Followers

Tuesday, July 17, 2012

Colmar Tropicale : A Review..

Salam

Baru-baru ni kami sekeluarga ke Colmar Tropicale Berjaya Hills. Konon-konon nak bercuti pendek ala-ala romantik sempena birthday saya  & wedding anniversary kami yg ke 5.



Kami belum pernah ke sini. Sebelum buat keputusan ke sini, saya dah risik2 melalui kawan2 dah review dari post para bloggers. Rata-rata cakap.."nice view".."cantik ala2 perkampungan Perancis"..etc..

Perjalanan dari Shah Alam ke sana lebih kurang 45min-1jam. Kami memilih utk menginap satu malam di superior twin..yg mana ini adalah bilik yg paling murah sekali. Saya booking melalui Agoda dot com dgn kadar RM360 utk satu malam.


Kami sampai di sini sekitar pukul 2 petang. Di pos pengawal, kami membayar RM12 seorang. Saya tak pasti berapa entrance fee untk kanak2.. sbb Aisyah tak dikira. Kata adik yg mejaga kaunter tu, bagi tetamu yg menginap di sini, entrance fee akan di pulangkan kembali semasa check-out nanti. Sampai di lobby, saya lihat dah ramai yg sedang beratur menunggu utk check in. Saya fikir kalau check-in awal..dapat la masuk bilik awal.


Reception Area

Makanya selepas hampir 15minit beratur..selesai la urusan check-in kami. MALANG nya kami diberitahu bilik masih belum siap dan staff yg bertugas bagitahu yg pihak hotel akan call bila bilik sudah siap. Ok no problem..masih satu jam lagi utk ronda2 sebelum waktu check-in yg sebenar (3.00p.m)..Sementara menunggu, kami ronda2 kawasan sekitar. Mcm tak percaya yg kami berada di Malaysia..yup..view sgt2 indah. Boleh feeling2 berada di France sekejap.

 View dari atas menara. Kalau stamina kuat & tak semput..naik la tangga yg disediakan. Tapi mcm org yg malas mcm saya..sila la guna lif..haha

 Taman di hadapan Colmar Tropicale
 The Chateau Spa&Organic Wellness Resort yg terletak betul2 di hadapan Colmar Tropicale. Bagunannya ala2 istana lama Perancis. Saya agak kadar bilik nya berganda2 lebih tinggi dari Colmar Tropicale. Confirm!


Replika kuda-kuda di sini sgt colorful. Di lukis dgn pelbagai corak yg menggambarkan identiti Malaysia.

Feeling2 lomantika d amor...


Ada swimming pool..tapi of course takde sapa nak mandi dlm cuaca sejuk ni..saya agak mungkin petang2 sikit ada la yg turun mandi manda agaknya..sbb kebanyakkannya sedang menunggu nak check-in.






Di Colmar Tropicale,kawasannya di bahagikan kepada beberapa blok, Azalea, Brunfelsia, Camelia, Dahlia, Euphorbia, Fuschia, Gazania dan Heliconia. Setiap satu blok ada kedai dan bahagian atas nya adalah bilik penginapan




Kawasan parking kereta bagi tetamu yg menginap di sini terletak di basement. Kalau tak silap ada 2 tingkat basement di sini. Kiranya..kalau refer pada gambar di atas ni..underneath tersembunyi ruang parkir bertingkat. Saya tak pasti dimana kawasan parking bagi tetamu yg tak bermalam.






Kawasan nya sgt indah & menarik. Di taman sebelah bawah ada 2 pasang swan (sepasang putih & sepasang hitam) yg sgt friendly. Aisyah la paling suka. Swan tu mengikut je kemana Aisyah berjalan..agaknya mungkin swan tu ingat si budak Aisyah ni ada bwk makanan agaknya. Kalau nak bagi swan ni makan.. ada pallet yg di jual di kedai souvenir. Sepeket RM3. Swan ni sgt rakus tau bila di beri makan...


