Followers

Thursday, August 04, 2011

kasih seorang BONDA

Salam..

Semalam saya sempat menonton 'Bersamamu' di tv3. Kisahnya sangat pilu. Terasa ke dalam hati! Betapa kasihnya seorang ibu tua kepada anaknya yg menjadi OKU gara2 terlibat dlm satu kemalangan. Dijaga dibeli dimanja anak yg sudah besar panjang itu umpama bayi kecil. Si ibu tua sentiasa tersenyum. Tiada airmata dititiskan sepanjang wartawan membuat liputan!Tubuhnya kurus, wajahnya sudah jelas kedut. Namun kudrat nya tak setanding usia!Kuat!Bermacam kerja si ibu tua lakukan demi sesuap nasi. Terus ingatan saya melayang pada mak yg kini sedang berada di Mekah. Susuk tubuh ibu tua itu, raut wajah nya iras2 mak. Rindunya saya pada mak!

Mak saya pun begitu. Jarang sekali melihat dia menangis!Sepanjang hidup saya..saya lihat mak menangis..boleh dikira dengan jari sebelah tangan. Paling-paling tidak..cuma bergenang airmata..tidak sampai teresak-esak. Waktu arwah abah meninggal pun, mak termenung panjang..sesekali airmata tumpah. Tak macam kami..anak menantu yg teresak-esak hebat!

Mak org susah. Pelajaran pun tak tinggi. Mak tak lulus darjah enam pun gara2 tiada tambang bas utk ke sekolah menduduki peperiksaan. Tulisan mak pun cakar ayam. Mak tak mcm abah yg agak berpelajaran dan bergaya. Mak sederhana! Yang paling penting mak PENYABAR! Mak tak pandai melaram & bergaya. Gaya mak cuma seperti org kampung yang biasa. Tak selekeh tak juga bergaya. Mak tak pernah kenal alat2 solek. Lipstik pertama yg mak ada pun saya & kakak (atak) yg belikan. Itupun masa umur saya 13tahun. Sebabnya, saya sudah pandai shopping gara2 saya bersekolah asram di bandaraya. Sebelum tu mak cuma ada celak mekah. Itu saja!

Sejak kecil saya lihat mak bekerja keras. Menampung perbelanjaan keluarga. Mak akan keluar pagi2 hari utk menoreh getah. Bukan dekat tapi berkilo-kilo meter mak mengayuh basikal meredah kedinginan pagi. tengahari mak balik. Yang saya tahu beberapa seminggu sekali mak akan ke kedai Ah Seng utk menjual getah. Saya pasti akan ikut! sebab apa?sebabnya masa tu la mak akan berbelanja di kedai Ban Choon membeli keperluan dapur. Boleh la saya mengendeng sekotak Dendang atau Tora (tp lebih mahal) yg dalam nya ada mainan. Kalau ada rezeki saya, dapatla beli sekotak air dutch lady perisa coklat atau kopi. Itula air paling sedap saya rasa ketika itu. Minum sikit2 takut habis. Nikmat!

Tak cukup dengan itu..mak juga mengusahakan tanaman jagung. pagi menoreh, petang ke kebun jagung. Hampir setiap hujung minggu kami 'berkampung' di kebun jagung. Hasilnya dijual di pasar malam. Tak pun direbus dan arwah abah akan jual keliling kampung.

Bertahun mak menoreh getah. Sehinggalah kebun getah mak ditebang utk tanam semula. Masa Saya sekolah menengah, mak bertukar kerja. Mak kerja di kebun sayur. Masa ni dapat la makan sayur free. Dengan cili merahnya, timun nya..mcm-mcm ada.

Masa saya masuk universiti, mak bertukar kerja lagi..bekerja membersihkan estet. Pagi-pagi hari mak bersama kawan-kawan yg lain akan dijemput dengan lori..dudukla ramai-ramai dalam lori terbuka. Dengan topi nyonya sayur nya..hampir separuh muka ditutup utk menahan kepanasan. Hati saya sayu dek kesungguhan mak. Mahu saja cepat2 besar..cepat2 graduate..cepat2 makan gaji supaya mak tak perlu kerja lagi!

Masa saya menyambung sarjana muda..mak tak lagi bekerja diluar. Mak buat bisnes nasi lemak pulak. Bangun awal pagi sediakan nasi lemak daun pisang. Arwah abah akan menjualnya dengan motor dan hon keliling kampung selepas solat subut. Nasi lemak daun pisang yg masih panas.RM0.50 sebungkus!sedapnya masih terasa. Lepas tu mak mula buat kuih kecil-kecilan dan hantar ke kedai makan. Mak buat kuih bukan cincai. Dia mahu yg terbaik.. Segalanya lebih. Tepung talamnya kaya dengan santan pekat. Lemak!sedap..sebab kalau tak sedap, org kampung mana mahu beli. Lain la dibandar..tak sedap..mahal..mcm2 mana pun mesti laku..semua org terpaksa beli. Market dikampung lain.

Mak juga pernah jd babysitter. Anak cikgu. Wah bukan main ditatang bagai minyak yg penuh si budak itu. Buat mcm cucu sendiri. Kadang2 si emaknya tinggalkan sehari dua anaknya dengan mak & arwah abah. kerjaya sebagai babysitter berakhir apabila cikgu tu pindah ke tempat lain.

Banyak lagi kisah mak..semuanya akan saya simpan dalam memori kekal. Tak terdaya rasanya nak membalas segala pengorbanan mak. Saya tahu jauh dilubuk hati mak, mak tak inginkan ganjaran berbentuk material. Mak cuma mahukan kasih sayang dari anak-anaknya.. kalau boleh hari2 mak mahu mendengar suara anak2 yg duduk berjauhan. Mak pasti rindu kalau saya tak telefon sehari. Masa mak ke Mekah baru2 ni, mak tak titiskan airmata..cuma bergenang. Mak peluk kami erat2..katanya tiada apa yg perlu mak risaukan kerana anak2 masing2 sudah ada teman sehidup semati..Mak boleh beribadat tanpa risaukan keadaan kami di sini.

Hujung minggu ni kami nak balik ke kampung. menjenguk kakak (atak) sekeluarga. Atak lagi pasti sunyi tanpa mak kerana dia seorang saja yg tak pernah berpisah lama dengan mak. Saya dah biasa.. Sejak umur 13 tahun hingga kini saya ddk berjauhan dengan mak. Abang pun sama.. Ini kali pertama kami balik tanpa mak menunggu kami dengan laksa dan masakan kampungnya yg sedap. Mcm mana lah perasaan kami nanti?Mak kami rindu.....


2 comments:

ashra said...

sayu nye baca..
mudahan kita2 ni pun mampu jadi sehebat mak2 kita dalam mendidik anak2 hingga melalui hari2 tua kan..

DeLLa said...

tu la kan ash..semoga kita pun kuat