandikan anak
-tlg mcm2 lg...

mu mmg the best bg ku...lebiu


Monday, February 01, 2010

DaTinG

Salam

Lama sungguh tak dating berdua-duaan dgn incik hasben..
masa lps kawen, ssh juga nk dating dihujung minggu..sbb hasben masa tu keje shift..so tak setiap hujung minggu dia free..bila dia dah promoted dan tak keje shift lagi..aisyah plak lahir..

tau2 je la ade anak kecik..
cemana nak dating kan..
serious!sy akan rasa ssh hati kalo aisyah takde disisi kami..
tak sampai hati nk tinggalkan dia even dirumah mentua
sy rela dating ber3..mengendong aisyah kesana kemari dari tinggalkan dia.

kalo ade kesempatan pun..kami akn lunch berdua. tapi jarang sgt2 sbb opis masing2 bukannya dekat.
dah lama tak rasa berdua-duaan
jln pegang2 tgn..
tgk wayang..
rindunya saat2 itu..

tapi esok..kami amik cuti khas utk berdating..haha..
aisyah mcm biasa..ddk taska...
mama & papa nak dating..hehe

Monday, January 25, 2010

TahNiaH incik HasBen

Salam..

Ucap tahniah pada incik hasben kerana terima watikah dr DYYM Sultan Selangor hari ini..
kenapa la ku tak dijemput sama...huhu

to my hasben...titik peluh hasil kerja dr bwh..semuanya berbaloi sekarang....
keep up good work..
I love U

good luck dlm kerjaya & I sentiasa sokong U..

P/S: bang..u nampak sgt ensem dlm baju melayu itam tu...hehe

Thursday, January 07, 2010

Si CiNoNeT MaSa DuLU

Salam..

'jalan2' tgk album gambar aisyah masa umar 4bulan..sy jumpa gambar ni..cute sgt2..jom layan..

ape benda tu...??

eh...mama nk buat ape dgn bnda tu?

oooo..ni ke kamera mama..??

mama nk ambil gambar aisyah yer..jap ye mama..nk touch up...

ok..klik klik la mama..senyummmm...malu la aisyah nk pndg kamera...


cute kan..skrg ni can't wait..bila la aisyah boleh sebut..."mama..i love u.."

Monday, October 05, 2009

TenTaNg AisyaH

Salam..
sy dah lama perasan..lamaaa sungguh tak update tntg anak daraku nan sorang ni..
mmg byk citer..cuma gambo tu yg tak sempat nk upload..

baru bgn tido

dia sekarang dah pandai macam2..
panjat TV cabinet dah ala2 spiderman..tapi tak tau cemane nk turun..hehe
dah pandai angkat tgn..berdoa ketika makan, tidur & bila dgr mama/papa baca surah2 lazim ketika masuk tido. dah pandai menyebut Allahuakbar version pelat sambil tgn menepuk kepala..konon2 beristigfar la tu..papa yg ajar..ceh!

dah pandai menyebuat 'nak' kalo mahukan sesuatu
sebut 'a nak' kalo tak nak.

sudah faham kalo disuruh mandi..dia akan minta dibukakan baju & laju je ke bathroom.
dia dah kurang minum susu botol..so mmg kat rumah fully BF..alhamdulillah!
lps makan dah pandai mengikut arahan bila mama cakap "wash ur hand"..mmg akan hulur tangan minta dibasuh.

dia sgt suka bermain dgn sudu..adei..yg ni mmg memenatkan sbb bila makan nk suap sendiri & berterabur tmpt makan!
dia masih kecil molek..janji sihat!
dia dah pandai mcm2 arahan dr mama n papa..
dia dah pndai tiru gaya mama solat..esp kalo dipakaikan tudung...bila mama sebut allahuakbar..dia akan tunduk mcm rukuk'

cuma nya...dia sgt la tak mesra alam..huhu...mmg tak nk kat org..tapi dia kamceng ngan sepupunya, abang long. abg long plak sgt rajin melayan..baru darjah 5..tp mmg boleh diharap utk jg aisyah!

suka menangis...

abg long yg tengah2 tu..yg kat depan tu abg ngah yg muka iras2 aisyah..kalo kata adik beradik kompem org caya

tgk tu buat muka sombong..kemain pyh nk senyum

ok itu la dulu udpate tntg si Aisyah..