Kalu takut, jgn la guna tangan, letak je pallet atas tembok batu tu. Nanti swan ni pandai2 la 'sudu'. Guna tangan pun boleh, tapi swan ni rakus sikit la..mmg tak sakit pun..sbb diorang mana ada gigi tajam. Tapi geli la..muncung orennya tu menyepit kuat. Haha..Hampir sejam meronda2 kawasan (mcm YB la plak), pihak hotel tak call lagi. Bateri phone pun dah nak habis. Kami kembali semula ke reception, Ya Allah..ramai nya manusia. Rata2 nya bermuka bengis..haha..takde la..rata2 nya muka tak puas hati..mcm nak marah pun ye. Rupanya ramai yg tak dpt bilik lagi walaupun dah menunggu lama. Ada yg tertidur di sofa. ada yg marah2 jugak. Keadaan agak kelam kabut. Yang tak bestnya, saya tengok tetamu yg baru dtg, trs dpt kunci pulak. Dalam terpinga2 saya pun ikut beratur juga. Manalah tau,.kot2 bilik saya dah sedia. Beratur hampir 15 minit la juga.. ada la few tetamu yg 'diva' potong Q etc. Sabo banyak saya hari tu. Rupanya bilik saya dah siap..cuma diorg tak call saya pun. Seriously sgt kecewa dgn service di bahagian reception ni. Kalah hotel 1 bintang..eh..hotel 1 bintang pun menang!




Lebih 2jam menunggu akhirnya kami diberi bilik 3103 di blok Camellia. Tingkat 1. Bilik kami mengadap pemandangan bukit bukau. Bahagian bwh adalah cafe hotel dan ada extra tent utk buffet dinner (agaknya la).





Bilik agak luas dan selesa. Ada 2 katil single, ada bathtub (yg ni mmg favourite saya, kalau pilih hotel mesti kena ada bathtub & swimming pool). Ada wardrobe yg besar & luas, & ada semua basic amenities.  





Bathroom



Wardrobe


Cumanya. bilik air agak kotor & tak dibersihkan dengan sempurna..ok tolak markah di situ!



Dah penat ronda2, kami rehat2 saja di bilik. Lepas Maghrib kami sambung ronda2 menikmati view malam hari pulak.






Tak ada apa2 aktiviti menarik di malam hari. Cuma melayan si budak kecik nak main perlbagai jenis permainan je. Ada la mainan2 lain..mcm dlm tama tema/fun fair..pancing2 itik etc.



Anak baru sorang.. boleh la layan..kalau 3-4 org. mau pingsan berjemaah mak pak.. sekali main RM4. Kalau setiap satu permainan dia nak rasa..ya ampunnnn..pingsan sekali lagi!
Hajat di hati lepas bawa si kecik ni main2..nak la merasa Pizza yg sedap bak dlm review puan Lady of Leisure (hi Lady). Tapi apa kan daya..si budak kecik ni mengamuk2 la pulak. Apa lagi..balik bilik..dine-in aje la.

Sebelum ke sini, kami dah sedia maklum yg makanan di sini amatla mahal bagi kami yg berpoket sederhana ni. Tapi sebab bukan hari-hari datang..makanya..tak kisah la dgn harga sepinggan nasi goreng RM22, 6cucuk sate RM22, Burger daging RM25, Sepotong cheesecake RM15, segelas jus RM11 (eh..tak kisah ke?mcm kisah je bunyinya..haha)..yup makanan sememangnya overprice di sini. nak pulak dine-in. Takde pulak gambar makanan nya..sbb tak menarik..jadi takde hati nak ambil. Kalau rasa setanding harga..tak apa. tapi sebaliknya! Kalu boleh diberikan bintang..seketoi bintang pun saya tak bagi..haha..ok..berakhir la cerita utk hari itu..mari tidur..esok mahu jalan2 ke Japanese Village & Animal Park. Tapi nya tidur diganggu gugat dgn suara sumbang mambang entah siapa yg berkaraoke sampai lewat malam..ada event apa..saya pun tak tahu..dah la majlisnya betul2 dikawasan bwh bilik kami! Lagu Anuar Zain..tapi penyanyinya..aduai..kalau masuk audition nyanyi2 pun mesti kena halau awal2..pingsannn!

