Followers

Thursday, June 02, 2011

My Hobby

Salam..

Firstly...kot2 ada yg perasan..maaf kerana beberapa hari saya telah mem'private'kan blog ini. Sengaja! Kadang-kadang bosan dengan sikap segelintir pelayar online..tak semuanya berniat baik kan..tak apa lah...yang saya pasti..saya tidak ada menyakit sesiapa dengan kewujudan blog syok sendiri saya ni kan kan..:D

Cuti lama sikit kali ni memberi kesempatan kepada saya untuk 'membalas dendam'! haha...balas dendam apa? tak de la....dah lama saya pendamkan keinginan ini..hobi yg satu ini...MENJAHIT!
weekend lepas saya keluarkan semula segala mak nenek barang2 jahitan dan craft saya yg melambak..selongkar segala tutorial yg saya simpan..lalu terhasil la beberapa ketul benda alah di bawah ni..ini sebahagian aja..ada lagi tak tak sempat di ambil gambar nya...dan sempat juga mengemaskini stok2 barangan craft..wah..byk rupanya yg belum digunakan lagi...layannn gambar ye...

sebahagian stok riben..dibeli masa tengah gila buat sulaman riben

stok riben grossgrain-tak banyak color pun

drawstring bag-percubaan kali pertama...ada poket2 kecil dalamnya..

lepas tu teringin nak buat coin purse..

lalu terhasillah zippered coin purse ini..lepas tu teringin nak buat yang lagi advanced bagi seorang amateur seperti saya..lalu terhasillah ini...


gathered zippered clutch percubaan pertama..dalam nya ada pocket divider & card holder..lepas tu rasa seronok pulak..dan saya buat lagi dan lagi dan lagi..hehe

yg kedua...

yg ke3..yg keempat & seterusnya belum sempat snap gambar lagi...
seronoknya menjahit...rasa tenang dan bahagia...tak tahu la selama mana mood menjahit ni akan kekal...:P..rasanya elok kot saya create satu lagi blog utk simpan koleksi jahitan dan sebarang kraf yg saya buat agaknya..

sampai sini dulu...

11 comments:

Norazrani Maamin said...

wow..kreatifnya fakar..best btul la kalu pandai jahit nie..watlah GA..akak nk 'gathered zippered clutch' tue..cantiklah!! hehe

good job fakar..akak suka tgk hasil kerja tangan fakar..CANTIK...

fisa othman said...

cantiknya della...

bertuahnya badan kalau pandai menjahit ni kan...jeles i tengok u...;)

mizah said...

seronoknya dapat menjahit dan hasilnya pulak sangat kemas dan cantik!!!! nak juga :p

DeLLa said...

terima kasih semua..saya sedang berkira-kira nak buat blog kraf pulak...kot2 la ada giveaway..join tau

ashra said...

wahh....
ni btul2 minat mendalam ni.saya belum terkumpul harta2 seperti itu.hehe

cantik la della...
bagi la saya satu.hehe =)

pssst..bila nak bagi tutorial ni?..hehe

DeLLa said...

ash...lama2 jadi bukit..kumpul sikit2..

nnti nk create blog baru la kot..nak letak/pamer hasil kraf

bersama kak Es said...

mak aaiii..lawanya :)
kreatif!!

DeLLa said...

terima kasih kak Es

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

wah...
betul2 cantik dan kreatif la della ni.
bila agaknya boleh jadi mcm della.

odah said...

salam
tahniah, akak ni punyala lama berangan satu pun tak jadi lagi...suka tgk org ada kesungguhan ni..

Lee said...

Hi, I love your blog with its bamboo motifs. Can see you have very creative talents. Outstanding! And they're really beautiful.
You have fun and keep well. Keep a song in your heart.
Lee.