*******************************
Esok paginya, kami sarapan di Le Blason. Cafe ni betul2 dibwh bilik kami. Kami tiba lewat sekitar 9.00 pagi. Ramainya org!Foods? Tak usah cerita..tak kuasa nak bagi berketoi2 bintang..Rasa makanannya cukup la sekadar buat alas perut. Ok ok...jujur eh..mmg tak sedap langsung!

 

Le Blason

Selepas bersaparan kami ronda2 lagi.. Aisyah masih nak main games yg sama. Layan kan saje,

 
Pemandangan pagi..



Mari racing dgn papa!(sebelah kanan Aisyah--->Papa)-owh anak dara aku ke tu?



Di sini juga ada kedai utk berkarya dgn ceramic painting. Seronok jugak tgk kanak-kanak mewarna replika kartun dan macam2 lagi.Saya lupa nama kedai ni. Di sini juga ada jual cenderahati & T-shirt utk kenang-kenangan. Aisyah pilih Hello Kitty utk di warna..



Pelbagai pilihan bentuk & corak ceramic



Serius dia mewarna..layannnn

Lepas tu kami check-out. Simpan barang dlm kereta & pergi pulak Animal Park. Yup..boleh pergi sendiri berkereta atau naik saja shuttle bus yg disediakan pihak hotel. Ada schedule yg di tetapkan bagi setiap bus & perjalanan. Pengunjung agak ramai tapai kami sgt bernasib baik sebab tak perlu menunggu lama.

Entrance fee RM3 seorang utk Animal Park. Kanak2 pun kena charge tau.


Walaupun menginap disini..entrance fee tetap kena bayar. Tak ada apa yang menarik di sini. Kami cuma melayan Aisyah..Horse riding..eh..donkey riding. Untuk donkey riding..RM6 sekali naik..tak smpai 5minit pun.


Topi yg dah takde pelapik dalam. Asyik menutup mata si budak kecik..haha..

Sekali lagi terpaksa menunggu shuttle bus balik ke Colmar sbb kami nak ambik shuttle bus ke Japanese Village pulak. Kali ikutkan kami dah terlepas bus. Kena tunggu 45minit lagi..adoiii pingsan!Tapi nasib kami baik..ada la shuttle bus yg lain tiba2 dtg..kami tumpang saja. Utk nasihat..baik dtg naik kereta sendiri saja tau..kalau bosan boleh cepat2 balik tak payah tunggu shuttle bus :)

Lepas tu kami ke Japanese Village pulak. Ok..seriously..bagi yg ada baby/anak kecik.. & bawa warga emas.. jgn la dtg ke sini melainkan anda ada stamina yg sgt kuat! Shuttle bus hanya berhenti di kawasan parking & kita kena mendaki sendiri ke atas. Betul tak tipu..saya sgt penat!Aisyah pulak merengek2 mintak di dukung..sbb dia pun dah penat. Apa pun view di atas ni sgt cantik! Bagi yg sukakan keindahan alam..mmg tak rugi dtg kesini. Tapi bagi saya yg anak kampung..pemandangan ini..dah biasa saya nikmati..cheewaah..Japanese Village nya pun kecil saja kawasannya..ada juga Botanical Garden.. tapi kami tak ronda2 sbb penat sgt dah mendaki.



 Anak sungai di Japanese Village




 Air yg sgt jernih..cantik..subhanallah!
 Pemandangan yg indah

 Menu yg ada di restaurant ni..ermmm..
 Mendaki



Bunga2 yang ada sekitar kawasan

 Kolam ikan koi yg jenih..ikannya gemok2 belaka

Budak yg sibuk nak makan ice cream. By the way..ice cream biasa berharga RM5. Haha

 Bagi mereka yg teringin nak feeling2 mcm berada di Jepun..boleh sewa kimono dgn harga RM20 sehelai. Pemandangan memang cantik. Tapi saya rasa..kali ni saja la kami dtg ke sini..tak larat nak dah dtg kali kedua..ketiga..keempat dan seterusnya..sekali lagi kami rasa ralat naik shuttle bus..adalah dinasihatkan..naik saje kereta sendiri..kecuali la masa tu tak ramai pengunjung..kalau tak..jenuh berebut tau..

Lepas ke Japanese Village...kami balik semula ke Colmar utk lunch..kali ni nak juga rasa pizza yg dikatakan sedap tu..yup...satu pan pizza 'Chef" size L berharga RM35 dan milo panas RM8.50 secawan kecik. Nasib baik sedap..yup serius sedap.

 Di sini juga ada persembahan pentas..masa tghari tu ada persembahan tarian lagu rancak (terlupa saya siapa penyanyi nya...)..tapi tak sanggup saya nak tengok sebab para penari terlalu sexy dan dari jauh nampak seperti berbo*el..sbb baju yg dipakai hanya seperti menutup apa yg perlu..ish ish ish.mcm bikini pun iye..ataupun para penari pakai baju skin color (eh bersangka baik) saya tak pasti sbb tak pergi dekat.

Sebelum balik, cari surau dulu..nak solat Zuhur. Cari toilet..ada di reception..tapi beratur panjang. Salah sorang staff menunjukkan saya satu lagi lokasi toilet..yup takde org..TAPI...aduai..terbantut hasrat..tak pyh la nak cerita mcm mana. Paham2 sudah..dgn toilet yg hanya ada tissue paper & tak ada paip hatta pancuran di dalam bowl (eh tak reti nak decsribe)..Saya terus ke Surau di blok Gazania- basement 2 (tekan butang lif '-2')..Nasib baik Surau nya ada toilet exactly mcm dlm bilik hotel. Tapi yg sedihnya, lokasi Surau tersembunyi & tak terjaga rapi. Even ada toilet etc..tapi keadaan agak menyedihkan..memang betul2 rasa bukan di negara Islam. Janji boleh solat..alhamdulillah.

Selesai sudah percutian singkat kami. Apa yg boleh saya simpulkan..ya..view amat2 menarik. Saya rasa tempat ni sesuai jika nak dtg sekadar melawat dan bukan bermalam. Sekiranya anda rasa tak berbaloi utk makan dgn harga yg mahal..bawa la bekalan makanan sendiri. Sebab di sini air mineral sebotol kecil sahaja RM3. Semasa mengisi borang 'kepuasan pelanggan'..secara keseluruhan nya..saya bagi.."unsatisfactory" utk hotel ini..lupa nak cerita..saya ada minta sejadah dan extra pillow..sejadah yg dapat lusuh sgt. extra pillow pula di charge RM5 sebiji. Paling saya rasa tak seronok adalah makanan..setiap kedai/restaurant/cafe..di sajikan dengan beer/arak.. Saya berdoa dan berharap apa yg kami makan sepanjang berada di sana adalah Halal & bersih mengikut syarak. Amin..

Perut & tekak melayu kami merayu2 minta makanan melayu.. On the way balik ke Shah Alam..tiba2..kami rasa nak melanjutkan percutian singkat kami..jom pekena ikan bakaq kat Melaka...selera Melayu pulak...zas zas zas..kereta kami menghala ke Selatan...Harus check-in di Melaka pula..Husband saya kata..sesekali buat kerja gila..apa salahnya.. mari check-in hotel yg lagi best dari Colmar..alang2 nak percutian romantik katanya..lantak la situ..pejam2 mata je la membayarnya! Saya sambung cerita di Melaka di next entry (kalau rajin)...
*****************************
The End





3 comments:

♥ Vna ♥ said...

lamanya Della x update eyh? lepas nie rajin² lah ye..aisyah pun dah besar ;-)

btw, review yang sangat bagus nie!

InaAchik said...

ina dah pergi tapi balik hari jer.
tp mkn mmg mahal n x sedap! hehehee

bersama kak Es said...

bagus la review yang telus cam ni.
saya dah gi colmar tapi tak bermalam. Memang best baru rancang nak bermalam .. baca review ni terus CANCEL. baik gi Cameron lagi syokkk.. puas hati :)